Followers

Tuesday, March 31, 2009

Absolute Thai = Absolutely NOT!!

Pada suatu hari yang cerah,saya dan adik beradik yang lain telah pergi membeli belah di IKEA..sesudah membeli belah beberapa barangan kaca di IKEA,kami semua terasa amat lapar..dan dahaga..lantas kami semua sepakat untuk melepaskan hawa lapar dan dahaga itu di sebuah restoran yang berTAJUK:


Absolute Thai-Thai Nuddle Bar..sesungguhnya kami semua tidak pernah mencuba untuk makan dan minum di sini..kiranya inilah kali pertama kami semua menjejakkan kaki ke sini..dengan dekorasi yang agak menarik membuatkan kami semua terpikat untuk singgah..untuk pengetahuan rakan rakan sekelian,restoran ni berada dalam IKANO.

Ini lah wajah ceria adeq dan abang long yang sempat di rakam kan ketika melepak kat sini..masing masing memang sudah kelaparan tahap gaban.



Papa dan Angah pun terlibat sama untuk makan makan ni..lapar amat..tapi kami masih mampu tersenyum di depan kamera.



Oleh kerana tak sanggup menunggu lebih lama abang Long terus membedal beberapa bijik karipap IKEA yang dikatakan sedap..sedap ker??saya rasa macam biasa sahaja..tapi tak sempat nak merasa sebab abang long ni melahap sampai habis..kesian kat saya dan juga adik beradik yang lain.Tanpa membuang masa kami pun mengorder lah apa yang patut:

Papa dan Adeq sebulat suara memilih untuk makan Nasi Goreng Nanas ala Thai..mulanya gambar dalam menu kelihatan vogue setelah melihat nasi goreng ni di letakkan dalam buah nanas..masa nak order tu lah pelayan restoran memberikan amaran keras bahawa itu hanyalah illustrasi semata mata..sedikit kecewa tetapi masih diorder jugak..(kalau dah takder tu buat apa nak letak dalam menu kan!!hisssshhhh)

Kak Ngah macam keliru tak taw nak order apa..akhirnya dia memilih untuk mengorder Kuey Tiow Goreng..namanya apa ntah saya pun dah tak ingat tetapi tetaplah ianya kuey tiow goreng semata mata..persembahan yang kurang menarik saya kira..


Dan abang Long dengan bersahaja memilih untuk makan Nasi Goreng Daging.satu perkongsian-abang long ni memang pantang mender mender berdaging..pantang jumpa konpem dia ngapp semua..hehe..tapi saya pasti dia tetap makan daging yang halal sahaja..yang Haram dia tolak ke tepi..kami muslim sejati.


Hmmmmm makan pun dah order air nya bagaimana??jus buah tembikai menjadi pilihan papa dan Abang Long,manakala jus epal hijau itu milik Kak Ngah..rasanya tidak lah seperti dalam gambar..lagi sedap jus buah kampung Baru..(teringat jus mangga yang pekat likat sedap ituu..!!)..ehhhh air adeq mana nya?


haaaa adeq tetiba order air coke..dah lama dia tak minum air coke..sebelum kawen hari tuh memang dia cuba mengelakkan diri dari minum minuman berkarbonat sebab nak kawal pemakanan..selepas kawen ni dia tetap jaga dan kawal,cuma tidak lah se strict dulu..lebih fleksible dan lebih beringat ingat..
setelah makanan tiba maka kami pun dengan penuh pengharapan memulakan makan sambil baca Bismillah terlebih dahulu supaya makanan ini tidak dikongsi bersama Syaitan.sambil makan kami berbincang tentang isu kekeluargaan dan juga isu isu politik yang ringan..dalam kehangatan bnerbicara tu dengan serentak kami semua berhenti makan..

kenapa agaknya kami semua berhenti makan yer??besar kemungkinan di sebabkan oleh mutu dan rasa makanan di atas ni amatlah mengecewakan dan berada di bawah jangkaan kami yang sedang lapar..saya dengan ikhlas berkata bahawa biasanya kalau tak sedap selagi boleh telan memang saya akan habiskan tetapi untuk yang ini,maaf-saya tak bisa.Bukan sahaja saya,semua yang lain juga tidak mampu..

'Saya rasa kita patut perjuangkan hak kita..!!sebagai pengguna dan pemakan di sini mengapa kita tak komplen sahaja bahawa nasi goreng nanas ni sangat tawar dan tiada rasa??nasi nya pun dah macam pulut..kalau tak kerana tajuk nasi itu nasi goreng pasti saya sudah sangka itu adalah pulut budak khatam al-Quran seperti waktu saya di darjah Tiga sekolah Rendah kebangsaan Kemasek..'

'itu hoke lagi..shaya ni macham mana..lidah shudah terjhelir keluar shebab rasa kuey tiow tu macam kuey tiow yang saya pernah goreng ketika saya di Tingkatan Lima,masa tu saya terlupa membeli garam dan perasa,sudahnya kueytiow goreng itu tiada rasa dan berminyak banyak..sebijik macam kuey tiow yang sedang di hidang depan mata saya ni sekarang..'

'hmmmm saya rasa sungguh mengantuk kala ini..mengantuk dan fed-up dengan persembahan nasi goreng daging yang sungguh berpulut ini..saat ini,saya sungguh rindukan nasi Goreng Mak timah nun jauh di Kampung Halaman saya di utara sana..nasi Goreng Mak Timah pasti akan memenuhi citarasa saya yang berselera besar ini..tidak kah mereka tahu yang saya tak makan nasi goreng yang berwarna putih sebegini..ohhh tidak...Ma..sampai hati diorang buat saya macam ni..ish ish ish..'

'weiiiii apa laa korang duk bising bising nih..rilek ah beb..nanti pas ni kita pi lepak kat Uncle Willy pun lagi best apa..saya yakin kalau uncle willy dengar luahan hati kita yang agak teraniayai ni pasti dia belanja kita makan..(sambil menghirup titisan terakhir air Diet Coke lemon itu)..yang penting kita enjoy okeh...sruupppp...suuppppp..

'Hang cakap senang la okeh..habis ceq yang lapaq ni macam mana..ceq memang sengaja tak makan dari semalam semata mata nak cuba makan kat restoran nih..hissshh..sungguh tak berhati perut diorang nih..' sambil mengepal ngepal tangan tanda tak puas hati..


Ketika kami semua sedang sibuk bertelagah itu tiba tiba satu hidangan pencuci mulut tiba..ohhh saya sudah hampir lupa pasal hidangan yang ada diorder ini..hmmmmm nampak menarik(kata saya dalam hati kecil)
'haaaaa ini sudah bagus..saya memang lapar nih..harap pulut mangga ni tidak akan mengecewakan saya..'-kata kak ngah yang baru pulih dari lidah terjelir setelah mendapat pertolongan dari adeq dan abang long.

'kalau mangga ni tak sedap juga tak taw lah macam mana..takder ulat kan dalam buah ni..'


'mmmmm ok ok lulus..boleh laaa di makan..sedap jek..mmmmmm'
'kak ngah pun nak ngap jugak...auuuuummmm..'
'haiyooooooo apa nih...wooooooo skali ada rambut pulak dalam pulut itu...ish ish ish..apa lah malang nasib kita kali ni kan..ingatkan meal terakhir ni bakal menjadi penyelamat...ya ampuuuuuunnnnn..nasib aku tak tertelan rambut tuh kalau tak tercekik nanti sapa nak jawab tuhh!!'


papa:'dah dah angah..abaikan jer pulut mangga tuh..kita minum jer..ni jer yang tinggal yang boleh di telan..

Angah:ok pa ok pa..aku dah hangin ni..nak terbalikkan meja tapi meja ni berat sangat so tak jadi lah nak mengamuk..ngeeee...'

(masa ni adeq ngan Bang Long dah tidur kat situ jugak sebab tensen sesangat ngan mutu makanan kat sini)
Hospitality with heart?sepatutnya tukar la jadik hospitality with no heart..haha


Setelah segalanya selesai saya pun meminta pelayan lelaki di restoran itu membawakan Bil untuk seluruh makanan yang di pesan..maka amatlah terkejut berukzz kami semua tatkala melihat harga yang terpapar=RM98.35 sen!!!kalau beruk beruk dan monyet di luar sana melihat kami ketika ini pasti mereka akan tekejut yang amat jugak..Mahal dan tidak berpadanan lansung dengan mutu/persembahan makanan...hmmmmmmmmmmmm


'Thank You,Please Come Again'-please...dont makes us come to this place again..Bukan kami semua tidak mampu untuk membayar harga makanan itu tetapi jika di berikan pilihan pasti kami akan memilih restoran restoran lain yang lebih vogue..



Ya,sesungguhnya kami semua sudah serik untuk makan lagi di Restoran ini..Sebulat suara dari hati kami yang dalam.Jangan salah anggap,saya tidak pernah menghalang anda semua untuk makan dan minum di Restoran ini..Teruskan niat suci murni anda,mungkin ada makanan lain yang lagi sedap tetapi sila lah tanggung Risiko sendiri jika ada apa apa berlaku ok..kami tidak akan bertanggung jawab..:),Sekadar peringatan untuk kita kongsi bersama sama..

Selesai makan malam kami semua pun pulang dan tidur dalam keadaan HAMPA..huhu..

Sekian,Terima Kasih.

33 comments:

Ad said...

kalau ad ni dah lungkupkan dah meja makan (dlm imaginasi jer)

elok la wat ennrty ni, supaya yg lain xterkena..dulu ad pernah pi bangkok born thai kat bukit rahman putra..lebih kurang la rasa kat absolute thai ni..mmg fail, sekali charge, 50 hinggit tk s 2 org makan nasi goreng dgn air buah jer!!!

Ziana said...

erkss...
nice pic!!!
even mkn x sedap..
tp bila tgk pic2 nih..
tesenyum gak!!
:)

mahal if sedap xpe..
nih hampeh sesgt!!!
1000x sedap karipap ikea!!
eh.. pic ice cream yg muncung2 tuh nan ado??
hehehehe

tuh laa..
kene pi jmpe uncle willy laa mcm nih.. lg sodap..
takat rm100 mkn kat uncle willy pon leh kenyang 8 hari..
kan kan..
marik?
:)

Lily.Lulu said...

amaran
tak yah makan kat situ lagi
tak sedappppppppppppp !!

betul tuh ckp kak ngah
RM100 cukup makan puas hati kat william

kan kan kan ??????????
oleh itu sorry la absolute thai
kami harus boikot anda

harap maklum !!
;)

Nikli said...

axim, lawak laa entry hang kali nihh.. aku gelak tak hengat.. nak nak bab dialog tuh.. sangat kene dengan expression muka..

LOL..
ok dah bab kesengalan..

Tang bab makan makan nihhh, hhaaaa, absolutely laa sangat kannn.. tapi aku memang tak recommended langsung.. baik len kali aku jek goreng sendiri..lagik sedap dari kedai tuhhh..

ok, ths friday kat willy yek korang.. Jom Gorgon menyerang ke sana..

p/s: penuh laaa inbox aku korang dok pulun buat ape weiii..??

Izan said...

lor.... bayar mahal2 tp tak sedap... buat rugi jer kan. mesti korang sume pulang dengan perut yang masih lapar... =) tol tak??

cik ijau said...

kahkahkahkahkah ;)
padan la ulasan ngan gambar2 ;)

Mrs.Sheikh said...

nampak sedap tp hampeh ekkk...
harus tak ku jejak restoran ni nanti!

Mrs.Sheikh said...

nampak sedap tp hampeh ekkk...
harus tak ku jejak restoran ni nanti!

Suka Bebel said...

memang tak patut singgah lagi tu.kalau aku, kompom aku panggil tukang masak tu suruh dia rasa apa yang dia masak.kita ada hak maa...hehe cakap je la berani tapi setakat ni aku lum sampai tahap tu lagik bab makan tak sedap ni.tapi ada sorang kenalan kalau air teh yang dia order tak ikut rasa, dia suruh tukang buat air tu adjust sampai ok.kadang kadang sampai 5 6 kali tukang buat air tu kena buat sambil dimaki hamun.hehe

farhanaabubakar said...

Sadis nye bayar mahal2 tapi mknn xbest....
baca entry ni best tang dialog...
klaka :)

@xiM said...

AD,

nasi goreng ngan air buah dua orang makan RM50++?biau betik..memang patut kea lingkupkan jer meja kedai tuh..baik pi makan kat awarung makcik kiah kan..

@xiM said...

Ziana,

nice pic kan..pa pun suka bangat tengok..hehe

memang tak sedap dan tak worth lansung dengan harga yang di tawarkan..baik kita pi makan kat uncle willy..

Jom!!

@xiM said...

Lily,

betol betol betol..saya sokong seratus peratus..jom kita boikot absolute thai yang absolutely not ini..

uncle willy,marik??

:)

@xiM said...

Nikli,

lawak kaa..haha..aku duk taip entry ni pun tadik duk tergelak sorang sorang jugak..hahahaha harimau..

LOL..

hang goreng sendirik??ok ok aku percaya mesti lagi sedap dari absolute Thai ni tapi still takleh celen nasi goreng udang kering yang aku oernah buat..huahuahua

jom jumaat ni gorgon menyerang willy jomm jom jom jom..

*inbox penuh sebab depa duk pulun berbalas balas komen kat FB..haha

@xiM said...

Izan,

lapar satu citer,tak puas hati tuh lagi bengkek adalah..adoi laaa apa la nsib badan ari tuh..konpem tak jejak lagi kat sini..huhu

@xiM said...

Cik Ijau,

tu sumer amik secara tak sengaja..kebetulan padan la pulak dengan dialog yang di tulis..tapi betul tuh,tu dialog yang sama macam mereka ungkapkan masa kejadian..

@xiM said...

Mrs.Sheikh,

harus jangan sekali kali kau berani untuk menjejaki restoran ni..kalau tak kau pasti akan menyesal seumur hidup..hihi

@xiM said...

Suka Bebel,

aku pun lum sampai tahap tu lagi la rasanya..kalau tak sedap just tak datang lagi,tu je lah..tapi kawan kau tu memang ganas oooo..sanggup suh tukang bancuh aor tu wat semula...wa salute la sama lu punya kawan bro!!

@xiM said...

Farhana,

memang sadis nih..ish ish ish..

Anonymous said...

kecohnya lah hai, makan tak sedap je pun..

Tny said...

Tu diaaaa!!!
Dah lah mahai.. tak sedaap.. apa lah yang tak kena haritu Axim..

Sibbaik buat review jugak w/pun x sedaap.. klo tidaakkk..pasti ada org lain plak yg terkena pas ni..

KK said...

kat sini la aku nampak korang berempat.. masa tu lah aku nampak lily dah pakai inai.. dah budget mesti lily away aritu sbb kawen.. confirm betui!

padan ler masa tu aku nampak muka ko ngan nikli masa jer.. rupanya mkn tak sedap.. tp muka nikli mmg muka sleepy tak hengat!

btw, thx for d notification.. tobat tak mau masuk lansung..

karipap ikea is d best! yeah!

kuchairies said...

Penceritaan dan persembahan jalan cerita yang menarik.. saya suka gaya bahasa anda.. heheehe..

RIZAL said...

lame x mnyinggah.. hee.. :P
ape cter ehh.. :)

kiut yg gmba berskrip tu...

Nem0 o0h Nem0 said...

betul ker ade rmbut kat pulut tu?
nape x komplen jek,adoiii...
da mahal pastu x berbaloi,

Faisal Admar said...

nasi goreng yg ada gajus tu nampak sedap lah!!

@xiM said...

Tny,

sebab tak sedap la duk pulun buat review panjang panjang nih..kalau tak takder nyer nak buat review panjang since barangan baik tidak memerlukan kata kata indah..:)

@xiM said...

KK,

siapakah gerangan dikau wahai KK..hehe..len kali teguq la kami ni..untung untung boleh join makan karipap IKEA skali..hehe

@xiM said...

Kuchairies,

wahhh da macam Juri khas pulak yek..hehe

@xiM said...

RIZAL,

MACAM DALAM BLOG NI LAH..:)

@xiM said...

NEMO,

dah takder rasa nak komplen dah masa tuh..rasa nak cepat cepat bayar dan cepat cepat blah ajor..huhu

@xiM said...

Faisal Admar,

setuju setuju!!memang nampak sedap!!tapi jangan kau tertipu dengan rupanya yang nampak sedap tu sebab rasanya tak lah seindah rupa..

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails