Followers

Showing posts with label NILAI. Show all posts
Showing posts with label NILAI. Show all posts

Monday, July 18, 2011

FOOD REVIEW : ICE ROOM RESTAURANT @ NILAI

Melalui satu hujung minggu yang padat dengan aktiviti.

Hujung minggu lalu 16 & 17 Julai aku ada course kepimpinan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas..aku baru tahu kat situ ada Hotel yang nice!logik lah kan untuk jemaah haji menunggu flight mesti nak kena ada accomodation yang selesa.kalau aku rajin nanti aku buat review pasal Taha D'Mutiara Hotel tu.Course habis 17 Julai pukul 1 pm,and pukul 2pm aku kena bertolak ke Pulau Langkawi pula sebab ada Konvensyen sampai hari rabu ni.Sekarang aku bersiaran dari Pulau Langkawi..sibuk dengan preparation untuk that konvensyen.

Di kesempatan ini aku nak share dengan korang pasal RESTORAN ICE ROOM di Nilai,masa lawat faiz di USIM last month..dah lama aku duk perhati this restaurant tapi tak pernah rasa nak mencuba.So bila tanya Faiz dia duk rasa nak makan kat sini so aku bawak lah dia makan..Bukan selalu nak belanja dia makan.Jom kita tengok apa yang menarik di restoran ini.


 MAP:
Located at before shell petrol station and on the way to highway.

Location:
Lot 200-201, Jlan 6, Nilai Square, Nilai.

Tel No: 06-8506487/8506467

Untuk pembuka selera aku order ala ala kuih pau ni.Inti BBQ kat dalam.sedap yer tuan tuan dan puan puan.aku suka sangat.cuma harganya agak mahal bagi aku.3 bijik macam ni sampai 5 ringgit lebih.serius mahal.


This kuih pun sedap.tapi aku tak ingat dah namanya apa.lembut dan best..


Selari dengan namanya Ice Room,This Restaurant memang menawarkan berbagai bagai jenis ice cream..berbagai rupa,bentuk dan perasa..aku tertarik dengan this MIXED FRUIT SNOW ICE..Campuran buah buahan dengan paduan asiskrim Vanilla.Rasanya sangat lah mantap.serius sedap.aku suka.Harga untuk satu bekas macam ni ialah RM9.90


Lain macam aiskrimnya..berkeping keping dan lambat cair.Recommended lah!terbaekkkk..


Next ice cream yang dipesan ialah BLACK KNIGHT..tertarik dengan warnanya yang hitam Faiz order this ice cream.aku pun boleh lah try rasa..rupanya tak seindah yang dinampak..rasanya agak tawar dan pelik..macam rasa bijan pun ada.aku tak suka sangat..Order lah pulak aiskrim lain.


Ice cream Peanut butter ni aku suka.sedap.memang terasa kekacangannya.lain dari yang lain.


Ice Room bukan sekadar ada ice cream sahaja.banyak menu lain dalam lebih kurang 30 menu seperti mee kari,spaghetti,western food dan macam macam lagi.Faiz order lamb Chop.Dan hasilnya sangat lah mengecewakan..lamb nya agak raw dan tak berperisa.


Aku pulak pi order Spaghetti Blackpepper..sekadar boleh telan sahaja lah.memang tak berapa sedap.so kesimpulan yang aku boleh buat dari first visit ni ialah This Restaurant adalah specialist dalam bab bab ais krim sahaja..mungkin lah ada makanan lain yang sedap tapi western food bukan speciality diorang lah..so bad rasanya dan mahal pulak tu.


Tapi kalau nak rasa ice creamnya aku recommend lah.memang ada beberapa ice cream yang sedap..sesuai dengan konsep restaurant yang cozy dan sedap mata memandang.Status kehalalan jangan bimbang sebab Insya Allah this Restaurant HALAL.Untuk bacaan lanjut mengenai status kehalalan dan pemilik this Franchise boleh baca di Blog ini.Overall aku rate this Restaurant 6/10.ice cream sedap,makanan lain just so so..kuih pau kaler Hijau dan Inti BBQ tu sedap..dan yang tak berapa nak best bila harganya agak mahal dengan kuantiti dan kualiti makanan yang dihidangkan.Tepuk dada tanya selera.Selamat mencuba ya!!kat Bangi dan Kota Damansara pun ada cawangan.

*Sabda Rasulullah s.a.w, “Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim).Ini bermaksud hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dengki selagi dia tidak insaf dan menjauhkan diri dari sifat buruk itu..Maka seboleh mungkin cubalah kita hindari diri dari berhasad dengki..

Thursday, July 14, 2011

BREAKFAST @ NILAI SPRING RESORT CAFE & CHECK-OUT

Pagi 25 Jun 2011.Hari sabtu.

Malam tadi aku bawak faiz makan di Ice Room Restaurant Nilai.That restaurant ice creamnya tip top.memang sedap.lain dari yang lain.ais krim berkeping keping camana ntah.tapi aiskrim jer lah yang sedap.aku order spaghetti tak berapa sedap and lamb chop tak berapa masak.maybe specialitinya aiskrim saja kot.nanti lah aku buat review about that restaurant di entri berasingan,tu pun kalau aku rajin.Pagi ni aku ngan faiz pi swimming kejap then siap siap untuk bersarapan pagi di Nilai Spring Cafe.


suasana dalam cafe sangat menarik.kemas dan teratur.nice


Dalam family aku adik aku yang paling bongsu ni lah yang paling kurus sekali.tak berapa nak ada isi macam abang abang dia yang lain.hehee..dia duk kat asrama lagi lah makan kena kurang.nak makan lebih lebih kena beli sendiri.so ada kesempatan ni belanja lah dia makan kat sini..bila lagi nak makan sedap sedap kan.dah la jauh dari family.aku kan abang yang baik.muhaha.


ada nasi lemak ada sosej ada sambal pedas ada macam macam.sambal kat sini macam masin sikit.kena ambik sikit jer.yang aku suka sebab bilis yang kecik diorang pakai.lagi kecik bilis lagi lah sedap.Rendang daging pun ada.tu dia pagi pagi dah bedal macam makan tengahari.dah namanya buffet tu yang sebat jer lah apa yang ada depan mata.


Pancake.pancake ni sedap.boleh celen ngan pancake McD.


Telur separuh masak dua bijik kegemaranku.protein dan kolesterol.hehe


Bubur nasik.tiap kali mai hotel mesti aku makan bubur. 


Bubur tu aku makan ngan CENTURY EGG.buat pertama kalinya aku rasa This telur..telur ni boleh makan.ada jer jual kat supermarket tapi tak pernah tergerak hati nak beli pun.dah ada kat sini boleh la try rasa.rasanya agak kenyal kenyal macam jeli..boleh la makan.not my faveret though.apa itu century egg?korang baca lah penerangan kat bawah ni ambik dari wikipedia:

Century egg (simplified Chinese: 皮蛋; pinyin: pí dàn), also known as preserved egg, hundred-year egg, thousand-year egg, thousand-year-old egg, and millennium egg, is a Chinese cuisine ingredient made by preserving duck, chicken or quail eggs in a mixture of clay, ash, salt, lime, and rice hulls for several weeks to several months, depending on the method of processing.


Perut dah penuh tapi ambik lagi apa yang ada.makan ni nak cover sekali untuk tengahari nanti.Tapi apa apa pun aku suka dengan seleksi makanan yang ada di Cafe Nilai Spring Hotel.banyak variety dan sedap sedap pulak tu.recommended lah.


Alhamdulillah kenyang..syukur pada Allah atas rezeki buat kesekian kalinya.


Selesai makan pagi kitorang balik ke bilik dan berkemas kemas untuk Check out.Lepas Check Out aku hantar faiz balik ke Asrama..bagi lah beberapa barang makanan yang mak kirim..adat hidup berasrama kan,makanan mana nak pernah cukup.Then dari Nilai aku bergerak ke Kuala Lumpur sebab keesokkannya aku join Standard Chartered KL marathon 2011.Sempat jugak jumpa kawan kawan di Marche Restaurant The Curve.entri kat bawah merupakan kesinambungan dari entri kali ini (klik link):



Kiranya ni entri backdated sebenarnya..flash back kejap.kira halal lah yek.

Sekian.begitulah adanya.Bai.

SINGGAH HOTEL : NILAI SPRING GOLF CLUB & RESORT HOTEL

Adik bongsu saya,Faiz sekarang belajar di USIM,Nilai.

Dah sebulan dia masuk situ..Hopefully keadaan dia ok ok saja.Belajar lah rajin rajin adikku.jangan hampakan harapan mak dan ayah.Sekarang kalau aku kena outstation ke Port Dickson boleh lah menjengah dia kejap..24 Jun yang lalu setelah selesai urusan di port Dickson aku memilih untuk bermalam di Nilai Spring resort Hotel.Saja lah ajak faiz bermalam sekali kat sini..Boleh rest and rileks di Hujung minggu.


Mula mula aku pening jugak mana nak cari this hotel.tapi Nilai ni bukan besar sangat pun..ada jer lah signboard Nilai Spring Hotel.so ikut signboard last last sampai sebelum solat jumaat.Checked in dulu baru pi solat jumaat.jauh jugak area this hotel dengan pusat bandar.lebih kurang 15 minit.


Ada driving range for golf at this resort.sapa minat golf suka lah kot duk kat Hotel ni.This hotel operate on 2008 thats why nampak baru lagik..so kat bawah ni layan gambar je lah.as usual lah kan.malas nak taip.


Nilai Springs Resort Hotel is conveniently located in the heart of Putra Nilai, within the proximity of the greater Klang Valley . The Resort Hotel is 30 minutes south from the capital city of Kuala Lumpur, 15 minutes away from the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), LCCT and 25 minutes drive from Putrajaya, the administrative centre of the federal government all via expressway. The resort is easily accessible by road via the North-South Expressway, Elite Expressway, Putrajaya Expressway and LEKAS Expressway


Swimming pool kat sini pun quite best..ada gym jugak.Ambience this hotel memang nice and tip top.sesuai untuk bercuti dan stay away dari kesibukan kota.Ni alamat,no tepon dan emel kalau kalau korang berminat.:

Nilai Springs Resort Sdn Bhd (219944-P)
PT 4770, Nilai Springs
71800 Putra Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606.850.2288
Fax: +606.850.2299

Email: hotel@nilaisprings.com.my


Thursday, June 2, 2011

PENDAFTARAN FAIZ DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA NILAI

1 JUN 2011

Elok jer kitorang habis swimming Hujan turun dengan lebat..Alhamdulillah rahmat dari Allah kepada sekelian alam..subur lah pokok pokok nanti..masa ni kitorang dah siap siap kemas semua untuk check out,sebab nak kejar waktu pendaftaran Faiz di USIM.
.


HUJAN YANG TURUN BAGAIKAN MUTIARA..MEMBASAHI BUMI
.


Aku uruskan urusan check out..then kitorang bergerak sama sama ke Nilai.baru jer 10 minit perjalanan bermula aku tertanya tanya mana jam tangan aku menghilang..takut tertinggal dalam apartmen ni sahaja.so abang jalee dan yang lain lain bergerak dulu,aku patah balik ke PD Kondo sebab nak cari kat mana jam tangan aku.aku sayang jam tu..sayang sangat sangat.kalau hilang aku tak taw nak cakap camana..tak jumpa dalam PD kondo tu,masa nak masuk kereta ternampak atas seat drebar..terjatuh rupanya..Alhamdulillah jumpa balik..
.


After that aku terus drive laju sket dari biasa nak kejar diorang.sampai sampai Faiz dah tengah daftar.senang jer nak cari jalan untuk ke USIM ni sebab sign board banyak.tak perlu gugel maps mahupun papago or garmin.
.


suasana dalam stadium tertutup Nilai tempat pendaftaran pelajar baru Universiti Sains Islam Malaysia.terkenang balik zaman aku mula maula masuk Universiti dulu.rasa macam dah tua pulak.hahaha.
.


menunggu dengan kesabaran.


Tak lah lama sangat proses pendafatran dia..sebab kaunter bukak banyak.macam tu lah baru betul.memudahkan semua pihak.


ayah tunggu dalam kereta jer.
.

Ahli keluarga dan pelajar dapat makanan percuma,Meehon goreng sama telur rebus separuh..sedap lah jugak.aku memang kelaparan so dapat makan meehon memang syukur sesangat.
.

Makan tepi jalan jer pun.siap ada satay semalam lagi.

Dari tempat pendaftaran kitorang bergegas ke asrama diorang.bukan lah macam asrama sangat sebab ni macam rumah sewa,ada dua bilik..faiz macam seronok sangat jer dapat duduk rumah sewa macam ni..semua duk tolong dia kemas barang.mak lah duk bersusah payah kemas barang..dah besar dah adik aku ni.kena pandai berdikari lepas ni.

Waktu untuk berpisah
.

Belajar rajin rajin yer wahai adik ku..nampak tak beg hijau yang faiz galas tu?beg golla aku bagi hadiah kat dia.dulu masa aku beli beg golla yang aku pakai sekarang saja beli extra,so kebetulan Faiz masuk Universiti so bagi hadiah la kat dia..
.



Lepas dah bersalam peluk cium semua tibalah masa untuk berpisah..Selamat Maju jaya adik!semoga tabah berada di tempat orang..belajar rajin eajin sampai dapat jadi doktor.itu cita cita dia dari dulu.Mudah mudahan di perkenankan oleh Allah.
.
.
Dari Nilai kami bawa haluan masing masing.Ayah dan ahli keluarga yang lain straight away balik ke Terengganu,aku pulak terus balik ke Penang..Berakhir lah sudah trip kali ini bersama keluarga.

sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails