Followers

Monday, January 31, 2011

KAMDAR vs WHITE HOUSE COFFEE @ BUKIT JAMBUL KOMPLEKS

Baru sampai rumah.

Tadi dari Opis lepas maghrib aku ke Bukit Jambul Kompleks.Tujuan utama nak ke KAMDAR  sebab nak cari baju melayu.untuk apa beli baju melayu akan aku kongsikan kemudian..tapi sebelum ke KAMDAR perut aku sangat lah kelaparan..makanya terpaksa lah layan kerenah perut dulu..entah mana ya tempat makan nak pergi.melilau lilau jugak lah aku pusing kompleks bukit jambul ni.

1
Akhirnya aku menjejakkan kaki di sebuah Restoran Kopitiam yang dikenali sebagai White House white Coffee..memang konsep Kopitiam sangat laku sekarang..boleh jual.tengok menu kat sini lebih kepada Nyonya cuisine dan asian Cuisine.sesuai untuk tekak orang kampung macam aku.pilihan makanan nya juga menarik menarik.

2
Agaknya sebab ada gambar white House ni nama kedai ialah White House Coffee.aku duk terbayang macam white House kat Amerika sana.apa apa je lah.aku dah lapar..bila teliti menu berikut merupakan apa yang aku order:

3
WHITE COFFE ICE-air ni sedap!!pekat dan memang bila minum terasa ingin menyedutnya lagi sekali.Boleh Celen dengan Old Town white coffee lah.oh ya,dah lama gila aku tak melepak kat Old Town.Entah.maybe sebab dah boring.

4
Ini ialah DIM SUM SHARK FIN..jangan risau..dim sum kat sini HALAL..ada banyak Choice pulak tu..3 keping macam ni harganya RM2.60..susah nak cari dim sum halal.now i know kat mana nak cari Dim Sum halal yang sedap.

5
Masa duk teliti menu tadi mata aku tertancap pada Laksa lemak ni..agaknya sebab aku berasal dari TERENGGANU so laksa Kuah putih memang biasa makan.terus aku order NYONYA LAKSA LEMAK seperti yang tertera dalam menu.dan ternyata aku membuat pilihan yang tepat sebab Laksa ni sangat sedap!sumpah tak tipu.kuahnya lemak dan pekat.memang sedap!tapi beware of Cili Padi Potong yang bertaburan.kalau tak tahan pedas asingkan dulu siap siap sebelum makan.aku suka pedas so taksder masalah.semua dalam pinggan masuk dalam perut.

6
Alhamdulillah.Syukur atas rezeki untuk kesekian kalinya.Licin semuanya.Harga untuk makan malam tadi ialah RM13.ok lah kot.reasonable price.janji sedap.kalau tak sedap walau murah pun buat apa.Dah setel makan baru aku menuju ke KAMDAR.

7
Masa masuk ke KAMDAR aku ambik gambar,tetiba sekuriti India kat Kamdar ni kejar aku duk stress banyak kali no photo no photo!!aku pulak jalan cepat cepat malas nak layan pakcik sekuriti tu.hehhee..last last pakcik tu surrender,dia malas nak kejar aku.hahaa

8
Aku nak cari baju kaler Off white atau Krim.puas duk cari tapi takder..ada lah sepasang macam kaler yang aku nak tapi saiz XXXL.kalau aku beli kang macam pakai langsir pulak..so tanya akak Kamdar tu kat mana lagi ada Baju melayu.dia kata kat MYDIN ada.ohhh dah ada Mydin kat Bukit Jambul rupanya.

9
MYDIN baru bukak..besar jugak..masuk Mydin duk cari Baju melayu tapi takder..ada lah satu bahagian tu sikit sangat dan takder Choice.Kecewa lagi sekali..Helpp..mana nak cari Baju Melayu ni..aku dah buntu.last last aku try cari kedai tepi tepi yang jual baju pompuan kot kot ada terselit jual baju melayu.ada lah jugak tapi jual baju saja.maybe esok aku try carik kat Metrojaya Gurney plaza lah pulak.

10
Tanglung bergantungan sana sini..ye lah dah dekat nak Tahun Baru Cina..Gong Xi fa cai!!walaupun aku tak dapat nak cari baju melayu yang aku nak tapi tetap puas sebab makanan sedap.hehe..Ni aku nak siapkan kerja kerja yang aku bawak balik dari Opis.

Till later ya.

Bai.

*What a wonderful life I've had!  I only wish I'd realized it sooner.I just have to do my own thing no matter what anyone says.it's my life after all.:)
 

6 comments:

CaTwOmEnS said...

awat tak ajak ju... (",)

Benedict Bernard said...

the beauty thing about CNY.. Raya pertama tu sunyi je.. mcm best!

tapi yg tak best, kedai banyak tutup. Nak harapkan 7-11 jek.. tu yg stress

Anyway. Nice to see u around in cyberworld!

mummysyafie said...

nak cari baju melayu ni wat nak gi kenduri ke? or azim yang nak wat kenduri..:P

sepul said...

ewahhh cak pongg cak pongg!!

eLLy said...

nak jadi pengapit ke?

johnwhite said...

Wow what a nice place to eat.It is really a very good restaurant.

dateing sites

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails