Followers

Thursday, January 6, 2011

NANDOS & MEETING NEW FRIENDS

Kisah tersimpan untuk catatan di masa hadapan.

5 JANUARI 2011

As usual pagi pergi kerja..tahun ni semangat nak pergi kerja tu ada tapi tak sekuat dulu..kali ini cabaran di tempat kerja sungguh hebat..banyak perkara yang perlu diselesaikan dan di hadapi.dalam diam aku mula bertekad untuk cuba buat yang terbaik demi carrier aku di masa hadapan.

0
Hari-hari kena cross Penang Bridge.kalau dulu tensen sebab jambatan selalu jem tapi sekarang tidak lagi.terima kasih atas pembinaan lane ketiga atas jambatan..bikin perjalanan lagi lancar dan selesa.nak sampai opis pun cepat..sampai opis terus membizikan diri dengan hal-hal pejabat tanpa sedar waktu lunch pun tiba..

1
Waktu lunch sempat pergi ke Queensbay Mall..mendapat pelawaan makan tengahari bersama seorang kawan yang datang dari Kuala Lumpur atas urusan tertentu.terlalu banyak tempat makan yang ada akhirnya kami decide untuk makan di Nandos.actually i do love Nandos..the best grilled chicken ever,compared to Kenny Rogers.

2
Pilih Meal for Two,sebab malas nak pikir.Extra Hot!!

3
Salad pun ada.tapi aku tak makan.tak minat.

4
Roti benggali cicah apa ntah.sedap jugak!!

4a
Ratah ayam sampai kenyang.tapi sayap tetap tak makan.tak reti nak makan bahagian yang takder isi tu.pelik tak?haha.bahagian aku paling suka tetap bahagian dada.

5
Alhamdulillah dah kenyang..Rezeki dari Allah.

6a
Lepas makan Kenny Rogers lepak pulak minum kopi kat Austin Chase.aku tak minum,tapi a friend of mine minum..perut dah penuh makan Nandos tadi..lepak kat sini sementara my friend tunggu bas dia ke KL.

6
Ini lah dia kawan yang aku maksudkan..Hazman Halid atau dulu lebih dikenali sebagai Tukang Taip.aku kenal dia ni dari zaman dia berblog dulu sampai lah dia dah tak aktif blog sekarang..dulu memang aku follow blog dia.suka tengok dia raise his own kid 3 orang..Software Engineer by profession,but a creative person.Nice to meet you Hazman!

7
This lady also aku kenal dari zaman blog dulu sampai lah dia dah tak aktif blog..Juliana Razak.so this is the first time jumpa.padahal duduk satu penang tapi tak pernah ada rezeki nak jumpa.Nice to meet you Ju!lepas ni kalau nak ajak makan boleh jer.hehe..after jumpa diorang aku balik ke Opis semula menyelesaikan lagi kerja yang ada.

8
Dari Opis lepas maghrib aku tak balik rumah terus..singgah di Queensbay mall sebab ada barang nak cari.tapi sebelum cari barang perut sangat berkeroncong minta di isi.aku dah buntu tak taw nak makan apa last last aku lalu di Queens food market ni.menyinggah di Bangkok Station.

9
Order makan THAI GREEN CURRY SET..set nasi sekali ngan green curry ada telur dadar sebijik..suprisingly sedap lah pulak green curry ni.aku suka.lain kali boleh datang makan lagi.harga satu set RM6.90.Lepas makan jalan jalan cari barang yang di ingini.

10
Dalam duk cari barang yang aku nak beli singgah masuk kejap Butik Crocs.nak cari kasut..berkenan pulak ngan santa cruz design ni tapi nasib tak baik saiz kasut takder.paling besar saiz 9 jer.kaki aku saiz 11 so memang nak sarung pun tak muat.tapi ok jugak.at least tak melayang rm200++ aku..selamat duit.

11
Dah jumpa barang yang aku nak singgah di Borders pulak baca buku..its kinda cool sebenarnya duk baca buku kat bookstore.dapat baca free dan aku rasa tak membazir masa.dari duk tengok wayang baik lepak kedai buku ada juga faedahnya..:)

12
Dari Borders ingat nak balik sekali singgah pulak kat gerai JCO Donut..dahaga so order air strawberry yogurt.silap order lah.patut go for coffee tapi dah terorder so minum saja lah.dapat free donut glazy satu..donat kat JCO aku suka sebab lembut..memang banyak gila lah calorie aku consume untuk satu hari ni.Dari queensbay mall aku balik rumah,siap siap barang untuk ke Kuala Lumpur pula..bas aku pukul 1.30 am(6 Januari 2011).

*Ke Kuala Lumpur atas perintah Mahkamah..6 Januari 2011 kena menghadap mahkamah pukul 2 pm.

2 comments:

MonizaM said...

saiz kaki 11? aku 6 jek.. besarnya! hehehe tp orangnya kecik jek aku tgk :p

Iena said...

saya peminat tegar NANDOS tp kuciwa sebab ayam nandos makin hari makin kecik! choi~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails