Followers

Sunday, March 21, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN IJAD/RAI & LOST WORLD TAMBUN IPOH

Ahad.

Bersiaran dari bilik pejabat yang nan dingin ni..Ahad pun kena masuk opis ker..yer lah sebab dah ada hal nak di selesaikan..sepatutnya hari ni ada Photoshoot di Alor Star ngan Model Butik SNS Anggun tapi terpaksa di batalkan sebab aku tak available.maaf yer Cik wanie dan Krew,aku tak dapat nak make it happen..kena postponed to the other date.sorry..

Semalam hari sabtu sempat meng-available-kan diri untuk menghadiri majlis persandingan teman lama di Uitm dulu,Ijad..bertempat di Simpang Pulai,Ipoh..seronok dapat hadir majlis kahwin macam ni,sebab this is da only time yang kita dapat jumpa balik member lama..habis kenduri kawen pi main air di LOST WOTLD TAMBUN..Cumanya satu mender tak best berlaku-Bateri fon aku habis,lupa nak caj malam sebelumnya..akibatnya ramai lah yang duk risau dan cuba hubungi aku..maaf ya semua.aku sihat sejahtera dan masih di sini..Insya Allah aku akan elakkan kejadian ni dari berulang lagi.Jom lah kita layan gambar kat bawah.

1

Ini ialah nasik minyak..aku nak cari nasik putih tapi takder..terpaksa makan nasik minyak yang berkalori tinggi ni tapi ambik sikit jer lah..lauk rendang tu sangat sedap!!di sulami dengan ayam goreng dan Gulai masak lemak nenas Ikan Masin..memang best..lama dah tak layan nasik kenduri.

2

Sebelum kita pergi jauh lagi,lupa nak bagitau aku datang ke Simpang Pulai ni Tumpang Hasrin al-alwi,naik perdana dia..ngan Hakim sekali ada,kebetulan dia balik rumah mentua di Penang so boleh join sekali lah..sekali sekala nak meraikan hari berbahagia member lama apa salahnya kan..Thanks for da ride mate!

3

Mail dan isterinya pun ada sekali..siap dah bawak Intan Ariana ni lagik,berusia 6 bulan setengah..cepatnya masa berlalu,kawan kawan semua dah kawen siap dah beranak pinak..tapi tu lah corak kehidupan,berbagai bagai..corak hidup setiap orang bukannya sama.kita yang mencorakkan hidup kita sendiri..comey lah si Intan tu..ni rasa nak anak cepat cepat ni..hehe

4

Bekas telurnya pun menarik..siap ada bubur kacang hijau.aku ambik jugak rasa sikit.Boleh la tahan walaupun agak cair.masa ni pengantin tengah bersiap siap mekap lagi..kami sampai dalam pukul 12.30 kat sini..memang peak time untuk orang datang bertandang.

5

Mafi dan Epul,kawan satu kompeni ngan Hasrin dan Mail.sempoi depa nih..seronok berbual dan menyakat.

6

Dalam pukul 1 pm lebih macam tu maka sampailah rombongan pengantin di Laman Rumah..siap ada Flower girl dan pengiring masing masing..cute!!hehe..tema perkahwinan kali ini ialah Oren dan Putih.

7

Aku ingatkan sapa lah yang jadi pengapit rupanya Adi,member kitorang jugak..sungguh segak Ijad dengan persalinan Oren nya itu.actually ni majlis persandingan belah lelaki,diorang dah pun menikah a week before kat Sungai Buloh..

8

kompang dari audio berbunyik..zaman sekarang takder dah orang main kompang.pakai CD ajer

9

dari celah dedaunan Pisang yang mati pengantin lalu..

10

12

Dari kiri:axim,Ezum,Hasrin,Weng,Sepul dan Mail.semua member masa zaman Uitm dulu..sekarang memasing dah ada haluan sendirik.weng ngan Ezum lah paling lama aku tak berjumpa..dalam 4 tahun dah rasanya..so bila dah jumpa balik macam ni macam macam kisahlah di bualkan.

11

Pengantin Khusyuk menikmati silat pulut

13

Dalam pukul 3 lebih macam tu kitorang beransur nak meninggalkan mjlis..To Ijad,Congratulations!!tahniah atas perkahwinan..semoga jodoh berkekalan ke anak cucu..len kali nak kawen bagitau la aku,boleh aku jadi photographer korang,:)

14

Ke mana kami selepas itu,nak balik terus rasa macam rugi la pulak..so here we are at LOST WORLD TAMBUN SUNWAY CITY IPOH nak bersantai di hujung minggu..ni first time aku datang sini..Sunway Lagoon dah rasa,Bukit Merah dah pernah pergi so kali ni nak merasa kat Lost world ni pulak..excited la pulak bila datang ramai ramai macam ni.

15

Bayaran RM30 di kenakan sebagai yuran masuk..macam mahal jer aku rasa sebab kitorang sampai dalam pukul 4 petang,boleh main sampai 6 petang sahaja..takpaa lah,bila lagi nak sampai sini kan..dengan kengkawan yang ramai macam ni so kitorang masuk juga..ramai jugak rupa-rupanya orang kat dalam tu.kata hujung minggu kan.

16

Cumanya satu benda aku tak puas hati sebab ada additional kos lagi dalam taman tema air ni..nak pelampung kena sewa lain,nak bola tampar sewa lain..nasib baik tandas ngan bilik persalinan tak kena caj.kalau kena caj aku bom tempat ni.paling aku tak tahan nak sewa Loker kecik yang muat sepasang kasut jer pun RM10!!haram betui depa ni makan duit pelanggan kan.

17

Masuk dalam taman tema ni kami main lah apa yang patut..tak banyak game sangat pun,overall memang khas untuk bebudak..mak budak dan bapak budak kalau nak thrilled kena pi Sunway Lagoon kat KL nun..baru puas hati.tapi bersesuaian lah ngan harga masuk sini kan.cuma RM30 hengget.kalau Sunway Lagoon tu aku tak ingat berapa tapi mahal lagi..70 hengget kot kalau tak silap..ntah.korang cek la sendiri ngan incik Gugel.

18

Ni lah game yang kitorang duk pulun main sampai 8 kali sorang..naik turun naik turun..Ambik pelampung wat naik atas then gelungsur sampai jatuh ke bawah..swirl lah lauan tu..tapi tu lah,mender ni sahaja lah yang best pun..yang lain biasa biasa sahaja..ada petting zzoo ngan Tiger Show(pertunjukan Harimau betul,bukan yang dirty tuh)..ada 3 ekor Harimau depa kata.aku tak sempat tengok..sibuk main gelungsur air ni punya pasal.

19

Berehat sebentar di bawah pouch ni sambil makan Twisties dan Chipsmore..lapar siot bila duk pulun main air..weng,Ezum ngan Adi sampai lambat sikit dari kitorang sebab on the way ke Lost World ni tayar kereta weng pancit..ish ish ish..tapi demi semangat berkawan depa mai la jugak nak meramai kan korum..diorang sampai pukul 5,which is pukul 6 dah tutup.so main lah mana yang sempat.

20

mari pakat pakat kita belasah Adi!!

22

Last kopek kitorang terjun beramai ramai dalam kolam air panas ni..panas siot air!!sakit telur K***..mati semua sperma kat dalam tu.haha.tapi lama lama jadi biasa lah..siap boleh berposing bagai lagik kan.Konsep satu Malaysia di amalkan dalam gambar di atas sebab walaupun kami berkongsi kolam dengan Indian,tapi kami tetap steady..one nation one country one malaysia.

23

dah pukul 6 lebih dah..it's time to bersiap siap untuk balik..

24

aku bersama Intan Ariana..ada potensi jadik ayah mithali tak??

25

bergambar kenangan di Entrance luar sebelum meninggalkan LOST WORLD..

26

After all of this year we still can meet and do share a lot of laugh..haha..that's Cool!

27

Macam Biasa lah,kalau dah jumpa ramai ramai macam ni tak lengkap lah kalau tak tutup pertemuan dengan majlis makan makan..singgah makan di kawasan Gopeng kalau tak silap,Ezum yang bawak kami makan kat kedai ni..kedai masakan panas..masing masing order air jus buah,kueytiow tomyam,nasi goreng bangkok,nasi goreng special tiga rasa dan macam macam lagi lah yang ada..Air jus buah naga sedap!!sepul yang order kitorang duk pakat pakat rasa..

28

satay ayam 30 cucuk..jangan makan banyak sebab kalori tinggi.malam pulak tu.

29

Lepas da setel makan,sambung sembang sembang lagi gelak gelak sampai lah pukul 9.30 malam..then terpaksa berundur diri lah sebab kami nak balik ke Penang pula..Weng ngan Adi tumpang tidur kat Rumah Ezum di Ipoh tu jaa,kitorang lah nak balik jauh..Overall,i really had a great time with you guys!!i feel so alive bila dapat jumpa member lama dan bersembang balik pasal kenangan dulu..haha..anyway,hope to see you guys again later!thanks for your time!adios!

*sampai Penang pukul 12 tengah malam..badan penat mata kuyu memang sedap tidor..bila aku on kan balik Phone dapat 27 mesej dalam INBOX!!sorry pada yang risau..siap ada sms dari Boss aku..that's explain why i'm in the office now like there's no tomorrow..

17 comments:

Cik Wanie said...

x der hal lah,
kita blh buat lain minggu kan,
hihihihihihihi;)

comelnyer adk yg mung dukong tue,
comei jer....
rasa mcm nak picit2 pipi dier,
hihihihihi;)

Bukit Tambun?
x pernah smapai lor......

Apapun selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai,
semoga berbahagia ke akhir hayat,

psssttt,
tuan punya blog bila lagi???
lalalalala;)

pasal sms x direply tue,
mmg mula2 mcm pelik jugak,
pehal si axim x reply2,
call x dpt,
tunggu gak sampai tertido tau,
nasib baik MTB sudi temankan diriku menunggu sms mung,
hurm...
rupanya x der bateri...

apapun selamat bekerja ok;)
lalalalala

Eyriqazz said...

serba oren...cam adik saya...tambun,aku jelosss...teringin nak pi..

p/s;CAMNE NAK LEBARKAN POST N sidebarye?balas di blog saya ye...thanks

Faisal Admar said...

aku teringin nak ke tambun :) hmm.

lama tak makan nasi minyak.
ko bila nak masak? hahahahaha

xplorer said...

aku mmg dah lama nak pi kat sini . dulu pernah pegi skali tapi terlalu ramai sebab cuti skolah , bila JR dah boleh jalan aku nak p lagi skali. tak panas ke p sana time2 mcm ni?

xplorer said...

aku mmg dah lama nak pi kat sini . dulu pernah pegi skali tapi terlalu ramai sebab cuti skolah , bila JR dah boleh jalan aku nak p lagi skali. tak panas ke p sana time2 mcm ni?

m.q said...

ni betol2 2 in 1
pi kenduri dan bersukaria

Kniedaz said...

seronoknya jumpa geng2 lama..

famoque said...

tak tebako sgt la kan.. hahahaha

@xiM said...

CIK WANIE,

Nanti kita buat minggu yang lain ok photoshoot itu..sorry.

comey kan budak tuh..umurnya 6 bulan setengah..rasa teruja pulak nak jadik ayah ni.haha

bila nak lansung??biarlah rahsia..hehehe

@xiM said...

EYRIQAZ,

owhh adik ko pun buat tema sama warna macam ni yek.menarik la jugak..cantek..

Bukit Merah laketown resort lagi best rasanya..

*dah jawab di blog saudara..

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

aku baru pestaim sampai..ok la jugak..

nasik minyak aku tak reti masak..nasik ayam aku reti lah..hehe

@xiM said...

XPLORER,

tak panas la masa ni,siap hujan lagik..basah beg aku..huhu..nanti ada masa bawak la junior datang main air kat sini mesti dia seronok..

@xiM said...

M.Q,

yer betul tuh..
sambil menyelam sambil minum air..
kalau tak tak taw bila lagi nak sampai sini..
:)

@xiM said...

KNIEDAZ,

sangat seronok akak..macam macam kenangan lalu di bentangkan..:p

@xiM said...

FAMOQUE,

rugi nya lah ko takder sekali..kalau tak leh lawan berendam air dalam kolam air panas kat lost world tuh..diorang kata ko nak pi dah tapi last minit boss ko kol kena pi kuantan pulak..amboii busynya kan sekarang..

Wahidah said...

selamat penagntin baru aximm..ops slh kawan axim..:P

baby ariana sgt chomel..leh tlg poskan kt arab tak..wat jd peneman wai di kala sunyi..hahaha.:p

@xiM said...

WAI,

aik..silap boleh salah sebut kan..hehe

nak baby ariana tu kena lah tanya mak dan bapak dia..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails