Followers

Sunday, October 19, 2008

Sunday Movie:Tipu KANAN Tipu KIRI

Aku memilih untuk menonton Cerita ini setelah melihat Preview filem ini di Astro Ria lewat pagi tadi.Bagi aku kolaborasi antara pelakon Indonesia dan Malaysia adalah sesuatu yang menarik dan wajar untuk di tonton.

Filem ini mengisahkan tentang seorang Pria yang Punya wajah tampan dan Ganteng-Rudy(lakonan Christian Sugiono),mempunyai Isteri yang popular sebagai penyanyi tetapi terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana terikat dengan Kontrak yang tidak membolehkan Wulan(isteri Rudy) berkahwin sepanjang tempoh Kontrak tersebut.

Kebetulan Rudy di tukarkan pula ke ibu Pejabat Kuala Lumpur dan bertemu Boss nya ,Remo(lakonan Hans Isaac) ,yang mana dia menganjurkan parti untuk Rudy dan meminta Rudy membawa isterinya sekali..Rudy yang bingung kerana Perkahwinannya dengan Wulan adalah Rahsia meminta Sara(Natasha Hudson) seorang penari Kelab untuk menyamar menjadi isterinya.
Dan di situlah segala penipuan dan kacau bilau bermula.

Walau bagaimanapun,cerita ini tidak lah sehebat yang di sangka..Lakonan Christian Sugiono (Rudy) agak kaku dan cara lakonan nya bagi aku tak ada feel..Titi Kamal(Wulan) bagaimanapun mempamerkan lakonan yang bersahaja dan gila gila,bagus skali lakonannya..Hans Isaac dalam citer ni aku suka sebab aku tengok dia macam P.Ramlee pun ada tang lawak nya yang spontan tuh..haha..satu lagi watak Azwan Ali (melakonkan watak Mr.Fix-pembantu peribadi Rudy)yang mungkin sedikit sebanyak mampu mencuri perhatian penonton,namun masih lagi di tahap yang boleh di perbaiki.

3 Bintang sahaja untuk cerita ni-1 bintang untuk lakonan Titi kamal yang sangat Cantik itu,1 bintang lagi untuk lakonan Hans Isaac,dan 1 bintnag lagi kerana Soundtrack dan penataan bunyi yang agak fancy dan ceria.

Mungkin tidak berbaloi sangat untuk wang anda,tapi apa salah nya untuk melihat sedikit kelainan yang timbul apabila pelakon Malaysia dan Pelakon Indonesia bekerja sama dalam sebuah Filem.

Selamat Menonton!!

11 comments:

Ziana said...

just so so ek cite nih?
tp dia nye promo mcm best
:)

MOLY said...

sib baik x tengok ..
sbb dah boleh agak cam kureng jer ..

pa .. baik layan citer fury
bess !!

:D

Mieza's Penny said...

mcm best je kan...:D

Najib Ariyan Ali Basha said...

Errrr... Abg tunggu raya tahun depan lah ...mesti dah keluar kat RTM kan... itupun kalau abang tak busy memasak yer...

pearl'E.J said...

rajin sungguh nooo dok tengok movie... hehehe..

said...

best ek film nih?

dah lama yanie tak tgk wayang...

huuhuhu

dunhill@*london-paris-new york* said...

uiksss tok bear nak tunggu rtm.. huhuhuhu takper raya tahun depan ader kot!! hihihihi.. :)

@xiM said...

Ziana,

yup..just so so jer..takder yang da boom sangat lah...

==================================

Lily,

okeh...kalau adeq suggestkan tu maknanya best la tuh!!

@xiM said...

Mieza,

tak best sangat la..so so jer..:)

=================================

Tok Bear,

wahhhhh ni siap nak tunggu RTM lagi kan..hah..pastikan jangan busy memasak yer..:)

@xiM said...

Kak EJ,

Mau tak rajin kak kalau dah boring..

==================================

Yanie,

tak best sangat lah..3/5 bintang jer..

@xiM said...

MNN,

iNSYA Allah raya tahun depan kuar citer ni:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails