Followers

Wednesday, November 23, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN YATI AYAM PERCIK, BANGI

Cerita makan-makan lagik.

Nak buat macam mana tuan punya blog ni memang suka menjamu selera dan mencuba makanan makanan,nak nak kalau outstation macam ni..Kursus berjalan lancar.walaupun ada a few things yang tak berkaitan ngan kerja aku tapi at least for knowledge wise ok sangat..so mari kita menjengah ke Restoran Yati Ayam Percik di Bandar Baru Bangi.Semangat nak buat review sebab baru balik makan.hehe.


Ini bukanlah kali pertama aku datang sini.kali Pertama dulu masa Bulan Puasa berbuka bersama Famoque,Sam dan isteri masing masing.Lokasinya?tengok alamat ni je lah : 

Bandar Baru Bangi
21 Jalan Medan Pusat 2D ,
Persiaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi ,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89275636


Interior dalamannya standard restoran masa kini.zaman sekarang ni banyak restoran yang berkonsep macam ni.buat supaya spacious dan selesa konpem ramai orang tertarik untuk singgah.kalau bab harga mesti akan slightly mahal dari biasa,but that's our choice kan?klau nak murah pi makan kat gerai..kat sini maybe mahal sikit dari biasa sebab sewa kedai mahal.Yati Ayam Percik ada 3 cawangan rasanya,di Kota Bharu dan Kajang pun ada.


Order air lai chee kang panas


Menu yang di cadangkan ialah nasi Kerabu..nampak menarik!


Ok ini ulasan aku mengenai nasi kerabu yang dihidangkan.Dari segi rasanya bagi aku ok.sedap dah.boleh makan.cuma sebagai orang pantai timur aku pernah makan nasi kerabu yang lagi sedap daripada ni.Bila buat Restoran franchais like this,yang aku perasan kebanyakan makanan akan hilang rasa keaslian nya.dah tak authentic.aku tak kata nasik ni tak sedap.tapi macam dah kurang asli.tu jer komen aku.


Kuah perciknya pun boleh tahan jugak..


Daging bakar ni sedap!cicah pulak dengan sos tu.mantappp!


Mai mai jemput makan nasik kerabu..


oleh kerana tagline yang diberi ialah 'Pilihan Terkenal Dari Kota Bharu' maka maybe sebab itu lah aku expect more..tapi dont worry,this restaurant bukan ada nasi kerabu sahaja,banyak lagi seleksi seleksi yang ada dalam menu.pilih jer mana yang korang berkenan..Harga sepinggan nasi kerabu tu dalam 8-9 ringgit.aku tak berapa ingat.Overall boleh lah datang lagi lain kali untuk cuba menu lain pulak.

Insya Allah.

*Ahli tasawwuf Hasan Basri menyatakan, “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails