Followers

Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

PEMBERIAN DARI SEORANG TEMAN

Malam tadi dinner di Nurul Ikan Bakar.

This Restaurant is very Nice.actually dah banyak kali jugak aku singgah kat sini.Konsep dalam taman.very lah romantik habis..Nice environment. Rasa makanan pun boleh tahan.Aku dinner bersama seorang teman.yang kebetulan baru pulang dari bercuti di Langkawi sebelum Tahun 2011 berakhir. Alhamdulillah dapat merasa lagi pemberian dari dia..Banyak pula tu yang diberi.Terima kasih banyak banyak awak!


see?banyak kan yang diberi.Alhamdulillah rejeki.


Bermacam macam cokelat yang ada..


My Faveret chocolate ever!!after light mint Chocolate thins


kacang kacang kacang kacang


Minyak gamat dan Fridge Magnet dari Langkawi


Kain pelikat dan kain batik..

Terima kasih daun keladi.kalau ada umur boleh lah beri lagi.Hidup ini tidak bermakna kalau tidak dikongsi bersama orang yang terdekat dengan kita kan? semoga ukhuwah yang terbina akan terus berkekalan sampai bila bila..Budi yang baik akan saya kenang sampai mati.:)

You are sunlight and I moon
Joined by the gods of fortune
Midnight and high noon
Sharing the sky
We have been blessed,
you and I..

Friday, December 9, 2011

WEEKEND GETAWAY : LANGKAWI DAY 1 PART 3 - SHOPPING DI PEKAN KUAH & AMBIL ANGIN MALAM DI PANTAI CENANG

Daripada Restoran Kak yah,kami menuju ke Pekan Kuah.sebab ni jer masa yang ada untuk beli barang apa yang patut.esok dan lusa dah ada agenda lain tersedia so takut tak sempat nak datang pekan kuah dan beli barang.so better beli siap siap supaya tidak ketinggalan.


Pandak Mayah tu apa maksud??


Fuhhhhh.seperti yang dijangka Pekan kuah kali ni agak sesak dengan kereta yang sangat banyak..ramai orang berpusu pusu singgah di area sini nak beli cokelat dan barangan dapur gamaknya ni..memang meriah dan bukan seperi hari hari biasa yang pernah aku datang.yeah,penangan cuti sekolah.


As usual,aku suka membeli belah di Haji Ismail Group.entah.situ jer pun aku akan beli.harga lebih kurang je kalau ikut ngan semua pasaraya lain..This time around agak terkejut juga lah aku dengan jumlah pengunjung yang datang untuk shopping.They shopping like theres no tomorrow.macam esok semua cokelat akan habis.masing masing borong tak hengat okeh..nak membayar nya pun kena beratur panjang dalam setengah jam.so korang bayangkan lah camana.


Cokelat yang berjaya dirembat


Cokelat ritter sport hijau ni member aku ada pesan.tolong belikan ajer.


And one more thing yang aku baru tahu walaupun this past two years memang aku selalu duk berulang alik ke Langkawi atas urusan kerja- they have their own pasar malam like uptown.Versi Langkawi lah so tak besar mana..as usual jual baju dan barangan barangan lain..


barang hiasan dan t shirt


Keropk lekor!!i want!i want!!


Dari Pekan kuah kami patah balik ke Pantai Cenang.jalan jalan tepi pantai malam hari..Gerhana bulan juga berlaku malam ni.tapi kami tak nampak pun..just enjoy angin malam dan dengar desiran ombak..rasa release kejap kepala dari segala bebanan kerja..Alhamdulillah.walau sekejap pun jadi lah kan.


penat berjalan singgah minum pulak..

 
minum jus buah gelas besar di Restoran Aliah pantai Cenang.memang terbaekkk.segelas dalam RM2 sahaja.ok lah tu.Dari this Restaurant terus balik ke Rumah penginapan.kena tidur sebab esok nak bangun awal awal pagi nak jenjalan tepi pantai dan bersiap siap untuk ke LIMA LANGKAWI 2011 di Mahsuri Exhibition Centre dekat Airport.

*to be continued.

WEEKEND GETAWAY : LANGKAWI DAY 1 PART 2 - DINNER @ KAK YAH SEAFOOD RESTAURANT

Time Dinner.

Mula-mula shah irwan ajak makan di kedai Asam pedas mana ntah di belakang plaza Langkawi.dah dekat dengan pekan kuah.sekali kedai tu tutup pulak.so aku cadangkan supaya makan di sebuah restoran dekat ngan Bella Vista.RESTORAN KAK YAH SEAFOOD.aku pernah singgah makan kat sini dulu.so rasanya agak boleh tahan lah.


Lokasinya berderet depan Simpang nak masuk ke Bella Vista.senang jer lah nak cari restoran ni.Orang boleh tahan ramai jugak masa kitorang sampai.oh ya lupa ni kan cuti sekolah.memang lah pun.nak masuk kena masuk dari belakang.hehehe


Diorang tengok seafood yang ada then suruh aku pilih je lah lauk apa yang nak diorder.sebab diorang kata aku biasa sampai.so aku ok je.Order lah apa yang patut.kalau mahal nanti korang bayor lah yek.


Order air dulu..sembang sembang..


SIAKAP BAKAR ,agak kering tapi best!


TOMYAM CAMPUR,mantap!


SOTONG GORENG TEPUNG.MAVELES!!


Sebab Maveles kena buh dua keping gambar


UDANG MASAK CILI.pun lazat!!


KAILAN IKAN MASIN,rasa standard lah


Makanan dah sampai jom kita serang..


Khusyuk menikmati makan malam..


awat duk tergelak?ntah la.

 
overall makanan kat sini quite ok.kitorang dah risau takut harga makanan mahal maklum lah time cuti sekolah ni dengar kat tv kata harga makanan kat langkawi naik 30 persen.so kitorang  berteka teki lah berapa harga kami kena bayar ni..semua bajet RM120 ke atas..bila pi bayar jumlah harga makan macam ni RM98 sahaja.ok lah since Udang pun banyak juga kitorang makan tu..dengan ikan lagi.dengan sotong lagi.Recommended lah this restaurant walaupun waitress nya agak tak mesra alam.

Dari Restoran ni kitorang ke Pekan kuah.aku nak shopping cokelat sikit..

*to be continued.

WEEKEND GETAWAY : LANGKAWI DAY 1 PART 1 - THE ARRIVAL & PANTAI TENGAH,LANGKAWI

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Langkawi.

Apa-apa pun,jom kita rewind balik cerita pagi tadi masa nak bertolak.Ok first thing first,trip ni rancang last minit dan tujuan kitorang datang pada 9-11 Disember ni sebab nak tengok LIMA 2011 dan juga sebagai cuti cuiti hujung tahun.


Pagi yang indah.aku dan syajaie sempat pi Jogging dulu sebab Flight pukul 12 pm nanti.so sempat lah jogging dan dalam pukul 10 pagi kami berlima masuk ke stesen.This trip kali ni aku pergi dengan 4 orang colleagues yang lain.sekali sekala nak berjalan gak dengan member opis..Daripada Opis ada lah member tolong hantarkan ke airport.Thanks korang ya!ada coklat menanti korang nanti.hehe


Suasana airport penang buat masa ni still under construction.so memag jalan dalam tempat nak naik kapal terbang tu quite confusing.nak dijadikan cerita flight kitorang di tunda dari pukul 12 pm ke pukul 4 pm.memang rasa kecewa sangat sebab dah plan kot kot sampai awal sempat lah nak tengok Air Show LIMA 2011 sessi petang.takpaa lah.nak buat macam mana tu semua beyond our control.terpaksa melepak dalam airport lah sampai pukul 4 pm.memang tak patut lah air asia buat camni.tapi tu jer flight tambang murah yang ada setakat ni.Orang komplen ker tak komplen ker sale tiket diorang tetap akan meningkat.


Flight dari Penang pukul 4 pm dan dalam pukul 4.40 pm kami berlima selamat mendarat di bumi Langkawi.biar lambat asalkan kami semua dah selamat mendarat dengan selamat..itu yang paling penting..Alhamdulillah.dalam flight tadi memang aku tidor jer.walaupun sekejap.Sementara menunggu tadi pun dah siap siap lunch kat airport,so masuk flight nak buat apa lagi kan.tidor je lah.


Sampai di airport,perkara pertama nak kena setelkan ialah cari kereta sewa.maklum lah cuti sekolah sekarang ni so banyak kereta dah tak available.tanya kat tempat kereta sewa di airport last last kami dapat sewa sebuah Nissan Latio Sport dengan harga RM300 untuk dua hari.quite ok sebab kami 5 orang,setakat RM300 tu bagi 5 baru 60 ringgit seorang.so no complaining terus book jer tahat nissan latio.nak beli sendiri entah bila so sewa pun kira jadi lah.This latio sport quite nice sebab baru lagik.


Dah ada kereta so senang la nak bergerak.terus kitorang bergerak ke Rumah peranginan kompeni.Actually shahirwan ada dapat rumah peranginan ni.so tak perlu dah nak cari tempat penginapan yang mungkin akan memberikan harga yang tinggi time musim cuti sekolah ni ..Lokasi rumah peranginan ialah di Pantai Tengah.dah dekat dengan awana Porto Malai tempat LIMA 2011 maritim shows.


sementara menunggu penjaga rumah sampai


And this is encik nasir,penjaga rumah peranginan di sini..dia baru balik dari Haji katanya.so bagus dan peramah.senang nak tanya apa apa kat dia.so masuk dalam rumah dia terangkan lah serba sedikit peraturan yang ada.Nice to meet you haji Nasir.


Quite nice kan?Biliknya pun luas.berbaloi baloi.


Dah masuk dalam rumah penginapan tadi masing masing just terus mandi solat dan sebagainya sebelum nak keluar balik nak tengok sunset di Pantai Tengah kalau sempat..Punyalah ramai orang tepi pantai..semua nak tengok sunsetbarangkali.


Here i am at Pantai Tengah, Pulau Langkawi


Ramai orang tepi pesisir pantai seolah menunggu peraih ikan pulang ke darat


Yang syok tengok orang duk main parasailing..cumanya kami tak buat lah walau teringin sebab sekali buat RM60..Tema utama percutian kali ini ialah percutian budget so kena squeeze mana mana yang tak penting kasi buang..hehehee..Insya Allah kalau ada rezeki next time lah pulak.


hajat di hati nak tengok sunset tapi tak berapa nak kesampaian sebab sunset tak berapa nak nampak bila dilitupi awan tebal.takpaa lah.macam ni pun dah cukup indah bagi kami..Subhanallah..dan dari Pantai Tengah ni kami berlima terus menuju ke area Pekan Kuah untuk makan malam pula..

*to be continued

Thursday, July 21, 2011

TRIP LANGKAWI PART 5 - GOOODBYE LANGKAWI ISLAND!!

Hari ni kembali masuk opis seperti biasa..

Tapi rasa malas yang amat..dah outstation 3 hari tu yang jadi rasa malas semacam..tapi mengenangkan esok dah jumaat so tabahkan hati lah kerja hari ni..Kerja as usual lah,takkan pernah habis punya..buat lah mana yang penting penting dulu.Lunch time ni aku malas nak keluar..rasa malas.semalam sampai dari langkawi sebelum maghrib..letih tu letih lah tapi enjoy.sementara waktu rehat ni meh nak sambung citer pasal trip langkawi part last.


20 Julai 2011

Pagi tadi lepas subuh aku sambung tidur balik.nak qada balik tidur yang tak cukup semalam..terjaga pukul 9.30am then siap siap mandi dan terus aku kemas barang sebab kejap lagi dah nak Checked out..pukul 10.30am turun dari Hotel nak pi cari sarapan pagi..terserempak dengan Tuan Haji syed,Haji Ibrahim,haji shukri ngan Faiz tengah duk sarapan pagi..see,ngan pak pak aji ni aku join this konvensyen..heheee..ambil berkat untung untung boleh buat haji cepat cepat..ameen.Join diorang sarapan then jalan jalan cari barang di Haji Ismail Group.
.


Aku beli gajus ngan kain pelekat untuk ayah,kain batik untuk mak,Cokelat Daim tu kak tie pesan..cokelat yang lain lain tu nanti boleh la bawak balik skali kat kampung bagi bagi kat anak sedara..not much pun aku beli..lagipun boleh kata selalu dah mai langkawi so tak rasa teruja sangat.Tiap kali datang Langkawi konpem beli barang di Haji Ismail Group sahaja.
.

Pukul 12 pm,masa untuk Checked out.berkumpul di lobi dahulu.
.


Banyak jugak barang barang yang nak dibawak balik..
.

Pengangkutan sepanjang berada di Langkawi pakai van stesen Teluk Ewa..terima kasih sebab bagi pinjam van..senang kami semua nak bergerak ke sana ke mari.ngam ngam pukal tu jumlah AJK semua 9 orang..lepas ni kita buat lawatan tempat lain pulak yek.kalau terpilih ke peringkat nasional nanti mesti lagi syiok.
.


Sampai kat Jeti staff teluk ewa dah standby nak ambik van semula..Tiket feri dah beli pukul 1pm..orang macam biasa lah,ramai sebab nak attend this konvensyen.rata rata aku tengok yang duk nak masuk ke terminal feri semua muka peserta konvensyen..bye bye Langkawi nanti kami datang lagik.
.

ada satu cerita lawak.masa duk sakan sangat nak ambik gambar di kawasan terminal feri ni,aku boleh terlupa pulak beg pakaian aku.elok jer parkingtengah tengah jalan aku menonong pi masuk feri.masa dah nak masuk feri baru perasan beg pakaian which is beg tarik takder..nasib teringat..cepat cepat patah balik tengok ada lagi tengah tengah jalan..nasib baik..padah sakan sangat nak bergambar tu lah dia nya..kalau tak banyak benda berharga hilang..
.

Feri bergerak jam 1.30pm..biasalah bila dah ramai sangat penumpang tu yang jadi delay..dalam feri diorang pasang cerita Kongsi..tergelak gelak penumpang ketawa..aku tengok dah citer tu..sekadar hiburan ringan boleh laa.aku lagi prefer citer KL gangster..sebab dah tengok citer Kongsi so aku tidor jer lah..layan mata lagi baik..sedar sedar dah sampai Kuala Perlis..


Dekat pukul 3 petang dah masa ni..kelaparan dah masing masing sebab masih belum lunch..ambik kereta yang di parking then ke Restoran Nelayan belakang Terminal Feri Kuala Perlis.kat restoran ni terkenal dengan Pasembur ketam resepi sendiri..ada laksa penang juga. 
.

Order Pasembur ketam.sedap pasembur ni!!recommended!!
.


Laksa Penang nya juga sedap..lepas ni kalau mai Kuala Perlis wajib makan laksa dan pasembur kat sini.Terima kasih abang nazri belanja makan..lepas dah siap makan masing masing bertolak pulang lah.aku ngan Haji Ibrahim tumpang kereta Faiz,Terima kasih banyak banyak bagi kami tumpang..straight balik ke Penang.tapi singgah di Bertam dulu Faiz nak tengok rumah dia yang tengah renovate..suka lah tengok rumah orang..hopefully nanti aku akan ada rumah sendiri pula.
.

Singgah makan ais kacang di area Bertam..cendol dah habis.
.


cempedak goreng pun sodap!!makan skali ngan biji nya
.

Akhirnya pada jam 7pm kami semua selamat sampai ke Penang..gambar sunset ni aku rakamkan dari balkoni rumah..Terima kasih pada semua kawan kawan yang join this koncensyen.korang semua memang sempoi dan best.ada rezeki kita berkonvensyen lagi nanti.Insya Allah.
.
Betapa indahnya dunia, bila berhiaskan Islam.
Betapa indahnya Islam, bila berhiaskan taqwa.
Betapa indahnya taqwa,bila berhiaskan ilmu.
Betapa indahnya ilmu, bila berhiaskan amal.
Betapa indahnya Amal, bila berhiaskan kasih sayang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails