Followers

Saturday, January 17, 2009

M.A.U.T yang kurang MengUJAkan

Hujung minggu yang saya luangkan untuk menonton wayang..Kali ni nak ubah angin untuk menonton Filem Melayu yang baru sahaja di tayangkan ke Pawagam 15 Januari 2009 yang lalu..sinopsis filem seperti yang tertera di bawah:



Sinopsis Filem MAUT

Cerita 1:

Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.

Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?

Cerita 2:

Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?

Cerita 3:

JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah.

Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?

(sinopsis diambil dari laman ini)


Sebetulnya filem ini mengangkat tema Keinsafan semata-mata-yang mana mengajak para penonton sekelian untuk kembali ke jalan yang Benar dan Di redhai.Namun tema tersebut tetap tidak mampu untuk mengangkat martabat filem ini sebagai filem terbaik-Plot yang Simple,watak pelakon yang kebanyakannya kaku dan agak mengelirukan masih menunjukkan mutu Filem kita masih di takuk lama.

Sekadar Pendapat peribadi dari hati saya yang Luhur.


*Selamat menonton kepada anda yang meminati Filem bertemakan keinsafan.Kalau anda mencari kelainan dalam Industri Perfileman melayu,maaf-terus terang ini bukan Filem yang anda cari dan nantikan.

9 comments:

Faisal Admar said...

Mutu lakonan dan filem itu sendiri yang membuatkan filem Melayu tampak mundur dan kurang diminati.

Boleh tak kalau pelakon-pelakon ambil kelas berlakon supaya mantap lakonan mereka? Hmm.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

semlm pi lepak kat alamanda
ingat nak tgk citer maut nih
last2 tgk citer hantu THEY WAIT

huhuhuh

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

aRa said...

Dah ramai complain corita ni...so i ambik keputusan tgu masa raya la...Agagagaga...

PakciQue said...

Hm. Tak menarik ke filem ni. Alahai. Baru je rancang nak pergi menonton.

Ziana said...

haaaaa sebaik x p tgk lg..
ade gak ati nk nrngok..coz iklan mcm gempak..
tgk cite lain ar
:)

@LiYaNNuaR said...

hmmm... thanks... takda masa lg mahu tgk... hohoho

Lily.Lulu said...

hurmmm .....
x tengok lagi
ari tuh cam nak tengok kan ...
insaf .. insaf sekejap je kot
haha !!

:D

Wahidah said...

la tk besh ker...

br je nak layan citer nih...

Beruang Madu said...

My oh my... abang bear tak tahupun ada cerita nih.. hehehehe.. soreeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails