Followers

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

MOK TEH MASUK HOSPITAL.. HTAA

Tengahari semalam. Masa berada di Opis..Mak whatsapps aku. Bagitahu Mak Teh tak berapa sihat. dan minta hantar dia ke Hospital Besar Kuantan. Sekarang ni Mak Teh stay di Rumah Mak Har.. sebab at least ada lah orang yang boleh tengokkan dia.. Cuma semalam kesihatan Mak Teh tak berapa ok. Bila berjalan sikit terus rasa mengah.. tak boleh nak bernafas elok. mesti ada kaitan dengan jantung nya. Actually Mak Teh memang dah Buat Bypass Jantung 2 tahun lepas.. mungkin ini adalah efek daripada itu.
 
Habis kerja petang semalam bergegas lah aku ke Rumah Mak Har.. takut juga apa apa yang jadi lagi pada Mak Teh. Masa aku sampai Mak wook pun ada sama.. makan nasik dengan Kari ayam. Aku jamah la kari ayam sikit. Ratah lauk. Ada juga kek anak Mak Har buat. Rasa sepotong. Sedap.. Mak Teh nampak ok sikit. Boleh lagi habiskan Kuey Tiow Goreng sepinggan..so kami decide untuk siap solat maghrib dulu kemudian baru bertolak ke Kuantan.
 
Selesai Solat Maghrib, aku ambik kerusi Roda untuk bawa Mok Teh ke kereta. Dan waktu itu lah tiba-tiba air mata aku menitis. Sebab aku sangat teringat pada arwah ayah. dulu arwah ayah naik kerusi roda lah ke sana dan kemari di hujung hujung hayatnya. Aku ingat aku kuat. Tapi malam ini kerusi roda itu tumpaskan aku.. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah. Ameen.
 
Bertolak terus ke Kuantan. Mula-mula abang Jalee sahaja nak ikut. Bila Mak Teh tanya mak taknak pergi ker, Mak jadi serba salah. Mak terus masuk rumah siap siapkan bekalan apa yang patut dan ikut sekali. so kami berlima lah pergi. Aku, abang Jalee, Mak Har, Mak Teh dan Mak. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan..Cuma masa nak sampai Hospital Tunku Ampuan Afzan tu banyak jalan tutup sebab ada renovate jalan barangkali. tapi tak mengapa lah. selamat sampai semuanya.
 

Kami terus menuju ke Bahagian Kecemasan. Ada pembantu perubatan bertugas ambik Mak Teh naik kerusi Roda. Bila nak masuk sini tiba-tiba mak teh susah nak bernafas.. masuk dalam zon separa kritikal dulu. Keadaan makin jadi teruk. Mak Teh dah gelisah sebab susah nak bernafas. siap doktor yang ada kat situ kena marah lagi.. Teringat pada arwah ayah.. dulu arwah ayah pun sama juga. Marah pada doktor. Sebab bila dah sakit rasa tak tahan tu yang doktor jadi mangsa.. kesian doktor. Tapi kena faham lah. Orang sakit. tak nampak cara lain Doktor pindahkan Mak teh ke bahagian Zon Kritikal. Takut kami tengok. Berdoa saja lah mudah-mudahan tiada apa yang serius berlaku.


Lama juga Mok Teh dipindahkan masuk ke Bahagian Zon Kritikal ni.. tak tahu lah apa yang doktor buat kat dalam tu. apparently bahagian Kecemasan Hospital ni tengah renovate. jadi keadaan agak tak berapa selesa lah. what to do. kena faham lah kan.. waktu ni dah jam 12 am lebih..Mak teh masih belum keluar dari zon kritikal. 

 
Mak dan Abang Jalee sampai dah tertidur tidur.. aku pun nak tertidur tapi rasa lapar pulak..tak berapa makan betul lagi.. tadi dalam kereta bergurau gurau kata nak ke Tanjung Lumpur. Mana ada dah tanjung Lumpur punya ikan bakar jam 12am macam ni.. so aku pergi ke Hospimart beli air, buah dan kuih pau.. belikan sekali untuk diorang.. Hospimart sini 24 jam. jadi mudah lah nak beli makanan ataupun bekalan apa yang patut.

 
Makan Pau inti kelapa. biasanya tak suka pun inti kelapa. tapi sebab dah lapar belasah saja lah apa yang ada.. sembang-sembang dengan Mok Har juga masa ni.. cakap pasal kesihatan.. pasal nak turunkan berat badan.. pasal keluarga. dan macam-macam lagi lah.. Mak duk sibuk mengaji Quran pula bila dah terjaga dari lelap.


Dekat jam 2am juga Baru Mok Teh keluar dari Zon Kritrikal.. Alhamdulillah lega tengok Mak Teh dah kembali stabil.. Syukur banyak-banyak kerana tiada apa yang serius. Rupanya air masuk dalam paru-paru menyebabkan kesukaran untuk bernafas. a day before memang mak teh ada makan buah yang banyak air.. so lepas ni dia kena control sikit lah makan.. tak boleh nak makan sembarangan.


Mak Teh dimasukkan ke wad tingkat 7. Tengok macam ni memang aku teringat lah pada arwah ayah. dulu kami memang berkampung di HKL sana 5 bulan sampai lah waktu ayah menghembuskan nafas terakhirnya di situ masa tengah buat hemodialisis. Mak Teh ni adik ayah.. perangai pun sama macam arwah ayah. Tegas. dan banyak hal yang perlu kita cuba faham. Tambah-tambah pula bila sakit macam ni. HTAA ni juga simpan kenangan antara kami dan arwah ayah waktu masuk ICU sebelum dipindahkan ke HKL. OH Kenangan lalu. sentiasa menghambat kita walau di mana kita berada..

 
Dalam jam 2.45 am baru kami bergerak pulang ke kemaman semula.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. semoga Mak Teh cepat discharge dan dikurniakan kesembuhan yang cepat..

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu


*Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik!

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
 
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Friday, December 23, 2011

ME, FEVER & YOU


I am a man whom is not too prone to any types of diseases. a lot of people got sick from different kind of diseases this past few weeks basically because of the climate changes. Still, I am not one among them. and suddenly, after lunch yesterday i don't feel good.My body start aching and in the night i just lie down in my bed helpless..

For the past 2 days, I’ve completely lost appetite and I don’t feel good now either. I'm suffering from fever,i guess. Those days were very bad with headache followed by vomiting, back pain and etc. I went to the clinic, had my medication and MC for yesterday and today. I'm suppose to be in Jana Manjung Power plant for a meeting, but i can't force myself to be there with this fever linger around me..My gratitude to You-Know-Who-You-Are for healthy and delicious Herb Porridge,and do accompany me for dinner last night..Appreciate it so much.

To all of my dear friends that Care, your empathy and generosity are very much appreciated. Just so as you know that those sour tablets still doesn’t make me feel any better at all...(ewwwww...) I am suppose to take a good care for my body from this time. So to all my dear friends, be careful, stay safe and healthy. Stay away from unhealthy food.

And today i'm going back to my hometown.Wish me a safe Journey..Miss my family,especially in a time like this.

*I do feel much better now..and it's all because of YOU.


:)

****************************

Sunday, April 3, 2011

SARAPAN PAGI @ HOTEL PUTRA KUALA LUMPUR

Pagi Ahad yang berbahagia.

Hari ni agenda kami ialah nak lawat mak teh di IJN sebelum mak dan ayah balik ke kampung..aku pula akan balik ke Penang petang nanti..bangun awal pagi dan bersembang dengan mak/ayah..Then kami turun untuk bersarapan pagi di Selesa Cafe.Oh lupa nak bagitau kami masih berada di Hotel Putra KL..
s

Satu bilik Kupon ada dua jer..since kami ada dua bilik so aku,Faiz ayah dan mak turun berempat..abang jali dan Kak Tie still layan mata so kami turun dulu.first come first served kan.hehee..Selesa Cafe berada di Tingkat 2 Hotel.
a

Sekarang ni kesihatan ayah di tahap yang ok..still kena buat hemodialisis selang dua hari..other than that he look fine..selera makan jer aku risau sebab sangat selera dia makan sekarang..mak lah yang duk bising bimbang dia makan banyak.bukan apa..Risau pasal kesihatan dia jugak.apa apa pun aku doakan agar kesihatan ayah sentiasa di tahap yang memberansangkan..amin..
a

Bila dah buffet style macam ni rambang mata lah tengok.seleksi makanan yang ada pun menarik..ada Nasi Lemak,ada Bihun goreng,ada roti telur,ada nasi air,ada Buah buahan dan roti roti.
a

Mak ambik makanan untuk ayah..
a

Ni nasi lemak aku..sambalnya biasa jer.
a


Farhan pun join sekali kami makan pagi ni..Farhan merupakan sepupu aku,anak tunggal mak teh..Harap segalanya sihat sejahtera..semalam petang lepas kenduri kahwin adik zie pun kami sempat pi melawat mak teh kat IJN..dia dah start boleh makan..Alhamdulillah..Doakan kesihatan dia ya!!
a

Mari jemput sarapan bersama sama..
a


Lepas da siap sarapan pagi aku,abang jalee,kak tie,Faiz dan Farhan pi KL Sentral sebab nak beli tiket Farhan nak balik ke UTP..Dia still belajar kat UTP Tronoh sana..Tiket pukul 6 petang nanti..Kejap lagi kami akan melawat Mak teh di IJN dan baru masing masing akan membawa haluan sendiri..
a
*to be continued.

Friday, April 1, 2011

PRAY FOR MY AUNTIE : CORONARY ARTERY BYPASS SURGERY


Coronary artery bypass surgery, also coronary artery bypass graft (CABG pronounced cabbage) surgery, and colloquially heart bypass or bypass surgery is a surgical procedure performed to relieve angina and reduce the risk of death from coronary artery disease. Arteries or veins from elsewhere in the patient's body are grafted to the coronary arteries to bypass atherosclerotic narrowings and improve the blood supply to the coronary circulation supplying the myocardium (heart muscle). This surgery is usually performed with the heart stopped, necessitating the usage of cardiopulmonary bypass; techniques are available to perform CABG on a beating heart, so-called "off-pump" surgery.

Speaking of which,pagi ni my auntie akan buat Pembedahan bypass jantung di Institut Jantung Negara..Saya berdoa agar Allah akan memudah kan urusan beliau dan semoga semuanya selamat..saya merayu agar kawan-kawan semua dapat menyumbangkan doa dan harapan yang tak putus putus demi keselamatan makcik saya ini..

*Mak teh,semoga selamat menjalani pembedahan..kami sekeluarga semua mendoakan yang terbaik untuk makteh dan keluarga..Insya Allah semuanya selamat..By now semua ahli keluarga dah ramai berkumpul di Kuala Lumpur.By petang ni aku akan ke sana juga..selamat berhujung minggu semua!

Wednesday, March 23, 2011

UJIAN TUHAN KEPADA HAMBANYA.AKU REDHA.

Hari isnin baru ni aku cuti.


Masih sempat merasa untuk makan nasi ulam di kampung.dan hari selasa itu aku sudah kembali bekerja..sampai penang jam 12 malam.then sempat tidor dan berehat..sampai Opis macam biasa lah banyak hal nak di uruskan,dan paling best sebab dapat pelepasan balik awal jam 4.30 pm,ada match bola di petang hari.
a

Main bola ni aku tak lah terer mana.in fact,memang tak terer pun.setakat main jer..kalau tengok match bola aku layan lah..tapi match macam ni aku main jugak sebab bukan senang nak main ngan my colleagues yang lain.separuh masa kedua goalkeeper kitorang cedera, takder pilihan lain diorang suh aku jadi goal keeper.nasib tak menyebelahi aku masa tahan bola ibu jari aku tercedera.Kelakar pulak aku rasa.orang main bola biasa injured tang kaki aku tang ibu jari.
a
Habis match aku terus ke klinik makbul..bila doktor tengok kawasan ibu jari kiri yang dah biru dan bengkak terus dia keluarkan surat refer aku ke KPJ Specialist untuk xtray..takut ada bahagian yang patah atau macam mana..aku dah risau takut ada kawasan yang patah.sampai KPJ doktor xtray then dia bagitau hujung ibu jari aku retak dan tulang dislocation..Doktor kata things not that worse.lega lah sikit aku rasa.tapi tengok dalam xtray ni macam takder apa apun..aku tak reti tengok kot.
a

Masa doktor terlibat balut tangan aku,tetiba aku rasa nak muntah dan rasa loya..rasa macam nak pitam pun ya jugak.terus male nuirse tu pimpin aku ke katil suh baring..agak dah gelap mata jugak lah..cek tekanan darah 88/54..jadi low blood pressure..aku takder history low blood,cuma aku cakap kat doktor aku jenis tak boleh sangat dengan environment hospital,tambah pulak panik dengan jari aku macam ni..doktor kata namanya tu Neurogenic Shock.takder apa apa yang serius..
a

Anduh tu doktor bagi sebab nak sokong tangan aku supaya tak bergerak sangat..nak bagi tulang ibu jari betul balik doktor letak kayu apa ntah dalam balutan tu.memang rasa tak selesa nasib baik tak kena simen..so at this time i'm not able to drive so aku call my fren minta tolong datang ambik dan bawak balik kereta aku..Thanks to them..ada lah ubat doktor bagi,antibiotic dan pain killer..Accident happened right.
a

Tadi pagi aku ke KPJ Specialist sebab doktor nak buka balutan dan ganti dengan Thumb Spica ni..alat sokongan ni harganya RM60..tapi style lah sikit pakai macam ni dari berbalut macam malam tadi.sakit tetap sakit,even malam tadi berdenyut denyut sebab aku tak makan painkiller pun..selagi boleh tahan aku tahan.Doakan aku cepat sembuh ya kawan kawan!Ujian tuhan.aku kena Redha.Terima kasih pada teman teman yang memberikan sokongan dan bantuan.appreciate it so much.you know who you are.
a
*Nikmat tuhan hanya dapat dirasa bila ia Hilang..dalam kes ni aku rasa insaf seketika.Baru ibu jari jer tuhan tarik nikmat dah macam macam perkara susah aku nak buat.nak drive tak boleh,nak buka seluar susah,nak pakai kemeja payah,nak pakai kain pelikat pun dah tak reti..sebab sebelah tangan jer ada..Astaghfirullahalazim..

Wednesday, March 18, 2009

AngeR ManagemenT


Am i angry?Hell no
i woke up at 6.30 am today
and just realize my right eye felt like swollen..
when i look into the mirror
it's RED all over it surface..
Ohh Gosh..

Conjunctivitis
i think i had it by now..

it's contageous-
MC probably could be the best way..

*there's a bunch of paperwork to be completed and submitted by this Coming friday..so how..huhhhhh..

Tuesday, January 6, 2009

9 Muharram 1430 Hijriah

Semalam lepas dinner ngan Anies
Balik umah dah lewat malam
tetiba kepala rasa pening pening
dan tekak macam nak sakit

So pagi tadi menyinggah kat Dispensari
Nak amik ubat
mana yang patut
nak kasi badan tak sakit..
Sebab aku rasa macam nak demam
Macam ni lah kalau
Skali pi Dispensari
Macam macam ubat dia kasik.
Antibiotik,Lozenges,Ubat Demam,
Vitamin C pun ada

Yang ni Antibiotik
Kena Habiskan..
Kali ni aku nekad untuk habiskan
Supaya len kali sistem imun aku
Lagi bagus

Yang Ni Lozenges
Ubat kemam
macam Gula gula
tapi versi gula gula manis pahit
eeeuuuurrrgghhh..
Telan je lah..

*sampai skarang pun tekak rasa tak sedap nak telan makanan..Tu yang Lunch tadi tak kuar makan.Lapar giler aku rasa..ni dah habis opis hour baru rasa nak pi cari makanan sikit..Doakan aku tak demam yek.kalau demam nanti takder sapa nak jaga.

Thursday, November 6, 2008

Morning SickNess

Dari pagi tadi lagi bangun mulut dan tekak rasa tak sedap..macam ada flum je dalam tekak tersangkut..tapi tak dapat nak keluarkan.bila minum air rasa kat tekak cam sakit,macam tak dapat nak telan air..Aku rasa tekak aku dah kena infection.So sampai kat opis pagi tadi terus jer aku cari dispensari untuk dapatkan rawatan.ni pun badan rasa cam tak sedap jer..nak demam jer rasa..harap harap tak lah..

Aku dapatkan nasihat dengan kak ton,jururawat untuk dispensari kat opis aku ni.Dia kata mungkin aku kurang minum air.nak kata aku batuk tak la pulak batuk tapi aku rasa kalau tekak jadi kering dan sakit sebab tak minum air,maka ada logiknya di situ sebab aku memang jarang sangat minum air.Mungkin dah tiba masanya untuk aku mula minum air dengan lebih banyak setiap hari..baru sistem peredaran darah dalam badan jadi lebih lancar.

Tengok lah betapa berserabut nya meja aku tuh...banyak hal tak setel lagi..semalam plak ada Kursus kat Penang Golf Resort so tak dapat nak siapkan kerja kerja yang pending...la ni baru nak menghadap..malas kena tolak tepi kalau tak kerja never akan siap..

Tapi Bab ni yang aku paling lemah...Aku cukup tak suka untuk makan ubat.Dah la pahit rasa pun tak sedap..tapi kalau nak cepat sembuh aku tiada pilihan lain lagi melainkan telan dan ikut jer aturan untuk makan ubat ni..sakit tekak ni nak makan pun susah..yang heran banyak pulak dia kasi ubat kat aku,aku rasa aku juz sakit tekak jer.Ikut je lah mana mana yang baik asalkan tekak aku ni cepat sembuh.


*yang ni aku tak paham apa kena mengena sakit tekak ngan vitamin c...hmm makan je lah,at least baik untuk kulit,hehehe

*yang ni yang paling penting,antibiotik..kena habiskan.Tapi selalunya jarang sangat aku dapat habiskan...senang cakap makan sehari jer then wat wat tak ingat..mana tak lambat baik kan..

*lozenge ni je la ubat yang paling aku bleh terima sebab ubat ni kena kemam...tapi rasa pun still tak sedap walaupun manis manis..dah namanya ubat,bukan gula-gula so tetap tak sedap.

Aku harap dah makan macam-macam ubat sakit tekak ni akan cepat sembuh.

Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails