Tengahari tadi sempat lunch bersama Auditor SIRIM dan Pihak pengurusan tertinggi stesen.
The best thing about audit macam ni lah,ada peluang untuk makan sedap sedap..Macam biasalah seperti tahun tahun sebelumnya memang RESTORAN PEN MUTIARA CURRY HOUSE adalah tempat wajib untuk bawak auditor makan.Walaupun kali ni auditor cuma seorang,kami 11 orang yang lain menjadi pengiring.
Auditor SIRIM yang pakai Tudung merah tu.
Sebelum sampai,aku dah siap siap buat reservation untuk 12 orang..satu meja 6 orang,kiranya aku minta pihak restoran sediakan dua hidangan bersaiz medium..apa yang aku order??jom kita layan gambar gambar di bawah ya anak anak sekelian..
This is KARI KEPALA IKAN yang sangat lah glamer seantero Penang..aku memang suka kari di sini..sedap dan ala ala melayu bukan macam kari mamak..kari mamak nasi kandar berlainan dengan this kari..aku lagi prefer kari macam ni..waiter hantar letak atas meja siap berasap-asap lagik..terliur!!Rasanya?mantopppppppppp!
ni pulak KERABU MANGGA..tang kerabu mangganya aku kurang sikit.sedap tu sedap lah,tapi maybe sebab aku dah biasa makan di Restoran masakan Thailand yang menyediakan Kerabu mangga..yang ni kira biasa biasa sahaja lah..
KAILAN IKAN MASIN.
ULAM-ULAMAN.
yang ni pun aku suka.kalau mai Pen Mutiara tak sah kalau tak order SOTONG GORENG TEPUNG..kira ok lah tepung nya,tak lah macam jemput-jemput seperti sesetengah kedai..yang rangup macam ni ratah pun sedap takyah makan nasik dah.
TELUR DADAR
Dah dapat makanan Khusyuk lah masing masing..
Ingat kan dah habis..Rupanya ada lagi..Fruit Platter
Dah habis makan jom kita beransur..makin maju dah This Restaurant siap nak buat renovation tambah bangunan lagik..mana tak kaya kalau makanan yang di hidang pun harga memang mencengkam..Kitorang makan lauk yang macam kat atas ni ialah RM345!!bagi aku sangatttt lah mahal jika nak dibandingkan dengan standard lauk pauk yang kitorang makan..Servis Caj pun RM31.40..So berhati hati lah kalau nak makan di sini.memang ekslusif dan harganya pun memang sangat ekslusif ler..Fikir fikirkan lah kalau korang nak datang makan..aku datang ni pun sebab boleh claim balik.heheheee..ni alamatnya:
RESTORAN PEN MUTIARA
Wisma Nelayan, Pelabuhan LKIM Batu Maung,
11960,Bayan Lepas, Pulau Pinang
No Telefon: 04-3101759
No Telefon: 04-3101759
1 comment:
Blog azim terhilang di bloglist akak. Panggil balik tak betul pula nama.Semalam baru jumpa balik kat blog mana entah.
Patutlah rasa lama tak singgah .
Post a Comment