Followers

Tuesday, March 16, 2010

VIETNAM TRIP : BEN THANH MARKET & AIRPORT (PART FINALE)

Bahagian akhir untuk pengembaraan di Vietnam.

Selesai makan di V.N HALAL RESTORAN(rujuk entri ini) kami berjalan kaki ke Ben Thanh Market untuk membeli souvenir sebagai kenang-kenangan kepada sahabat handai dan rakan taulan..Pasar Ben Thanh ni memang popular kat Ho Chi Minh City ni..kira kalau macam kat Bali ada Pasar Ubud,kat Terengganu ada Pasar Payang,Kat Kota Bharu ada Pasar Siti Khadijah..begitulah perumpamaan nya..

1

Ben Thanh market dengan Hotel yang kitorang duduk dah dekat sangat..so tak la risau nak ambik transport untuk balik ke Hotel.Jalan kaki saja dah sampai.masa ni dalam pukul 4 petang..masa sangat suntuk sebab aku nak kejar flight pukul 7.40pm..at least pukul 6 dah kena ada kat Airport..memang rushing sangat.

2

Macam-macam yang ada kat sini,dari pakaian dan barang cenderamata..

3

Ramai orang yang membanjiri kawasan Market ni

4

Tujuan datang sini sebab nak beli souvenir,so bila dah jumpa kedai yang letak harga berpatutan terus la beli dan borong..tak sempat dah nak tanya kedai lain..kebetulan memang harga berpatutan mamat ni bagi so apa lagi,siap duit tinggal bayar jer lah.aku beli patung kayu tu,melambangkan wanita vietnam dengan topi nya..nice..satu tu bila dah convert duit kita dalam 2 ringgit lebeh jer..(ish..yer ker?aku pun dah tak ingat..) Tapi murah la senang citer.keychain ngan Fridge magnet pun ada di rembat..

5

pening kepala budak tu nak layan kitorang..nsib lah kan..haha

6

Then lepas da setel beli souvenir tuh kitorang ke tempat pakaian pulak,nak beli beg tangan untuk my mum dan baju kemeja untuk ayah..adik beradik yang lain kasi souvenir jer lah.masa suntuk so tak sempat nak tengok barang yang ada satu persatu.jumpa kedai ni terus bargain,last last aku yang rembat seluar pendek kotak-kotak..Nikli pun beli selai..Ziana beli untuk Dofy

7

Pompuan jual baju ni leh tahan gatal la jugak..duk sibuk kata Love Malaysia,i love both of you,i love you,macam macam lagi lah..siap pegang pegang bagai nak ambik gambar kan..terlebih mesra la sebab kami dah beli banyak kat kedai dia..haha..menjadi sungguh taktik amoi Vietnam itu..untuk mengelakkan terus terpedaya,kitorang blah cepat cepat lepas beli..hehe

7A

Dari Ben Thanh market pulang ke Ruby Hotel..nak pack barang dan bersiap ke Airport

7B

Dalam Teksi menuju ke Airport.nasib teksi senang nak dapat..

8

Bendera Vietnam yang berkibar megah..

8A

Kat Vietnam dalam pukul 6 dah gelap..kiranya macam pukul 7 kat tempat kita..sempat lah tengok matahari terbenam kat luar epot..sungguh Indah..Subhanallah..

8B

Flight AK885 AIRASIA ke KUALA LUMPUR jam 1940

9

Matahari yang kian menghilang di Ufuk Barat..

9A

Lepas da siap Check in sementara menanti Boarding time kitorang lepak minum dulu kat salah sebuah restoran yang ada..apa lagi kan,minum Kopi Vietnam lah..Kopi susunya sungguh kick!!aku tak minum susu tapi bila rasa Kopi Vietnam yang ada susu tu rasa macam boleh minum pulak sebab rasa kopi nya kuat..patut lah abang Zul kata Kopi kat sini sangat sedap.sungguh nyata dan benar sekali kata kata tersebut..siap bertambah dua gelas lagi kan..haha

9B

Gambar ni waitress yang ambik..pandai jugak dia ambik gambar kami.tq tq tq

10

and now it's boarding time..SAYONARA VIETNAM..

11

Dan berakhirlah sudah kisah travel Di Vietnam ini..fuhhhh lega..bagi aku Ho Chi Minh City ni tempat yang nice jugak untuk di kunjungi..banyak landmark yang menarik dan aku rasa insya Allah akan datang sini lagi jika ada kesempatan..Di harap semua pembaca sekelian dapat lah manfaat dari apa yang di kongsikan dalam kisah Vietnam ini(Klik label VIETNAM di sidebar belah kanan untuk serba sedikit info pasal HCMC).

SHARING IS CARING..

Wallahualam.

14 comments:

eZa said...

terliuq tengok ice dlm gelas tuh! kalau dpt kunyah tuh syiok! ;)

@xiM said...

EZA,

aik..pencinta ais kah kamu ini..hehe

tak sakit gigi ke kunyah ais..

eZa said...

kalau tgk wayang xyah bg popcorn pun xpe. bg ice satu bekas cukop! hehehe. syiok dpt krup krap krup krap

p/s: start addicted to ice since my 1st pregnancy... akibatnya, anak² sekarang pantang jumpe ice. tak keruan! ;P

@xiM said...

EZA,

wahhhhh ini sudah kes haru..haha

ramai gak orang yang aku kenal duk addivted ngan ais nih..

*ish ish ish sian anak anak tu..:p

m.q said...

sedapnyaaaaaa......
kopi itu

@xiM said...

M.Q,

memang sedap kopi itu..
hehe

sepul said...

huihhh gatai jugak amoi vietnam kat kedai tuh. kalo mcm tu nanti aku pi cari kedai yang awek dia lagi lawa & sexy lah. heheheheee

makcik rokiah said...

blog ni byk gambar.. meriah!

alhaqimi said...

haha...

beshnya dapat tgok negara org..

satu hari nnt nak gak la pi..dapat la geng yang best...terangkat dua ibu jari...huhu..

xplorer said...

kalau amoi tu kat love u awat hang tak balas i love you 2 balik . Untung2 dpt bini org vietnam , ha ha . satu lagi kalau pi vietnam especially masa nak balik kekadang kastam akan tanya brapa duit vietnam yg korang ada dan dia akan suruh empty kan duit vietnam konon2 tak leh bawak keluar . buat bodo je tu semua taktik pau . kena kat aku ngan parent aku masa aku pi sana

Faisal Admar said...

muka ko dgn muka budak tu sama lar bro!

wawan purwanto sirait said...

Follow my blog bro http://wawanpsirait.blogspot.com/2011/04/free-money-from-ziddu.html

just another ordinary miracle! said...

going to vietnam real soon. luckily found ur blog. thanks for d info! :)

Hot cr3ativ3 said...

salam,
nak tanya hotel ape yg u olls stay. mmg sgt dekat ke dgn ben thanh market? hop can rply asap. tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails