Followers

Monday, January 17, 2011

SATU HARI DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

Malam tadi aku ambik bas pukul 1.30 pagi ke Kuala Lumpur..

Hajat di hati memang aku nak balik dari hari jumaat lagi untuk spend masa dengan ayah di Hospital..untuk pengetahuan actually ayah dah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur 4 hari yang lalu..tapi hari sabtu aku masuk opis kejap untuk last preparation for SIRIM audit next week..
Sampai KL around pukul 6 pagi..aku naik teksi ke Hospital Kuala lumpur.lahabau drebar teksi tu caj aku 30 ringgit,dari hentian Duta ke HKL bukan jauh.tapi aku tak bayar 30 hengget.aku bertekak dengan drebar india tu.aku insist nak bayar rm10 jer tapi india tu marah marah terus aku kata nak bayar RM15 jer..dah bayar RM15 baru dia blah.silap aku patutnya sebelum naik teksi tanya siap siap dulu.

1
Aku lansung ke Masjid berhampiran dalam Hospital untuk menunaikan Solat Subuh..jauh jugak nak menapak sebab kawasan Hospital ni kan besar..lepas solat subuh aku beli sikit makanan pagi..beli nasi kerabu untuk ayah dan nasi putih untuk mak..aku makan nasi dagang..

2
Selesai Sarapan pagi aku just bersembang sembang ngan ayah dan mak..Kak tie,kak Ija dan Faiz balik kemasek masa ni..so aku sorang sorang di HKL menghabiskan hujung minggu yang ada bersama mereka..

3
Keadaan ayah sekarang masih sama seperti biasa,,masih menjalankan Hemodialisis 3 kali seminggu..the main reason ayah masuk HKL sebab ada isu unresolved fever..demam tak berhenti..baik sekejap kemudian demam balik..doktor syak ada jangkitan kuman dalam darah ayah..tapi still they dont know the truth rootcause pasal ayah yang slelau demam.

4
if only i can turn back the time,dulu masa time ayah sihat aku sepatutnya balik ke kampung halaman dan jenguk mereka berdua dengan lebih kerap..instead i always have conflict of interest on this..kalau dengan kawan kawan aku boleh ambik cuti travel sana sini tapi nak ambik cuti untuk duduk di kampung halaman sangat payah..mengenangkan perkara tu aku sangat rasa bersalah..tapi things always happen for a reason..apa yang jadi mungkin untuk menyedarkan aku sebelum segala galanya terlalu lewat untuk aku kembali ke jalan asal..Insya Allah lepas ni aku akan selalu balik dan jenguk mereka..Kerja,kawan kawan semua tu boleh dicari tapi mana aku nak cari satu satunya mak dan ayah aku dunia akhirat..*mode sedihh..:((
6
Petang tu aku bawak ayah keluar jalan jalan di kawasan Hospital..pergi Kafe dan minum jus Oren kegemaran ayah.tapi ayah tak minum banyak..then pergi singgah di Kafe Hospital kejap beli kuih pau dan surat khabar untuk ayah.dalam perjalanan balik masa aku tolak ayah atas kerusi roda dia tertidur..penat sangat lah kot..then balik ke bilik ayah tidur dan mak pun terbaring,sementara tu aku duk online edit gambar..ada sedara datang masa ni..sedara belah mak..Dalam pukul 7 petang mak hantar aku ke tempat tunggu teksi..aku nak balik awal sebab esok ada SIRIM Audit dan aku tak nak lewat untuk acara penting tu..next week aku turun KL lagi..Insya Allah sebab hari Khamis depan Cuti Thaipusam.maybe aku akan ambik cuti Jumaat depan..dapat panjang sikit masa untuk bersama dengan parents dan keluarga.

7
Sampai Di hentian DUTA aku dpat beli tiket bas ke Butterworth pukul 8 pm..ok lah tu..Insya Allah sebelum pukul 1 am akan sampai Penang..sementara tunggu bas sampai singgah makan kejap di gerai gerai tepi hentian bas tu..order Daging Goreng Kunyit..tapi tak sempat nak makan semua takut kena tinggal bas..masuk dalam bas aku terus tidur dan sedar sedar da sampai Butterworth..

*Penat dan Perlukan Rehat untuk AUDIT esok..wish me luck ya!!dan jangan lupakan doa untuk ayah saya supaya cepat sembuh..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails