Followers

Monday, November 14, 2011

FAZLEE'S FAREWELL LUNCH @ TOMYAM UDANG RESTAURANT,JELUTONG

Salam hari isnin.

Aku sampai pukul 5 pagi tadi dari kampung halaman..Hujung minggu yang baru sahaja berlalu sangat padat dengan aktiviti kenduri kendara sepupu sepapat yang melansungkan perkahwinan..Tahniah buat kalian!!moga jadi isteri dan suami yang soleh/solehah..Perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan apa yang haram tapi ianya lebih daripada itu..pandai-pandai lah korang mengharungi bahtera di alam perkahwinan nanti..Mudah mudahan dipermudahkan urusan oleh Allah.


Tengahari tadi telah di adakan satu majlis perpisahan untuk one of my colleague,Encik Fazlee Ayob yang akan bertukar ke Stesen Janakuasa Pasir Gudang..Majlis berlansung di Restoran Tomyam Udang Jelutong.Our stesen telah kehilangan satu permata berharga nampak gayanya since fazlee ni memang pekerja yang bagus..aktif dalam persatuan lagik..takpaa lah.it just a matter of time kan.lambat laun orang lain pun akan kena transfer jugak bila dah naik pangkat.


Ramai jugak lah kenalan eksekutif yang hadir..hampir sebahagian besar..ada lah juga yang tak dapat hadir atas komitmen lain.jam 12.30 pm semua tetamu telah memenuhi kawasan restoran untuk memberi laluan kepada majlis.


Pengerusi Majlis Encik Firdaus Selamat (yang pakai baju hijau dalam gambar kat atas) membuka majlis dan menjemput senior manager,mr.Cheng dan Tuan Haji Jamal untuk memberikan sepatah dua kata..kemudian Fazlee pula diminta untuk memberikan ucapannya yang terakhir sebelum berpindah pada hari rabu ini.


Selesai ucapan ialah sessi berbagi cenderamata sebagai kenang-kenangan


Acara yang paling di nanti nanti ialah acara makan...sebelum makan Ustaz Shafie tampil  ke depan untuk membacakan doa selamat dan seterusnya baca doa makan..awal lah kami lunch hari ni,belum pukul 1 pm dah lunch.jom kita lihat apa yng kitorang makan tadik!:


 TOMYAM CAMPUR - A


 SOTONG GORENG TEPUNG - B+


 SIAKAP STEAM LIMAU - A+


 AYAM GAJUS - A+


 KERABU MANGGA - A


 KAILAN IKAN MASIN - B


 TEMBIKAI SEBAGAI PENCUCI MULUT


Overall makanan di Restoran Tomyam Udang ni memang sedap!dengar khabar ni merupakan cawangan kepada Bangkok Tomyam di Bayan Lepas sana..apa apa pun siakap steam Limau tu jugak yang terbaek!!memang sedap..recommended lah restoran ni.actually dulu aku pernah juga makan Ikan Bakar di sini waktu malam.pun memang sedap!!kalau korang nak datang this is alamat nya :

 RESTORAN TOMYAM UDANG
Jalan Gelugur
Jelutong, Penang 11600
6046566679


Buat Fazlee ayob,selamat maju jaya aku ucapkan..walaupun kita jauh di mata tapi kita tetap berbumbungkan kompeni yang sama..setakat Johor Bharu ngan Penang ni takder lah jauh mana..Kursus melambak duk ada nanti insya Allah akan jumpa jugak kat mana-mana..Selamat bertugas di tempat baru dan semoga kita bertemu lagi!!Insya Allah.

Ok.

Tu jer cerita menarik hari ini.

Nak tidor dah.Assalamualaikum.

3 comments:

KNizam said...

matzam ada kat sana eh?

Nazri Razra said...

sedap sungguh nampak tomyam tu..

sudipVSsenduk said...

siakap stim limau tu nengok je dah tau sedap...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails