Followers

Showing posts with label Aidilfitri 2010. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri 2010. Show all posts

Monday, October 4, 2010

KISAH HIDUP KU MINGGU LEPAS

Selamat hari isnin semua..

Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk bagi aku..satu minggu penuh dengan aktiviti..baik kerja mahupun hal peribadi..Tapi tu lah,kena balance jugak..Kerja tu kerja lah..Hal personal pun kena ambil kira jugak..Hidup ini kena bersederhana baru keseimbangan dalam hidup tercapai.

So here below basically what happened last week,Recap from 28 September 2010 - 2 Oktober 2010.Lets kita layan!Zassss..

28 SEPTEMBER & 29 SEPTEMBER 2010

2

Since boss aku takder sekarang,so i'm in Charge of my section.so kena lah attend Management Review Conference ni selama dua hari di PARADISE SANDY BEACH RESORT,TANJUNG BUNGAH..first time aku attend meeting bersama top management.a new experience for me..Interesting!

1

Agak membosankan sebenranya..tapi FB dan Twitter menjadi peneman setia..hehee..Berdebar juga nak present my presentation tapi Alhamdulillah everything went well..GM sekarang bukan calang calang..ada jer soalan soalan dia akan tanya.tak macam GM dulu.GM sekarang lebih proaktif dan nak tahu semua.

3

Di sebalik Konferen ni one thing yang best ialah makan di tanggung beres.tapi sedikit kecewa sebab makanan di Paradise Sandy Beach resort ni tak berapa enak..Sunway Hotel lagi sedap..Syukur jer lah dengan Rezeki Tuhan..

30 SEPTEMBER 2010

Pagi hari Khamis kena jadi Penyambut Tetamu pula di Seberang Jaya,Sempena Majlis Mesra Aidilfitri bahagian Utara my kompeni..lengkap berbaju melayu dan bersampin..

3a

ni semua antara penyambut tetamu yang hadir

3b

Majlis di rasmikan oleh TYT penang..tetamu kehormat lah kiranya..Majlis berjalan dari Jam 12 tengahari sampai 3 petang..antara juadah yang di sediakan-Kueytiow Goreng,Satay,Ketupat dan Rendang,Nasi tomato dan kuih muih..Rama juga tetamu yang hadir..meriah!

4

Petang tu,selepas majlis mesra aidilfitri aku bergegas ke Arah Pulau sebab nak kena Check-In di Paradise Sandy Beach Resort..malam ni akan ada Motivational Talk pula bersama Top management..Sebelum sampai Tanjung Bungah aku singgah di Padang Kota menikmati semangkuk Cendol di satu petang yang berbahagia..Best cendol ni!RM3 semangkuk.

5

Selesai makan Cendol bergerak ke Tanjung Bungah dan Check-In di Paradise Sandy Beach Resort jam 5.45 petang..ada insiden tak di ingini berlaku masa nak park kereta di bahagian Basement..aku silap bajet mengakibatkan pintu belakang belah kiri bahagian penumpang kemek akibat tergesel dinding..mmmm fulus bakal melayang lagi lah nampaknya untuk ketuk body dan sembur cat..:(

6

Kekecewaan terubat sedikit bila tengok Bilik yang di sediakan..memang ekslusif dan sangat luas!!aku suka lah bilik ni..Teruja bila masuk sampai melompat-lompat kegirangan atas katil(ok part ni jangan percaya..aku tambah tokok cerita kasi best)

7

Tengok bilik luas macam ni teringat keluarga di kampung..kalau bawak sefamily pun ok jer sebab bilik ni besar..teringat juga kalau ada family sendiri pun best..boleh bawak Bini berhanimun sementara aku ada kerja kat sini..Tunggu lah dulu.Insya Allah ada lah tu nanti.

8

Bilik ni luas bah!!seronok bangat!!come come and join me!

9

Bilik 1303 ni best sebab ada Seaview lagi dari Balkoni..boleh la tengok Sunset (if any..masa aku duk takder sunset sebab awan tebal)..Luas mata memadang tengok lautan luas terbentang.

10

Lepas dah check in,mandi kejap then solat asar pastu turun nak ambil gambar sekitar senja di Private Beach Hotel..ramai tetamu dari luar aku tengok,i mean pelancong asing..orang arab kebanyakkannya..

11

Senja makin gelap..waktu maghrib aku pun beransur

12

Makan malam ada di sediakan..pukul 8 pm turun makan dulu,makan tepi swimming pool siap ada orang hidang..Makanan biasa biasa jer.Pukul 9 malam Penceramah dari ESQ 165 datang untuk memberikan ceramah motivasi..dari ceramah tu banyak beri kesedaran kepada kami semua tentang apa tujuan manusia di ciptakan,dan apa tujuan kita bekerja sehari harian..i like this session.buat aku sedar banyak perkara.

13

Habis ceramah balik bilik..dekat pukul 12 malam..duk mengadap TV dan Internet sampai pukul 1.30 pm..tetiba rasa lapar..lately aku cepat rasa lapar.sangat bahaya okeh.Terus aku call Room service dan minta dia hantar Curry Laksa..Haraga RM15..tapi aku kasi 20,balance as a tips lah kat mamat yang delivery tuh..

14

This curry laksa sedap!!aku suka..tapi makan tak habis..Gila kan duk makan berat lagi pukul 2 pagi.. takper lah.aku ada target baru..you play you pay..Lepas makan duk gosok gigi then tidur jer lah..tak elok sebenarnya tidur time perut penuh.tapi what to do.saja gatal nak feeling feeling makan order dari Room service.heheee..

1 OKTOBER 2010

Hari Jumaat ada workshop pula.5 years strategic plan workshop.means to say kami kena buat perancangan untuk 5 tahun akan datang for our station..Untuk kebaikan bersama juga..ada perbincangan Kumpulan dan pembentangan.

15

Buat di Bilik mesuarat yang sama jugak..

16

Time lunch macam macam lauk yang ada..Makan tengahari tepi Swimming pool jugak.Lepas makan ke Masjid Terapung berhampiran untuk bersolat Jumaat..Pukul 2.30 petang workshop bersambung dan pembentangan di jalankan..Pukul 6 petang wrap up session..Alhamdulillah berakhir sudah sessi dua hari ni.

17

Time petang aku pi joging tepi pantai..susah jugak joging tepi pantai sebab tanah pasir menyukarkan pergerakan..lama dah tak jogging sampai lenguh semua kaki dan sendi sampai hari ni..Balik ke Bilik time maghrib tengok dari Balkoni duk ada lagi Orang arab ni main Paragliding..seronok jugak..tapi RM70 sekali terbang macam tak berbaloi..

18

Bila malam menjelma,ada BBQ dinner di sediakan.Purpose untuk meraikan dua orang senior manager yang telah transfer ke Pasir Gudang(Boss aku) dan sorang lagi ke KL.. Makanan yang di sediakan banyak.Cuma tak bestnya tenpat bertukar dari Open Air kepada dalam dewan sebab Hujan..kalau tak baru best BBQ di kawasan terbuka..

19

Selamat maju jaya kepada yang bertukar!seronok dapat makan malam macam ni..makanan yang ada ok lah..Cuma aku pukul 9 malam senyap senyap menghilangkan diri sebab aku nak ke Taman Selamat,Alma Bukit Mertajam untuk Home Tuisyen.jangan tak taw aku duk ajar Kimia pulak sekarang..A-Level punya..seronok duk mengajar ni nak nak bila orang faham..dalam pukul 2 pagi jugak aku sampai di Paradise Sandy Beach Resort ni balik.then terus Tidor tak sedarkan diri..Krohhhhhhhhhh..

2 OKTOBER 2010

Pagi sabtu yang Indah..

Bangun pagi pagi konon nak jalan tepi pantai tapi tak larat lah..Lepas solat subuh sambung tidor balik dalam pukul 9 lebih bvaru turun untuk bersarapan pagi di Asian Heritage Cafe.Macam macam ada untuk sarapan-aku try semua!!hahaha..Gila kuat melantak..Nasi Lemak,Roti bakar,Omelete,Mee Udang,Bubur Nasik,Jus Oren dan Buah buahan..sambil breakfast tengok orang mandi kat swimming pool.

19a

Setel sarapan dalam pukul 10.30 pagi,then balik bilik terus siap siap untuk Check Out..kat sini Check out time nya pukul 11.00 am.So ngam ngam lah masa aku Check out..Lepas Check out terus balik ke rumah,dan bersiap siap untuk menghadiri OPEN HOUSE rumah my GM pula di Bagan Jemal Butterworth..tak sempat nak rehat kan..heheeee

20

Dalam pukul 1 tengahari aku sampai di Rumah GM..Ramai dah staff yang membanjiri rumah terbuka ni.Meriah sangat siap dengan lagu raya berkumandang..makanan pun best best.Paling tak lupa ada Rendang Kerang makan dengan lemang..yang lain macam biasa lah,ada satay,Nasi Tomato,ada bihun sup,Char Kuey tiow dan Cendol..Makan sampai kenyang tak hengat dunia..Balik rumah dalam pukul 3 terus terlelap sampai maghrib tak sedar apa dah..

Penat bah..

3 OKTOBER 2010

Aktiviti hari ahad-Berehat di Rumah dan kemas apa yang patut..tu pun aku still keluar time petang sebab nak cari Bengkel untuk ketuk body dan sembur cat..semua tutup sebab hari Ahad..kalau boleh nak simen dulu takut berkarat pula bahagian yang terdedah lagi parah nanti..
Tapi Ahad ini memang aku banyak berehat jer..setelah mengharungi satu minggu yang padat.

Sekian laporan satu minggu diari AXIMUD.

:)

*Kalau korang perasan aktiviti makan makan mengungguli minggu lalu..Hari ni dan esok pun ada jamuan makan lagi di Stesen..oh tuhan..Tabahkan lah hatiku ini..Makan ni memang sedap..tapi sejengkal kat Leher jer.lepas tu dah takder rasa apa dah..Jom jom kita mulakan aktiviti kecergasan!!

Monday, September 27, 2010

SATAY LAGI DAN LAGI DI 4 SYAWAL YANG MULIA

Masa hari raya ke -4,Ayah minta aku buat satay sebab dia tak puas makan satay di Hari Raya pertama..So atas dasar saya yang menurut perintah dan taat kepada ibu bapa terus la bersetuju dan tanpa banyak soal mengeluarkan dua ekor ayam dari dalam peti.Minta tolong Kak Ina kerat dan ambil isi ayam sahaja..

1a

Siang ayam dalam dua ekor..Tulang boleh masuk dalam kuah kacang

2Proses perapan berlaku selama setengah hari sahaja..Aku letak rempah masak cap bunga Ros,Garam,Kunyit debu,dan juga manisan dari Gula kerek..yang ada gelung gelung tu.lagi sedap dari pakai Gula..Perap dan kemudian cucuk lah..

3

Dua ekor ayam boleh dapat dalam 70 cucuk sahaja.. 

4

Kemudian bakar lah di atas BBQ grilled ni..aku cukup suka hidupkan api..seronok tengok bara yang mantap dan membakar satay ni..kebetulan masa ni abang zali ada sekali so dia bekerjasama dengan aku dalam menjayakan misi membuat satay ayam..sodap!!

5

Bila bara mantap maka proses pembakaran sekejap saja..tapi kena jaga supaya tak hangus..

6 
satay ayam sedap di makan seronok di panggang!

7

Selang 45 minit kemudian maka semua satay berjaya di bakar ..maka tercapai lah hasrat ayahanda ku untuk makan satay di pagi hari raya keempat..Raya ke 3 buat BBQ,raya keempat buat satay,raya kelima buat steamboat pulak nak??hehehee..asal ada kemahuan di situ ada jalan..:)

8

Gambar selingan si Nuyul tebombom makan waffle Cokelat 

9

Hari raya keempat dah tak berjalan ke mana dah..just ada tetamu datang macam tu lah..masa untuk bersama keluarga pula,i guess..

So,SATAY ANYONE???

Wednesday, September 15, 2010

AIDILFITRI 2010 EDISI FOTO

Sudah kembali bekerja seperti biasa..

Semalam bertolak dari kampung halaman dan sampai lewat malam tadi ke Penang..Sempat singgah beraya di Rumah Ziana dan Kak Leez di Kuala Lumpur(Ampang)..Terima kasih atas jemputan!!..Dan hari ini kepala kembali pening dengan kerja-kerja yang menimbun sebab cuti lama sangat..Nak tak nak kena buat jugak.

Kali ni nak kongsi gambar gambar semasa berhari raya pada 10 September yang lalu..

Enjoice!

1

Solat hari Raya di Masjid jamek Kemasek

2

Pihak masjid ada menyediakan juadah selepas khutbah raya

3

Kak Tie dan anak-anaknya di Ruang tamu rumah

4

5

adik beradik yang ada..3 ahli tak cukup

6

Me,Myself and I with Kak Ina

7

Juadah di pagi raya-Nasi Daging,Satay,Rendang daging,Ketupat,Lemang,Tapai

8

sakan makan makan..

9

suadara mara terdekat pun turut hadir makan ramai ramai.

10

ini ayahku..

11

dan ini pula ibuku..

12

Keluarga yang amat ku sayang

13

tak cukup 3 ahli lagi tapi rasa macam ramai yang takder..

14

Syawal pertama buat Nurul Syifa' Salsabilla

15

Adik Da beraya dalam Pantang lagik..

16

we are family

16a

Nurul Nadiah Salwani dan ayahnya..

17

Raya di sambut dengan penuh kegembiraan

18

sanak saudara dan sahabat handai

19 20

meriahnya raya!!

21

ini makcik aku..adik my dad..:)

22

seronok berkumpul ramai ramai

23

bersama Kak Yah,pengasuh aku masa kecik dulu

24

berjalan kaki melawat jiran

25

beraya di rumah mok wok di Kerteh

26

adik da & Kak Ina bersama Suami masing masing

27

Satay dan Rendang ayam..

28

para jelitawan

29

bebudak yang datang bertandang

30

penataan warna yang bersesuaian dengan konsep rumah

31

aku bersama anak sedara

32

33 33a

anak sedara yang makin membesar

34

Pasukan Tuan Rumah-Merah menjadi pilihan

35

nak menimang cahaya mata baru ker..

36

azimashaary dan tuan rumah yang merah

37 38

bersalam-salaman memohon keampunan ibu dan bapa di malam raya

39

masa untuk bermain bunga api

40

keletah si comel nuyul yang menghiburkan

41

Lilin yang membakar diri

42

Dan beginilah 1 Syawal di sambut meriah di kampung halaman tercinta..Selamat Hari raya maaf Zahir batin buat semua rakan rakan pembaca sekelian!

Sekian terima kaseh.

*Tema tahun ni ialah 'Gold' sebenarnya..tapi susah sangat nak cari variety kaler yang sedemikian rupa..bila tengok balik gambar tahun lepas macam dah lebih kurang lah pulak..hahaha(Rujuk entri ini)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails