Followers

Showing posts with label bangi. Show all posts
Showing posts with label bangi. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

CERITA OUTSTATION KE BANGI

Baru jer masuk kerja satu hari setelah bercuti panjang..

Kiranya aku ambil cuti untuk ke Korea tu bukan untuk aku bercuti, tapi untuk meluangkan masa dengan keluarga sempena pemergian ayahanda kami yang tercinta(Al-Fatihah)..life goes on kan. Yang dah pergi, biarlah pergi..itu takdir.Kita yang masih hidup kena teruskan kehidupan dan sama sama beramal untuk menuju ke sana juga kelak.
 

Hari ini berada di Bangi pula..sebab dapat surat jemputan untuk menghadiri majlis anugerah keselamatan dan kesihatan pekerjaan.at my station, bahagian environment (ISO 14001) me and my boss is the key person. kami related dengan bahagian safety juga.Mulanya aku tak nak pergi.sebab kerja banyak giler ya di opis.cuti hampir dua minggu..mau kerja tak bertimbun.tapi boss aku suh pergi so aku datang je lah.boleh claim nanti.


Majlis start pukul 9am..aku sampai pun dah nak dekat pukul 9am.Tq kepada seorang kawan yang beri pinjam kereta dia..kalau tak mesti susah aku nak datang sini.malam tadi datang naik bas sahaja ya.tak larat lah nak drive.kesian kat kereta aku.asyik long distance jer..kasi peluang dia rehat lah pulak.


sessi penganugerahan bermula..GM di iringi oleh Senior Manager bahagian sumber manusia untuk ambik anugerah.stesen kami dapat dua.tempat ketiga dan tempat kedua dalam kategori yang berbeza.teruskan kecfemerlangan ya sj.Gelugor!!


wakil yang datang dari Gelugor Power Station


Terjumpa abang fariz dan kak Zaharaton..dah 3 tahun lebih tak jumpa.kali last jumpa masa di Penang ketika sama sama bertugas jadi urusetia di Vistana Hotel anugerah khidmat setia..Nice to meet both of you again..abang Fariz tanya aku bila nak kawen?aku cakap mintak anak dia.dia kata maaf lah ya aku lambat sangat.anak dia dah nak kawen hujung tahun ni.haha.melepas.


Its makan time.Alhamdulillah.sebab aku sangat lapar.tak makan pagi..tak sempat.dapat lah alas perut sikit ngan nasi goreng yang disediakan penganjur.makan pulak sam angan VIP since kitorang ialah penerima anugerah.


Pusat belajar TNB -ILSAS.


Habis sessi anugerah, ada ceramah kesihatan oleh Doktor Tina..pakar natural healing.aku suka ceramah dia.sebab pendekatan yang diberi adalah sangat menarik..dia bercerita pasal gaya hidup kita sekarang..dari segi pemakanan dan tekanan hidup..yang paling aku ingat dia cerita pasal asid dan alkali.sel kanser akan mudah membiak dalam persekitaran berasid dan tak akan dapat membiak dalam persekitaran beralkali.jadi kena maintainkan pH badan kepada alkali..supaya tiada penyakit merbahaya dapat serang.sumber alkali banyak dari buaha buahan dan sayuran..air mineral pun alkali.sumber asid pulak banyaknya datang dari air teh, kopi , minuman gas berkarbonat, semua sumber haiwan..bukan kata tak boleh makan, tapi kena balance kan.portion kena betul.


Selain pemakanan, dia relatekan juga dengan gaya hidup kita yang cepat stress.yang penting kena stay positif.orang yang positif akan hidup lebih lama.and you know why?because bila kita sentiasa positif badan kita akan terdorong ke arah alkali..kena minum air masak banyak banyak juga supaya pH badan dapat maintain atas dari 7..now i do understand kenapa kita kena minum air banyak dalam badan.boleh singkirkan toksin skali..penyakit semuanya berpunca dari usus..so buat lah pembersihan kolon ya kalau berkesempatan..dengar ceramah macam ni memang aku teringat kat arwah ayah.kalau lah aku boleh pesan dari awal pasal pemakanan.tapi mak kata mana boleh sebut 'kalau'.tu semua mainan syaitan..astaghfirullahalazim.


Ceramah habis tepat jam 1pm..aku ada appointment ngan Sam di Bangi Kopitiam.maaf lah ya sebab sampai lambat.ko tahu lah Bangi camana jammednya..sempat jumpa sekejap sangat.Sam pun bawak colleague dia skali.tak sempat nak sembang lama pun. tapi takper since next week dia akan datang Penang 3 hari.boleh la jumpa kan.aku bawak ko makan nasi kandar nanti ya.hehe..lepas lunch aku balik ke ILSAS semula sebab nak buat free helath screening..Then baru balik..

*Sampai Penang jam 4 pagi tadi..Alhamdulillah selamat sampai..so hari ni kerja macam biasa ya..penat letak belakang kira.alah bisa tegal biasa.

Tuesday, January 17, 2012

SARAPAN PAGI DENGAN SAHABAT LAMA

Ni cerita Hujung minggu lalu ( 15 Januari 2012)

Lepas habis berlari Mizuno di UPM Serdang, aku ada janji dengan Sam dan Angah untuk sarapan pagi sama sama..ingatkan Sam join jugak larian ni sebab aritu dia bagitau kat aku dia dah sign up.alih alih dia kata tak jadi pulak..puas aku nak paksa dia ni join.takper lah tak ada rezeki lagi..so dari UPM aku follow kereta Sam je lah.entah kat mana ntah dia bawak aku di area Bangi ni ke sebuah kedai makan.


Restoran La Rizz nama diberi..mesti larisss!!


Masa masuk this restaurant jenuh juga nak menuggu dapat meja..semua penuh..since kitorang ramai dalam 8 orang so memerlukan meja panjang..sesusi sangat lah nama kedai ni.memang larisss.sampai meja tak cukup..nasib baik lah tak perlu menunggu lama akhirnya dapat lah dua buah meja.This restaurant macam macam ada..lauk nasi campur pun dah ada walaupun baru jam 10am..memang menarik lah.Tinggal pilih je nak makan apa.Konsep layan diri ya.


cucur bawang ni sedap jugak!!Yana dan LJ makan yang ni jer


Aku makan bubur nasik ni.geram tengok telur masin


Kak Tie dan Sam makan Bubur nasik ada kuah soto.


Angah makan pancake apa ntah..sibuk ngan Irsyad lagi..


Auntie Yana cubit Irsyad sampai menangis


Lama jugak tak jumpa Sam dan Angah..dah lebih 3 bulan tak jumpa..kesempatan macam ni lah kena ambil kalau nak jumpa..Irsyad dah makin besar..tapi sangat lah concius kalau orang nak ambik gambar dia.tengah menangis boleh senyap kejap sebab nak ambil gambar.Lepas dah snap boleh sambung nangis balik..boleh jadi model anak ko nanti ni sam.heheee..Aku doakan keluarga ko bahagia ke akhir hayat Sam & Angah..aku happy tengok korang happy.:)


Nice to meet you my old fren!!aku jumpa ko lagi sekali mesti irsyad dah pandai berjalan dah..kalau senang datang lah berjalan kat Penang..aku ada jer kat sini.Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa dan ketika ya!Terima kasih pada semua yang ada..Life is so wonderful when you have a good friend in it..Kepada semua kawan kawan saya,Terima kasih sebab menjadi kawan yang baik kepada saya.

"A world without a friend, what would it be? It would be like a world without water, something you need. Friends are like glass, once broken, they are hard to fix. Keep your friends, as you would keep your water."

Wednesday, November 23, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN YATI AYAM PERCIK, BANGI

Cerita makan-makan lagik.

Nak buat macam mana tuan punya blog ni memang suka menjamu selera dan mencuba makanan makanan,nak nak kalau outstation macam ni..Kursus berjalan lancar.walaupun ada a few things yang tak berkaitan ngan kerja aku tapi at least for knowledge wise ok sangat..so mari kita menjengah ke Restoran Yati Ayam Percik di Bandar Baru Bangi.Semangat nak buat review sebab baru balik makan.hehe.


Ini bukanlah kali pertama aku datang sini.kali Pertama dulu masa Bulan Puasa berbuka bersama Famoque,Sam dan isteri masing masing.Lokasinya?tengok alamat ni je lah : 

Bandar Baru Bangi
21 Jalan Medan Pusat 2D ,
Persiaran Bangi
43650 Bandar Baru Bangi ,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89275636


Interior dalamannya standard restoran masa kini.zaman sekarang ni banyak restoran yang berkonsep macam ni.buat supaya spacious dan selesa konpem ramai orang tertarik untuk singgah.kalau bab harga mesti akan slightly mahal dari biasa,but that's our choice kan?klau nak murah pi makan kat gerai..kat sini maybe mahal sikit dari biasa sebab sewa kedai mahal.Yati Ayam Percik ada 3 cawangan rasanya,di Kota Bharu dan Kajang pun ada.


Order air lai chee kang panas


Menu yang di cadangkan ialah nasi Kerabu..nampak menarik!


Ok ini ulasan aku mengenai nasi kerabu yang dihidangkan.Dari segi rasanya bagi aku ok.sedap dah.boleh makan.cuma sebagai orang pantai timur aku pernah makan nasi kerabu yang lagi sedap daripada ni.Bila buat Restoran franchais like this,yang aku perasan kebanyakan makanan akan hilang rasa keaslian nya.dah tak authentic.aku tak kata nasik ni tak sedap.tapi macam dah kurang asli.tu jer komen aku.


Kuah perciknya pun boleh tahan jugak..


Daging bakar ni sedap!cicah pulak dengan sos tu.mantappp!


Mai mai jemput makan nasik kerabu..


oleh kerana tagline yang diberi ialah 'Pilihan Terkenal Dari Kota Bharu' maka maybe sebab itu lah aku expect more..tapi dont worry,this restaurant bukan ada nasi kerabu sahaja,banyak lagi seleksi seleksi yang ada dalam menu.pilih jer mana yang korang berkenan..Harga sepinggan nasi kerabu tu dalam 8-9 ringgit.aku tak berapa ingat.Overall boleh lah datang lagi lain kali untuk cuba menu lain pulak.

Insya Allah.

*Ahli tasawwuf Hasan Basri menyatakan, “Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya.”

FOOD REVIEW : RESTORAN NIM'S LITTLE ISLAND, KAJANG

Kisah malam tadi.

Sempat dinner dengan kak leez dan azuan.Plan last minit jugak.kak Leez memang kerja di area Bangi.Azuan kerja area Ampang.so lebih kurang lepas maghrib semalam kitorang jumpa untuk makan malam sama sama.Lama tak bersembang sembang dan bincang plan akan datang.tapi tak tahu nak makan kat mana,so aku serahkan pada Kak Leez untuk decide..Actually Bangi ni banyak sangat tempat makan yang macam menarik menarik sampai rambang mata nak pilih yang mana satu idaman kalbu..


Kitorang ke NIMS LITTLE ISLAND CAFE..semua tak pernah try lagi makan di restoran ni..Kak leez pilih tempat ni based on dia punya opismate recommendation.(Thanks aqilah raban!).Mulanya jalan nak masuk ke sini macam susah jugak,sebab lokasinya yang di celah celah kampung..serius aku tak reti nak bagi direction tapi kalau korang nak try ikut alamat kat bawah sekali tu.terletak di kampung sungai ramal kajang.tak pun nak senang lagi tanya jer orang.This restaurant walaupun di ceruk yang dalam ramai jer orang.so maknanya mesti sedap dan murah,or ada sesuatu yang menarik pasal this restaurant.Lets cekidaut.


teman untuk dinner malam tadi..Sedondon berbaju purple.sweet.Hensem dan cantik.sesuai sangat.hehe.


Tanpa membuang masa jom lah kita tengok apa yang kitorang order.this is SIAKAP TIGA RASA.kuahnya sedap!ikannya rangup.Boleh rate A.kena dengan tekak aku.


KERABU MANGGA ni pun ok lah.not bad.


UDANG GORENG TEPUNG.mulanya aku nak order sotong goreng tepung.tapi bila tanya cara diorang bust sotong goreng tu macam cekodok.yang ada tepung banyakk then kat dalam tepung ada lah sotong cinonet.terus tak jadi order.tak suka aku yang macam tu.


Dan aku rasa ni meal of the night.TOMYAM CAMPUR DALAM KELAPA.sedap kuahnya.rasa air kelapa dan tomyam yang blend sekali.recommended lah this lauk.aku pernah makan tomyam dalam kelapa di Restoran Tupai tupai tapi ni lagi sedap.


bercakap pasal air,masa tengok menu macam macam nama ada..ada soda gembira lah soda sedih lah soda ceria dan macam macam lagi lah.menarik juga bila baca dalam buku menu macam tu.pastu nampak ada nama cinoni.cinoni epal lah cinoni jambu..tanya waitress bertugas cinoni tu apa dia kata asamboi.oooooo nama lain ker baru kami taw.so kitorang sepakat order cinoni amra atau nama lainnya ialah kedondong asamboi.macam macam lah aih.hehe


siri bercakap dengan kucing yang habiskan kepala siakap tiga rasa sebentar tadik


Overall aku rasa This restaurant quite ok.Environmentnya yang syahdu dan dime ala ala romantik ni memang best..patut lah orang ramai jer..dan aku nampak kebanyakannya macam student jer yang datang.maklum lah lokasinya dekat dengan UKM dan jugak UNITEN..dari segi makanannya biasa jer lah.tak lah best giler giler sampai rasa nak datang lagi nanti.ok lah untuk sebuah kedai makan yang konsepnya dalam kampung.harganya pulak standard price.tak murah dan tak mahal.maybe ada a few menu yang murah.kena pandai pilih lah.wanna give a try?ni alamatnya:

NIMS LITTLE ISLAND CAFE
JALAN TERATAI KAMPUNG SUNGAI RAMAL
43000,KAJANG SELANGOR

*Selamat mencuba.mula mula memang payah nak carik.ikut korang lah.kalau malas takyah datang.kalau rasa nak cuba datang.takder paksaan ok.duit korang kan yang bayar.

Tuesday, November 22, 2011

MY RESIDENCE IN KUALA LUMPUR : HOTEL EQUOTORIAL BANGI-PUTRAJAYA

Datang ke BANGI,tak tau nak stay kat mana.

I need a place yang dekat dengan UKM since the course itself bertempat di EiMAS dalam UKM,so it would be convenient for me to travel every single day for the whole week.another consideration is i need a conducive environment to help me out through the entire night to finish my assignments and to study for the final examination at the end of this week.Here i am,at Equotorial Hotel Bangi,the most luxurious hotel in Bangi..on top of the hill.


kalau nak tahu lokasi sila lah gugel jer.senang.konpem ada.


This room is too big for me!i wish i had my own family to share with..


ada meja study tu kira ok lah.senang nak siapkan assignments yang melambak..


tak sabar nak tidur tengok katil yang melambai lambai..


Overall this room is nice!comfortable and spacious.


Ruang bilik airnya pun luas.boleh guling guling kat dalam


Balkoni untuk melihat jalan raya dan pemandangan luar


Suasana di bangi yang Hujan renyai renyai di waktu petang


Jom minum coffe dulu!!


Yang paling aku suka sebab ada sterika dan Iron Board ni tersedia dalam bilik.setengah hotel hanya menyediakan bilik menggosok baju ataupun kena panggil room service hantar.so this is another added value untuk this hotel room.senang nak gosok pagi pagi tak payah keluar bilik.


sarapan pagi di Hotel ni pun ok.quite banyak juga pilihan yang ada..


Kolam renang yang luas.kalau ada kesempatan boleh la terjun berenang renang..untuk minggu ni banyak agenda di malam hari penuh aktiviti berjumpa kengkawan..mana ntah aku nak selit masa untuk study dan buat assignments..pandai pandai lah kan..hopefully semuanya berjalan lancar..Goodnite.Nak tidor dah.esok Course akan bersambung lagi.Lian kali kalau datang ke Bangi memang akan stay di Equotorial ni sajalah.reccomended.

*tadi sempat Dinner di Nims Little Island,Kajang.nanti lah aku citer dalam next entry..nak tidor dulu nih.Selamat Malam.Assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails