Followers

Tuesday, July 7, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN SAM & ANGAH

Semalam aku buat mee bandung.Lazat!..aku Guna perencah mee bandung dari Muar-beli dari teman pejabat yang kebetulannya berasal dari Johor (dia juga ada menjual perencah mee rebus,acar buah dan aneka kerepek)-sepeket perencah tu 4 hengget.Ok la tu.Sedap juga lain kali boleh beli lagi..(tapi jadi macam tak berkuah sebab air sikit kot..but still it's a nice try!!:)

Terlanjur bercakap pasal Muar,Johor-ni aku nak kongsi cerita semasa aku menghadiri majlis persandingan sahabat baik-Sam dan Angah di Segamat Johor dua minggu yang lalu..(errrr jauh benor tempoh masa diorang wat sambut menantu kan..diorang da menikah Mac2009 yang lalu).Tanpa melengahkan masa yang ada,Jom kita layan...Zassssss...

*********************************************

28 JUN 2009

This is a real reason why aku nak datang JB sangat..sebab nak attend majlis wedding Sam dan Angah..Alang-alang dah datang JB tu yang aku ajak Ziana,Nikli,Lily dan Nurman datang sekali ke majlis Sam..Lily dan Nurman tak dapat join sebab nurman kerja ahad tu(if i'm not mistaken)so tinggallah Nikli dan Ziana yang dapat turut serta.Kakak(Ziana sis) pun ada sekali.(the day before kitorang masuk Singapore-ada diceritakan dalam entri sebelum ni).

0

Seawal jam 12 tengahari(awal ker???) kitorang gerak dari Bandar Baru Uda ke Labis,Segamat dan kawasan yang sewaktu dengannya ni.aku pun dah konpius sebab kata dia duk kat Segamat tapi signboard kata Muar..apa apa jer lah,janji aku dah sampai sini..

1

klasik la gambar nih..nice!!

2

Berpandukan peta dalam kad jemputan kawen Alhamdulillah kitorang selamat sampai..tak sesat..jalan nya pun straight to da point jer..so tak la susah nak cari..sampai sini dalam pukul 1.30 pm macam tu..ok la sebab ikut tentatif pengantin akan berarak pukul 2 petang.(gambar atas:beli hadiah pengantin kat Aussino Singapore-tak sempat nak balut dah kasi macam tu jer..hehe)

3

Kelapa Sawit yang rimbun..

4

Dah masuk kawasan salam tuan rumah terus diorang jemput makan dulu..kitorang memang kelaparan pun,so jom la kita mulakan acara makan makan..(gambar atas:awat kak nona duk senyum gelak tak hengat tuh??kuah tumpah kaa??:p)

5

Ramai jugak tetamu yang ada..memang meriah semacam jer..Jom kita tengok seleksi lauk pauk untuk kenduri kali ini:

6

Ayam Goreng Kunyit

7

Daging Rendang

8

Gulai Masak Lemak Labu

9

Ulaman dan Kuah Kacang

10

Ziana dan Nikli yang sebuk duk tayang jam baru

11

Aximud dan Kakak

12

nasik dan lauk di campur bersama=Nasi Campur

13

Sambil makan kitorang di hidangkan dengan nyanyian merdu karaoke dari penduduk tempatan..ada nyanyi lagu rock kapak zaman dulu dulu,tapi yang paling aku ingat ada sorang minah ni duk berdangdut nyanyi lagu Inul..nasib tak bergelek kat situ jer kalau tak konpem aku basuh tangan pi bergelek sama..:p

14

Seperti yang di jadualkan,dalam pukul 2 petang lebih lebih sikit maka perarakan pengantin bermula..dari padang sebelah diorang di arak sehingga lah ke rumah pengantin lelaki(ini kan majlis sambut menantu)..Tapi masa ni panas nya ya Rabbi..panas yang amat.

15

You both look so beautiful..

16

kalau masa kahwin Mac lalu diorang pakai putih kali ni merah jambu menjadi pilihan tanda Cinta suci mereka..(pehhhhhh ayat tak boleh blah ok..rasa macam nak lempang diri sendiri jer..)

17

Berarak sambil diiringi paluan kompang

18

ok benti sat..ceq nak amik gambar sat naaa..

19

Pasukan Kompang Segamat

20

dah korang duduk dulu rehat rehat..

21

Tersenyum lebar si Pengantin yang tak berapa nak baru lagi dah..

22

owh..patut la diorang benti dulu kat sini..ada silat pulut rupanya..Indahnya kan adat Melayu kita nih..macam macam adat yang ada..harap generasi sekarang yang makin hanyut dengan arus kemodenan tetap tak melupakan adat turun temurun kita k..(ok aku taw ayat ni tetiba jadik skema..dulik)

22a

haaaaa masuk kalau berani, jangan tak masuk!!

23

Pengantin pompuan dan mertua

24

ehhhh sebelum masuk pun sempat posing lagik..

25

Kemudian kedua mempelai diiring masuk ke tempat persandingan dalam rumah pulak..aku suka la plak konsep kaler macam nih..nampak lembut dan tenang jer..not bad after all..ok la tu kan sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua(balik balik ayat ni kan..takdak idea la tu)

26

amboihhh senyum memanjang nooo..

27

Maka sessi menepung tawar dan merenjis inai(ada kaa ayat nih?belasah jer lah) pun bermula..di mulakan dengan saudara mara terdekat dan juga sahabat handai.tapi aku tengok diorang calit inai kat tangan pengantin..habislah merah tangan korang sam dan angah..haha..

28

Inai ditenyeh Sam senyum merenyeh..

29

Such an Honour for me untuk tepung tawarkan diorang..Bila lagi kan..nanti majlis aku ko wajib buat macam ni jugak ok..di ulangi-WAJIB!!:)..padan muka ko aku buh inai penuh tapak tangan..haha(ok aku tipu..takkan la penuh tapak tangan kan..)

30

Tetamu yang ada

31

Buat kali pertama nya Along(kakak Angah) bertemu muka dengan Nikli dan Ziana..sebelum ni main jumpa kat Face Book jer duk omen komen gambar..boleh plak kan bila jumpa Along malu malu siap cakao kita jumpa kat Face Book jer lah..haha..lawak plak aku rasa..:P

32

Ziana,Nikli,dan kakak with Pasangan pengantin

33

Lupa nak bagitau..masa aku sampai Hakim dan Kamal(my old-fren masa kat UitM dulu) pun ada sekali..lama dah aku tak jumpa ngan diorang-Kamal terutamanya..diorang pun rupa rupanya dalam senyap dah menjalinkan tali pertunangan,tunggu kad kawen jer lah ni jawab nya..(gambar atas:sebelah kiri sekali Kamal,Sam ,Angah,Hakim dan Axim)

34

Sessi makan beradab-Suap menyuap la pulak..

35

sabar sat naa..jap lagi kita balik k..

36

Doorgift yang di sediakan tuan rumah

37

Dalam duk tunggu pengantin makan aku sempat pi snap di belakang tabir pembikinan majlis kenduri kawen ni..ada orang duk sental periuk,suk cedok lauk,duk angkat periuk nasik,macam biasa lah senario yang berlaku bila kenduri kawen di kampung..(thanks ziana atas cadangan!!:)

38

Sental bang jangan tak sental!!

39

semangat kerjasama di tonjolkan..kagum!!

40

ni pasukan mencedok daging

41

ni pulak pasukan Nasik

42

Yang pasti pasukan Rewang ni tak boleh di lupakan..diorang siap request suh ambik gambar depa..'dah penat kitorang buat kerja ni takkan takdak gambar sekeping pun..asyik amik gambar pengantin ambiklah gambar kami sama..''begitulah kata salah seorang dari mereka..Ok say CHEESEE!!you're on my blog now..:)

43

Dalam pukul 3.15 pm kitorang mula nak beransur..lagipun aku nak catch flight JB-PENANG pukul 7.50pm,takut tak sempat dan tanak rushing..anyway,sempat kasi Hadiah besday Sam(besday dia on 13JUN198*)..Kira sekali harung la nih-sambut besday ngan majlis kawen skali..kira halal la noo..CONGRATULATIONS again my fren..semoga berbahagia ke akhir hayat..aku doakan kau!

44

Dalam perjalanan balik kitorang sempat singgah di Kulai-sebab Nikli nak bawak kitorang makan Mee Bandung kat sini..skali kedai tu tutup so plan berubah dan kitorang terus ke Senai Airport nak Check-In dulu..Then baru Pi makan kat Restoran Sri Selatan...Ziana ngan Kakak balik hari ni juga naik bas ke KL..Thaks to all of you sebab sudi ikut ke Segamat ni..Thaks to Nikli sebab sudi bawak kami ke sini..Thanks pada semua yang terlibat menjadikan weekend tersebut begitu bermakna..TQ so much.TQ.

"Life isn't about waiting for the storm to pass... It's about learning to dance in the rain."

22 comments:

Marzalina said...

encik aximud ni bila pulak nak kendurix kawen...hehe

@xiM said...

Marzalina,

insya Allah masa itu akan tiba jua..sabar menanti..:)

Fzreenz said...

salam..axim..jgn lupe dtg kenduri kawin areen..18/12 ni...tempat ..kat kg yang kite mandi sungai dulu...umah wan

Adam said...

aku perasan satu jer.. axim dah gemuk ... :p

Ziana said...

slamat pengantin baru Sam N Angah!!
Nice to meet u Along!!
hehehe.. along yg malu2..
:)

sgt sronok tgk Rewang..
mane ade dah kat KL..
jarang sesgt..
part lucky draw utk ahli rewang paling best.. lawak2
:)

thanks guys!!!
:)

@xiM said...

Areen,

ok!!kena masuk dalam kalendar tuh..bulan 12 nanti kan..mesti mau datang nak jumpa wan..hehe

lepas majlis leh mandi sungai inki lagi kan??hehe..harap dah tak jumpa geng enot kat situ..

:p

@xiM said...

Dakjaat,

Gemuk tanda bahagia..:p

@xiM said...

Ziana,

haah..along malu malu miaowww pula kan kan kan..

geng geng rewang tuh memang sempoi..kat kampung macam ni jer lah yang ada..kalau kat KL sumer nak pakai catering(tapi catering la tak meletihkan pihak kita..hehe)

Thanks again!!

Faisal Admar said...

kenduri masak kampung sedap tau!
suka sangat!
tambah2 ada umbut pisang ;)

Unknown said...

hehe..to axim: thanks for coming.kitrg mmg sgt berbesar hati dgn kedatangan ko ke kenduri belah johor ni plak.hr tu dh dtg n bg hadiah kat lipis.ni dpt hadiah lagi :) hehe..thnks for this entry :) aku copy gmbo2 ni tau..hehe..
to ziana n kakak n nikli: thanks sudi dtg jauh2 :) siap bg adiah lagi.soo cute brg2 dr aussino tu.syg nak pakai couple towel tu..hehe..

anne said...

Life isn't about waiting for the storm to pass... It's about learning to dance in the rain.

....saya sangat suka "quote" yg axim letak tu...thanks 4 sharing ya.

xplorer said...

tgk lauk kenduri ni tringan plak nak makan lauk kenduri, dah lama btul tak makan nasik kenduri

Leez said...

asik pergi majlis kahwin orang aje....awak plak bila lagi?

:)

Fzreenz said...

rasenye nenot tu dah xjmpa kot..kalo jmpa pun dah xmandi cam ala-ala putri bunian cam aritu..maybe dorg dah kurus kot..ekekeke..

datang la..areen pun maybe nak wat outdoor pic kat situ...ok ke cik axim

@xiM said...

Brian Kinney,

Umbut pisang??errr aku tak berapa gemar yang tuh..kalau pucuk ubi aku suka..cicah sambal belacan..mmm lazat!!

@xiM said...

miamor,

you are most welkam!!nanti majlis aku korang tak datang siap la..aku cari korang ke lubang cacing..haha

*towel aussino tu cantek kkann??

@xiM said...

Anne,

welkam anne!!

@xiM said...

Xplorer,

nanti time cuti sekolah mesti dapat banyak undangan punya..sabarlah menanti..:p

@xiM said...

LEEZ,

ekkkk terus tersedak dengar soklan tu..haha

kalau nak majlis nanti insya Allah kad akan menyusul..tunggu jer lah yek..

@xiM said...

Areen,

nak buat outdoor kat sungai Inki tu??canteeeeekkkkk..

kalau di izinkan masa nak join jugak la buat outdoor tuh..boleh snap snap..

MOLY said...

selamat pengantin baru sekali lagi buat angah dan sam. semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat :)

*sorry tak dpt nak pegi. nurman keje xde sape nak ganti. dan me terus pengsan esoknya tidur tak hengat .. penat dan sakit kaki futsal punya pasal .. hehe ~

Wahidah said...

tk pernah lak tahu kena tenyeh ngan inai...pelik gk ne

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails