Followers

Tuesday, January 25, 2011

PENANG - KL - SURAYA BUBUR BERLAUK - HKL - AMPANG - PD

Bas pukul 4.30 pm dari Butterworth menuju ke Kuala Lumpur.

Aku dah malas nak drive..save cost sikit kalau naik bas..lagipun kereta dah sampai masa kena servis..so better naik bas.Hujung bulan ni faham faham la kan..Outstation pun kena keluar duit sendiri dulu so guna lah mana-mana balance yang ada..Sampai KL jam 9 pm tadi..Cuaca Hujan Renyai renyai sepanjang perjalanan.

1
Sampai kat Hentian Duta aku tunggu Kak Tie datang ambik.see,my sister care about me..They will always be there for me more than you know.Thanks Kak Tie fetch me up.Kak Tie datang ambik sekali ngan Kak Ija dan Faiz..Diorang datang dari HKL.aku pun tak sure sampai bila ayah akan berada di HKL sebab doktor still havent found the solution for his unresolved fever.

2
Nak datang meeting dua hari jer,tapi aku bawak beg macam nak kursus seminggu di KL.well,another typical me again.aku berpegang pada prinsip bawak lebih takper jangan kurang..mana nak muat beg ngan kasut lagi,selipar lagi,ngan Laptop yang takkan aku tinggalkan..Kamera lagi..Baju seluar semua tu memang dah wajib kena bawak..Notes presentation lagi..huisshhh so takyah heran lah naper aku bawak barang macam banyak..

3
Dari Hentian Duta kitorang decide nak minum minum kat Kampung Baru.dekat dah Kampung Baru ngan HKL..So dalam kepala aku dah tak terbayang kedai lain dah..mesti kat Suraya Bubur Berlauk punya Restoran jadi pilihan..makan bubur time time macam ni sedap jugak..tambahan pula aku belum makan since tengahari tadi lagi..memang sesuai sangat la singgah kat sini.

4
Gua akui gua dah makin montok dan berisi sekarang..Bahagia ker?hakikatnya sekarang corak pemakanan tak betul..makan tak ikut waktu dan senaman pun kurang gara gara kesibukan dengan kerja yang membataskan waktu untuk workout..entah lah..aku still struggle nak balancekan kerja dengan life sekarang..Insya Allah later i;m gonna nailed it.Dont worry too much about me.please be worried about yourself first.Thank You.

5
Kak Tie dan Faiz..Faiz ni adik Bongsu aku..sekarang dah besar panjang.dia baru habis SPM so sekarang tunggu result keluar..Cuti panjang dia sekarang tu yang boleh menjelma di KL ni bila bila saja..Thats why nak ke PD kejap lagi aku nak ajak dia.saja nak bawak dia jalan jalan..Masa sangat pantas berlalu.dulu Faiz kecik aku selalu buli dia.sekarang aku dah takder nak buli sapa lagi dah.adik adik aku semua dah besar.Buli anak sedara pulak la lepas ni.hahahaaa..

6
Datang Suraya tak sah kalau tak order Kerang Bakar..satu set ni aku tak sure berapa hengget..tapi macam biasalah,pujian akan diberikan kepada sos merah yang lazat itteewww..Kerang pun tak hanyir,Likes!!

7
Aku order Bubur berlauk..Buh lauk paru sambal,Ikan Bilis,Ikan masin dan Telur Asin..Sayur Campur Goreng Tiram pun ada..aku sorang jer makan bubur sebab yang lain semua dah siap makan bersama mak dan ayah kat HKL..sorang pun sorang lah janji korang teman..:)

8
Kak Tie order Udang celup Tepung..nampak sangat menyelerakan!!rasanya pun boleh tahan sebab Tepung nya tak tebal.Just nice dan tak hilangkan keaslian rasa Udang..Two Thumbs Up!!patut lah kedai Suaray ni asyik ramai jer orang bertandang..tak putus putus pelanggan datang..Alhamdulillah rezeki depa.

8a
Kopek kerang dan susun macam ni..ok tak??lazatttt!!

9
Sambil makan sambil lah sembang hal ehwal keluarga..One more thing yang kitorang highlight about how our family expand so fast now..anak sedara dah makin ramai..tak lama lagi anak sedara baru akan bertambah..entah bila aku nak ada anak sendiri pulak..Soalan cepu mas yang entah bila akan ada jawaban..:p

10
Licin kesemuanya bila kami menghadap makanan!!aku yang makan paling banyak.patut lah sihat walafiat semacam jer kan kebelakangan ni.takper janji hati bahagia.Tercapai cita cita nak makan bubur berlauk di Suraya setelah lama memendam rasa..i lebiuu lah!!

11
Dari Kampung Bharu terus kami ke HKL..kami curi curi masuk wad ayah..waktu macam ni bukan waktu melawat tapi pandai pandai lah nak hidup..First Question ayah tanya aku bila aku bersalam dengan dia : Bila nak kawen???? terkesima aku seketika..terus aku jawab takder calon lagi macamana nak kawen..ayah jawab balik Calon dah ada kat kampung,tunggu aku jer setuju ker tak.Alamak..aku dah speechless..Mak pun tak membantu..hampess..

12
Shuk pula lagi sedap la duk tambah tambah..mentang mentang lah orang dah berkeluarga kan..Jawapan untuk persoalan ni biarlah aku sendiri simpan.Jujur aku katakan aku belum bersedia untuk menuju ke arah perkahwinan..maybe i just not found the right person yet.When that time come,ready or not aku rasa aku akan kawen jer..Bila hati dah suka.Full stop.Tu jawapan aku untuk soalan ini.Next Question Please...:p

13
Kat Hospital mak duk hidang makanan pulak..kata dia ni balance makanan sengaja dia simpan untuk aku sebab tahu aku nak datang..nak tak nak kena lah makan juga nak ambik hati walaupun dalam perut ni dah penuh..dah kenyang sangat..ada nasi Goreng Cina,Daging Goreng Kunyit,Jagung Bakar dan Mee sup.semua aku sebat..dashyat tak dashyat sangat lah..tapi tu pun shuk join venture sama.tu yang akau pun on jer lah.

14
Mak memang suka berkebun dulu kini dan selamanya.dalam Wad kat Hospital ni sempat lagi dia bercucuk tanam..bangga gila mak bila Pokok Misai Kucing dah bertunas..kelas mak aku kan.mak awak ada macam ni?heheeee..lepas ni dia nak tanam sawi pulak kalau ayah lama lagi kena tahan di Wad HKL ni.

16 17
Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam..kami kena beransur sebab aku nak kena ke Port Dickson pula nanti..Esok ada Bengkel pula di sana..memang tak cukup tidur lah jawabnya.Plan asal nak ke PD malam ni juga..nak dijadikan cerita Abang Jalee naik bas pukul 12 tengah malam ke KL..so kejap lagi just Fetch dia di Terminal Putra dan kitorang akan shoot ke PD sama sama..sehari jer pun.

15
Gambar di atas aku rakamkan dari koridor wad ayah..Institut Urologi dan Nefrologi.Dari HKL kami terus pulang ke rumah Kak Tie di Ampang..aku nak refresh kejap dan gosok baju semua segala..pagi pagi esok pukul 4 pagi bertolak ke PD..sempat sangat..sebab bengkel yang aku akan hadiri ni bermula jam 9 am.

18
Tadi Adam Tidur jer..Bila sampai Rumah dia terjaga tapi baik dia ni..tak menangis pun..sekarang rambut Adam dah takder..pagi tadi Tok Wan dah kerat..Tok Wan cukur kan rambut adam..tapi aku prefer macam ni..Botak itu seksi..comel lah adam ni.Geramm!!!!Budak budak semuanya comel..:p

19
Sambil duk lepak tengok Tv sambil layan Adam ni..dah pandai gelak bila kita bercakap cakap dengan dia..so comell bila dia gelak...haishh ni yang macam tak sabar nak ada anak sendiri nih..sabar zim sabar..Insya Allah ada lah jodoh untukku suatu masa nanti..

20
Dalam pada nak tidur tu,out of nowhere Shuk pi ambik Kek Cokelat kat Dapur..Kek Cokelat ni datang dari Holiday Inn yang diorang stay semalam.aku yang dah nak tidur ni pun turut terjebak makan satu slice..ish ish ish memang pemakanan yang tak sihat sungguh..Tapi this is our family,always do something extra ordinary..Our family is so Unique in so many different ways,and thats the reason why i Love my family so much!!

Ok aku dah nak tidor.

Kejap lagi nak drive pi PD pulak.

Ok bye.

15 comments:

Benedict Bernard said...

jimud nak kerang!!!

Wahidah said...

suke sgt bile bace netry pesal the way korang spent time together..

yes admit it...unik..

bubur kt suraya tu mmg femes..food die pun not bad..

kena terjah gk nanti ne..:)

kucingorengemok said...

keluarga awak memang best, tengok gambar je pun terasa kebahagiaannya :)

CAYANG ALIN said...

bulatnyer mata adam....

rasp said...

bila dah sampai 'seru'nya...
jemput akak tau ngehehehe...
eeeee geram tul tgk adam tu..
mmg chomelllllll...
i love my family too :)

eLLy said...

perghh penuh dng xtiviti =)

Faisal Admar said...

ayah ko macam mana azim? hope semuanya ok dan berjalan lancar.

bila nak masak-masak di rumah ko ni?

@xiM said...

BENEDICT,

kerang bakar kat sini mengancam!jom!

@xiM said...

WAI,

Alhamdulillah.saya bersyukur ada keluarga yang macam ni..:)

Memang food kat Suraya not bad..u shud try!

@xiM said...

KOG,

thanks incik Kucing..:)

@xiM said...

CAYANG ALIN,

gerammmmm sangt tengok si Adam tuh!!

@xiM said...

RASP,

kalau dah sampai seru saya war war kan lah kat Blog ni..dun worry ya kak!

@xiM said...

KAK ELLY,

sangat padat..tapi i just want to live my life to the fullest..:)

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

ayah aku macam tu jugak lah..still doktor nak pantau..

nanti lah kita masak masak lagi..aku tengah sibuk nak pindah rumah sekarang..

DrSam said...

tengok gambar makanan yang lain tak kecur pula, tapi bila ternampak kerang cucuk cicah tu terus meleleh air liur.

Saya doakan agar ayah axim sembuh seperti sediakala.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails