Followers

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

AKU, DIA DAN SOTONG

 
Malam tadi balik rumah mak.
 
Sebelum balik tu dah bagitau siap siap nak balik kemasek. Mak pun sibuk sibuk lah Goreng sotong ni untuk makan malam. bukan sebarang sotong.. sotong telur penuh lagik.. kami adik beradik tak boleh bawa bergurau bab telur sotong. Boleh bergaduh wooo. hehehe.. Tq mak sebab goreng sotong ni! appreciate sangat sangat. sekarang kalau rasa nak makan masakan mak je aku balik lah ke kemasek. dari Paka nak balik ke sana tak jauh dah..
 
 
Ajak abang jalee makan sekali. dia tak nak pulak. so aku makan sorang lah. sambil bersembang dengan mak. kat rumah ada abang shuk, kak ija, Ami dan abang jalee sekeluarga. seronok lah time ramai ramai ni bersembang.. pasal isu keluarga.. majlis hari sabtu ni.. nak ke Kota Bharu.. dan macam macam lagi. tapi tu lah perancangan terdekat nya.
 
 
Dah kenyang berbuka puasa semalam makan nasi minyak. Jadi makan nasik sikit je lah. lauk sotong goreng kunyit macam ni memang lauk pilihan lah dari zaman kecik lagi.. Alhamdulillah aku berjaya habiskan puasa 6 di bulan syawal.. mak dan ami dah habis dari minggu lepas lagi.. kiranya hari ni dah hari raya lah buat aku.

 
 
 Tak terliur tengok telor sotong penuh ni??
 
Lepas makan tengok cerita zombi kilang biskut di astro ria.. sekali buka TV2 ada cerita hindustan Kuch Kuch Hota Hai. legend cerita ni.. terus layan sampai habis. tengok dengan mak tapi mak deh mengantuk pada jam 12am.. aku layan sorang2 sampai lah jam 1.15am.. Abang Shuk baru balik dari lepak ngan member dia kat kedai makan.. then aku terus balik ke Paka semula.. Tidur lebih kurang jam 2.30am jugak.. sekian lah kisah malam tadi.
 
Hari ni hari yang lembap.
 
Hujan Lebat.

Thursday, November 20, 2014

FOOD REVIEW : MEE SOTONG HAMEED 'PATA' SPECIAL MEE, PADANG KOTA PENANG

(Sambungan dari Entri sebelum ni..)
 
Dari tempat racekit Collection, berjanji dengan Gme, Mizan dan Kak Nunny untuk makan di Mee Sotong Hameed Padang Kota ni.. Aku gi ambik Romzy dulu di Hotel Sovereign Lebuh Kinta. Then terus datang ke sini. Gme and the gang dari Queensbay Mall dah sampai dulu. Mak aiiihhh punya lah ramai orang beratur. Most of them runners lah, dikenal pasti dari shirt yang dipakai. macam macam event t-shirt ada. Oh ya, sempat bertemu dengan one of my supplier jugak, Nafis. dia ngan wife and his family kebetulan ada kat sini. Dulu masa kerja di Gelugor selalu lah berurusan dengan dia. sejak Pindah Paka dah jarang dah kontek.


Hameed ‘Pata’ Mee Sotong
Alamat:
6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court),
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown, Penang
Tel: + 6013 4319384
GPS: N05° 20′ 14.6” E100° 18′ 37.6″
 
Opening Hours: 11:30am – 8:00pm (Monday – Saturday) Closed on Sunday



Rakan-rakan runners. Jadi rapat dengan Gme dan Romzy since join Kl Fabolous Food Hunt. Mizan aku jumpa masa lari Marathon di Langkawi. Tengok dia duk banyak sangat bercakap dengan Khidir masa lari di Pantai Cenang Langkawi. Masa tu tak kenal lagi. Sekarang dah jadi kawan. The beauty of running - we can make friends easily! because we share the same passion.


So ini lah dianya Mee Sotong Padang Kota yang femes tu. Kalau anda ke Penang jangan lupa singgah. Harga kalau pinggan kecil RM4. Kalau minta saiz besar RM6. Pilih lah ikut saiz perut. Rasanya manis dan pedas. Just something unique and different to try. Perah pulak asam limau atas nya. makan panas panas di kala perut tengah kelaparan memang perghhhhh!!


 
Bersebelahan dengan Gerai Mee Sotong Hameed ni ada stall jual ais kacang, cendol dan coconut shake yang sempoiii.. diorang siap order 2 gelas lagik. Memang sedap. Ais kacang dan cendol tak sempat try. Segelas coconut shake ni harganya RM3. 
 

 
Happy face dapat jumpa makanan. Cuma kesian pada Mizan sebab dia tak makan taugeh. seksa nak asingkan taugeh dari Mee. Sampai tak habis makan aku sambung makan mee dia. Romzy pulak tak habis sebab dia dah lunch tadik.. Gme tolong habiskan. Ni kiranya my first meal ngan Kak Tie untuk hari ini. Tengok lah que kat belakang tu masih panjang masa kami baru nak makan. Thanks Gme tolong beraturkan untuk kitorang.. Selesai makan semua berhimpit dalam kereta nak pergi ke Hostel yang aku booking untuk checked in.. Waktu ni dah dekat jam 4pm..
 
(*to be continued..)

Friday, November 14, 2014

TEMPAT MAKAN BEST DI PENANG!!

Tempat makan best di Penang:
 
1)Nasi Kandar Line Clear, Georgetown
2)Mady Char Kuew Tiow, Batu Feringghi
3)Mee Udang Ayu, Teluk Kumbar...

4)Nasi Kandar Beratur, Jalan Masjid Kapitan Keling
5)Mee Sotong & Coconut Shake, Padang Kota Lama
6)Pasembur Menari, Gurney Drive
7)Seafood Seri Pantai Ikan Bakar, Hammer Bay
8)Roti Canai Transfer Road
9)Roti canai Argyl Road
10)Laksa Janggus, Balik Pulau
11)Nurul Ikan Bakar
12)Nasi Kandar Kampung Melayu
13)Nasi Kandar Deen, Jelutong
14)Ayam Tandoori dan roti naan Restoran Kapitan Chulia Street
15)Samosa sedap Depan Mydin Penang Road
16)Nasi Tomato Batu lanchang
17)Nasi Lemak Liverpool Batu Lanchang
18)Pak Din Nasi Dalca, Jelutong
19)Sarapan pagi diTaman Tun Sardon Gelugor (sandwich special, mee sup Sri buana, nasi lemuni tanjung, serabai etc)
20)Gerai Capati Market Road
21)Kari Ikan Sembilang, Jelutong
22)Pen Mutiara Kari Kepala Ikan, Batu Maung
23)Sup Bismi di Taman Brown
24)Sup Hameed Penang Road
 
Ni antara list tempat yang aku suka makan semasa kerja di penang dulu.. lama jugak aku kat penang dalam 8 tahun.. so memang betul lah Penang syurga makanan.
 
Selamat makanthon buat semua rakan-rakan ku yang gigih ke Penang weekend ni untuk PBIM2014!
 

Tuesday, March 4, 2014

JERING REBUS, TEPUNG KAPUR & PULUT NYIUR

 
Makanan eksotik Terengganu. Jering rebus cicah nyiur, tepung kapur, pulut nyiur dan ikan kering
 
Mari bersarapan pagi!!
 
*Breakfast at Primula beach Resort Kuala Terengganu


Saturday, January 25, 2014

BACK IN PENANG AGAIN


Malam tadi makan Nasi Knadar Beratur,
 
Pagi ni layan Roti Canai Argyll Road pula.
 
Penang memang syurga Makanan!! 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails