Followers

Saturday, March 22, 2008

Wajib TontoN!!

Petang semalam saya menonton wayang filem The Spiderwick Chronicles (tak puas hati punya pasal sebab dari minggu lepas nak tengok tak dapat-dapat).dan saya mampu untuk tersenyum lebar bila filem ini sudah tiba di penghujungnya..kerana saya rasa sangat berbaloi untuk menonton filem ini,terutamanya bagi orang dewasa yang sentiasa berjiwa muda.

Lupakan sebentar soal logika kerana ini filem fiksyen.


The Spiderwick Chronicles berlatarkan di New England,United States.bermula apabila puan Graces,yang baru menghadapi perceraian dengan suaminya mahu memulakan kehidupan yang baru bagi keluarganya (termasuk dirinya,seorang anak perempuan-Mallory,dan sepasang kembar-Jared dan Simon).Mereka sekeluarga berpindah ke ladang Spiderwick yang ditinggalkan oleh moyang mereka,Lucinda(anak perempuan kepada Arthur Spiderwick).Jared tidak sukakan perpindahan ini dan jika dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain,dia adalah yang paling nakal dan sering membuat kekacauan.


Dipendekkan cerita,mallory terjumpa satu lif kecil menuju ke loteng dalam rumah tersebut tetapi Jared dengan penuh rasa ingin tahu naik ke loteng tersebut dan menjumpai satu peti yang terkandung buku paduan lapangan ke alam magis.Walaupun amaran telah di beri supaya tidak membuka dan membaca buku tersebut,jared berdegil dan membaca juga buku tersebut.


Mereka kemudiannya mendapati ada satu alam lain yang wujud,iaitu alam magis di mana makhluk-makhluk magis mendiami alam tersebut.walau bagaimanapun,Mulgarath(gergasi yang boleh berubah bentuk) adalah makhluk yang mahu menguasai alam magis dan sangat inginkan buku panduan tersebut (bagi tujuan menguasai).Mereka cuba untuk membakar buku tersebut tetapi buku itu seolah-olah punyai jampi yang menyebabkan buku itu kekal seperti asal.


Kemudiannya,Jared terjumpa dengan Brownie,makhluk magis yang menjaga rumah tersebut yang dipanggil Thimbleteck.Thimbleteck memberitahu Jared bahawa makhluk magis dapat menonjolkan diri mereka kepada manusia jika mereka mahu.Dia juga Memberitahu Jared tentang bulatan perlindungan yang dibina di sekeliling rumah untuk menghalang Goblin daripada memasuki rumah itu dan mengambil buku panduan lapangan untuk Mulgarath.Thimbletech kemudiannya memberi Jared batu yang berlubang di tengah yang mana lubang itu di gunakan untuk melihat makhluk di alam magis.

nak dijadikan cerita,simon(kembar jared) ditangkap dan di sembunyikan di dalam hutan oleh goblin yang dihantar oleh mulgarath.Jared kemudiannya berhempas pulas untuk menyelamatkan adiknya,tetiba berjumpa dengan hobgoblin,yang namanya hogsqueal..hobgoblin ni punya air ludah yang sakti,di mana jika air ludahnya di sapu pada mata maka manusia akan dapat melihat alam magis tanpa bantuan batu ajaib itu tadi..dengan bantuan mallory,pasangan kembar itu berjaya menyelamatkan diri daripada goblin dan kembali ke rumah.

Simon kemudiannya mengalih perhatian goblin-goblin yang berserakan di sekeliling kawasan rumah sementara jared dan mallory mencuri masuk ke terowong rahsia yang akan sampai terus ke kawasan bandar,untuk mencari moyang mereka,Lucinda(anak perempuan kepada arthur spiderwick)..Lucinda kemudiannya memberitahu tiada cara lain yang dapat di lakukan selain daripada mencari arthur spiderwick,yang telah di sembunyikan oleh sylph(penjaga alam magis) kerana pengetahuan beliau tentang dunia magis.Tiba-tiba goblin berjaya mencari mereka dan sempat mendapat helaian-helaian daripada buku tersebut.

sementara itu,Simon yang berada di rumah sibuk meletakkan sos tomato ke dalam plastik sebagai persediaan untuk menentang goblin..kulit goblin akan terbakar jika terkena sos tomato.Bila jared dan mallory pulang,mereka menyeru binatang peliharaan arthur spiderwick,griffin yang di namakan Byron,untuk membantu membawakan mereka kepada arthur spiderwick.arthur spiderwick di sembunyikan di kediaman sylph,dan dia tidak di mamah usia,dan juga tiada idea selama mana dia telah di sembunyikan di situ(80 tahun lamanya...!!).Walau bagaimanapun,arthur spiderwick tidak mampu berbuat apa-apa dan percaya jared mampu menyelesaikan segalanya.

Sekembalinya mereka bertiga dari kediaman sylph,Hogsqueal yang telah terdengar rancangan goblin/mulgarath memberi amaran kepada 3 beradik itu bahawa bila bulan mengambang bulatan perlindungan akan hilang kuasanya,kerana posyen yang di cipta oleh goblin.Mereka sekeluarga akhirnya terpaksa berdepan dengan situasi itu dan mempertahankan diri mereka dengan pisau dan tomato sos.Idea Simon akhirnya melenyapkan semua goblin bila mereka seoakat meletakkan sos tomato ke dalam oven dan ledakan dari oven tersebut membunuh semua goblin .Akhirnya keadaan reda seperti sedia kala.

Dengan tidak di sangka-sangka Mr.Grace (ayah kepada 3 beradik itu) pulang untuk meminta maaf atas apa yang dah terjadi,namun jared cepat menghidu itu bukanlah ayahnya yang sebenar lalu menikam Mr.Grace palsu itu.dengan tak semena-mena bentuk asal Mulgarath kembali dan terus mengejar jared untuk mendapatkan buku panduan lapangan itu.jared menyelamtkan diri dengan menaiki atap rumah,dan bila mulgarath terus menghampiri jared mencampakkan buku tersebut.

Mulgarath menukarkan dirinya menjadi burung (raven) untuk mencapai buku tersebut malangnya telah di tangkap oleh hogsqueal sebagai makanannya(hogsqueal pantang tengok burung,semua nak di bedalnya).

Lucinda di bawa pulang ke rumah asal keluarga Grace,dan tiba-tiba sylph menjelma dengan membawa arthur spiderwick bersam-sama.walau bagaimana pun,arthur spiderwick tidak boleh hidup bersama-sama mereka di bumi kerana umurnya akan kembali seperti asal dan ia akan bertukar menjadi habuk..Lucinda kemudiannya meminta arthur membawanya bersama-sama dan dia kembali menjadi budak kecil berumur 6 tahun.

Dan mereka hidup bahagia selamanya(ni ayat last bagi cerita-cerita dongeng camni)

Kesimpulannya,tak rugi kalau korang tengok citer ni.Lengkap dengan semua elemen-lucu,aksi,kelakar,menyentuh perasaan dan mendebarkan.

Saya bagi cerita ni 4.5 bintang dari 5 bintang..!!

*The Spiderwick Chronicles is a 2008 fantasy film adaptation of Holly Black and Tony DiTerlizzi's bestsellingThe Spiderwick Chronicles is a 2008 fantasy film adaptation of Holly Black and Tony DiTerlizzi's bestselling series.

9 comments:

ita.itu said...

aduh wajib eh...sian aku tau lama x ngk wayang dah...

axim said...

ita.itu--->pergi la tengok akak...ajak family sumer tuh skali,hehe,anak2 mesti suka tengok citer neeh..

Wiween @ Awin said...

uih..cam besh eh citer ni xim..nanti ah akak download.maleh pi tgk wyg sengsorang.*sob*

rudy bluehikari said...

arghhhh kena gi tgk neh. mcm besh jerkkk xmcm duyung yg hampeh itu!

cutepanda said...

wah...baru jer abis tgk crt ni..memang best n sesuai la tuk yg famili

lindosh said...

tgk wayang kat sunway carnival eh?? hihi

Ted said...

bro...bestnya tgk wayang ek?
Lama tak tgk wayang, n cite spider ni best je..macam cite narnia..mesti cr dvd dia t..hehe

dijemput melihat page saya

Princess Redbloodsnow said...

Syokkk aa citer neh
mmg wajib tonton pown
z paling cuker aa nengok citer
yg ala2 magical + fantasy gini taw


terase mcm zie lak yg jadik heroin inside da filem..haha

:P

axim said...

wiween--->ajak la kengkawan pi tengok kak...

rudy--->tengok jangan tak tengok..best bangat tuh..

cute panda--->agree witu u...

lindosh--->mana tau ni linda,hehe,ada spy ker..

ted--->best ted...rugi tak tengok...axim pun nak cari dvd nya nanti..

princessredbloodsnow--->waaa kalau zie jadi heroin mesti lagi mengancam citer ni kan,hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails