Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Mari mari kali ini saya nak cerita pasal majlis persandingan sepupu saya yang gilang gemilang diadakan di Grand Ballroom Awana Kijal Golf Resort pada 11.11.2011 yang lalu.Tarikh yang cantik ni mesti ramai yang duk pilih untuk menikah dan bersanding..tapi harus di ingat kalau dah ramai sangat pilih tarikh ni nanti dah tak ekslusif sangat dah la..Apa-apa pun jom kita layan kejap majlis ni.Zassssss.
Lepas maghrib semua ahli keluarga dah bersiap siap..mak dan ayah tak pergi sebab ayah tak berapa sihat..risau juga nak tinggal ayah di rumah tapi mengenangkan rumah dekat jer dengan tempat majlis so kitorang datang jugak.kalau ada apa apa hal mak boleh telefon.Tema malam ni ialah Putih.entah apa kena ntah aku sorang duk pakai silver.heheeee.
Jemputan adalah terhad sahaja ke majlis ini.RSVP.kena bawa kad jemputan untuk mengesahkan kehadiran.dalam pukul 8 pm kitorang sampai..tetamu sudah ramai memenuhi dewan.Cuma satu komen,dewan ni agak kecil dan meja yang diletak adalah banyak dan memenuhi ruang.pergerakan agak terbatas tapi overall semuanya ok.
satu kad untuk satu pasangan.pasangan aku ialah kak tie pada malam ini.
Aku dan Kak Tie asalnya duduk di meja number 5.tapi since ayah dan mak tak pergi aku bertukar tempat ke meja number dua,iaitu meja VIP..senang sikit nak ambik gambar sebab betul betul depan pengantin bersanding.dalam pukul 8.30pm pengantin akan tiba..
Perarakan pengantin dari tangga bawah ke atas.tak sempat nak ambik gambar pengantin berarak naik tangga.sedar sedar dah masuk ke pintu utama..
she's beautiful!!dah macam puteri raja
diiringi paluan kompang
Bersanding di atas pelamin yang ain design sendiri.sangat cantik!!
persembahan silat dan tarian asli
Sebelum majlis bermula ada ucapan alu aluan dari pengerusi majlis.Pengerusi majlis ada dua orang,satu bahasa melayu dan satu lagi guna bahasa omputih..maklum lah pengantin lelaki adalah dari Tukmenistan sana..keluarga diorang pun faham english..majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Zulkifli Mukhtar (suami adik dah) supaya majlis lebih diberkati.
cantik cantik semua adik beradik ku dan saudara mara yang lain.
Selesai bacaan doa,di jemput Che Pin dan Puan Malaini(Mok wook) untuk memberi kan ucapan sebagai rasa penghargaan dan juga sebagai tuan rumah untuk majlis ini..Mok wook dan Pok pin cuma ada Ain sahaja sebagai anak perempuan..ini lah anak yang pertama dan terakhir..sebagai anak Tunggal,Perempuan pula tu,memang lah agak suka untuk mereka berdua melepaskan anak dara mereka pergi..tapi hakikat kehidupan begitulah..lambat atau cepat keadaan pasti akan sama juga,Ain tetap akan berlalu pergi dengan seorang lelaki yang bergelar suami..
suasana sayu menyelubungi dewan masa Pok Pin memberikan ucapannya.to be honest,aku pun turut tersentuh dengan teks yang dibaca terutamanya bila dia cerita pasal Ain masa kecik dulu sehinggalah dia besar..dan kini tiba masanya untuk dia berlalu pergi dengan suami tercinta..Sabar lah pok pin dan Mok wook,Ain akan tetap sentiasa ada untuk kalian..Insya Allah kasih sayang Ain pada kalian berdua tak akan pernah pudar.Insya Allah.
Doakan yang terbaik lah untuk Nor Aini dan suaminya..
Selesai pihak pengantin Perempuan memberikan ucapannya dijemput Ibu bapa pengantin lelaki pula untuk memberikan sepatah dua kata..diorang bercakap bahasa Rusia,so kena ada translator khas untuk trans late ke bahasa Inggeris.Ucapan dari diorang pun sangat positif which is diorang seronok dapat kenal dengan budaya Malaysia dan pertembungan dua budaya ni merupakan suatu yang interesting.
Khusyuk mendengar ucapan dari besan
Kedua ibu bapa dijemput naik ke atas pentas sebab pihak Tukmenistan ada menyediakan hadiah untuk pok pin dan Mok wook.dengar cerita diorang memang suka berbagi hadiah..ini juga merupakan simbolik kepada pertemuan dua buah negara.
nak bawak hadiah pun kena bersilat sakan..
pengantin bangun untuk turut serta dalam acara ini
Hadiah yang diberikan pada bapa pengantin perempuan macam Jubah dan kopiah,pakaian tradisi masyarakat Tukmenistan dan untuk Mok Wook pula dapat Shawal dan selendang dari sana,pun merupakan pakaian tradisi dari sana.
selesai acara pemberian hadiah,tibalah acara yang di nanti nantikan oleh semua orang iaitu acara makan lah..apa lagi..menu yang disediakan pun nama cukup gaha seperti : Sup Ekor memendam rasa,sotong sumbat seribu nikmat,Nasi Beriyani Tok Kadi,acar buah laksamana dan beberapa tajuk lain lah..
lauk pauk yang disediakan.Jemput makan semua..Bismillah..
jom kita makan..perut pun masing masing dah lapar
Pengantin turut serta untuk majlis makan makan
Meja VIP number satu..meja pengantin dan ibu bapa pengantin
semua meja ahli keluarga..ni meja meja di depan.
sama cantik sama padan moga jodoh berkekalan
Sambil makan pengacara majlis menghangatkan susana dengan interview pengantin yang tengah makan..Ain kena bagitahu macam mana mula mula jatuh cinta dan sam ajugak macam Yunus..Yunus boleh cakap melayu,actually dia pun faham cakap melayu..tapi kalau cakap loghat terengganu maybe dia tak faham kot.hehe..i like this Pengacara Majlis,dia pandai untuk control majlis dan menjadikan majlis tak begitu boring.good job!
Pengacara majlis menyanyikan lagu Baik Baik sayang untuk pengantin.sedap suara dia!
Persembahan Nasyid Dari Kumpulan Cahaya Hati
Adam Syahmi yang bermood baik malam ni.senyum jer kerjanya..comel!!
Rupa nya ada lagi kejutan pada malam ini..Pengantin baru membawakan Kek Hari Lahir untuk Abang Shuk yang kebtulan menyambut hari lahirnya pda 11 November..Abang Shuk memang anak sedara kesayang mok wook..suprise yang sungguh tidak disangka sangka..siap ada spotlight tuju..Glemer ok abang shuk malam ni.hahaha
Selamat Ulangtahun Kelahiran abang shuk!Moga panjang Umur murah rezeki!
Birthday Boy kena beri ucapan sempena ulangtahun kelahiran yang ke 29..Taerima Kasih Mok wook dan Pok pin atas suprise yang di buat..Abang Shuk dont have any idea pun sebenarnya.
masa untuk makan pencuci Mulut pula.
Persembahan tarian Terengganu.wakil dari Tukmenistan kena menari sama
Pengantin dah bertukar baju pula..
menuju ke meja untuk acara pemotongan kek
Acara Memotong Kek..meriah kek nya ok!!
berarak masuk ke dalam dewan untuk bersanding lagi sekali
Persembahan Tarian Tukmenistan.Nice juga tariannya!
Dah bersaudara lah mereka selepas ini..
Ingatkan dah habis kejutan,ada lagi kejutan lain iaitu pengacara majlis mengumumkan ada pemilihan pakaian terbaik pula..dan tak disangka sangka abang shuk dapat anugerah baju terbaik..actually dia pakai baju masa dia kahwin dua tahun lepas..untuk wakil perempuan dimenangi oleh Puan Rozilah.Dapat Bunga fresh!
Pengacara majlis menutup majlis pada jam 11 pm..Overall paduan tiga pengacara majlis ni agak menarik.pandai lah diorang menghidupkan suasana.Thats the reason wahy they become the EMCEE kan,dah tu kerja diorang.Good Job you guys!
sessi bergambar bersama kawan kawan Tukmenistan
kitorang jer yang tinggal.keluarga lain semua dah balik
tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pengantin
Bersama Nurul Nadiah,Bestfriend Ain.Kalau nak di ikutkan kami berdua merupakan pengapit pada malam ini.tapi last minute plan cancel sebab pelamin tak di design untuk ada pengapit..tak apa lah,janji majlis berjalan dengan agak lancar pun dah Alhamdulillah..sebab tu aku pakai silver,back up Pengapit.Terima kasih mok wook for the sampin!
bersama Mok wook..busy sangat lah mok wook malam ni.tak sempat nak entertain semua..
Datin Sharifah,Isteri kepada Dato' Ahmad Shabery..Pok tak boleh datang malam ni sebab ada urusan lain..Menteri kan mestilah busy sibuk kesana ke mari..Isteri datang sebagai wakil.
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
Bergambar di luar dewan..tempat potong kek
Tahniah kepada Ain!!semoga jodoh Ain kekal ke akhir hayat..jangan lupakan pengorbanan Mak dan Abah tu walaupun sudah bersuami..jadi lah isteri solehah..Insya Allah.Barakallahu lakuma wa baraka Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir..
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
2 comments:
Selamat pengantin baru Ain & selamat hari lahir Abg Syuk!!
Selamat Pengantin Baru kepada Ain dan pasangan. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa.
Selamat Hari Lahir Abg Syuk. Semoga panjang umur, murah rezeki.
Dan kepada tuan punya blog juga :)
p/s berkenan tgk baju mok wook tu.
Post a Comment