Followers

Showing posts with label cendol. Show all posts
Showing posts with label cendol. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

FOOD REVIEW : BM BEST CENDOL @ MEDAN SELERA JALAN DANBY

Dah beberapa kali aku makan cendol kat sini..this time around baru teringin nak buat review pasal this cendol..Hujung minggu lalu my old friend, Lanny balik ke Penang dari Kuantan.dia sambung PHD di UMP sana..bila dia balik sini mesti duk teringin nak makan makanan penang..Rojak lah Cendol lah Nasi Kandar lah..dah beberapa kali juga datang makan cendol kat sini.Memang sedap..Santan nya rasa lemak macam mana ntah.


Kalau nak mai This stall ada di Medan selera Jalan Danby.dengan kecanggihan teknologi sekarang aku yakin korang ada GPS dalam Phone masing masing.try la search..selamat mencari ya!!Lupa nak cakap ada dua tempat, tapi yang lagi kami prefer kat stall lama.baru authentic.yang baru dan lama dekat dekt jer stall nya.of course stall baru lebih bersih dan nicer, tapi ntah. tetap nak makan kat stall lama.tiada lama tiada lah baharu.gituhhh!!

Selamat makan cendol!

“Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.”

*malam jumaat.genap 3 minggu ayah pergi meninggalkan kami..Al-Fatihah & surah yassin setiap hari..moga Allah terima amalan kami untuk arwah ayah..Damailah ayah di sana..di bawah lindungan payung Rahmat-Nya..

Wednesday, February 1, 2012

KISAH 1 FEBRUARY : CENDOL VS KULIYYAH AGAMA

Sekejap masa berlalu.

Dan hari ini dah masuk 1 February 2012.. Bulan 2 ni pun ada perancangan yang harus dilaksanakan.Pendek kata setiap bulan akan ada aktiviti yang berbeza beza harus dilakukan..Life goes on.walau kita rasa ada kesulitan yang timbul hidup mesti diteruskan..kita kena percaya bahwa di sebalik setiap kesulitan pasti akan di iringi dengan kesenangan..Insya Allah..

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu memang ada kemudahan.”
(Al-Insirah,94 :6.)


Time tengahari tadi ada makan free di Opis..selalu bila ada workshop mesti ada makanan lebih.Bilik aku dekat dengan lobi tempat makan makan so bila ada makanan lebih mesti depa panggil aku makan sekali..Rezeki jangan ditolak so aku join lah depa.save duit belanja makan tengahari..dah kenyang makan tengahari member belanja pulak makan cendol di Taman Tun Sardon..Alhamdulillah murah lagi rejeki aku hari ini..Syukur.


Tadi ada kuliah magrib yang di sampaikan oleh ustaz Norazman kat Balai Islam mengenai sifat ALLAH..Dan sifat ALLAH ni terbahagi kpd dua iaitu 20 Sifat Wajib dan 20 Sifat Mustahil.20 sifat Wajib yang perlu  kita ketahui iaitu  Wujud, Qidam,Baqa,Mukhalafatuhu lilhawadith,Qiamuhu,binafsih,Wahdaniat,Qudrat,Iradat,Ilmu,Hayat,Sama',Basar,Kalam,Kaunuhu qaadiran,Kaunuhu muriidan,Kaunuhu 'aliman,Kaunuhu hayyan,Kaunuhu sami'an,Kaunuhu basiiran,Kaunuhu mutakalliman

Sifat harus atau sifat jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuatkan sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.

Kalau nak tahu lagi lanjut pasal sifat 20 boleh rujuk link ni..Tapi pandangan peribadi aku kalau nak belajar pasal Sifat 20 elok kalau berguru agar pemamahamn kita tidak terpesong..Bila belajar bab zat Allah ni kena berhati hati supaya akidah tidak terpesong..Nanti Ustaz Norazman akan sambung lagi.Malam ni cuma sampai Sifat ke-6 sahaja.tak boleh belajar banyak banyak sekaligus.kena sikit sikit.

 *Ok sekian dulu coretan untuk hari ni.Selamat malam rakan rakan ku.semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Friday, February 4, 2011

BEST CENDOL SAID SEBERANG JAYA

Selamat hari Jumaat..

Hari ni still cuti..Bestnya lepas subuh boleh sambung tidor..memang tak berapa nak cukup tidor gara gara malam tadi pukul 1 pagi pergi cari Nasi Kandar bawah pokok kat Butterworth..Tadi pergi sunway Carnival mall kejap sebab nak cari hadiah untuk majlis perkahwinan member aku esok..susah jugak nak buat decision nak beli apa.

1
On the way balik tadi nampak Cendol Said tepi jalan..dekat simpang empat berdekatan Hotel Sunway Seberang Jaya.actually aku kalau nampak Cendol said mesti menyinggah makan.Cuma kali ni aku baru tergerak hati nak buat review sikit pasal Best Cendol Said..

2
Tengahari macam ni panas jugak..singgah basahkan tekak minum cendol dulu pun best..tu yang aku menyinggah.

3
Aiseh.

Hajat di hati nak makan cendol jer.nampak pulak nasi lemak bungkus ambik lah sebungkus..Tersasar dari tujuan asal sangat.actually sebab buat cover makan pagi tadi macam tak kenyang.sedap jugak nasi lemak ni.seringgit dua ploh sen satu bungkus.

4
Cendol Said ni glemer lah di area seberang prai..biasa kalau kompeni aku buat majlis open house pun memang panggil pak said ni lah buat cendol.actually bukan ada cendol saja,Ais batu campur pun ada.,Biasalah,Cendol pasangannya Ais Batu campur.

5
Aku suka Cendol Pulut.ada Kacang merah jugak..licin satu magkuk aku Hirup.

6
Yang menambahkan kesempoian Tempat ni sebab bawah pokok jugak..angin sepoi sepoi bahasa..sebelum solat jumaat kejap lagi mesti ramai yang menyinggah.Dua tiga menjak ni suka benar aku buat review pasal makanan..aku suka makan.nak buat macam mana.dari dulu lagi Blog aku ni penuh ngan makanan.Hope you guys enjoy it..

Right now ada di Rumah..Nak siap siap ke masjid untuk solat jumaat.Lepas solat jumaat kejap lagi ada agenda penting..Lepas asar one of my best friend akan di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya..Tahniah buat kamu..

*Tadi aku ada dapat SMS dari my bestfriend,Sam..Isterinya Angah dah masuk labour room untuk bersalin..Doakan semuanya selamat..Alhamdulillah melahirkan anak di hari jumaat..Berkat sungguh.Selamat menimang cahaya mata pertama yaa!!.I'm happy for both of you Sam dan Angah..Congratulations!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails