Followers

Sunday, March 23, 2008

10,000 BC yang menyedihkan..




Saya dah banyak kali juga melihat filem-filem yang teruk,dan paling tidak pun saya takkan ulas apa-apa..tapi apabila menonton 10000 BC, perasaan kecewa menguasai diri.

Saya akan mulakan dengan kecacatan utama filem ini : ia gagal untuk memenuhi kehendak penonton,ia gagal untuk menarik dan meransangkan penonton dalam apa cara sekalipun.saya sendiri tertidur beberapa minit semasa file mini berlansung,(jarang aku tidur dalam panggung wayang).pada pandangan saya penulis skrip untuk Scary Movie buat skrip yang lagi bagus daripada cerita ni.

Cerita berkenaan seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang muncul di kampungnya.kemudian datang sekumpulan lelaki menculik wanita tersebut,dan lelaki yang telah jatuh cinta itu tadi meminta bantuan rakan-rakan seperjuangan untuk mendapatkan kembali gadis tersebut..oooohhhh seperti jalan cerita yang boleh di agak kesudahannya kan?ia pasti akan berakhir dengan kemuncak pertarungan dan ciuman yang hebat diantara hero dan heroin.

Pastinya inilah jalan cerita yang mudah bagi filem ini.walau bagaimanapun,pembangunan karakter tidak wujud,dan tahap logical cerita ini juga boleh di persoalkan.Sah-sah la bila kita selamatkan harimau saber-tooth dari lemas ianya takkan membunuh kita,kerana lumrah alam sudah begitu.Permulaan filem ini agak bodoh-bodoh alang dan apabila plotnya mula berjalan bahang kemengarutan mula terasa dan seterusnya filem ini mengabaikan terus ciri realiti.Saya tak dapat menerima bila hero filem ini dengan mudah membunuh seorang ‘suci’ yang dianggap tuhan dengan sebegitu rupa, dan orang lain yang menyaksikan kejadian itu menangis dengan jijiknya.

Cuba kita lihat sejarah berpandukan filem ini.Dalam 10000 BC(10000 Sebelum Masihi) : mereka mampu untuk membuat peralatan dari besi seperti lembing,perangkap penjara dan juga pyramid gergasi emas.Setiap orang berpakaian lengakap dan tiada yang terdedah dan ‘tergantung’ di luar nya.Manusia dalam filem ini juga kelihatan sama seperti manusia zaman sekarang, dimana evolusi telah berlaku.Orang jahat mempunyai peralatan lengkap dengan mereka seperti peta,kompas,dan juga teleskop.Dalam berpuluh-puluh kaum dan berjuta manusia yang berbeza-beza,Cuma ada dua bahasa sahaja di pertaruhkan.dan seorang lelaki yang memakai subang harimau saber-tooth mampu untuk menterjemahkan semua percakapan orang lain…duuuuhhhh….nak saya teruskan lagi?

Mari kita berbicara pasal aksi yang wujud dalam filem ini pula.ada aksi dengan mammoth,aksi dengan harimau,satu aksi dengan burung gergasi,dan aksi pergaduhan di hujung cerita.Kesemua aksi yang di tonjolkan adalah lemah,dan seperti tidak bernyawa di mana boleh dikatakan filem ini gagal untuk menyampaikan aksi yang sepatutnya.Harimau Saber-tooth yang di tonjolkan pula tak ubah seperti dalam permainan video World of Warcraft.



Mungkin saya terlebih-lebih memberikan pandangan negatif.tapi itu yang saya rasakan bagi filem 10000 BC ini.

Agak-agak keterlaluan tak kalau saya cadangkan filem ini sebagai filem terburuk 2008?

3 comments:

Nikli said...

filem terburuk 2008..??
aku tgk citer nih hari ke-2 filem nih masuk mesia sini..
bg aku, aku suka citer nihh..
+han, sebab awek tuh sungguh cunnn..!! hahah...

axim said...

nikli-->err....lain orang lain pendapat kan nikli...aku tak puas hati sebab citer ni tak berapa nak logik...evolet tuh memang lawa...tapi tu jer tak mencukupi untuk mengangkat filem ni menjadi hasil karya yang indah..bagaimanapun,sekali lagi ianya terpulang pada individu juga..thanks for da comment..

Nikli said...

:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails