Followers

Showing posts with label stesen. Show all posts
Showing posts with label stesen. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

FOOD REVIEW : PEN MUTIARA CURRY HOUSE, BATU MAUNG PENANG

Tengahari tadi sempat lunch bersama Auditor SIRIM dan Pihak pengurusan tertinggi stesen.

The best thing about audit macam ni lah,ada peluang untuk makan sedap sedap..Macam biasalah seperti tahun tahun sebelumnya memang RESTORAN PEN MUTIARA CURRY HOUSE adalah tempat wajib untuk bawak auditor makan.Walaupun kali ni auditor cuma seorang,kami 11 orang yang lain menjadi pengiring.


Auditor SIRIM yang pakai Tudung merah tu.


Sebelum sampai,aku dah siap siap buat reservation untuk 12 orang..satu meja 6 orang,kiranya aku minta pihak restoran sediakan dua hidangan bersaiz medium..apa yang aku order??jom kita layan gambar gambar di bawah ya anak anak sekelian..


This is KARI KEPALA IKAN yang sangat lah glamer seantero Penang..aku memang suka kari di sini..sedap dan ala ala melayu bukan macam kari mamak..kari mamak nasi kandar berlainan dengan this kari..aku lagi prefer kari macam ni..waiter hantar letak atas meja siap berasap-asap lagik..terliur!!Rasanya?mantopppppppppp!


ni pulak KERABU MANGGA..tang kerabu mangganya aku kurang sikit.sedap tu sedap lah,tapi maybe sebab aku dah biasa makan di Restoran masakan Thailand yang menyediakan Kerabu mangga..yang ni kira biasa biasa sahaja lah..


KAILAN IKAN MASIN.


ULAM-ULAMAN.


yang ni pun aku suka.kalau mai Pen Mutiara tak sah kalau tak order SOTONG GORENG TEPUNG..kira ok lah tepung nya,tak lah macam jemput-jemput seperti sesetengah kedai..yang rangup macam ni ratah pun sedap takyah makan nasik dah.


TELUR DADAR


Dah dapat makanan Khusyuk lah masing masing..


Ingat kan dah habis..Rupanya ada lagi..Fruit Platter


Dah habis makan jom kita beransur..makin maju dah This Restaurant siap nak buat renovation tambah bangunan lagik..mana tak kaya kalau makanan yang di hidang pun harga memang mencengkam..Kitorang makan lauk yang macam kat atas ni ialah RM345!!bagi aku sangatttt lah mahal jika nak dibandingkan dengan standard lauk pauk yang kitorang makan..Servis Caj pun RM31.40..So berhati hati lah kalau nak makan di sini.memang ekslusif dan harganya pun memang sangat ekslusif ler..Fikir fikirkan lah kalau korang nak datang makan..aku datang ni pun sebab boleh claim balik.heheheee..ni alamatnya:

RESTORAN PEN MUTIARA
Wisma Nelayan, Pelabuhan LKIM Batu Maung, 
11960,Bayan Lepas, Pulau Pinang
No Telefon: 04-3101759

Selamat mencuba!!Pastikan poket anda tebal dengan duit ataupun bayar pakai kredit kad pun boleh.

Sekian.Bai.

*Kejap lagi akan naik bas pulang ke kampung halaman..Hujung minggu ni perlu attend dua majlis kenduri kahwin sepupu..satu di Kerteh dan satu lagi di Dungun.Jenuh nak makan nasi kenduri lah jawabnya ni.Wish me a safe Journey ya!

SIRIM SURVEILLANCE AUDIT ISO 14001 : 2004

Baru balik dari bercuti Hari raya Aidiladha.

Hari ni dah ken masuk Opis sebab dari 8-10 November berlansungnya satu SIRIM Surveillance Audit untuk ISO 14001 : 2004 Environmental Management System di stesen.As Orang Kuat untuk this sistem nak tak nak have to go through this audit with the sirim Auditor sepanjang 3 hari ni.Biasanya cuma dua hari but ince auditor kali ini hanya seorang tu yang lajak sampai 3 hari. 


Macam biasalah bila audit bilik mesyuarat akan berselerak dengan Fail sebab semua documentation akan di audit..mana boleh jawab aku jawab.tak boleh jawab yang bahagian orang lain punya aku call diorang suh jawab soalan auditor.so far so good lah..everybody give kerjasama yang baik.cuma bila buat betul betul lepas raya haji ni susah sikit lah nak dapat auditee sebab masing masing busy beraya dan bercuti lagi makan daging di kampung halaman masing masing.


Audit meliputi dokumen dan juga site Audit.bawak lah Auditor wanita ni jalan jalan pusing stesen untuk lihat keberkesanan Sistem Pengurusan Alam sekitar di stesen tempat aku bekerja.Tak banyak isu sangat pun..Stesen aku ni bersih..cuma scheduled waste stor dia ada komen sikit sebab kelihatan terlalu dhaif.Hopefully management will do something about this later on.


Perbincangan diteruskan lagi..jangan main main auditor ni strict punya.tak kasi can lansung..mana yang salah akan ditegur secara direct.Terima kasih la puan eliza Othman sebab banyak juga beri tunjuk ajar.aku tahu dalam auditing,auditor tak sepatutnya ajar auditee how to do this and that.semua tu atas budi bicara masing masing lah.


Bab bab audit ni aku suka sebab Kuih pagi dan petang akan ada..Time Lunch pun boleh bawak auditor makan kat mana mana restoran sebab ada Budget di allocate kan for this purpose..banyak mana sangat kan boleh makan..untuk pagi dan petang biasanya ada kuih muih.


antara kuih yang disediakan.


This auditor memang dah familliar dengan sistem pengurusan alam sekitar di TNB..sebab hampir semua stesen dalam Malaysia ni dia dah pergi..lebih kurang sama jer excellent nya.hheehe..anyway Puan Eliza ni sempoi..boleh bawak bergurau dan boleh dibawak bersembang.


Tadi dah diadakan majlis penutup untuk Audit ISO 14001 :2004.Overall our stesen still mencapai tahap EMS yang masih bagus.cuma ada satu NCR dikeluarkan..nanti kami attend that NCR sesegera mungkin..Insya Allah.

 
GM memberikan sumbangan cenderamata kepada auditor.Audit bagi aku bagus sebenarnya.at least bila ada audit baru kerja akan berjalan.kalau tak ada audit memang banyak lah kerja orang tak akan buat..Depend pada masing masing lah..Insya Allah tahun depan jumpa lagi ya Puan Eliza untuk recertification audit pulak.

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat: 13)

Friday, March 4, 2011

GOTONG-ROYONG DI TEMPAT KERJA SAYA

Pagi tadi ada Gotong Royong Stesen,

Matlamat utama kami ialah untuk bersiap sedia menghadapi Persijilan 5S pada 15 Mac 2011 nanti..Apa dia 5S??korang gugel lah sendiri..kiranya macam satu aktiviti untuk kebersihan dan keceriaan di tempat kerja.Its more than that actually but aku tak reti nak explain macam mana.
a

Alatan untuk bergotong Royong di bangunan pentadbiran
a

Sebelum Gotong Royong di adakan Ketua Zon Bangunan Pentadbiran ada bagi taklimat sikit pasal kawasan yang hendak di bersihkan dan membahagikan tugas di bahagian masing masing..sarapan pagi disediakan lepas taklimat.Tu yang lagi best.Baru semangat nak bergotong Royong.
a

Nasi Lemak + Apam sedap
a

Bagus sebenarnya aktiviti bergotong royong macm ni..kalau nak harapkan daily punya kerja tak nampak jalan lah staff staff aku nak bersihkan kawasan..Bukan tak suruh,dah pesan tapi macam biasalah aku tak cukup masa nak foolow up tengok diorang bersihkan ker tak..asyik duk meeting kesana ke mari last last tengok apa pun diorang tak buat lagi.hiissshhh..
a

GM Turun Padang beb..
a

Mari lah kita bergotong Royong..
a

Semangat masing masing buat kerja..Good Job!!
a

Gua buat kerja jugak okeh..bukan tak buat..tapi more to ambik gambar lah sebenarnya..untuk tatapan diorang jugak nanti,Bukti aktivti 5S berjalan lamcar..apa apa pun kami ada masa seminggu jer lagi sebelum audit sebenar bermula..Gotong royong habis pukul 12 pm tadi,Then bersiap untuk solat jumaat.
a
*Petang kena balik awal hantar Boss baru naik bas kat Butterworth..nasib baik tak jem jambatan sebab keluar awal..Sempat lah jogging kat Sungai Derhaka Seberang Jaya..ni nak hangout ke Batu Feringghi kejap..tata!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails