Followers

Tuesday, November 29, 2011

FOOD REVIEW : TONG PAK FU AISKRIM @ KLCC

Mood untuk bekerja hari ni adalah kurang.

Mungkin sebab dah seminggu outstation,tambah lagi semalam pun cuti maal hijrah..rasa lemau jer nak membuat kerja kerja opis.tapi have to lah.dah tinggal seminggu memang melambak lambak lah report nak kena siapkan.tak ada mood aku nak bercerita pasal kerja di opis.better kita cerita bab makan makam lagi.kisah hari ahad yang lalu(27 November 2011),petang selepas berlari di Desa Park City.


Lepas berlari di Desa Park City,aku diserang satu penyakit angin rasanya.aku muntah balik semua yang aku makan di Kluang Station..maybe sebab pagi tu dah termakan nasi lemak basi.what to do.nasib lah kan.dalam perjalanan pulang ke rumah Kak Tie kami berhenti di 3 stesen Minyak.kat tiga tiga stesen minyak tu punya tandas semua ada muntah aku.haha.kosong perut bila sampai ke rumah kak tie.sampai rumah terus terbongkang kepenatan dan bila bangun dari tidur rasa lapar yang amat.dan kelakarnya dalam minda aku ketika bangun tidur ialah aku nak makan : AISKRIM.aku bukan peminat aiskrim sangat pun.so atas sebab tersebut terus kitorang bersiap menuju ke KLCC untuk menikmati aiskrim yang sedap.


Tu dia tak sabar sabar nak makan aiskrim.sampai KLCC terus cari kedai TONG PAK FU desert yang mana kat kedai tu memang specialist mender mender pencuci mulut dan main yang palin special ialah aiskrim.masa nak order rasa semuanya sedap tapi kami order dua jer aiskrim bila melihat portionnya yang menggunung tinggi.


tersengih semua orang sebab nak makan aiskrim!!


ini ialah aiskrim Cokelat yang di shaved.nampak yummy tak?


satu lagi aiskrim yang diminta ialah aiskrim Durian.rasa duriannya menusuk kalbu


Tak cukup dengan asikrim kitorang tambah pulak makan Waffle strawberry ni..memang sedap yang amat okeh this waffle.satu pinggan makan 4 orang memang lah cepat jer licin.tapi berkongsi macam ni lah baru seronok.at least tak la banyak sangat kalori yang dimakan.hehehe.Bijak bijak.


Kesimpulannya misi nak makan aiskrim adalah sangat tercapai dengan jayanya.ohh Azuan pun join sekali.ye lah,rumah dia dekat ngan rumah kak tie.kang kalau aku tak ajak dia sekali macam tak best pulak.lagipun KLCC ni tenpat kerja dia.selok belok dalam ni semua dia tahu.konpem kitorang tak sesat punya.bukan besar mana sangat pun KLCC ni kalau nak compare ngan Midvalley.


tak tumbuh tak melata.tak sungguh hamba tak kata.memang sedap hokeh!custard cream nya sangat lah menyelerakan..yang aiskrim tadi pun lazat.Lokasi this restaurant dalam KLCC korang cari sendiri lah yek.kalau aku bagitau tak thrill pulak nanti.hehe.alamatnya dalam suria KLCC : Suria KLCC (Lot C15F, Concourse Floor), Kuala Lumpur,


Lepas dah habis makan eskem kitorang just jenjalan dalam KLCC ni..lama tak shopping so sempat singgah di butik Uniqlo beli sweater sehelai..ada promosi la pulak time hujung tahun macam ni.tapi sabar banyak banyak kalau tak habis lah duit.dah la baru gaji.hishhhhhh..Then tak lama kemudian sampai lah waktu maghrib,then solat maghrib di surau KLCC sebelum keluar untuk Dinner pula..Next entry aku cerita pasal Dinner di Sebuah restoran China Muslim di Ampang bersama seorang blogger pemes.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails