Followers

Tuesday, August 22, 2017

HOME COOKED DINNER ALWAYS THE BEST!

Kisah malam tadi.

Mood rajin pula nak memasak.. so i went to ioi Mall dan beli barang basah kat TESCO. Ada workshop di UNITEN so singgah sekejap ioi sebab dekat jer pun. Beli barang apa yang patut then balik rumah.


Beli barang macam ni harganya RM84. Nak kata mahal pun tak sure yang penting aku beli apa yang aku nak makan. Malam ni tekak rasa nak makan pasta carbonara. Beli je lah bahan bahan yang diperlukan. Buat pasta udang sedap juga. 

Keluar dari ioi mall menuju ke rumah.. Alhamdulillah jalan tak jammed dalam 20 minit dah sampai. Tunggu maghrib solat dulu then terus bersilat kat dapur.


Rebus pasta dulu. Aku pilih angel hair. Suka mee halus camtu. Sedappp. Then ambik minyak zaitun tumis bawang putih masukkan udang dan cendawan. Masukkan stok ayam dan perahan limau sikit. Then terus masukkan sos carbonara cendawan dalam tin jenama prego. Biarkan dalam 5 minit kemudian siap!! Hidangkan dan hias carbonara udang anda dengan daun ketumbar. Mudah bukan? Dan sedapppp..


Jom menjami selera! Makan bertambah-tambah kau sampai angel hair habis. Tapi aku makan juga dengan salad.. tak best makan macam ni takde sayur hijau. Pastu layan siykom dulukala FRIENDS season 9. Seronok tengok walau dah tengok lapanploh juta kali. Hehe.

Ok sekian dapur AXIMUD dah kembali berasap.

Wabilahitaufikwalhidayah.

Berjumpa lagi dalam resepi lain akan datang.

Thursday, June 22, 2017

KEMBARA RAMADHAN 1438 : TRIP SURAT THANI & KoH SAMUII

3D2N (9 JUN - 12 JUN 2017) TRIP KE SURAT THANI KOH SAMUI THAILAND 

Saya nak share pengalaman saya bermusafir ke suratthani-koh samui Thailand selama 3 hari 2 malam di Bulan Ramadhan ini. Trip berdua. Ini merupakan annual Ramadhan trip dan destinasi tahun ini adalah Koh Samui Thailand. (2014 ke Medan Indonesia, 2015 ke Hong Kong, 2016 ke Padang-Bukit Tinggi Indonesia)

ITINERARY

09 JUN 2017 (JUMAAT)

Flight ke Surat Thani dari KLIA2 pada jam 12.30 pm - Tiba di Suratthani Airport jam 12:30 waktu tempatan - ambil teksi menuju ke bandar surat thani - check in di hotel A3 Living - masuk bilik tidor sebab macam penat - bangun tidor bersiap nak mencari masjid sentral syrat thani - jauh juga menapak jalan kaki 1.5km dari hotel - tiba di masjid surat thani - berbuka puasa bersama penduduk tempatan - makan kuih dahulu kemudian solat maghrib, lepas maghrib baru makan nasik.. lauk style thailand lah.. sedap juga Alhamdulillah - isyak dan taraweh berjemaah - on the way balik Afka ( pemuda narathiwat kerja di Surat thani) offer nak bawa gi minum-minum - minum dan makan di tepi terminal feri surat thani - sembang sembang macam macam.. seronok sangat malam tu dapat jumpa kawan baru - afka hantar balik hotel - tidor 

10 JUN 2016 (SABTU)

Bangun sahur jam 4am makan makanan yang ditapau malam tadi - kemudian bersiap subuh - checkout jam 8am sebab nak naik bas menuju terminal feri koh samui - tiket bas dan feri dah beli siap siap semalam - naik bas jam 9am - sampai terminal feri jam 10am - naik feri menuju ke koh samui jam 11 am - tiba di koh samui jam 12:30 am - ambil kereta sewa dan book terus pakej anthong marine park esok - drive menuju ke Eden bungalow area bhoput beach - checked in dan rehat seketika - jam 4pm keluar ke hin ta dan hin yai, tarikan di koh samui dengan batu berbentuk kemaluan lelaki dan wanita.. sightseeing dan ambik gambar , lepak sampai jam 6pm - cari tempat nak berbuka puasa tak jumpa makanan halal - ternampak restoran ayam goreng halal - singgah dan berbuka puasa kat situ - makan pulut ayam dan nasik campur - kemudian balik semula ke hotel untuk mandi dan solat - sebelum lsyak ke masjid Nurul salsabeel di area bhoput ni untuk isyak dan solat taraweh - cuak cari masjid macam terceruk sangat - jemaah lelaki dan perempuan dalam 11 orang sahaja - moreh ada disediakan bihun dan nasi berlauk tapi tak makan sebab macam da kenyang - berkenalan dengan jemaah baru kat sini - bergerak pulang menuju ke eden bungalow semula - berjalan jalan malam di fisherman village ala ala night market .. besar dan menarik , massaj ada di mana mana - beli souvenir - dalam jam 1am baru balik hotel dan tidor.

11 JUN 2016 (AHAD)

Bangun sahur jam 4 am - makan ayam goreng bungkus semalam waktu berbuka - solat subuh and tidor semula - check out dari eden bungalow jam 7am - drive ke terminal feri dan park kereta di sana - menaiki bot besar untuk ke Ang Thong Marine Park perjalanan sejauh 1 jam 30 minit - sampai around jam 11 am - mendaki atas bukit apa ntah untuk view yang cantik - mendaki dalam 600 meter ke atas .. bukan tinggi sangat tapi tambah pulak puasa - sampai atas memang awesome view tak sia sia naik - bergambar then turun - bersiap untuk aktiviti kayak - mandi manda di laut - ada lunch dalam kapal tapi mampu tengok je lah - then pulang semula jam 3:30pm - sampai jeti terminal around 5:30 pm -'ambil kereta dan bergerak ke hotel samui verticolor - check in dan waktu berbuka puasa hampir tiba - minum air oren dalam bilik hotel buat berbuka, solat maghrib - then gi swimming - lepas tu siap siap nak ke masjid nurul ihsan koh samui - perkampungan muslim thai , kat sini diorang cakap melayu dialek kelantan - solat isyak dan taraweh - lepas taraweh baru makan kat restoran berdekatan masjid - tapao nasi goreng dan pad thai - kemudian bergerak balik ke area hotel - jalan jalan di chaweng walking street - singgah minum kelapa, makan popia dan pad thai di restoran halal - singgah depan 7eleven beli thai pancake banana nutella - makan dan bergerak pulang ke hotel - tidor.. lewat dah tido jam 2am .. alamat terlajak lah sahur nanti ni

12 JUN 2017 (ISNIN)

Terjaga tidor orang dah azan - takde rezeki nasik goreng dan pad thai bungkus semalam buang je lah jawabnya - lepas solat subuh terus berkemas barang untuk check out - drive kereta ke jeti - pulangkan kereta dan naik feri jam 8am - jam 9:30 am sampai ke surat thani - naik bas menuju ke airport surat thani - sampai surat thani jam 11 am - check in dan flight balik KL jam 1 pm - selamat tiba di KLIA2 jam 3:35pm - TAMAT

OVERALL EXPENSES

9 jun 2017 (jumaat) - surat thani

Simcard DRAC Thailand - 300 x 2 = 600 baht
Taxi dari airport - 250 x 2 = 500 baht
Tiket feri ke koh samui - 240 x 2 = 480 baht
Makan malam - 125 x 2 = 250 baht 

10 jun 2017 - koh samui

Kereta Sewa dua hari - 600 x 2 = 1200 baht
Ang thong national park - 1300 x 2 = 2600
Feri balik bas ke airport - 400 x 2 = 800
Makan berbuka pulut ayam - 100 x 2 = 200 
Foot massage - 300 x 2 = 600 baht
Souvenirs fridge magnet = 200 baht

11 jun 2017 - koh samui

Family mart ais - 90 x 2 = 180 baht
Makan malam masjid - 190 x 2 = 380 baht 
Minyak kereta - 125 x 2 = 250 baht
Makan chaweng - 120 x 2 =240 baht 
Pancake  - 50 baht 
Air mineral - 14 baht 

12 jun 2017 - Koh Samui- don sak

Minyak kereta - 100 x 2 = 200 baht

JUMLAH KESELURUHAN : 8,744 thai baht

Bahagi 2 orang : 4372 Thai baht = RM551.90

(Perbelanjaan ini tidak termasuk tiket flight)

TIPS & TRICKS

1) Return flight AA sila beli masa promo ya. Aku beli quite last minit so dapat tiket mahal dari biasa.
2) accomodation aku ambik yang dekat dengan masjid.. senang dapat makanan halal. Tapi sebenarnya tak senang jugak.. kena pandai cari lah.
3) pengangkutan di Koh Samui aku cadangkan korang sewa ke kereta. Senang nak bergerak ke sana ke mari. 600 thai baht sehari kalau datang ramai dah jimat.
4)banyak tempat menarik di koh samui. Better korang ambil flight direct dari Kl - Koh Samui. Jimat masa takyah naik feri bagai.
5) kalau datang bukan bulan puasa korang boleh lah makan dan minum juga atas bot ke ang thong.. trip ke ang thong ada breakfast, lunch dan minum petang onboard.
6) Jangan lupa bawak international plug sebab plug diorang jenis 2 pin.
7) internet beli je simkad DTAC. 300 thai baht jer. Senang nak update pergerakan
12) jangan lepaskan peluang makan makanan tempatan. Sempat lah bertomyam kat kedai dekat ngan masjid.
13) overall tak ramai muslim di suratthani dan koh samui.. minoriti sahaja. Makann halal macam biasa lah dekat ngan masjid. Tapi bukan di sutatthani.. dekat masjid takde pun restoran makanan halal.
14) kalau nak pakej lebih murah, travel dalam 4-5 orang so boleh share duit kereta/minyak/accomodation
15) cuaca di Koh samui adalah panas. Macam cuaca kita jugak.
16) takleh nak review banyak sangat sebab datang bulan puasa so limited sikit pergerakan kerana malam ke masjid bertaraweh.

P/S - Ini pertama kali saya jejakkan kaki di koh samui. The verdict is ok jugak lah. Akan datang lagi sebab banyak makanan tempatan tak sempat nak rasa kerana datang waktu berpuasa. Pulau yang lain pun tak sempat nak pergi juga..

Feel free to LIKE & SHARE ye.. Moga segala info yang dikongsikan akan memberi manfaat & memudahkan planning anda.

  



 

Wednesday, June 21, 2017

MOREH DI KAMPUNG BHARU MALAM 26 RAMADHAN 1438H


Kisah malam tadi.

 

Dari sushi King Avenue K aku singgah solat taraweh kat Masjid Kampung Bharu.. aku suka masjid ni. One of my favorite mosque this Ramadhan kareem. Habis solat around 10.30pm terus ke acara moreh di restoran berdekatan masjid , suraya Nasi Kukus. Meriah betul restoran ni dengan makanan origin Thailand.. orang ramai tak putus putus.

 

Oh air mangga milky kat sini sedap ya. Sekarang trend kot air ni.. range harga rm5-rm6 satu cawan besar siap ada mango chunky lagik. Terbaik ahhh!!

  

Bermoreh bersama Azuan Azmil dan sembang sembang teh tarik dulu sebelum kak Syarliz Mohamed Saaid dan Mohd Saupi Adam join kitorang.siap buat kuih raya delivery. macam biasa lah bila dah jumpa banyak lah benda di bincang kan.. tak sedar jam 1 am! Bulan puasa ni memang asyik tidor lewat dan kena bangun awal.. thanks for your time azuan, sopi dan kak leez.. selamat ari raya maaf zahir batin nanti buat open house raya sila jemput aku ya.

 

Sudah 26 Ramadhan 1438 H.. lagi 4 hari Ramadhan akan meninggalkan kita. 😕

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails