Followers

Thursday, October 6, 2011

BAHAGIAN 6 : MENJEJAKI BUKIT BENDERA (PENANG HILL)

Masa berlalu kejap sangat..sekarang dah bulan 10..lagi dua bulan Hujung Tahun dan 2012 pula akan menjelma..Moga moga hidup kita akan sentiasa dalam Rahmat Allah..Hakikatnya, semua kita memang tidak layak masuk ke syurga Allah kecuali dengan rahmat Nya. Kita tak akan mampu ke syurga kerana amalan baik yang kita lakukan. Sebanyak manapun amalan baik kita, itu bukan sebab untuk kita layak masuk kedalam syurga.Rasulullah SAW sendiri di dalam sebuah hadith, mengakui bahawa baginda sendiri tidak akan dapat masuk ke syurga kecuali dengan rahmat Allah SWT.Maka renung renungkan lah..Segala amalan dan kepatuhan kita pada perintah Allah di dunia ini belum dapat membalas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, walau pun nikmat ‘sebiji mata’ yang Allah berikan kepada kita.Bersyukurlah!!!

Ok cukup dulu tazkirah ringkas di hari Khamis yang berbahagia ini..aku nak sambung kembali kisah Trip Penang last month..tak habis lagi..sambungan dari entri sebelum ini..Kisah menjejaki Bukit Bendera dengan tren baru.Jom kita layan.Zassss...

17 SEPTEMBER 2011


Alang-alang dah sampai Penang rugi lah kalau tak naik Penang Hill..aka bukit Bendera..dari puncak atas sana dapat tengok hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang..tambahan pula sekarang Tren dah baru..laju dari biasa dan siap ber aircond..


Gambar menerangkan segalanya..Harga Tiket Return RM8..kena tunjuk Mykad dulu baru dapat diskaun.masa kami sampai ni punya lah payah nak cari parking..so kena parking kat bahagian bukit atas dekat kawasan perumahan..jauh jugak nak menapak..yang wanita tolong  beratur terlebih dahulu..so by the time kami sampai depan kaunter diorang dah siap beli tiket..takyah nak menunggu lama lama.Jimat masa..


tunggu tren pun tak lama..walaupun orang ramai tapi this tren mampu memuatkan semua orang yang sedang menunggu..depa naik first time dengan tren baru..aku pernah datang dah dulu dengan Syajaie dan Zaiben..syok jugak naik This tren..laju serta beraircond..as we go higher cuaca sejuk mula terasa..


Indah sungguh alam ciptaan Tuhan ni..Subhanallah!!


Gambar ni wajib lah ambik sebagai bukti sahih memang kami mai Bukit Bendera..at this time cuaca mendung so kabus tebal menyebabkan tak nampak sangat Penang dari puncak atas..maybe kena tunggu lama sikit baru kabus ni hilang..


Jalan jalan ronda ronda apa yang menarik atas ni..


Tadi kami mai sini lepas zohor..by the time kami sampai di area Masjid Waktu asar masuk..so kami sembahyang dulu kat sini..ingatkan ada tok imam dan Bilal..tapi tunggu punya tunggu punya tunggu tok imam dan Bilal tak muncul muncul pun..so berjemaah sendirik je lah..janji boleh sembahyang di awal waktu kira ok la tu..Alhamdulillah..


kek kakak Ipar Zahrah buat..yang kami pi makan lontong pagi tadik..sedap!!kek Butter.


Penang Hill Mosque since 1956 lagik..


ada satu booth tu tempat nak bergambar dengan ular..sekali bergambar dikenakan RM10..aku dah lama teringin tapi kali ni Ular sawa kaler Kuning dah takder..ganti ngan ular sawa biasa corak batik ni..kalau kaler kuning baru aku nak ambik gambar..so kensel lah tak jadik..tengok depa duk cium ulaq ni tak geli kaa..aku setakat pegang boleh la..bab nak cium mintak mahap lerr..tak reti.


kabus dah mula hilang..view yang indah!!



aku pulak yang over ambik gambar..padahal depa yang mai jalan ke sini..



bangunan Putih tu KOMTAR..nampak tak??


Penang Bridge dari pandangan atas..yang ada cerobong kecik tu stesen tempat kerja aku.


dah puas jalan jalan kami pi masuk tempat makan makan nak cari jagung dalam cawan..takder pulak dijual..kawasan tempat makan tu pun still under renovation lagik..so tak beli apa pun..souvenir baik cari kat Night Market Batu Feringghi dari cari kat sini..Mahal lerr..biasalah kan ni tempat tumpuan pelancong..Then terus turun lah..masa turun pun kami tak que panjang..Alhamdulillah..


Sampai kat bawah aku mohon diri untuk ke tandas.nak ke tandas pun mau cerita kaa??bukan.bukan aku mau cerita pasal aku ke tandas.tapi aku nak bagitau pasal insiden yang berlaku di tandas..masa nak buang air tetiba blackberry aku jatuh dalam baldi dan terendam sepenuhnya pulak tu..aku gelabah terus ambik my phone dan lap sambil on kan balik..nampak duk menyala lagi so lega lah sikit..keluar dari tandas try on lagi skali dah kaput..sah mesti Fon aku dah layak dibuang jer..nak buat macam mana..benda dah nak jadik.patutnya masa kena air tu terus off then keringkan dulu..tapi aku mana nak taw..Dalam kesedihan sebab Handphone dah tak function kami bergerak ke Padang Kota pulak sebab nak makan pasembur di sana..

*Dunia ni hanya pinjaman sahaja.apa yang ada pada kita semuanya milik Allah..dia nak ambil balik atau nak beri pada kita-ikut suka Dia Lah..semua tu kan hak dia..jangan lah kita meratapi terlalu lama apabila sesuatu milik kita ditarik balik..cuba muhasabah diri dan ingatlah bahawa Ujian tuhan itu berbagai untuk menguji keimanan Hamba-Nya..Sabar je lah Telefon masuk air..Tuhan nak tarik balik bila bila masa sahaja..Astaghfirullahalazim..

2 comments:

sudipVSsenduk said...

i was there on Malaysia Day. Nice picture!

mohdkhairi said...

lupa pesan...mana2 henpon kalau terjatuh ddlm air...jgn seseklai on...jemur seharian dulu//i'allah akan okay pastu...mcm keter jugak..kalau tersilap taruk disel...jgn on keter tu..biar aja...panngil mekanik..buang minyak dlm tangki tu..n isi semula dgn petrol.....

tapi aku rasa kes bb hang nie...dia nak suruh carik yg baru....carik ler yg "sani" ker, tak "samseng" pon tak apa, yg "cokia" pon okay...n sembilan ker..hik22...
okay
rdgs : khairi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails