Followers

Thursday, March 19, 2009

Aku & Mutiara Naga

Aku minat sangat kat kartun animasi Dragon Ball..dulu masa kecik kecik memang aku baca komik dia dari Volume nombor 1 hinggal Volume 43..masa tu bukan aku yang selalu beli,abang aku yang rajin duk buat koleksi komik tuh (sampai sekarang ada lagi dalam bilik dia kat kampung)..It's really a nice comic!!sampai lah Dragon Ball GT and so on pun aku still ikut lagi...

Dengan Sentuhan Akira Toriyama(Pelukis dan penulis) yang punya sense of Humor yang tinggi menjadikan komik Dragon Ball ni sangat lah best..plot,watak baik watak jahat,cara penceritaan semua di garap dengan baik..Tetiba rasa macam nak buat ulasan serba sedikit tentang watak yang ada dalam komik ni..hehe..:

ni namanya Son Goku-watak utama bagi komik ni..Berasal dari Planet Bezita tetapi masa bayi telah di hantar ke Bumi dengan tujuan untuk memusnahkan Bumi..Oleh kerana Bumi planet bermutu rendah sebab tu diorang hantar prajurit bermutu rendah -sedari Bayi lagi..bila tiba ke bumi Son Gohan(datuk goku) jumpa dan bela sehingga Goku pandai Berkungfu..Goku ada ekor,kalau tengok bulan Mengambang dia akan menjelma jadi monster yang besar..


Kurin-kawan Goku masa menerima latihan dengan Datuk Kame..suka menipu dan tak jujur sebab tu dia tak di pilih untuk dapat naik awan Guling..Goku berhati tulus dan dapat naik awan Guling..Rakan Goku yang sama sama menyertai kejohanan Kung Fu antarabangsa..Pernah di hidupkan beberapa kali oleh Dewa Naga.


ni musuh utama Goku masa dia kecik..Pikor..memang merupakan Syaitan dari Planet Namek yang ingin menguasai Bumi..masa awal kemunculan pikor di Bumi sekumpulan ahli kungfu telah mengurung dia dalam periuk nasik menggunakan Kung Fu Ma Hu Ba...tak lama selepas itu ada seorang tolol telah menghidupkan Pikor kembali dan di situlah perjuangan Goku bermula..lama kelamaan setelah dia bergaul dengan ahli kungfu bumi akhirnya Pikor jadi baik..teringat lagi masa dia latih anak Goku,Son Gohan (nama sama dengan Datuk goku)..Anak Goku sangat rapat dengan Pikor.


Radeitz-Abang Kandung Goku yang berasal dari Planet Bezita..setelah kemelut Pikor selesai dia muncul dengan tujuan ingin mendapatkan kepastian kenapa Kakaroct(nama sebenar Goku di planet Bezita) tidak memusnahkan Bumi..


Bezita-rakan seperjuangan Radeitz tapi punya kuasa berlawan yang sangat kuat..ego dan angkuh,tetapi akhirnya lembut hati dan berkahwin dengan Bulma(kawan Goku masa kecik yang sibuk duk cari Mutiara Naga) dan mereka merupakan ibu bapa kepada Trunk..


Nacpa-Rakan seperjuangan radeitz dan Bezita..sombong tetapi dangkal..akhirnya mati di Tangan Bezita..haha..(semua orang Planet Bezita berketurunan Saiya)


Fliza-orang yang laing berkuasa konon kononnya di alam semesta ketika itu..dia lah yang merancang menghancurkan Planet Bezita..hanya beberapa prajurit yang tinggal iaitu Radeitz,Bezita,Nacpa,Kakaroct dan beberapa pengikutnya yang lain..amat takut kan keturunan Saiya yang memang terkenal dengan kuasa yang hebat.Boleh menjelma sehingga ke peringkat yang dia sendiri tidak mampu mengawal kuasa dirinya yang amat dashyat..(dalam gambar di atas Fliza peringkat biasa..masih belum menjelma..)


Dodolia-si bodoh yangmenjadi pengikut Fliza..mati menjadi penyudah kepada si bodoh ini.


Zabon-pengikut Fliza yang mementingkan kecantikan..boleh menjelma juga untuk meningkatkan kuasa dalaman..tak suka menjelma sebab takut hodoh..hoho

ni just orang pupuk-pahlawan yang di pupuk dari Tanah..kuasa hebat juga pada mulanya tetapi son Goku mampu memusnahkan semuanya..

Dewa-sedikit cerita mengenai dewa,rupanya dewa dan Pikor sebadan..Pikor merupakan bahagian dalaman Dewa yang negatif,di buang jauh jauh lantas membentuk Pikor dan melakukan kerosakan..mereka semua berasal dari Planet Namek..kalau Pikor mati maka dewa akan mati juga..

Mutiara Naga ada tujuh biji kesemuanya..kaau kumpul ketujuh tujuh biji boleh panggil Dewa Naga dan dewa naga boleh menunaikan satu Hasrat dan memakbulkannya menjadi kenyataan..Dari tujuh biji mutiara naga ni lah semua pergolakan berlaku-atas dasar merebut kekuasaan..what a brilliant idea from Akira Toriyama isn't it?

Yang terbaru,komik ni telah di filemkan-Dragon Ball Evolution..pengarah Stephen Chow maka mesti cerita tu lawak..belum tengok lagi Filem tuh..malam karang lah kalau ada masa nak pi tengok..hoho..harap Jalan cerita nya tak berubah sangat..agak agak best tak komik ni bila di filemkan?Jom kita tengok filem Dragon Ball Evolution malam ni jom!!

*Ini merupakan koleksi figura mutiara naga aku..saja kumpul suka suka..tapi tak semua yang ada..kalau aku jumpa figura majin buu aku nak beli..haha..

25 comments:

Ziana said...

muahahahahahahaha!!
ajim like bebudak tecik aaaa!!
klako lak entry ni..
:P

siap ade koleksi tuh..
leh plak terang sekor2.
im not into this cartoon/comik..
x kenai sekoq pon..
:P

xmo ikot!!
nnt tedo dlm cinema!!
huhuhu..

@xiM said...

Ziana,

i wish i could be bebudak kecik jer sampai bila bila..tak payah pikir pasal kerja,duit,masalah jiwa,dan macam macam lagi lah.pikir nak main kat padang dan berseronok jer kana kalau i ni bebudak cuma..hehe

naper la tak baca komik nih..rugi wooo..best sepanjang zaman..skarang kalau balik kampung still amik buku komik nih duk baca walaupun rasanya dah baca lapan puluh juta kali kot..haha

x mo ikot sudah..nanti pa tengok sowang sowang..lagipun dah biasa tengok wayang sorang sorang..so no harm okeh..

:)

TC

r.o.w said...

comel gilerr la koleksi dragonball kau ni ....best ar

Mazlan A S Leanny said...

jom pegi tgk movie ni malam ni..yehaaaa

micro.cuts said...

for me the movie tak syok sgt
psl sy pun read those comics
nak pack whole comics dalam movie yg 1 jam lbh, apa sgt nak expect kan
stephen chow arah, takde lawak sgt pun
haii ntah, camna nak cakap
tak tengok pun takpe kot
ehehe

Wahidah said...

aximngalahkan kekanak riang sokong ngan ziana...tp no harm la..sbb this comics mmg best giler..pernah baca tp tk de la mcm axim follow smpai habis...

part movie..don't expect too much la..sbb sejam lebih je kan..bg 3 bintang je..kalo nk tgk skills kung fu rsnya better lg street fighter tgk aksi chun li..

Tny said...

Fuyooo!!!
Koleksi Dragon ballz dia... :O

Life's Like That said...

my personal fav - Goku!! huhu.. tak tau pesal.. tp Goku ttp rules! hehe

artisticklytouch said...

KAME HAME HAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!

aku cuma suka part awal pengembaraan mencari tujuh biji mutiara naga...pastuh bila dah perang-perang aku jadi pening...terus stop baca..

@xiM said...

Mohd Roslee,

comel sebab ni benda mini..nampak cuteeee ajor..hehe

@xiM said...

Lanny,

jom ajer...kita tengok 3 movie sekaligus mau kaa??hehe

@xiM said...

Rya,

lorrr ye ker movie nya tak best sangat..hmm yer lah macam mana nak citer sumer dalam satu movie..maybe ni movie percubaan dulu nanti ada sambungan..apa apa pun tetap lah nak tengok juga how they make all of this character real..

:)

@xiM said...

Wahidah,

kanak kanak riang sentiasa tu yang rasa macam nak jadi kanak kanak jer balik..haha

hmmm nanti nak tengok dulu muvee nih..then boleh tahu la naper korang kata tak besh..

@xiM said...

Tny,

awat?jeles ekkk...hehe

@xiM said...

Shahe,

berkenan kat Goku la tuh..ish ish ish..hehe

@xiM said...

Artisticklytouch,

kame hame haaaa...kan best kalau aku boleh buat jugak..hehe

masa part perang perang tu yang lagi best sebenarnya..rugi ko tak teruskan pembacaan..

Anonymous said...

dah lama tunggu nak keluar movie.. tapi tengok poster dah agak macam tak best je.. maybe kena jepun / china yg buat sendiri, baru best..
kat rumah pun ada 43 siri buku.. patung ja yg takdak.. tiap2 kali pegi giant mesti duk belek keychain goku supersaiya 3.. DBZ rules!

ielamorry.om said...

huu. cite movie dragon ball evolution ni kureng sket la. beyond expectation. sgt2 lain. mcm bukan tgk cite dragon ball dah.

Sebab?
Goku boleh plak pandai pegi skolah. Xnaive pon mcm dlm anime, dlm movie siap gatal nak ade awek plak.
dato kame pon xkurus kering. gatal tu ade la sket.
kebanyakan character if ikut costume die btul2 sure lagi best.
scene lawan pon sgt kejap. kamehameha skali je dah menang. sungguh xpuas.

if u xtgk lagi, sorry terspoil. ;P tapi seyes macam xpuas gile tgk.

best nye if yg anime tu diproduce jd filem seketul2, xubah originality nya.

sekian. haha ;P

NN said...

fanatik..
=) aku tak kenal any of these kerekter
hahaaaa..
not a big fan of komic..

tapi awat nacpa tuh macam dok tunjuk jari yang kurang enak saja..?? mmm..

selamat menonton movie..

Miss Nazla said...

wahh sungguh teringat zaman kembali. mintak duit kat abah beli buku mutiara naga.

43 volume naz ada. tapi tade la figura ni. hah kalo jumpe majin buu, kirim ye! hahaha

kuchairies said...

aku ader koleksi komik "Slam Dunk" dari mula sampai abis.. Tapi abg aku gak yang beli masa kat kampung.. Dia lagi palotak kartun dari aku.. Huhuhu..

Anonymous said...

pehh..koleksi patung DB,best nyerr..yg DEWA tu namanya DANDA..DEWA dah bergabung badan ngan PIKOR..patu DANDA ganti jadi DEWA kat bumi..

MOLY said...

yeah kita satu geng pa
dragon ball layannnnnnnnnnnnn !!!

anak_malaysia said...

oh...senarai watak jahat anda belum lengkap lagi...bukan ke ada watak cell, cyborg/androids dan majin buu (entah apa nama derang dlm terjemahan comics house dan tv2 ye...tak berapa ikut waktu kecik dulu)

fyi, bandingkan ejaan nama terjemahan comics house dgn ejaan versi amerika:
1. kurin = krillin
2. pikor = piccolo
3. bezita = vegeta
4. danda = dende

nak ingat balik...boleh bagitau nama2 serangan berikut dlm terjemahan comics house yg sepadan dgn nama2 berian amerika berikut
* destructo disk/kienzan (gunaan kurin)
* galick gun (gunaan bezita)
* special beam cannon/makankosappo (gunaan pikor)

naem said...

hari tu cari pasal HK, jumpa blog ni. cari psl Dragon ball jumpa blog ni.. tgk next time jumpa apa plak ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails