Followers

Saturday, March 15, 2008

Bukan Bolognaise...Jadi Apa?

Terima mesej dari seorang rakan kerja petang tadi:

'axim,malam ni ko wat spaghetti bleh?aku pegi cari barang ko tolong masakkan,boleh?

Haha,macam nak tergelak pun ada bila aku baca mesej tuh...suka-suka hati jer main order,tapi kawan punya pasal aku takder hal jek..lagipun dah lama jugak ni tak memasak...gian rasanya..

So menu makan malam ialah Spaghetti.

Bahan-bahan:
sebungkus spaghetti
daging kisar
tomato puri
bawang putih(untuk menumis)
sos tiram,serbuk basil dan oregano
Ni bahan-bahan yang telah tersedia,actually udang tu takder kena mengena pun dengan resepi kali ni,tapi memandangkan untuk menu kali ni akulah chef nya,maka aku masukkan sekali isi udang tuh,...suka hati la nak buh apa pun,resepi aku sendiri kan....hehe

*mula-mula tumiskan bawang putih,dan masukkan sos tiram,serbuk basil dan oregano...sehingga bau naik.

*kendian masukkan daging kisar dan isi udang.masak hingga daging dan isi udang masak.

*seterusnya masukkan tomato puri,(perlu diingatkan dalam tomato puri sudah terkandung garam,jadi takyah letak dah garam)
*yang ni jangan lupa plak,rebus spagheti hingga lembut dan sesuai untuk di makan.

Dan inilah rupanya spaghetti yang telah siap untuk di hidangkan...tapi aku heran kenapa kuantiti ni macam nak makan lima nam orang sedangkan hakikatnya ada dua orang jer yang akan menghabiskan spaghetti ni,

hidangkan ke dalam pinggan secukup rasa dan bersedia untuk melantak.


Sesuai untuk dimakan sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda..Selamat Mencuba...!!

2 comments:

sham said...

siott!! lamer tue aku xmkn spaghetti. aku suke spaghetti!! laponye...

axim said...

sham-->kalo nak rasa makan spagheti lagi ko tau mana nak carik aku,haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails