Followers

Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

VIETNAM TRIP : BEN THANH MARKET & AIRPORT (PART FINALE)

Bahagian akhir untuk pengembaraan di Vietnam.

Selesai makan di V.N HALAL RESTORAN(rujuk entri ini) kami berjalan kaki ke Ben Thanh Market untuk membeli souvenir sebagai kenang-kenangan kepada sahabat handai dan rakan taulan..Pasar Ben Thanh ni memang popular kat Ho Chi Minh City ni..kira kalau macam kat Bali ada Pasar Ubud,kat Terengganu ada Pasar Payang,Kat Kota Bharu ada Pasar Siti Khadijah..begitulah perumpamaan nya..

1

Ben Thanh market dengan Hotel yang kitorang duduk dah dekat sangat..so tak la risau nak ambik transport untuk balik ke Hotel.Jalan kaki saja dah sampai.masa ni dalam pukul 4 petang..masa sangat suntuk sebab aku nak kejar flight pukul 7.40pm..at least pukul 6 dah kena ada kat Airport..memang rushing sangat.

2

Macam-macam yang ada kat sini,dari pakaian dan barang cenderamata..

3

Ramai orang yang membanjiri kawasan Market ni

4

Tujuan datang sini sebab nak beli souvenir,so bila dah jumpa kedai yang letak harga berpatutan terus la beli dan borong..tak sempat dah nak tanya kedai lain..kebetulan memang harga berpatutan mamat ni bagi so apa lagi,siap duit tinggal bayar jer lah.aku beli patung kayu tu,melambangkan wanita vietnam dengan topi nya..nice..satu tu bila dah convert duit kita dalam 2 ringgit lebeh jer..(ish..yer ker?aku pun dah tak ingat..) Tapi murah la senang citer.keychain ngan Fridge magnet pun ada di rembat..

5

pening kepala budak tu nak layan kitorang..nsib lah kan..haha

6

Then lepas da setel beli souvenir tuh kitorang ke tempat pakaian pulak,nak beli beg tangan untuk my mum dan baju kemeja untuk ayah..adik beradik yang lain kasi souvenir jer lah.masa suntuk so tak sempat nak tengok barang yang ada satu persatu.jumpa kedai ni terus bargain,last last aku yang rembat seluar pendek kotak-kotak..Nikli pun beli selai..Ziana beli untuk Dofy

7

Pompuan jual baju ni leh tahan gatal la jugak..duk sibuk kata Love Malaysia,i love both of you,i love you,macam macam lagi lah..siap pegang pegang bagai nak ambik gambar kan..terlebih mesra la sebab kami dah beli banyak kat kedai dia..haha..menjadi sungguh taktik amoi Vietnam itu..untuk mengelakkan terus terpedaya,kitorang blah cepat cepat lepas beli..hehe

7A

Dari Ben Thanh market pulang ke Ruby Hotel..nak pack barang dan bersiap ke Airport

7B

Dalam Teksi menuju ke Airport.nasib teksi senang nak dapat..

8

Bendera Vietnam yang berkibar megah..

8A

Kat Vietnam dalam pukul 6 dah gelap..kiranya macam pukul 7 kat tempat kita..sempat lah tengok matahari terbenam kat luar epot..sungguh Indah..Subhanallah..

8B

Flight AK885 AIRASIA ke KUALA LUMPUR jam 1940

9

Matahari yang kian menghilang di Ufuk Barat..

9A

Lepas da siap Check in sementara menanti Boarding time kitorang lepak minum dulu kat salah sebuah restoran yang ada..apa lagi kan,minum Kopi Vietnam lah..Kopi susunya sungguh kick!!aku tak minum susu tapi bila rasa Kopi Vietnam yang ada susu tu rasa macam boleh minum pulak sebab rasa kopi nya kuat..patut lah abang Zul kata Kopi kat sini sangat sedap.sungguh nyata dan benar sekali kata kata tersebut..siap bertambah dua gelas lagi kan..haha

9B

Gambar ni waitress yang ambik..pandai jugak dia ambik gambar kami.tq tq tq

10

and now it's boarding time..SAYONARA VIETNAM..

11

Dan berakhirlah sudah kisah travel Di Vietnam ini..fuhhhh lega..bagi aku Ho Chi Minh City ni tempat yang nice jugak untuk di kunjungi..banyak landmark yang menarik dan aku rasa insya Allah akan datang sini lagi jika ada kesempatan..Di harap semua pembaca sekelian dapat lah manfaat dari apa yang di kongsikan dalam kisah Vietnam ini(Klik label VIETNAM di sidebar belah kanan untuk serba sedikit info pasal HCMC).

SHARING IS CARING..

Wallahualam.

Monday, March 15, 2010

HARI ISNIN IALAH HARI YANG SEMUA ORANG TIDAK BERAPA GEMAR..

Salam Hari Isnin..

Permulaan minggu yang lemau.sebabnya malam tadi aku tidur lepas maghrib sampai pukul 12 malam..then terjaga tak leh nak tidor,tapi paksa jugak mata tidor pukul 4 pagi lebih baru tertidor balik..sudahnya bangkit pagi tadi pukul 7.15!!mau tak gelabah nak qada' semayang subuh lagi nak sesiap ke opis lagi..Alhamdulillah sempat Punch pukul 7.59am..phewwwwww..nasib baik sempat.tapi i hate this.i mean,tergesa-gesa macam ni sapa suka kan..takpaa lah,hope kejadian macam ni tak berulang lagi..

Boss aku,Mr.LYH takder arini.

Dia pi Port Dickson ada meeting kat sana..tak lah pressure sangat duk kat opis ni bila Boss takder..kalau tak mesti ada jer tak kena kalau dia ada.dia takder ni aku boleh relaks sikit lah.Kerja bertimbun dia duk tinggal minggu lepas.tak kesah,janji dia takder aku dah senang hati..aku lah Boss kalau dia takder.Tapi memang betul,kalau dia ada hati jadi tak senang.tak taw pasai apa.mungkin sebab dah skeptikal ngan dia..hmmm masalah negara zaman-berzaman ni ntah bila nak selesai.cukup lah bab ni.kita cerita bab lain pulak.

Bebudak UiTm Penang Chemical Engineering buat lawatan ke stesen pagi ni.

Nak tak nak aku kena bagi talk sikit pasal water treatment Plant kat stesen ni.Overview sahaja,tapi ok jugak.lama dah tak berlagak macam lecturer kat depan 20 students.tibai lah apa yang patut bukan depa tahu pun kan..hehe..tapi takder lah aku kencing diorang,semua fakta fakta aku bagi tu betul jer..melawak pun kena tengok pada tempatnya lah kan..Lecturer yang datang sorang jer,cik zalila nama di beri.Cik tu,ingat nak ambik kesempatan nak mengorat tapi tak berapa nak berani bila tengok Cincin ada kat jari dia.silap silap tunang orang.haha..dah bertukar bisnes kad kira ok lah tu..kang menggatal lebih lebih kena belanja dia lunch pulak sat lagik.

Time Lunch tadi,pi makan kat Sungai Nibong punya Area.

Ada banyak pilihan makanan kat situ..nasik campur ada,mee goreng daud ada,mee pitchay ada,nasi dalca pitchay ada..macam macam ada lah senang cerita..pilih jer apa nak di makan..member aku yang lain duk makan nasi campur,aku duk gatai pi order Soto tengahari buta macam ni..sudahnya tak dapat soto nasi himpit,nasi himpit lembik kata peniaga kedai tu.aku cakap ganti jer lah ngan Kuey Tiow..ada ekk orang makan Soto ngan Kueytiow??hantam sajalah labu..tapi soto tu tak sedap lansung!aku bertaubat itu lah kali akhir aku akan makan soto tu..rasa macam mana ntah,sukar nak describe tapi tak sedap lah..Padan muka aku.sapa suh order pelik pelik.

Petang ni Hujan lebat turun.Keadaan sekitar sungguh gelap.

Sebelum ni macam kemarau,panas berpanjangan tup tup dua tiga hari lepas hujan turun tiap tiap hari..Alhamdulillah rahmat tuhan muncul kembali..ni sambil duk menaip dalam opis sambil kesejukan..kerja ada punya lah banyak tapi sempat curik masa jap nak update blog kesayanganku ini..tak mungkin blog ini akan berkubur(insya Allah jika di izinkan Nya..)..Semoga Rahmat Tuhan akan terus menimpa kita semua!

Ok lah aku nak sambung buat report untuk DOE ni..kalau ikut banyak lagi paperwork yag pending,tapi one step at a time ok..buat mana yang sempat..Esok masih ada..

Lagi 10 minit boleh balik.Till later folks!!

titik.

9

Matahari Terbenam di Luar AIRPORT VIETNAM..

9B

snippet untuk entri akan datang..di Airport VIETNAM,masa nak balik..

Thursday, March 11, 2010

VIETNAM TRIP - V.N HALAL RESTAURANT

Sambung lagi kisah percutian di Vietnam..

Sekembalinya dari half-day tour CU-CHI tunnel,dalam pukul 2.30 pm ,(fyi Masa kat Vietnam lambat satu jam dari kita..),kami kelaparan..nak makan.dan semestinya nak cari makanan yang berkonsepkan Vietnam.Takkan mai Vietnam pun aku nak cari nasik ngan Ikan singgang + Budu belacan + Ulam ulaman..memang la sedap tapi dah ada kat negara orang so apa kata kita cuba rasa makanan penduduk setempat pulak..

1

Pemandu pelancong kami yang bededikasi baca peta nak cari Restoran makanan Halal..

2

Akhirnya pusing punya pusing di Ho Chi Minh City ni kami ternampak lah Restoran VN Halal Restaurant Muslim Food..memang dalam itinerary kami ada plan nak makan kat sini.Nasib baik terjumpa so kami decide nak singgah terus..kang kalau nak cari restoran lain kang dua dua tak dapat.yang di kejar tak der,yang di kendong brciciran..

4

Suasana dalaman Restoran ini.

5

Actually masa kitorag sampai ada la satu Couple duk tengah makan.Cakap melayu jugak so aku rasa memang dari Malaysia la tu..ok lah.memang kat sini ramai pelanggan dari Malaysia lah kot.Ada jugak dua orang akak dari Shah Alam kalau tak silap duk makan.so kami bersembang-sembang ngan akak tu sementara menanti makanan tiba..dengan berlagaknya akak tu kata Vietnam ni memang dia selalu mai..so what?ada aku kesah..

6

Ni alamat Restoran ni ok,tertera indah di bahagian bawah buku menu tu..

8

Muka muka kepenatan..tambah lagi kelaparan..tapi teruja dapat singgah makan kat sini

9

Maka kami pun order lah apa yang patut.aku ngan Zie order air Kopi O,Nikli Nodin order air sirap..sedap jugak tu layan sirap tengah cuaca panas macam ni..(hang macam pi kenduri kawen la pulak kan Nikli duk order ayaq sirap..)tapi aku order kopi sebab dengar kata Kopi kat sini sangat lah sedap..lagi sedap Kopi susu nya,sebab aku bukan pencinta susu maka order Kopi O saja..tu pun dah terasa kaw-kaw punya kopi.Memang sedap!tak taw nak habaq macam mana..kena rasa sendiri baru taw..

7

smileeeeeeeeeeeeeeeyyy....

10

meh minum Kopi O ni..sedap wa cakap lu..

15

Untuk makan,kami bertiga sepakat untuk memesan PHO-makanan Ruji penduduk Vietnam..Ada baca dalam blog abang zul pasal Pho ni,dia suggest suruh try tu yang kitorang nak try ni.kalau ikut kat HALAL@SAIGON RESTAURANT malam sebelum ni pun ada,tapi sebab dah letih so tak rasa nak makan..hari ni baru nak try.

12

tengok cili potong ngan Limau Nipis ni pun dah terliur apa kes..

11

PHO is a Vietnamese beef and noodle soup. The soup includes noodles made from rice and is often served with basil, lime, bean sprouts and peppers that are added to the soup by the consumer.Pho had its humble beginnings nearly 100 years ago, and at that time was basically boiled beef, broth and noodles. It has since evolved into much more than that.

13

Phở is served in a bowl with white rice noodles (called bánh phở') in clear beef broth, with thin cuts of beef (steak, fatty flank, lean flank, brisket). Variations feature tendon, tripe, meatballs, chicken leg, chicken breast, or other chicken organs. "With the lot" (made with chicken broth and all or most of the shop's chicken and cattle offerings, including chicken hearts and livers and beef tripe and tendons) is known as phở đặc biệt (specialty phở).

17

Nampak macam Mee soup biasa jer,tapi sebenarnya rasa nya lain,berbeza ngan soup kita kat sini..rasanya banyak herb yang di letak,dan rasanya bila blend sekali menakjubkan!!sedap sungguh..tak menyesal kami bertiga duk order mender ni..macam laksa penang pun ya,tapi ni lebih kepada mee soup rasanya..sukar untuk di explain,hanya yang dah rasa jer taw..Bukan lah aku nak kata Pho ni sedap sangat-sangat,cuma nya rasa nya lain dari yang lain..Unik.

14

Aku bukan suka sangat daging,tapi daging slice macam ni aku layan jer..sedap pulak tu pekena ngan Kuah Pho ni..Korang tak terliur ker tengok??silalah terliur jangan malu-malu.

15A

Khusyuk Zie mengadap Pho noo..jangan lupa perah asam limau..

16

Sekali kaut ngan Chop Stick banyak tak hengat..Muka NN stim jer duk layan Pho..

19

Alhamdulillah,semangkuk Pho itu membuatkan kami kenyang sampai ke malam..sekarang ni pun duk teringat-ingat lagi Pho tu..duk search internet carik resepi tapi malas nak buat..haha..jawabnya nak kena Pi Vietnam lagi lah nampak gayanya..(alasan sangat kan..)..Dari Restoran ni kitorang terus balik ke Hotel untuk berehat..

(To Be Continued..)

Monday, March 8, 2010

APABILA KESIBUKAN MELANDA DIRI INI..

Permulaan Minggu yang sungguh sibuk!

Banyak kerja nak di selesaikan,sekarang station tengah Shut down so kerja maintenance outage bermula..tambah lagi ngan paperwork nak buat,meeting lagik,itu lah ini lah so macam macam nak di fikir kan.Tapi buat kerja hati kena cool..baru tenang dan di permudah kan Urusan..hati pun tak sakit.mana yang sempat siap kan,siap kan lah..yang tak sempat,esok masih ada..yang penting Kerjasama..hehe

ekkkk takdak idea dah nak tulis apa sebab banyak kerja lain nak buat.

Chiaow..

14

*Ni gambar PHO,ataupun BEEF NOODLE,makanan Ruji penduduk di Vietnam..kiranya ni snippet untuk entri yang akan menyusul lepas ni..hehe..Sabar lah menanti entri seterusnya k..Apa apa pun memang sedap sangat Beef Noodle ni!lain dari yang lain.tak sama macam sup kita kat sini.Tak percaya??PERCAYALAH...

Saturday, March 6, 2010

VIETNAM TRIP - DAY 2 : CU-CHI TUNNEL

Selamat berhujung minggu!!

Kali ni aku nak sambung lagi kiasah percutian ke Vietnam pada bulan Januari 2010 yang lalu..hari kedua membawa kami bertiga menjelajah ke Cu-Chi Tunnel,sebuah terowong yang tercipta di Vietnam pada zaman perang..macam tak perjaya pulak diorang baru jer habis perang dan merdeka pada tahun 1975 yang lalu..20 tahun lambat dari Malaysia..

Jom kita sama-sama saksikan apa yang menarik pasal Cu-Chi tunnel ini..

*******************************************************

24 JANUARI 2010

Dari pusak kraftangan mangsa perang,(rujuk entri ini)-kami di bawa ke kawasan Cuchi Tunnel,agenda sebenar untuk hari ini,.Tour separuh hari.dekat dua jam jugak lah baru kitorang sampai dari Ho Chi Minh City..jalan nya memang tak best.bumpy.tapi itu lah pengalaman yang di peroleh di sini.

1

Location: Around 70 kilometers northwest of Saigon, Cu Chi Tunnel is right near the so-called "Iron Triangle" of Southern Vietnam. Both the Saigon River and Route 1 pass through this region which used to serve as major supply routes in and out of Saigon during the war. Hence, the Cu Chi (in Vietnamese: Cá»§ Chi) and the nearby Ben Cat districts had immense strategic value for the NLF (National Front for the Liberation of South Vietnam), contributing to persuading the weary Americans into withdrawal, and has now become a popular tourist attraction for both domestic and international visitors.

2

Nak masuk kena beli Tiket..tengok lah semua yang duk pulun beratur tu.

3

zie dan nikli,my travel mate..tanpa mereka berdua mesti tak best

4

harga entrance dalam 80000 Vietnam Dong bersamaan RM13+++ duit kita.takder lah mahal sangat.

5

6

Sebelum Tour di mulakan,kami akan mendengar penerangan dan tayangan Video mengenai Cu Chi tunnel ini di sebuah bilik khas.best bilik tayangan ni,rasa suasana kekampungan yang amat.bawah tanah lagik.COOL!

7

Tour guide showing how the tunnel works.

8

The tunnels of Củ Chi are an immense network of connecting underground tunnels located in the Củ Chi district of Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam, and are part of a much larger network of tunnels that underlie much of the country. The Củ Chi tunnels were the location of several military campaigns during the Vietnam War, and were the Viet Cong's base of operations for the Tết Offensive in 1968.

The tunnels were used by Viet Cong guerrillas as hiding spots during combat, as well as serving as communication and supply routes, hospitals, food and weapon caches and living quarters for numerous guerrilla fighters. The role of the tunnel systems should not be underestimated in its importance to the Viet Cong in resisting American operations and protracting the war, eventually culminating in an American withdrawal.

9

Dari penerangan yang di berikan,inilah alat dan penyodok yang di gunakan oleh askar askar Vietnam dulu untuk membina terowong bawah tanah ini.Dashyat kan,pakai mender ni jer boleh buat terowong..hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..

10

Dari bilik tayangan Video,kami di bawa ke sebuah lubang terowong,contoh entrance terowong..alahai keciknya kan..kalau badan besor macam aku ni memang tak muat lah kan..so i just wonder adakah orang Vietnam dulu sekecil ini..sebab memang just muat muat.Nikli memang muat lah,haha..

11

Contoh Askar Vietnam memberikan Demonstrasi..

12

kena letak daun daun sikit atas penutup sebelum masuk..supaya tak di kesan musuh.

13

A trap door on the jungle floor leads down into the Cá»§ Chi tunnels. Closed and camouflaged, it is almost undetectable.

14

Ini lah our Tour Guide-MR.LIM kitorang panggil.dah namanya macam tu.dia ni bekas askar Vietnam selama 8 tahun,so memang penerangan yang dia beri sangat jelas dan sungguh berinformasi sebab pernah experience ni semua kan..plus dia fluent dalam bercakap inggeris..memang enjoy sesangat.

15

A booby trap with bamboo spikes.

16

bersungguh sungguh memberikan penerangan..

17

18

19

ada satu tempat tu disertakan jugak replika patung penduduk vietnam masa zaman ni.sekadar nak bagitau apa penduduk kat sini buat masa zaman perang..yang kaum lelaki akan sibuk ngan senjata memasing dan kaum wanita akan sibuk jaga baby..

20

zie duk kacau askar komunis tu menulis..

21

aku ajak minah ni jadik awek aku tapi dia tak mau.aku tak cukup hensem kot.

22

perjalanan di teruskan lagik..

23

sampai di kawasan kereta kebal la pulak..besor kereta ni.

24

25

ni pula kawasan self made weapon gallery..diorang buat sendirik senjata.hebat kan.

26

Macam macam trap yang ada.kreatif sungguh.naik gerun jugak tengok..tapi group kitorang ni best lah,omputih ni ada yang happening jugak.kami bertiga jer orang malaysia,yang lain semua omputih tapi tak taw lah depa dari mana kan.

27

serius nya muka Nikli.mentang mentang lah duk sebelah bom.haha

28

patung ni boleh bergerak-gerak..ada suis diorang pasang..

29

NATIONAL DEFENCE SPORTS SHOOTING RANGE

30

Di kawasan senjata ni Mr.Lim showed us senjata senjata yang di guna pakai oleh tentera Vietnam masa zaman perang dulu..

31

Visitors can fire an assault rifle at the shooting range.

32

Kitorang pun tak melepaskan peluang untuk menembak kat sini..ambik AK 47 jer,murah sikit..minimum peluru yang boleh di beli 10..so kitorang share share lah menemebak..bila lagi nak dapat peluang menembak macam ni.

33

bunyi kat sini bising yang amat..berdengung telinga..kena pakai tutup telinga tuh..

34

kominis tu duk ajar aku nak tekan kat mana..cuak jugak..tapi ok jer.haha

35

NN dan Zie menunjukkan skill yang ada..

36

lepas dah penat(penat ker?haha) menembak kitorang berehat jap makan aiskrim..berapa j\hengget eskem ni pun aku dah tak ingat..

37

makan sebelum cair..

38

ada di tunjuk diorang buat kulit popia kat sini.makanan diorang rasanya..

39

ni selipar yang di buat dari tayar..dari sekecik kejadian hingga lah yang besar..

40

jom jom kita masuk terowong pulak..

41

sebenarnya kalau bukan k\untuk tujuan Visitor mesti dorang tak buat macam ni..terowong ni dah di improvise untuk keperluan tourist..so kami pun boleh masuk dalam terowong ni dan merasa sendirik macam mana kehidupan kat bawah tu..dah di perluaskan..scary la jugak tapi menarik..

42

kami di dalam terowong..

43

seksa jugak wooo nak kena merangkak rangkak..dengan sistem pengudaraan takder kalau duk lama lama mesti kitorang lemas..nak tergelak pun ada bila berjalan boleh sndol bontot orang depan sebab tak nampak kan..gulap gulita..haha..

44

menunggu rakan rakan lain selesai keluar dari terowong..

45

mari melihat apa lagi yang ada kat sini..

46

Kali ni kami di bawa ke kawasan dapur diorang,tempat memasak dan tempat pertemuan diorang.menurut Mr.Lim diorang akan bangun seawal jam 4 pagi untuk memasak supaya asap tidak sempat di lihat oleh musuh di atas udara..

47

A command center in the tunnels. Today, visitors to the complex can eat meals underground, sampling foods that the underground Viet Cong fighters had eaten, such as rice.

48

Di kawasan ni kitorang di jamu dengan Ubi Kayu dan air teh..dah la perut masing masing memang tengah lapar so memang macam orang mengantuk di sorongkan bantal lah..lama dah tak makan Ubi kayu cicah garam + gul + kacang..sedap sesangat..kami duk bedal selamba jer tapi omputih yang ada kebanyakan nya tak reti camana nak makan.haha

49

kan ker sedap ubi kayu bakar ni..

50

Dahaga sangat kaa Nikli..tak toleh kiri kanan dah minum ayaq teh tu

51

bergambar lagi dan lagik..

52

Tour kali ni seronok sebab dikelilingi pokok pokok dan tanah macam ni..alam semula jadi sangat..rasa macam best jer..Alhamdulillah.

53

tak dapat komunis sebenar ngan patung pun jadi lah..

54

di kedai cenderamata..

55

ini lah kawan kawan komunis kami.haha

56

57

bergambar bersama bendera VIETNAM..

58

Maka berakhirlah Tour kami di Cu Chi tunnel ni.kesimpulannya,tempat ni sangat unik dan menarik!!memang WAJIP datang sini kalau korang travel ke Ho Chi Minh City..di samping belajar sejarah,at least kita akan dapat iktibar dari pada sejarah itu sendirik..sebelum berpisah,sempat la bergambar ngan our tour Guide-Mr.Lim ni..memang peramah dan very helful person..

59

Dari kawasan Cu-Chi tunnel tu,kitorang kembali ke Ho Cho Minh City..hajat di hati kitorang nak menyinggah di War Museum tapi bas tak lalu kat situ..so tak jadi lah.next perhentian kami menyinggah makan di Sebuah restoran Halal di Vietnam ni,untuk rasa makanan tradisi penduduk setempat-PHO ataupun Beef Noodle..memang sangat lah sedap!!dan Kopi nya jugak terangkat!!tunggu entri seterusnya ya..

(to be continued..)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails