Followers

Wednesday, October 29, 2008

MaJLiS AKAD NikaH

Hari Jumaat Malam Yang Lalu
(24 Oktober 2008 bersamaan dengan 24 Syawal 1429 H)
Berlansungnya satu Majlis Akad Nikah
Diantara ABANG ZALI dan pilihan Hati nya,KAK ZILA..


Bertempat di Masjid Kampung PEK,Kota Bharu Kelantan..Tunang Abang Zali tu Orang Machang,Kelantan.

Keramaian yang hadir untuk memeriahkan majlis..sedara mara dari Terengganu yang hadir untuk memberikan sokongan dan galakan untuk majlis yang mulia.Kebetulan Hujan sangat Lebat masa ni..Rahmat Tuhan tu..

Mas Kahwin RM80
Dan Wang Hantaran sebanyak RM5000 ringgit Tunai..
Tunggu punya tunggu Tok Imam lambat sikit sampai sebab hujan lebat yang amat..cadangannya lepas isyak tapi dekat pukul sepuluh jugak baru majlis bermula..Dan dengan sekali Lafaz sahaja,Abang Zali telah di sahkan bernikah dengan pilihan hati.Alhamdulillah semua berjalan lancar...
Tersenyum keriangan nampaknya Pengantin baru itu..bersalam salaman dengan semua tetamu dan sahabat Handai..
Di ikuti dengan majlis pembatalan Air Sembahyang..
Menyarungkan Gelang Emas berapa karat ntah..aku tak taw..haha
Kak La mencium tangan Suaminya..
Nampak tak Kak La malu malu la plak bila Abang Zali cium dahi tuh..hehe...mau tak malu kan..Pengantin Baru:)
Abang Zali ngan Keluarga Mentua
Selamat Pengantin Baru to you Bro!!Semoga kekal bahagia ke anak cucu..Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik untuk anda berdua.. Sama cantik sama lawa pasangan ni..suka aku tengok:)
''Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya.”

Lepas majlis akad nikah selesai ada makan makan la plak kan..skali ngan tahlil arwah diorang buat..ok la tu..2 in 1..Lauk pauk ni memang menepati selera kampung kitorang...Sedap sangat!!nak nak tang sambal Goreng tuh..ngan Jantung Pisang tuh..lepas ni boleh la makan selalu masakan macam gini..kata kakak ipar Orang Machang:)


Dan Sesungguhnya kakak ipar aku yang baru ini menjadi ahli keluarga baru yang tercilik di kalangan adik beradik aku yang lain..hehe..kecik kecik cili padi apa...yang penting Comel lote..Apa apa pun,Selamat Datang ke dalam Keluarga Kami!!Semoga kehadiran Kak la akan memeriahkan lagi keluarga aku yang memang dah serba meriah ni..hehe..


Malam tu selepas semuanya selesai kitorang pun gerak balik ke Rumah tamu yang kitorang sewa(nanti aku wat review sikit pasal Rumah tamu yang selesa tu)..Kenduri pada Hari Sabtu iaitu pada keesokan Harinya..Nanti aku wat entri lain untuk Majlis Kenduri Kawen.Tungggguuuuuu....


*Korang agak agak umur kakak ipar aku ni berapa??..muda dari aku lagi wooooo..tapi aku tetap kena panggil kakak la kan sebab pangkat dalam keluarga:)Beza Sepuluh tahun tu ngan Abang Zali..pandai dia cari orang muda yek...ni aku nak cari yang beza umur sepuluh tahun jugak ni..:)kan pompuan cepat tua...betul kaa???haha..jangan marah noooo...

18 comments:

hayati said...

umur 20??
wahhh..muka matang.

Luth Textile said...

ptt nmpk muda..
baru 20..
ish3..

izal said...

wowwww....20 tahun...anak ikan lagi ropernyerrr....padanlah sweet saja...

selamat pengantin baru utk encik Zali dan Kak La..

Cyberwira said...

kamu pulak bila lagi? :)

[danial][ma] said...

hej! axim...congratulations to the bride&groom, and to your family too for a new member in the family...may GOD bless both bride&groom with great life, love, joy, happiness forever and ever...

RieNa.YuMi said...

zali n zila...weee schweett....comel lote jer dua2...

selamat pengantin baru to ur bro...

n u take care...

pearlEJ said...

selamat pengantin baru untuk En. Zali n isteri... semoga berbahagia hingga akhir hayat... aminnn... :)

Faisal Admar said...

axim bila lagi? muahahahaha... si baju hitam di usm ke? ops

Mummy Cool said...

Selamat pengantin baru untuk ur bro.. axim bila lak, jgn lah tunggu lama lama sangat... psst: mummy dengan daddy beza 10 tahun jugak tau, tapi mummy tetap nampak muda kan.. hehehehe lariksssss

Izan said...

ish... ingtkan hang yang menikah td. wat suspen je la...

:: p R i n c E s S _ N :: said...

cet....laki y x sdr da tua..mencik2.... bro...lu bilerr lg???

Anonymous said...

selamat pengantin baru buat abg jali n isteri.semoga berkekalan hingga ke akhir hayat-yana

ita.itu said...

bila akak ngk gmbr nikah ni rasa mcm nak kawin lagi lak..kah.kah.kah

oRyen said...

selamat pengantin baru to abg zali :D

adiknya bila plak yea :D heheh...


p/s:ni link blog br kita tau...ada 2 blog ;) save la yea
nuR16 = oRyen

Catz said...

tahniah...dapat ahli keluarga baru ye axim.

Mieza said...

slmt pengantin baru abang zali!!

[yAN!e][pUTraJAya] said...

ingatkan axim yg akad nikah td...

hahhahha

Beruang Madu said...

Majlis pengantin as usual akan meriah tapi bab makan tu macam lebih meriah sangat.... wooo sedapnya... err Azim... yg mana satu sambal goreng yer??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails