Followers

Friday, January 21, 2011

CUTI THAIPUSAM : A JOURNEY TO KEMAMAN, HOME SWEET HOME

Semalam Cuti Hari Thaipusam.

A day before aku ke Johor Bahru,dan balik dari JB malam tu aku spend masa dengan ayah dan Mak di Hospital KL..aku tidor kat Wad 1,Institut Urologi dan Nefrologi..patutnya tak boleh sebab they limit to one person only to jaga orang sakit..but the rules are made to be broken right.at least malam tu boleh jaga ayah dan mak boleh tidur lena.after all dia sorang yang duk jaga ayah..kesempatan yang ada aku just cuba guna sebaiknya.

1
Pagi-pagi lagi dah bangun..tidur kat hospital memang tak boleh nyenyak..ada jer nurse masuk nak cek gula ayah,nak cek Tekanan darah,nak masukkan antibiotik..but its all ok..i;m totally ok with it.at least i know what's my mum going through every single day dia duk jaga ayah di wad..Pagi tu bawak mak ke Kampung Bharu beli sarapan pagi..ayah pesan nak makan nasi lemak..aku beli nasi kerabu dan mak makan nasi putih berlauk..ayah sekarang bukan makan banyak sangat pun..tapi sekurangnya dia ada selera makan..itu yang penting..Selesai sarapan pagi duk bersembang kejap dan ayah berehat..pukul 11.30am aku minta diri untuk pulang ke kemaman.ada hal yang perlu di uruskan.

2
Perjalanan lancar sepanjang perjalanan..tak banyak kereta ada sebab ni bukan musim cuti.Cuti Thaipusam pun sehari jer..Cuma agak mengantuk dan penat since aku tak cukup rehat.syukur sekarang dah tak hujan sangat..bawak kereta time time hujan aku tak berapa gemar.

3
Sekarang ni aku dah tak berani nak bawa kereta laju laju lebih dari had laju kebangsaan.bukan apa,malas nak kena saman lagi..bawak kereta maintain 100-110km/j sahaja,,nanti aku jugak yang kena bayar saman kalau kena speed trap..so ini merupakan pesanan khidmat masyarakat:pandu cermat jiwa selamat,biar lambat asal selamat.sekian terima kasih.

4
Actually tujuan aku balik ke kemaman nak uruskan pasal pembelian rumah..aku ada buat booking di satu kawasan perumahan baru.Ingat nak beli area kl atau penang tapi dengan keadaan sekarang aku lebih prefer untuk beli di area kemaman..dekat dengan kampung halaman.

5
Kawasan Perumahan baru-Taman Banggol Indah..tak lama lagi kawasan ni mesti akan sibuk..sekarang ada institut kemahiran mara dah siap,dan sekolah pun tengah bina...kawasan rumah tengah naik.Rumah kedai pun akan ada nanti.dalam 2-3 tahun lagi kawasan ni Insya Allah akan meriah.

6
Sempat lah aku pergi tengok Rumah Contoh..Rumah ni keluasan dalaman 20 x 70..not that big.nama pun rumah kos sederhana..sebagai permulaan aku rasa ok..Bukan nak duduk lagi tapi nak sewa dulu..at least kalau penyewa boleh cover separuh pun dah cukup baik.

7
Design pun design baru..untuk rumah Corner Lot ada sliding door,dan memang aku berkenan dengan yang Corner lot.harga lebih tinggi dari lot tengah dan end lot,tapi untuk jangka waktu panjang corner lot is my choice.3 bilik tidur,dua bilik air,ruang tamu,dapur basah dan dapur kering.

8
Rumah yang aku booking dijangka siap dalam bulan 8 tahun ni.ikut perjanjian dua tahun tapi developer kata boleh siap bulan 8.rumah yang aku booking diorang nak buat rumah contoh so i think that's better.aku dah submit semua dokumen untuk kelulusan loan.Kalau takder aral harap harap loan boleh lepas..Insya Allah.

9
Ni kawasan perumahan yang bakal siap.tak lama lagi kawasan ni akan dipenuhi orang..dan kawasan student pun ya since ada ekolah dan institut mara di kawasan berhampiran.Ayah kata belilah rumah,Insya Allah tak akan rugi..so here i am,buat decision untuk beli rumah..Setel urusan booking rumah aku bergerak ke Kuala Kemaman..Lapar gila..tak makan tengahari lagi sebab nak uruskan dulu apa yang patut ni.

10
Lama tak menyinggah di Warung Aziz Satar..hajat di hati nak makan satar sekali takder pulak satar masa aku sampai ni.Otak otak ada lah.tapi aku tak rasa nak makan otak otak.Order Air Batu Campur pun best petang petang..

11
Order juga mee goreng basah dan Keropok Lekor..Rindu gila sama keropok lekor terengganu..mana nak cari keropok lekor macam ni kat Penang..Only in Terengganu..Lepas dah siap makan hari pun dah nak malam..layan sunset pun best juga ni.

12
Dalam perjalanan pulang ke rumah di Kemasek matahari hampir terbenam..singgah di satu muara sungai,saja nak rakamkan detik indah waktu matahari nak terbenam..Indah sungguh..Subhanallah..

12a
Dekat dek tepi sungai ni aku menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan..dan aku bermuhasabah sendiri..kebelakangan ini hidup aku agak serabut..dengan jadual kerja yang padat dan tight,masalah keluarga lagi since ayah jatuh sakit,masalah dengan kawan-kawan,semuanya bercampur aduk dan buat aku jadi seperti orang lain..i still try to rearranged back myself..i know i can.and at this time,i would do this on my own.nobody can help me,except myself.

13
Hidup ini Indah..Cuma kita perlu cari keindahan tu dalam hati di sudut yang paling dalam.aku percaya bahagia tetap akan jadi milik aku akhirnya,andai sabar dan tabah mengharung hari yang sukar dengan cekal..Malam mula menjelma,dan aku sampai di rumah kemasek dengan badan yang penat.tanpa aku sedar aku hanyut dibuai mimpi..Tidur tak sedarkan diri sebab terlalu penat.

*To be Continued.

2 comments:

sepul said...

alhamdulillah... kadang-kadang kita perlu mencari masa untuk kembali mengenal diri kita dan kembali mengambil berat tentang diri kita sejenak.
Banyakkan berdoa dan inshallah semuanya akan kembali back in order.

congrats sebab dah berjaya beli rumah. aku masih mencari-cari :)

rasp said...

property mmg gud investment...
tahniah muda2 dah ada rumah :)
semoga ayah azim cepat2 sembuh...
and smoga u'll have a more 'peaceful' life!...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails