Followers

Friday, September 26, 2008

Happy Eid Mubarak

Terasa awai sangat la pulak nak bagi ucapan raya,puasa pun tak habis lagi.. namun memandangkan ramai yang dah start bercuti jadi saya ambil kesempatan ni utk rakamkan ucapan raya saya.

Jika ada siang, pasti ada malam
Jika ada hitam, pasti ada putih
Jika ada kesalahan, pasti ada maaf

Dalam perjalanan hidup ini kita sempat bertemu
Kemudian berpisah seiring dengan waktu
Bila selama kita seiring jalan ada seteru
Saya hulur maaf dan keredhaan untuk itu

Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERumpat bila bila
TERmacam macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan

Kepada yang balik kampung memandu, berhati-hati dijalan raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

*Jumpa lagi yaa lepas raya nanti!!aku cuti sampai 6 Oktober,bermula dari Esok...Seminggu la kiranya..ampun maaf sekali lagi andai terkasar dan tersilap bahasa..aku Insan Biasa.

22 comments:

YoYo said...

slamat hari raye Axim..
slamat balik kampung..
slamat bawak krete..
slamat kasi duit raye..

take care!

Ziana said...

Axim...
maaf mu diterima..

so kiranya same lah kite yer..
mohan maaf andai ade salah silap n yg terguris hati ke.. halalkan makan minum..

Selamat Hari Raya..

drive ke KL leklok ek...
c u esok!!
leh salam raya!
br feel
:)

Ceera said...

selamat hari raya, maaf zahir batin.. =P

Asmadi said...

utk kawan baru ..pokcik singgah ni melawat ..salam lebaran juga ya !!

fusarium solani said...

Salam lebaran azim.

Elok-elok drive balik kg k.

Inah said...

selamat ari raya papa!!

jgn lupe kak lang yg jauh ni :)

Ad said...

ad juga di pihak yang sama turut meohon maaf diatas semua bentuk kesalahan yg nyata dan logamaya..(boleyy?)
semoga lebaran ini memberi kegembiraan berterusan buat axim..

salam aidilfitri

izal said...

aku pun nak TERmintak maaf la bro..

selalu dok kacau ko...jgn amik ati bro...

slamat ari raye...

pandu cermat jiwa selamat...

KNizam said...

selamat hari raya!

aRa said...

Selamat Hari Raya xim...I pun nak minta maaf...Sorry yek klo ade terkasar comment kan...sesungguh nya smua itew tak terniat...

Drive carefully yeah...INGAT SPEED LIMIT...

Faisal Admar said...

selamat hari raya maaf zahir batin axim :)

lily.lulu said...

Buat Axim ..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ampunkan kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa tanpa disedari.

Halalkan makan dan minum

Semoga hari raya pada tahun ini akan memberi seribu makna buat kita semua.

:)

Salam sayang,
Lily & EA

artisticklytouch said...

Selamat hari raya salam kenal ye

BasH said...

Selamat hari juga kat ko. maaf zahir dan batin yach..salamm

Ad Rifza said...

Ad juga mintak ampun dan maaf jika ada ter ter yang tak sengaja..Insan biasa tak lari dari salah dan silap..Maafin ya..

adie-ishmael said...

EID SAEED...minal a'idin wal faizin...kullu am wa antum bikhair.

faridmw said...

salam ziarah... selamat hari raya aidilfitri.. selamat bercuti....

Nikli said...

To: Axim

Salam Aidilfitri 1429H
Maaf Zahir Batin

Mohon ampun dan maaf atas semua tuturkata yang kurang disukai dan perbuatan yang tidak disenangi.. Halalkan makan dan minum selama ini..

Salam dari saya..

z. nikli

Catz said...

axim,
elamat hari raya, maaf zahir dan batin.
hati2 di jln raya..biar lambat asal selamat.

catz

eedany said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri axim..

kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa dimohon kemaafan...

Ceria selalu di Aidilfitri...Senyum sokmo.

:)

Zoulkieflie said...

azim,i pun nk minta maaf kat u..kalau ada salah silap serta kelakuan yang u tak suka dan kurang berkenan,harap di maafkan dari hujung rambut hingga hujung kaki..:)

Beruang Madu said...

Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran.....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persahabatan kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....

Ketupat diletak di atas para
Rendang diletak di bawah titi
Andai ada tersilap bahasa
Maaf dipinta menyusun jari

Adat jauh kata mengata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta sepuluh jari

Sungai disusur sepanjang sehari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails