Followers

Thursday, December 24, 2009

MENGHAKIMI & DIHAKIMI

Dua perkara yang nyatanya berbeda.

Cukup ramai antara kita yang cenderung untuk menghakimi orang lain,dan semuanya berdasarkan tanngapan pertama(first impression) semata-mata.Kata orang tak kenal maka tak cinta-tapi itulah kita.Mudah menjatuhkan Hukum Orang itu sebegini dan sebegitu,tanpa ada asas yang konkrit.

-Bila kita lihat ada awek cun giler couple dengan balak muka pecah rumah,kita akan kata mesti mamat tuh banyak duit kalau tak macamana awek tu boleh sangkut.
-Bila kita lihat peminta sedekah mengendong anak kecil,kita akan kata anak kecil itu di peralatkan untuk raih simpati orang awam.
-Bila kita tengok seseorang kaya dengan cepatnya,kita akan dakwa insan tersebut membuat kerja-kerja gelap,hingga menjadi kaya sedemikian rupa dalam masa singkat.

Ini sebagai Contoh semata-mata.

Persoalannya,siapa kita untuk menghakimi orang lain?

Dalam menilai orang lain,kita seringkali meletakkan seseorang itu pada tempat yang salah,semuanya hal yang negatif sahaja.Setiap yang berlaku ada alasan di sebaliknya.begitu juga mereka.Pasti ada alasan kukuh dalam setiap tindakan yang di buat.Kita sebagai orang luar tidak lansung mengetahui apa yang seseorang itu hadapi.Nasib kita di dunia ini berbeza-beza.Kita pasti tidak tahu apa yang orang lain lalui,begitu juga orang lain pasti tidak akan tahu apa yang kita lalui dan lewati saban hari.Maka mengapa kita harus menghakimi orang lain tanpa ada asas?

Dalam menghakimi orang lain,seringkali penilaian kita bersifat tidak jujur.

Cuba renungkan diri sendiri,dan nilai diri sendiri terlebih dahulu-adakah kita sempurna lebih dari insan lain??Seharusnya kita terlebih dahulu menilai diri sendiri sebelum mula menjatuhkan hukuman terhadap Orang lain,sebab banyak hal yang kita tidak tahu dalam dunia ini.Ilmu yang kita ada jauh bezanya dengan sang Pencipta.Atas dasar itu lah kita di sarankan supaya cermin diri dan analisa diri sendiri.

Biarlah Allah sahaja yang menghakimi kita.

Sebab DIA lebih berhak.

*sebetulnya aku sudah muak dengan manusia yang suka menghakimi orang lain tanpa ada usul periksa.

7 comments:

pijankodok said...

salam axim...
muhasabah diri... itu yang afdal dan penting... begitu juga aku...

Marzalina said...

setuju..dont judge a book by its cover...

dr itu! said...

nama saya hakimi! leh la menghakimi ke, dihakimi ke...hahaha..

tapi betoi gaks..kdg2 xsalah nak judge someone untuk kepuasan diri sendrik..huhu. yang salahnya bila mula buat spekulasi dan fitnah yang tak taw mane puncanya.. ini sudah kes naya!

Mak Su said...

kita tak kenal, kita tak tahu. lebih baiklah kita kurangkan percakapan yang sia-sia

hanis said...

salam
biasa la tu...
membuat judgement base on what they see outside but not inside...
common mistake

Anonymous said...

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api...

Satu benda yang kita lihat,macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat...

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya..."Tegakkan Islam dalam diri kamu...nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu"

-sekadar renungan bersama:petikan Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna
-just be yourself...and always trust to Allah

NN said...

aku xbaca pon.. tapi kopi paste komen ni jaa bole ka..??
hehhe..nampak macam brilliant ja..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails