Followers

Thursday, March 11, 2010

VIETNAM TRIP - V.N HALAL RESTAURANT

Sambung lagi kisah percutian di Vietnam..

Sekembalinya dari half-day tour CU-CHI tunnel,dalam pukul 2.30 pm ,(fyi Masa kat Vietnam lambat satu jam dari kita..),kami kelaparan..nak makan.dan semestinya nak cari makanan yang berkonsepkan Vietnam.Takkan mai Vietnam pun aku nak cari nasik ngan Ikan singgang + Budu belacan + Ulam ulaman..memang la sedap tapi dah ada kat negara orang so apa kata kita cuba rasa makanan penduduk setempat pulak..

1

Pemandu pelancong kami yang bededikasi baca peta nak cari Restoran makanan Halal..

2

Akhirnya pusing punya pusing di Ho Chi Minh City ni kami ternampak lah Restoran VN Halal Restaurant Muslim Food..memang dalam itinerary kami ada plan nak makan kat sini.Nasib baik terjumpa so kami decide nak singgah terus..kang kalau nak cari restoran lain kang dua dua tak dapat.yang di kejar tak der,yang di kendong brciciran..

4

Suasana dalaman Restoran ini.

5

Actually masa kitorag sampai ada la satu Couple duk tengah makan.Cakap melayu jugak so aku rasa memang dari Malaysia la tu..ok lah.memang kat sini ramai pelanggan dari Malaysia lah kot.Ada jugak dua orang akak dari Shah Alam kalau tak silap duk makan.so kami bersembang-sembang ngan akak tu sementara menanti makanan tiba..dengan berlagaknya akak tu kata Vietnam ni memang dia selalu mai..so what?ada aku kesah..

6

Ni alamat Restoran ni ok,tertera indah di bahagian bawah buku menu tu..

8

Muka muka kepenatan..tambah lagi kelaparan..tapi teruja dapat singgah makan kat sini

9

Maka kami pun order lah apa yang patut.aku ngan Zie order air Kopi O,Nikli Nodin order air sirap..sedap jugak tu layan sirap tengah cuaca panas macam ni..(hang macam pi kenduri kawen la pulak kan Nikli duk order ayaq sirap..)tapi aku order kopi sebab dengar kata Kopi kat sini sangat lah sedap..lagi sedap Kopi susu nya,sebab aku bukan pencinta susu maka order Kopi O saja..tu pun dah terasa kaw-kaw punya kopi.Memang sedap!tak taw nak habaq macam mana..kena rasa sendiri baru taw..

7

smileeeeeeeeeeeeeeeyyy....

10

meh minum Kopi O ni..sedap wa cakap lu..

15

Untuk makan,kami bertiga sepakat untuk memesan PHO-makanan Ruji penduduk Vietnam..Ada baca dalam blog abang zul pasal Pho ni,dia suggest suruh try tu yang kitorang nak try ni.kalau ikut kat HALAL@SAIGON RESTAURANT malam sebelum ni pun ada,tapi sebab dah letih so tak rasa nak makan..hari ni baru nak try.

12

tengok cili potong ngan Limau Nipis ni pun dah terliur apa kes..

11

PHO is a Vietnamese beef and noodle soup. The soup includes noodles made from rice and is often served with basil, lime, bean sprouts and peppers that are added to the soup by the consumer.Pho had its humble beginnings nearly 100 years ago, and at that time was basically boiled beef, broth and noodles. It has since evolved into much more than that.

13

Phở is served in a bowl with white rice noodles (called bánh phở') in clear beef broth, with thin cuts of beef (steak, fatty flank, lean flank, brisket). Variations feature tendon, tripe, meatballs, chicken leg, chicken breast, or other chicken organs. "With the lot" (made with chicken broth and all or most of the shop's chicken and cattle offerings, including chicken hearts and livers and beef tripe and tendons) is known as phở đặc biệt (specialty phở).

17

Nampak macam Mee soup biasa jer,tapi sebenarnya rasa nya lain,berbeza ngan soup kita kat sini..rasanya banyak herb yang di letak,dan rasanya bila blend sekali menakjubkan!!sedap sungguh..tak menyesal kami bertiga duk order mender ni..macam laksa penang pun ya,tapi ni lebih kepada mee soup rasanya..sukar untuk di explain,hanya yang dah rasa jer taw..Bukan lah aku nak kata Pho ni sedap sangat-sangat,cuma nya rasa nya lain dari yang lain..Unik.

14

Aku bukan suka sangat daging,tapi daging slice macam ni aku layan jer..sedap pulak tu pekena ngan Kuah Pho ni..Korang tak terliur ker tengok??silalah terliur jangan malu-malu.

15A

Khusyuk Zie mengadap Pho noo..jangan lupa perah asam limau..

16

Sekali kaut ngan Chop Stick banyak tak hengat..Muka NN stim jer duk layan Pho..

19

Alhamdulillah,semangkuk Pho itu membuatkan kami kenyang sampai ke malam..sekarang ni pun duk teringat-ingat lagi Pho tu..duk search internet carik resepi tapi malas nak buat..haha..jawabnya nak kena Pi Vietnam lagi lah nampak gayanya..(alasan sangat kan..)..Dari Restoran ni kitorang terus balik ke Hotel untuk berehat..

(To Be Continued..)

27 comments:

eLLy said...

cantik restaurant nie.. nampak bersihhh ajoo

penahatiku83 said...

axim...kak fiza tengok poh noo tu cam syedap giler...nyummmyyyy

Ziana said...

errksss..
ngidammm nyerrr PHO nih..

men masak2 PHO jumss..?
deal..?
:)

@xiM said...

KAK ELLY,

Restoran ni memang bersih dan rapi!!sedap mata memandang..cool ajer..:)

@xiM said...

PENA HATIKU,

memang sedap terangkat!!tapi kalau nak try buat search la resepi..ada jer resepi dalam internet..:)

@xiM said...

ZIANA,

kan i dah kata aritu,u masak then jemput i ok?

deal!!

kucingorengemok said...

sekali imbas aku baca nama restoran tu un-halal... eh, dah halal pastu di-tak halal-kan ke pulak? hehe, sorry silap baca! :)

sepul said...

nak sebut pho ni mcm mana? Po? fo? peho?

m.q said...

restoren cantik
makanan pun looks yummy yummy

A.R.A.S.H. 910 said...

sedapnya..ngee

btw, kekwatnya kakak itew..huhu

@xiM said...

KOG,

aku pun mula mula tengok dari jauh duk kata lah kat depa ni:ada jugak UN-HALAL restaurant kat Vietnam ni,bila dah dekat baru nampak VN-HALAL restoran..aku pun tersilap daaa...

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

aku pun tak taw sangat nak sebut macammana,aku sebut PHO jer lah..ikut suka u..(macam iklan dalam Tv pulak..haha)

@xiM said...

M.Q,

pakej lengkap kan..:)

@xiM said...

ARASH 910,

kakak itew memanng kekwat sesangat!!
(*kekwat tu apa??kaki kewek kah?)

Nikli said...

Halal@Saigon..
Bukan Saigon Halal..

:)

Sedap pho tuh..

budleee said...

oooh sedapnyer mee tuh!

Nikli said...

btw, aku xreti nak minum bersusu + makan.. sebab tuh oder sirap or teh o ais je..

tapi mmg kopi ais tuh nampak kawa kawa punya lahhh..

@xiM said...

NIKLI,

betul lah kan aku taip kat atas tu
HALAL@SAIGON..
ker aku silap taip??
hehe

@xiM said...

BUDLEE,

yer...you shud try..:)

@xiM said...

NIKLI,

hang macam pi kenduri kawen kan order ayaq sirap..lawak lawak lawak..macam kat sini takder sirap kan..

kopi o tu memang kaw kaw punya..

Nikli said...

mmg kan.. hang edit balik, then tambah.. aku dengar akak tuh biasa je cakap dia slalu dtg vetnam.. yg hg xpueh hati pasai pa..??

tiba2 plak ada "ada aku kesah.."
mmmm..
patutnya aku print screen aksi aksi keji hang kannn..?? mmmm..

xplorer said...

hang bagi kat aku alamat restoran tu boleh tak , abg ipar aku nak pi sana next week

Faisal Admar said...

laksa ada daging? alamak! cannot go ler... :D

pic besar.. puas betol!

@xiM said...

NIKLI,

hang takder bukti so kata kata hang tu tak leh di pakai di mahkamah..

@xiM said...

XPLORER,

alamat ada kat buku menu tu bro..

@xiM said...

FAISAL,

kalau ko try mesti ko nak lagik!

pic besar memang puas kan tengok!!

nikli said...

Terbaca post lama. Eh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails