Followers

Monday, July 20, 2009

Picnic @ Pantai Saujana Port Dickson

Salam Hari Isnin..Salam Israk dan Mikraj..

Israk dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

*************************************

12 JULAI 2009

Tetap lah aku nak sambung lagi kisah bercuti ngan my family kat Port Dickson 10-12 julai yang lalu..kali ni kitorang berpicnic di salah sebuah pantai peranginan PD-Pantai Saujana sebelum masing masing berpisah dan membawa haluan masing-masing..Kiranya ini hari terakhir di Port Dickson.

1

Kawasan Pantai Peranginan PD yang sungguh sibuk.

2

Actually kat PD ni banyak sangat pantai peranginan yang ada-contohnya Pantai Teluk Kemang,Pantai Blue Lagoon,Pantao Cape Rachado,Pantai Lido dan Pantai Saujana..ada lagi kot hat lain tapi aku tak taw..Pantai Saujana ni sebelah jalan besar-memang ramai pengunjung yang ada masa ni maklum lah hari minggu..

3

Pantai Saujana-sulunya dikenali sebagai Pantai Batu 4

4

Ramai family yang datang dan berkelah kat tepi ni..cuaca yang panas tapi redup sebab banyak pokok tepi pantai..

5

ada jer yang pi mandi kat laut nun walaupun waktu tengahari..

6

ini lah keluargaku yang di sayangi.Kitorang pun dapat port baik punya kat sini..kalau nak di ikutkan the most aktiviti yang memang kitorang selalu buat sama-sama as a family ialah picnic kat pantai..maklum lah rumah kat kampung sana pun memang dekat sangat ngan Pantai Kemasek..:)

7

Mom,Daughter and Grand Daughter

8

Si kecik ni tidor la pulak masa ni kalau tak lagi haghuu nak kena jaga dia yang dah semakin lincah..ke sana ke mari..bebudak kan-memang la aktif..

9

Me and my lovely parents..

10

Jarang nampak ayah dalam gambar kan sebab dia memang jenis tak suka bergambar..hehe..takpa,tak suka bergambar aku amik jugak curi-curi takkan dia nak marah kan..masa ni semua dah lapar so kak tie mula lah sibuk buh nasik dan lauk pauk..

11

Sessi makan makan pun bermula..Bismillahirrohmanirrohim..

12

4 anak saudara perempuanku..

13

Time nak makan taw pulak si nuyul tu bangun..hehe..tapi memang dia kuat makan betul..tu yang tebombom semacam tuh..kalau nak berbaik dengan si nuyul senang jer-pastikan kat tangan korang ada makanan konpem dia takkan nagis kalau amik dia dari kak ina..hehe

14

Ayam Bakar PD maliiii..

15

aku baru nak start makan diorang da nak tambah..hehe

16

Lauk yang ada-Sardin,rendang kerang dan Ayam Bakar..lama tak makan sardin macam ni..kalau ada telur asin lagi mantap..hehe..takder telur masin pun tetaplah makan bertambah jugak kan..:)

17

Kakak Iparku melayan kerenah si tebombom

18

santai santai menghirup angin sepoi sepoi bahasa

19

generasi berbeza..

20

Dah penat ke hulu dan ke hilir barulah budak kecik ni nak berehat..tu pun tak duduk diam jugak..tumpuan utama kami kat si nurul ni lah..tak lama lagi akan bertambah pula ahli keluarga(kakak ipar sedang mengandung..)Alhamdulillah murah rezeki..

21

Sessi bergambar bersama keluarga terchenta

22

Gonna Miss You GUYS!

23

Aku,Bro Zali dan Bro Shuk-antara tiga tiga mana yang paling hensem??hehe..sepatutnya tukar soklan kan-antara tiga orang ni sapa yang paling 'sihat'??:)

24

Lepas da bersembang dah kenyang makan maka tibalah masanya kitorang nak berpisah..Pertemuan itu hak perpisahan itu mutlak..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..Sedih rasa di hati tapi apakan daya masing masing ada tanggungjawab dan komitmen tersendiri..kadang aku rasa masa berlalu dengan sangat kejam..

25

kami balik dulu ya mak..jaga ayah baik baik..

26

Aku dan Kak Tie naik satu kereta menghala ke Kuala Lumpur,Kak Ina,Abang Zali dan isterinya satu kereta,Ayah,mak ,abang Shuk dan angels bertiga satu kereta lagi menuju ke kampung halaman di Kemasek..Sungguh aku sayangkan mereka semua yang tiada galang gantinya di muka bumi ini..Semoga Tuhan terus merahmati Hubungan Kekeluargaan kami semua..Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk kita sama-sama berjumpa buat kesekian kalinya.

Salam bertemu lagi ya..

*Other things may change us, but we start and end with the family..In time of test, family is the best thing that you could hold onto..You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them.

13 comments:

*SiRibenMerah said...

heaven moments with family.. hehehe.. keluarga adalah segalanya.. x mungkin berganti.. yeahhhh~

suka btul baca entry yg penuh kasih sayang kekeluargaan neh.. happy always axim..

turun langkawi WAJIB roger i tau..

anne said...

salam israq mikraj..

Brian Kinney said...

family memang priority kan? lepas family mestilah the love one :P

senang je hati bila diri disayangi kan?

@xiM said...

sI rIBEN mERAH,

ok ok..kalau aku turun langkawi wajib kena jumpa hang..hehe

@xiM said...

Anne,

salam kembali to you anne!!:)

@xiM said...

Brian Kinney,

indeed!!senang hati bila terasa diri di sayangi.:)

you made up da good point there-family first then comes da love one..:)

nazzman ibrahim said...

haloooo xim
lama tak masuk blog hang....
wahhhh best dapat jalang2 tepi pantai ngan family

Wahidah said...

salam israk mikraj xim..

family comes 1st..then the love one..

xim i knew sumthing happen to u rite..kep on moving..kdg2 aper yg ktier rancang tak jadi kenyataan..tp ade hikmah disebalik sumer kejadian...

Heartless Devilish said...

beshnye dpt berkumpul ngan pemeli..

ayam tuh nampak sedap..
terliur & lapo plak skrg

Ziana said...

salam israk mikraj..

jatuh bgn kite.. family lah yg slalu support from behind.. kan kan?

so pls pls pls be strong ya!!
u ade family yg sgt supportive!
:)

tc ya!

ddyana said...

(angkat tangan laju2)saye nak jawab soklan saper paling hensem tuh...huhuhu...mestilah yg bj mer__ eh silap syuk la paling hensem sebab dia bakal pengantin...lalalalal

Lily.Lulu said...

benda yang tak dapat dijual beli adalah masa bersama keluarga tercinta ...

kucingorengemok said...

sungguh tak tahan tgk makanan piknik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails