Followers

Showing posts with label tnb. Show all posts
Showing posts with label tnb. Show all posts

Monday, March 3, 2014

PRIMULA BEACH RESORT KUALA TERENGGANU : 3D2N

It's time to get some rest.
 
Haven't got any since yesterday after the marathon event.
 
Another 2 night here in Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.


Teambuilding program.

Anjuran company aku.


Sempat lah jenjalan tepi Pantai Batu Burok


Time malam ada buat segmen kenangan.
 
It always hard to deal with the lose of our loved one.. al-Fatihah untuk kedua ibu-bapa yang telah meninggalkan kita.. semoga roh mereka sentiasa berada di dalam lindungan Allah.. kepada yang masih punyai ayah dan ibu, hargai lah mereka sem...entara mereka masih ada di dunia ini. Sentiasa lah ingat, tanpa doa dari mereka kita tak akan berada di tempat seperti kita berada sekarang..
 
jangan pernah jadi lupa daratan.

Cinta pada manusia, manusia akan mati.. cinta pada Allah dan rasulNya kekal abadi.

 
*tired and sleepy. zzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, July 3, 2012

ANTARA KEMEGAHAN YANG ABADI & KEMEGAHAN YANG SEMENTARA

Sekarang musim audit mengaudit

Last year aku audit di Port Dickson..This year dapat audit di Paka pula. just stay di rumah je lah jawabnya..Pagi tadi mak buat nasi Goreng..lama dah tak rasa mak buatkan sarapan pagi..Terima kasih mak buatkan sarapan..then baru keluar rumah menuju ke tempat kerja..sambil drive ke Paka i just see myself in the future kerja kat sini. Yup. Aku akan balik ke sini juga nanti. Di sini tempat asalku. I wanna grow old here..sama sama dengan family kat sini.


Sampai stesen terus buat site audit..audit bukan nak cari kesalahan. Just nak perbetulkan mana mana yang perlu di improve.. bila buat audit at least aku dapat nampak perkara yang boleh aku implement kat stesen sendiri nanti..asyik sangat buat audit sampai semua tak keluar lunch.just makan nasi goreng yang tuan rumah sediakan..malas nak keluar sebenarnya..


Time minum petang pulak ada keropok lekor disediakan..dah nama audit di Terengganu wajib lah ada keropok lekor..Memang minggu ni ialah minggu makan makan sedunia lah jawabnya..tambah lagi duk kat rumah memang tak berapa boleh nak control makan..next week baru start training berlari balik..lagi dua minggu ada half marathon di Seremban. 


Waktu menunjukkan jam 5.30pm.jom kita balik!!


On the way nak balik rumah sempat singgah di Mesra Mall sebab ada a few barang aku nak beli..Nampak Big Apple Donut  saja lah beli 6 bijik..bawak balik rumah..aku tengok ada Kedai dah bungkus kat Mesra Mall ni..Starbuck dah tutup, ada spa dah tutup..mesti sebab business tak bagus..ye lah.kawasan kampung.nak beli kopi segelas 18 ringgit?kalau ada duit pun baik beli benda lain lah.


Kat rumah anak anak abang jalee ada..Qiadah ngan Qayyum.Seronok tengok dia makan Donut..tapi mokla kata qiadah tak berapa boleh makan benda manis..nanti akan jadi Hyperaktif..takpe lah.bukan selalu pok zim balik kan..Qiadah anak sedara kesayangan faiz.hehe.Baik sungguh ngan Pok Iz dia sebab Faiz rajin melayan..


Sampai rumah semalam mak jamu dengan Sotong.. hari ni pun ada sotong lagi..yang penting semua sotong ni padat dengan telur kat dalam..Kak Tie ada kirim sotong 3 KG suh wat balik KL nanti..Insya Allah lah kak Tie kalau ada rejeki nanti saya bawak ke sana..Puas hati dapat makan telur sotong banyak banyak!!


Lepas solat isyak berjemaah, Mak ajak pergi ke Kijal, tempat Che Ngah mengajar..ada kuliyyah ilmu malam ni..belajar Kitab Al-Hikam..Amee, Mok Har ngan Tok Wan ikut sekali..abang jalee sekeluarga sekali pun ikut sama..Belajar topik 86 : Antara kemegahan Abadi dan kemegahan sementara..antara kemuliaan yang abadi dan kemliaan yang sementara..anatara intipatinya :

Manusia mencari kemuliaan melalui berbagai-bagai cara. Mereka mencarinya melalui harta, pangkat dan kekuasaan. Ada yang mencarinya melalui ilmu dan amal. Ada yang mencarinya melalui wajah yang cantik dan suara yang merdu. Ada pula mencarinya melalui tindakan yang mencabar seperti terjun dari tempat yang tinggi. Semua kemuliaan yang diperolehi dengan cara demikian bersifat sementara. Bila orang yang berkenaan berpisah daripada alat yang menjadikannya mulia maka hilang juga kemuliaan yang dimilikinya. Semua kemuliaan tersebut adalah fatamorgana. Orang yang berpangkat, berkuasa dan berharta akan tidak berasa mulia lagi bila berhadapan dengan orang yang tinggi pangkatnya, lebih besar kuasanya dan lebih banyak hartanya. Orang yang dimuliakan kerana kecantikannya tidak dimuliakan lagi apabila wajahnya sudah berkedut. Orang yang dimuliakan kerana kemerduan suaranya tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih merdu suaranya. Orang yang dimuliakan kerana berani terjun dari tempat yang tinggi tidak dimuliakan lagi bila ada orang lain yang lebih berani terjun dari tempat yang lebih tinggi.

Hanya Allah s.w.t yang memiliki kemuliaan. Tidak ada satu pun makhluk yang dapat mengwujudkan kemuliaan. Apa yang dicipta oleh makhluk hanyalah gambaran yang menurut sangkaan. Kemuliaan sejati hanya boleh didapati dari Allah s.w.t. Jalannya adalah dengan mengambil perhatian kepada aspek batin yang bersangkutan dengan ketuhanan. Hamba Allah s.w.t yang tidak tertipu oleh zahirnya alam akan terus berpegang pada aspek batinnya yang memberi peringatan dan petunjuk. Mereka bersabar dalam menempuh gelombang takdir Ilahi sehingga mereka terdampar di pantai keredaan Ilahi.

Seronok bila ada dalam majlis ilmu macam ni..sebab tu lah kita kena pilih dengan siapa kita berkawan..berkawan dengan orang baik insya Allah kita akn jadi orang yang baik juga..Kuliyyah habis pada jam 11.30pm.Banyak perkara juga aku belajar malam ni..sebenarnya apa yang kita ada dalam dunia ni semua milik Allah..maka kenapa kita berlumba lumba untuk mencari kemewahan dan kemegahan dalam dunia? pesanan untuk diri sendiri juga..sedangkan destinasi kita yang pasti ialah akhirat..Sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan..

Insya Allah.

Saturday, June 30, 2012

SEKITAR PROGRAM JOM KE KUARTERS ZON UTARA TNB 2012

Alhamdulillah..

Program yang telah dirancang sejak dua bulan yang lalu akhirnya telah berjalan lancar..Proram Jom ke Kuarters anjuran PKPI dan PAKATAN TNB.. Program bermula pada 29-30 Jun 2012..

29 JUN 2012


Antara Urusetia yang terlibat


Perasmian oleh Pengurus Besar Stesen Jaanelektrik Gelugor


forum perdana : kearah pemantapan institusi kekeluargaan, Kejiranana dan Masayarakat


Panel jemputan : Ustaz Mutalib Maarof, Ustazah Nazrah, Imam Muda Azhar


Ramai tetamu yang hadir..Orang luar dijemput sama


Forum berakhir kira kira jam 11.45 pm


Imam Muda Azim & Imam Muda Azhar

30 JUN 2012


Qiyammulail jam 4.30am & Kuliyyah selepas solat subuh berjemaah


Sarapan pagi bersama sama para jemaah


Aktiviti sukaneka di Padang Kilat


Pelbagai acara dipertandingkan


Kategori wanita dan kanak kanak


Pertandingan mewarna dan kuiz sejarah islam untuk anak staff


Penyampaian hadiah untuk para pemenang sukan, kuiz dan mewarna


Makan tengahari dan solat zohor berjemaah


Mempengerusikan majlis penutup program


Ucapan aluan YDP PKPI & Ucapan perasmian penutup Timbalan Presiden PAKATAN TNB


Penyampaian hadiah acara sukan dan sumbangan kepada fakir miskin


Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Majlis berakhir pada jam 3.30 pm..bagi aku program ni sangat bagus terutamanya dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim antara warga kerja yang tinggal di dalam Kuarters..Pengisian Rohani juga penting dalam mencari keberkatan dalam hidup..Terima kasih pada semua yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung..Semoga kita semua bertemu lagi dalam program Jom ke Kuarters akan datang..Insya Allah!

*Habis program aku pening kepala sangat sangat..balik rumah terus tidur..maybe sebab cuaca panas sangat.

Friday, March 30, 2012

PROJEK BAITI JANNATI 2012 SJ.GELUGOR DI GUAR PETAI

Just a quick update..

Projek Baiti Jannati ni merupakan satu program kemasyarakatan TNB dalam membantu orang yang miskin memerlukan dari segi tempat tinggal.Bila sudah dikenalpasti warga yang susah TNB akan sumbangkan sejumlah wang untuk membantu membaikpulih Kediaman mereka..Untuk tahun ni Encik Nordin bin Dolah di Guar Petai merupakan orang yang bertuah untuk menerima sumbangan ini..Majlis perasmian dan penyerahan Rumah di adakan sepanjang pagi dan petang tadi..Semoga TNB akan sentiasa bertapak kukuh untuk terus mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini lagi.


Menolong orang itu gembira.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.

Wallahualam…

*Seperti yang dijanjikan, Hujung bulan Mac 2012 akan dapat kereta baru.and yes.You are right.Terima ksih kerana tidak memungkiri janji..:)

Thursday, November 3, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN MOHD CHAN ABDULLAH, MAKANAN CINA MUSLIM

Kepenatan.

Baru sampai Penang..tadi petang drive dari KL setelah menghadiri seminar di TNB research Bangi..Last minit punya plan boss aku minta attend.so atas dasar 'saya yang menurut perintah' maka datang sahajalah.agak kelam kabut sikit sebab esok (jumaat) kena masuk opis juga..so aku just nak story pasal semalam dan hari ini.


This is Surat panggilan seminar..nama my boss yang kena nominate but since dia ada kerja lain aku have to attend this..semalam drive dari penang ke Bangi dan menumpang di Rumah Sam..bukan tak mau duk kat Hotel,tapi macam rugi sebab dah lewat malam,then esok pagi dah nak check out.ada rumah member apa salahnya menumpang kan..Sam ngan angah ok punya..bestfren lah katakan..:p


Sampai Bangi semalam dalam pukul 10pm terus ke seksyen 7..Alhamdulillah selamat sampai..takut giler aku bawak kereta sebab hujan lebat sepanjang jalan..tak nampak jalan sampai banyak kereta yang pasang lampu kecemasan.memang ngeri..minta doa banyak banyak ngan Allah supaya memudahkan perjalanan..Alhamdulillah selamat sampai.siap sam jamu aku ngan Ungkep.nak resepi Ungkep?rujuk link ni.Angah dan Irsyad dah tidor so aku ngan Sam lah duk bersembang pasal kalori di ruang tamu sebelum masuk tidor..Lepas ni hopefully sam boleh applied konsep calorie in calorie out tu.nak lose weight just a simple math : calorie in < calorie out.tu jer.(cakap memang senang..nak buat tu yang payah.heheee)


Pagi tadi pula Angah buat cucur Bilis sebelum aku ngan Sam keluar rumah..memang sedap!lama aku tak makan cucur bilis home made macam ni..rindu nak balik kampung..Then dari rumah Sam aku terus ke TNB Research dan attend the seminar..Seminar tu pasal Carbon Footprint.nak identify pasal green house gases..very good seminar..ilmu baru ni bagi aku..habis seminar dalam pukul 1pm..then aku ada lunch date dengan seorang blogger pemes..dia kerja di area bangi jugak..so aku minta dia bawak aku pi makan kat restoran yang best di Bangi ni.


Here we are at Restoran Mohd Chan Abdullah..Chinese muslim food..


Orang agak ramai masa kami sampai (ni gambar masa nak balik bila dah sudah makan tu yang nampak tak berapa ramai)..Kedai ni kedai baru jugak..i mean,cawangan nya baru buka di Bangi..punya lah lam atengok menu sebab tak sure nak makan apa..mula mula ingat just nak order masakan panas tapi last last tukar order nasi putih dan lauk lauk.so apa yang kami order??:


ini namanya SHARK FIN SOUP..Harga bagi satu mangkuk macam ni RM18..dah ambik yang small.tapi rupanya small punya portion boleh makan sampai 6 orang!!dah la order lauk lain jugak..kena menghabiskan juga lah.hehee..This shark fin soup look delicious right??


i bet it is.Memang sedap!lepas ni aku dah tahu lah nak cari shark fin soup yang sedap kat mana..memang bertambah tambah la makan..sementara tunggu nasik sampai appertizer dengan this soup dulu.makan soup ni saja pun macam dah kenyang.tapi serius sedap!reccomended lah!


LOU ZUE SHUE vegetables..ok nama tu aku main buh jer..memang nama this sayur ala ala nama cina.tapi actually this is sayur campur lah.ok rasanya.sedap standard sayur.masak dengan sos tiram i think.sepinggan macam ni RM12


BUTTER PRAWN yang mantap!!!ada 6 ekor semuanya,harga RM22 satu pinggan.susah nak cari kedai melayu yang pandai buat Udang butter sedap..ehh lupa pulak ni kan kedai Cina muslim..this is another recommended meal for the day..aku suka yang jaring jaring telur tu..lemak lemak manis rasanya.rangup..!


saiz udangnya pun sederhana.tak besar dan tak lah kecik sangat.puas makan!


Last but not least, AYAM LEMON..ayam tu di goreng dan disadur tepung..kemudian ada sos lemon yang cukup sedap!serius aku suka jugak ayam lemon.Harga satu pinggan : RM15.


so lets eat eat and have a little chat..


Overall aku suka makanan dalam restoran ni.another time nak datang lagi untuk cuba meal lain pula..agak banyak ya makanan yang di makan pada hari ini.tapi after all semuanya terletak pada kita untuk mengimbangkan kalori intake..tengahari dah makan banyak macam ni so untuk dinner memang tak makan dah laa..serius kenyang sampai malam..Thanks for the treat my fren!


kepada sesiapa yang nak datang makan kat sini,this is the address :

Bandar Baru Bangi
No 30, Jalan Medan Pusat 2c, 
Pusat Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Tel: 03 - 8922 1001


Lepas dah siap makan aku ke Pejabat kak leez (Utusan Karya)..saja nak lawat opis dia..dapat juga jumpa beberapa kenalan lain yang kenal masa join cabaran sihat di FRIM last week..i get a new friends!berkawan biar seribu berkasih biar satu..Thanks kak leez for all of the magazine terbitan Utusan Karya.boleh la baca sampai tertidur kejap lagi ni..Ada umur kita jumpa lagi.Dari Bangi tadi aku terus shoot ke Penang..sampai pun dalam pukul 10 pm tadi..cukup 24 jam aku ke hulu dan ke hilir..dari penang ke Bangi dan dari Bangi ke Penang semula.

Ok dah mengantuk dan dah nak tidur.

Assalamualaikum..

*esok malam nak balik Terengganu pula untuk sambut Hari Raya Aidiladha pada 6 November nanti..my weekend never empty..sentiasa ada plan dan aktiviti..sementara badan masih kuat i just want to live my life to the fullest.Thank You Allah atas nikmat tubuh badan dan kesihatan yang baik..Alhamdulillah syukur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails