Followers

Monday, November 28, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN KLUANG STATION, DESA PARKCITY WATERFRONT

Hari ni cuti!!!

Cuti sempena Maal Hijrah.kebetulan maal hijrah jatuh pada hari ahad,so di carry forwardkan ke hari ini.cuti hari ni aku tak buat apa pun,just bersiap siap nak balik Penang lah..my target nak sampai sebelum malam..boleh rest rest kat rumah sebab hari esok adalah hari bekerja.Sebelum balik Penang,nak update satu lagi kisah makan makan pagi semalam lepas berlari Desa Park city Run 10KM.

Let's Check it out!


Untung lah kan orang yang tinggal dalam Desa Park city ni..they own pasaraya sendiri..in fact ada Sekolah sendiri dan dengar khabar tengah bina hospital sendirik.so lepas ni diorang takyah keluar dah,lengkap semua ada.dah jadi macam ala ala cerita The Gate pulak..Minimum harga rumah kat sini ialah RM1 Juta.mampooo??hehehe.


Ish macam dah lari topik la pulak.aku nak buat review pasal makan makan bukan review pasal Desa Prakcity ni.yang tu takyah buat review memang dah well known semua orang tahu ni temoat untuk orang kaya kaya..apa aku nak cerita ni lepas berlari kitorang lapar dan nak cari tempat makan.kebetulan dalam this area ada Restoran Kluang Station di The Waterfront Parkcity so terus lah menyinggah.masing masing dah kelaparan..


Terpaksa pose cantik walaupun kelaparan kan kan kan..


Tanpa membuang masa kitorang terus order lah makan dan minum.yang ambik order aku rasa orang bangla.siap dia silap hantar air kak tie lagik.kak tie mintak 3 layer tea dia hantar teh apa ntah.so mintak dia tukar balik dan baru lah kitorang mendapat air yang betul.customer will always right.dont forget about it.aku just mintak kopi o,si yana pulak mintak air cham iaitu air campuran kopi + teh.sedap juga kata beliau.


Sebagai permulaan,makan Roti toast dan Telur separuh masak dahulu.Yummeh!!!


ini kak tie punya,Nasi Goreng Chicken Chop.look delicious!!


paduan dua ni,Nasi lemak + kari ayam our manager punya,Diyana.


and this is my meal,Nasi Goreng USA


Selamat menjamu selera kakak kakak ku!!


Korang perasan tak aku pakai tshirt NIKE We Run KL 10KM tu..aku sign up untuk event ni jugak tapi end up aku berlari di Desa Parkcity..tak kisah lah,masa sign up bayar 20 ringgit dapat tshirt cantik macam ni dan siap dapat bekas minuman Nike.so nothing to lose..muka aku menyeringai macam tu sebab geram tengok nasi Goreng yang tersedia indah depan mata.ngaummmmmmmm!!


Overall rasa makanan nya sedap!!konsep Kopitiam biasanya tak pernah mengecewakan.servisnya pun ok walaupun ada bangla silap hantar menu.boleh dimaafkan lah.nice food dan nice environment,you wont hesitate to give it a try!!alamat premis: 

Restoran Kluang Station
GF-37, The Waterfront @ Parkcity, 
5, Persiaran Residen, 
52200 Desa Parkcity, KL



ehhhhh apasal tetiba ada gambar dengan encik sepul dan keluarga beliau??oh baru teringat.Oleh kerana tempat berlari di Desa Parkcity ni amat lah dekat dengan Mutiara Damansara tempat tinggal mereka (duk kat tempat orang kaya kan depa ni.kelas!) so aku ambik kesempatan untuk berjumpa sebab nak passkan keropok lekor yang aku beli hari sabtu lalu masa balik kampung.

 
Alhamdulillah Encik Sepul,Nita Hamdan dan Umar Shadiq sihat sejahtera..aritu kat Penang encik sepul takdak,Nita dan Umar ada mai rumah aku..biasa lah sepul busy memanjang..aku jumpa dia sekejap ni pun mujur sebab petang tu jugak dia fly pi Saigon,Ho Chi Minh City jenjalan ngan kawan Opis.Kalau tak alamatnya takleh jumpa lagi lah kan..semoga mereka sekeluarga dapat makan keropok lekor yang aku beri dengan jayanya.Insya Allah.

*Masa balik dari jumpa depa aku muntah semua makan yang aku makan.aku rasa mesti gara gara nasi lemak basi dari Organizer..takpaa lah.feeling better now.Ok.sekian dulu dari saya.Nak balik Penang dah.Wish me a safe Journey ya!!Boringnya esok dah nak kerja..macam tak puas outstation seminggu.huhuhuhuhu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails