Followers

Wednesday, December 23, 2009

HOLIDAY @ BALI DAY 3 - CHECK OUT(MATAHARI BUNGALOW) & CHECK IN(HARD ROCK HOTEL BALI)

Lambat gila aku nak Update pasal Trip Bali ni kan.

Nak buat macam mana,banyak lagi Daily life yang nak di coretkan kat sini.so if ada kesempatan baru aku sambung balik pasal Trip yang lalu.Kalau boleh aku memang nak cerita in detail,sebab this is my journal(my life),my diary and my very best fren too..semua kisah aku ada kat sini,dan Kisah kali ni merupakan kesinambungan Holiday di bali yang telah masuk hari ketiga..

*********************************************************

30 OKTOBER 2009

Hari ketiga di Bumi Bali.

Bangun di awal pagi dan menghirup udara segar di sini.Matahari Bungalow yang kami pilih untuk menginap memang menjanjikan persekitaran yang nyaman,dan konsep Bali tetap di kekal kan sekitar Bungalow ini.Indah nya Bumi Ciptaan Tuhan..

1

Matahari Bungalow,here we are..

2

Hajat di hati nak swimming di pagi hari.Tapi sebelum swimming jalan-jalan di sekitar kediaman ambil gambar,best tengok Balinese garden yang ada kat sini.Cool jer mata memandang.Kalau buat konsep Bali garden ka rumah korang pun best.Cuba lah.

3

Peringatan di Kolam Renang.Ladies,watch out!

4

Swimming Pool kat sini boleh tahan luas dan besar jugak..rekabentuknya yang semi sfera dan membujur lalu melintang patah (memandai jer aku reka kan) memang sangat nice.Ini semakin membangkitkan keghairahan untuk aku mandi manda di kolam renang ini,sementara matahari tak berapa nak tinggi.

5

well -maintained Swimming pool

6

siap ada katak muntah air paip okeh!

7

Ehhhhhhh..Sekali dia dulu yang terjun daaaa..aku ingat nak terjun tapi ada lagi orang yang tak berapa nak sabar dari aku.Actually duk ajak jugak pompuan yang ada tuh swimming skali,tapi depa duk lagi syiok nak layan mata,so aku ngan nikli jer lah berenang renang dulu,main main cicah air pun jadi lah.ambik syarat kata mandi kat Matahari Bungalow,Bali..hehehehehe

8

menunjukkan skill berenang yang tak seberapa

9

Korang jangan men-men,kolam renang ni maksimum paling dalam 2 meter.memang tak bernafas la duk kat tempat paling dalam tuh.Nasib ada skill mengapungkan badan,bersempena dengan badan aku ni banyak angin..haha..tak la nak berapa lemas mana.

10

Lepas dah cicah kepala badan kaki dan tangan lebih kurang dalam kolam renang,tiba masa kami berundur diri.Perut dah lapaq pulak,so better balik bilik siap siap mandi then terus ke Cafe untuk Breakfast.

11

tempat bekpes yang sempoi

12

Gempak tak makanan pagi??acah jer ni.Yanag ada cuma nasi goreng(nampak macam tu tapi sangat sedap).Yang ada ayam pandan dan salad tuh sebenarnya makanan lebihan dari Ketupat Restoran malam tadi,tak larat nak habiskan siap suruh bungkus makan pagi ni.Membazir kan amalan syaitan.jadi jangan lah membazir sesuka hati k.

13

sapa mesej hang??marka kaaa?

14

Aiseh..tetiba muncul gegirls bertiga ni.Tapi diorang muncul dalam keadaan yang dah siap sedia untuk Check-Out.Untuk pengetahuan,pagi ni kitorang dah Check-Out dari Matahari Bungalow sebab nak menginap Di Hard Rock Hotel pulak.saja nak merasa.

15

at sini ada WIFI percuma.Passwordnya decade2009..hehe..tak taw la takut diorang dah tukar passwordnya.

16

jom balik bilik bersiap..Kita jer tak siap lagi ni

17

feel free to contact them ok!

19

dah dah bergambar aku nak balik bilik bersiap nih..

20

Dalam sekelip mata jer aku dah siap.Terer tak??

21

It's Check Out time..

23

bergambar di mana-mana

27

ok i'm ready..

28

Pa Aris(pak supir kami) dah siap siap tunggu depan Matahari Bungalow.One more thing about Pak Aris yang patut di contohi-Dia sangat patuh pada masa.Memang tepat pada waktunya dia akan sampai.Kami jer yang duk terhegeh hegeh lambat.Customer always right kan.

29

Depan Matahri Bungalow ada patung ni.Tringat kat E-Honda dalam game Street Fighter.sebijik macam ni.haha.Dari Matahari Bungalow,Pak Aris terus saja bawa kami ke Hard Rock Hotel,berdekatan saja dengan kawasan ni.Sebab semua kat Kuta.Dalam 10 minit jer sampai.

29a

HARD ROCK HOTEL,BALI

29b

Selesai Urusan Check-In,kitorang datang duk melepak kat tempat minum nih.ada welcoming Drink dari Pihak Hotel.Order jer lah apa yang korang nak.Janji Halal sudah.Cool lah tempat ni,ada stage kat atas.Live Band akan ada kat atas tu setiap malam.

33

jemput minum..Bismillah..

34

ceria tak kami?

35

aku pun dah tak ingat apa yang aku gelak kan tu

36

Macam biasa lah,nak buat apa lagi kalau tak bergambar dan berposing apa yang patut.Kebetulan orang pulak tak berapa nak ada masa ni.Pukul 2 petang..so memang kitorang conquer jer lah tempat ni.macam macam aksi dan ragam yang ada.tak leh nak tunjuk sumer kat sini.hihihi

37

LOE ALL,SERVE ALL

38

Suka bangat ngan gambar ni!

39

ALL IS ONE

40

awat aku tegak semacam jer.

41

Cool,cozy and nice!

42

Dah puas bergambar kat dalam,sibuk lah kami semua bergambar kat Luar pula..ni macam dah jadi tempat wajib bagi sapa yang datang kat bali untuk bergambar.sebab memang macam dah ada stage dan temnpat dusuk.sesuai sangat.

43

HR Hotel Bali,ALL IS ONE.

45

Ni bahagian depan Hotel.Nak bergambar tapi matahari panas yang amat.Lagi pun masa pack sangat.Lupa nak cakap kitorang tak Check in masuk bilik dulu sebab takut membazir masa.tinggal beg kat Receptionist then terus keluar nak pi lunch,janji nak jumpa pak aris dalam pukul 3 petang untuk ke destinasi seterusnya.kalau masuk bilik dulu ada yang terlelap terus,lansung takyah nak jalan-jalan.Rugi lah.

46

depan entrance Hotel

Hotel ni betul betul di Tengah pekan Kuta,so nak pi mana-mana pun just jalan kaki jer lah.Dari Hotel ni kami bergerak mencari tempat untuk makan tengahari dulu.Dan kami sepakat untuk makan di PIZZA HUT kat sini..Nice jugak makanan kat Pizza hut nya!!nantikan entri makan-makan di Pizza Hut dalam entri yang akan datang k..Stay Tune!!

(to be continued..)

*tak sabarnya nak cuti neh..Hujung tahun mood bekerja terus turun mendadak 360 darjah!

9 comments:

Anonymous said...

tak baek tau...kompeni dah bagi bonus malaz keje lak....

★Dakjaat™ ☆ said...

axim, sundal bolong tak temankan ko mandi ke? hahahahaha! :p

@xiM said...

Anon,

malas sikit jer..kerja tetap buat..:)

@xiM said...

DAKJAAT,

sundal bolong takder sebab matahari terik sangat masa tuh..kalau bulan mengambang mesti dia ada..

alhaqimi said...

hehe...bestnyer...nape tak tunjuk skil berenang kuak katak!! ikut tema kolam...haha...

KHAIRI said...

BAGUIH2...BEST KAN BALI...CEWEK2 BALI TAK JUMPA KER..HIK22...RDGS KHAIRI

Q said...

axim..me pong tak sabar nak gi konvoi nih..oppss...selamat bercuti semua setelah terguling2 buat keleja k

Nikli said...

aku mandi ngan hang kat pool tuh, kira aku ke sundal bolongnya..??

pilihan kaler baju yg best laa hari tuh..

Anonymous said...

I am sorry, that has interfered... This situation is familiar To me. Write here or in PM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails