Bersiaran dari Bangi.
Semalam sampai KL jam 12am..dah lewat so aku tidur rumah kak tie dulu sebelum bertolak ke Bangi pagi tadi..Minggu ni aku akan berkampung di Bangi seminggu..stay di Hotel Equotorial..Course pun dah start pagi tadik..Hopefully dapat go through this course dengan baik.Ok tanpa membuang masa aku tak sabar sabar nak share dengan korang pasal cerita Penang Bridge International Marathon yang dihadiri hari Ahad yang lalu.Maka terimalah.
***************************************************************
20 NOVEMBER 2011
Lepas dah makan di Old Town White Coffee,(Rujuk entri sebelum ini),kitorang balik ke rumah dan tidor barang sejam dua.amatlah penting untuk mendapatkan rehat yang cukup supaya energy full masa nak berlari nanti..bangun tidur dalam jam 11.30pm then bersiap siap untuk masuk ke Pulau..Jambatan Pulau Pinang akan ditutup pada jam 1am - 10 am pagi esok..so better kitorang masuk awal untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
Ni semua muka dah fresh dan memang dah ready untuk berlari di pagi hari.di kala insan lain sibuk lena diulit mimpi kitorang sibuk pi seksa diri nak berlari dan memenatkan badan.Aku pun tak sure kenapa aku suka berlari sekarang ni..but once i'm in it dah jadi macam addicted pulak.nampak jer ada event apa apa kat laman web mesti nak register.
Sampai awal dalam jam 12.30am..dah ramai orang membanjiri kawasan depan Queensbay Mall..sebab tempat bertolak flag off nya nanti depan queensbay mall.so what to do lepak lepak je lah dulu sambil pasang BIB number dan pasang Chip Timing pada kasut.
Kak tie dan Yana.Nasib baik lah ada dia.at least ada lah orang yang nak standby dan tolong ambik ambik gambar kitorang..since Putrajaya Night Marathon aritu lagi dia berkhidmat..hehe..jasamu dikenang sungguh..hope tak serik untuk join kitorang lagi dalam next event ya..
Bergambar sebelum acara bermula..kehangatan mula terasa
Sempat jumpa arman (Kuchalana.blogspot.com)..dia akan buat Full Marathon!first time tu nak try..aku ngan kak tie pun first time jugak nak try berlari untik Half Marathon..Azuan dan Zul akan buat 10 KM..tak kisah la berapa KM pun kitorang ambik,yang penting we are much better than anyone yang too lazy to get off from the couch..tak gitu kawan kawan?hehe..Thanks Arman sebab ada beri emel pada aku tips tips berkaitan berlari..insya Allah nanti mana boleh apply aku apply kan.
Acara pembukaan bakal bermula..
Ketibaan Menteri Besar Pulau Pinang. Lim Guan Eng..masa dia sampai ada lah acara pembukaan kepala naga apa jadah ntah..ada tarian dance jugak..tak ambik pusing sangat..sampai lah dekat pukul 2am,flag off untuk full Marathon!aku respek lah pada yang boleh buat Full Marathon..42 KM bukannya dekat!jauh tu..Insya Allah dengan training yang banyak dan ilmu yang akan aku pelajari lagi lepas ni,Tahun depan nak cuba buat Full Marathon, Insya Allah.
Lepas peserta FM dah bertolak,aku dah mula rasa cuak..untuk half Marathon flag Off nya jam 3am..tengok laluan untuk 21 KM macam senang tapi tak tahu lah macam mana nanti..warming up lah dulu apa yang patut..buat buat biasa sudah..takyah nak pressure sangat.lagipun untuk half marathon ni aku rasa training tak berapa cukup tapi boleh la..Untuk permulaan ni aku nak tengok how it goes..
Masa nak beratur di belakang peserta yang berlari half marathon terserempak lah dengan Dr.Shah and da Gang..Dr. Syukur dan Arel pun ada skali..semua buat half marathon.Dalam hati aku kata boleh la bersaing berlari dengan depa nanti..
Come on Dr. Shah,we can do it!!
Bila Flag off as usual lah,berjalan kaki lah dulu..nak berlari pun tak boleh orang dah ramai berasak asak..
Flag Off untuk peserta wanita ialah pada jam 3.15 am..
Kak Tie yang sempat Pose sambil berlari..
Untuk permulaan aku go low sahaja..pace aku maintain 1KM selama 6 Minit..memang refreshing sangat berlari pagi macam ni.aku rasa faktor utama ialah kerana dah ada rehat yang cukup.so lepas ni aku kena take note bahawa sebelum mana mana acara lari kena rehat dengan sucukupnya..untuk 10 KM pertama aku tak berhenti..maintain pace 1km untuk 6 minit macam tu..cuma di setiap water station aku akan berhenti untuk minum..aku ambik kesempatan atas Bridge masa turun bukit untuk sprint dengan laju..Angin atas Penang Bridge sangat lah mendamaikan.Syukur sebab tak hujan.
lepas 15KM aku dah start berhenti henti..berlari 10 tiang dan berhenti 3 tiang..kadang aku jugak berjalan laju..as long as aku tak stop..Power bar dan power Gel dalam poket seluar memang aku tak sentuh lansung.takder feel pun nak makan..cukup air hundred plus dan air mineral di water station sahaja,4KM terakhir rasa sangat lah jauh..tapi aku tetap bergerak tak berhenti..i know i can do it..
Akhirnya after 2 jam 23 minit (aku track pakai endomondo dalam BB ) aku sampai ke garisan penamat!!rasa gembira Tuhan jer yang tahu..Syukur pada Allah sebab beri aku peluang untuk habiskan larian ni within masa yang aku target..aku target untuk habiskan larian within 2 jam 30 minit(aku set target based on training aku petang petang sebelum ni)
Penat takyah cakap lah tapi aku puas dan gembira..dapat Finisher Medal for 21 KM rasa macam sangat berbaloi usaha aku berlari selama ni.maybe aku rasa macam ni sebab first time try untuk 21 KM..alhamdulillah i did it!after sampai terus lah pi beratur kat gerai air milo,nak replenish balik tenaga yang dah hilang..ikut kiraan endomondo aku bakar 1800 kcal..thats a lot!patut lah aku rasa tak bermaya sangat sangat lepas setengah jam sampai..
Flag off untuk 10 KM run ialah pada jam 6am..aku duk tunggu kak Tie tapi sebab tak nak terlepas waktu subuh aku dan Yan api Eastin Hotel solat subuh dulu..then lepas dah solat subuh baru kitorang ke tempat race tu balik,kebetulan sangat Azuan sampai time tu..terus lah ambik gambar dia tapi bergegar lah sikit..ambik gambar time berlari tu yang bergegar.
Alhamdulillah we did it!!
Terjumpa syafei,member FB tak pernah jumpa..kat sini jua kita berjumpa..
Jumpa Utt jugak,kenal dari zaman Blog lagik..sampai lah FB..ni baru berjumpa..
See you guys again dalam PBIM 2012 ..Overall semua dapat catat masa yang bagus..Dr.Shah ada peningkatan,Dr.syukur dapat habiskan larian 2 jam 10 minit,Arel dalam 2 Jam 30 minit macam tu..Azuan habiskan 10 KM dalam 1 Jam 9 minit..Good Job You guys!Kak tie pulak dapat habiskan larian within 3 jam 35 minit..dia pun dapat medal jugak.Yang penting semua orang daoat habiskan larian tanpa kecederaan yang teruk..Insya Allah kita semua akan berjumpa lagi dalam event akan datang.
Ingatkan nak balik terus tapi sebab ada Cabutan bertuah kitorang tunggu jugak mana lah tahu bertuah dapat pulang dengan sebuah Proton BLM..tapi nasib tak menyebelahi kami semua..takpaa lah.at least dapat tengok pemenang Kenya semua ambik medal dan hadiah kemenangan.seperti yang dijangka event macam ni mesti yang menang ialah semua peserta dari Kenya..Top 10 mesti Kenya..
And this is my offucial result for Penang Bridge marathon kali ini.dapat Rank 823 over 4509 peserta half marathon open men,i think that would be good enough for me..Insya Allah akan diperbaiki lagi catatan masa tu di masa akan datang..banyak lagi event menanti..27 November ni ada NIKE Run 10 KM pula di Padang Merbuk Kuala Lumpur..jom kita pakat pakat hidup secara sihat dan aktif!!
3 comments:
tahniah en azim...tahniah juga sebab sambil berlari sempat gak snap pic kann...anda memang hebakkk!!!
aktif tul...good
Congrats bro..
Aku mmg fail masa PBIM tu hari.. ni, nak try lagi kat UAE bulan 1 n bulan 2 nanti.
Post a Comment