Followers

Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts
Showing posts with label uitm shah alam. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

OPEN HOUSE AIDILIFITRI RUMAH FAMOQUE!!

Minggu yang busy..

Macam macam perkara nak setelkan..My boss is not around this week so basically everything nak kena handle sendiri..still looking for continuous  improvement in my daily routine at office..i have so many things to do yet i have a little time..just buat mana yang termampu lah..kita manusia bukannya robot kan..Di kesempatan ni nak story kisah bulan lepas lagi..Kisah beraya di Rumah teman lama,member zaman Uitm dulu.

24 SEPTEMBER 2011


Famoque ada buat open house dan juga kenduri aqiqah anak perempuan beliau..dulu masa zaman uitm selalu jugak pi rumah dia di Barrack Poils Cheras..tapi kali ni barrack polis tu dah pindah ke Semenyih..agak jauh jugak la nak pergi..aku pi ngan Sam dan Angah..naik Tren ke Bangi then diorang fetch aku kat situ baru shoot ke Semenyih.,Alhamdulillah walaupun dah 5 tahun habis belajar we still keep in touch..tak semua keep in touch but at least dengan member baik kami still berhubung..


masa nak sampai Semenyih jalan macam jammed.rupanya ada mat bangla duk turap jalan.motip nak turap jalan time tengahari macam ni??buat pukul 2-3 pagi boleh tak time jalan raya tak sibuk sangat..so sampai lewat rumah famoque dari yang dijanjikan..takpe janji leh bertemu mata ngan sahabat lama..


Sampai sampai terus famoque ajak makan..macam macam makanan ada..kira ni open house untuk raya sekali lah..ada nasi tomato ada laksa johor ada nasi impit ada lontong dan ada kuih muih..yang paling aku suka masa ni ialah laksa Johor..makan sampai 2 mangkuk hokehh..lazat sangat!!


This is Adriana Natasha anak sulung pertama Famoque dan Nazihah..Congrats to both of u!!


Famoque dan Sam bersama anak masing masing..hehee..isu lama lah kan..mesti orang akan tanya aku ni bila lagi nak kawen member member semua dah ada anak satu..jawapan aku mudah jer..Jalan hidup masing masing tak sama..rezeki setiap orang pun berbeza beza..kali ni rezeki aku belum ada untuk berkahwin..Allah tak temukan aku lagi dengan jodoh yang sesuai thats the reason why aku still tak kawen..Insya Allah rusuk kiri aku tu ada dah Allah tetapkan..mungkin masa yang akan menentukan.Aku yakin dengan ketentuan Allah.:)


tercengang adriana natasha tengok aku renyih.hahaha


Ehhhhh tetiba Fazreen pun ada.actually areen dah lama aku tak jumpa..since famoque pun ada jemput dia datang majlis so bertemu di sini lah kami..lama jugak nak tunggu dia sampai tapi sebab takder mender nak rush pun so kami tunggu jer..Alhamdulillah boleh jumpa member lama..


Anak Areen dan Shahrul,Haris..ni kali pertama lah aku jumpa haris since dia lahir..


anak sendiri takder.ambik gambar ngan anak orang je lah jawabnya.


Sembang sembang sambil makan makan..tempat makan semua dah kemas kitorang orang yang last..sampai pukul 6 pm lebih duk ada kat sini lagik..Thanks Famoque jemput!nice to see you and your family again..makcik kamariah makin kurus sekarang..Pak Hamid sihat Alhamdulillah..


Best roomate ever..dulu zaman Uitm ni lah roommate aku di rumah sewa seksyen 4 shah alam..


jom kita balik..


kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagik..


Aku nak balik ke Ampang..kebetulan fazreen nak balik ke wangsa maju so instead aku naik tren balik ke ampang dia dan shahrul dengan murah hatinya menumpangkan aku ke sana..Areen,thanks for the ride..Insya Allah kalau aku turun ke KL kita akan jumpa lagik..Seronok lah bila dapat jumpa teman lama zaman Uitm dulu..macam macam kenangan boleh kenang kembali..

Ok dah.tu jer citer kali ni.
Bai.

Tuesday, June 7, 2011

NUR ADRIANA NATASHA VS NASI KANDAR BERATUR

Salam hari selasa..

Hari ni audit bersambung kembali.minggu ni satu minggu ada audit.biasalah kompeni aku,audit ni dah ibarat asam garam dah.boleh kata tiap tiap bulan duk audit tak sesudah.untuk kebaikan syarikat,kata mereka.layan kan ajer lah..kali ni nak story cerita petang dan malam tadi.


Petang semalam setelah selesai audit di hari pertama aku plan nak ke Kampung Dodol.nak singgah rumah mak mertua famoque.my fren masa zaman Uni dulu..kebetulan diorang balik sini sebab Naz baru bersalin.dapat baby girl.aku singgah Tesco dulu beli hadiah untuk bebigel tu.beli Nursing pillow jer sebab tak tahu dah nak beli apa.


Ingatkan pakai google maps dah tak sesat..sekali boleh sesat jugak.terus kol famoque tanya direction last last jumpa.senang jer sebenarnya.lepas ni kalau aku nak datang dah tahu lah..sampai rumah tengok baby yang kecil itu..sambil sembang di jamunya dengan buah anggur dan kuih muih..rancak bersembang sampai maghrib.


Imbas kembali tahun 2008.

Ni gambar tahun 2008 masa diorang bertunang..Famoque ni member zaman Uitm dulu,satu course.Wife dia,Naz satu fakulti tapi course lain.kalau dah jodoh tak kemana..2009 diorang kahwin dan Alhamdulillah sekarang tahun 2011 telah dikurniakan cahaya mata pertama..anak perempuan.Tahniah kepada kalian berdua!!


PUTERI LAILAL AMANI ADRIANA NATASHA CEMPAKA SARI nama diberi.panjang giler kan nama..voguee sangat!!

ok fine.aku melawak jer..jangan marah moque..haha..nama penuh baby ni ialah Nur Adriana Natasha binti Mohd Khairul Fahmi.Lahir pada 31 Mei 2011 yang lalu..Tahniah my fren!!kau dah jadi ayah sekarang.semoga menjadi ayah yang mithali..tanggungjawab pun makin bertambah la lepas ni.


ni lah kerja aku.duk ke hulu ke hilir lawat baby kawan kawan jer.baby sendiri nan hado.nak buat camana jodoh belum tiba..doakan lah aku yer kawan kawan semoga dipermudahkan Jodoh..baik benor adriana ni tidor ambik gambar aku duk cuit cuit pun tak sedar apa dah..tidorrrr..dari rumah diorang aku beransur pulang dulu, sebab berjanji nak jumpa balik malam nanti pukul 10pm.


Masa aku tengah sembang ngan Famoque kat rumah mertua dia,Hakim(member uitm jugak) duk bermesej tanya aku Nasi Kandar beratur kat mana.sebab dia nak menyinggah.kebetulan dia pun balik ke Penang rumah Wife dia.Hakim pun baru jer dapat anak lelaki,tak lawat lagi anak dia.tercabar siott tengok kengkawan semua dah beranak pinak..so alang alang diorang ada ni ajak jer lah terus mai makan NKB..


AKU DAN FAMOQUE


FAMOQUE DAN HAKIM UZIR


Suasana beratur macam biasa lah tak perlu aku nak eksplen lagi..ni kunjungan aku yang dah berapa kali dah entah..21 hari yang lalu aku dah singgah.tak sampai sebulan dah datang balik.suka benor makan NKB ni.haha..beratur memang lama.aku dah mengantuk beb tapi sebab ada member yang jarang boleh jumpa aku gagahi jua.sembang punya lah rancak sampai tak terasa sangat lambat giliran sampai..


mesti dah kaya raya diorang ni berniaga kan.


Nasi Kandar Beratur dalam genggaman!!Kari ayam,Telur sotong bendi dan Timun..memang aku sengaja tak makan malam lagi sebab tunggu nak makan NKB ni ngan diorang..first time trial buat hakim dan Famoque,hope they gonna like it.


Sambil makan sambil bersembang.memang banyak benda lah bersembang terutama pasal hal kerja dan paling best bila mengimbau balik kenangan zaman Universiti dulu..masa zaman duk kat Kolej Perindu,zaman duk kat Kolej Jati sampai lah zaman duk kat Rumah Sewa seksyen 4 Shah Alam..tapi bila diorang sembang pasal perihal baby terus aku tak berapa nak bersuara sebab takder pengalaman.ho ho ho.poor azimashaary..


Mengenangkan hari esok nak kerja lagi terpaksa lah cut perbualan di tengah jalan.kalau nak ikut bersembang mau sampai ke pagi pun tak habis habis lagi topik..i wish sam pun ada sama mesti lagi gamat suasana..dalam pukul 1 am kami beransur..hantar Famoque ke rumah mertua dia dulu then hakim antar aku ke rumah..Thanks fren for ur time! ada masa nanti aku nak lawat anak hakim pula.kunjung mengunjung amalan mulia..Aku rasa Bukan Jun ni ialah bulan aku berjumpa ngan kawan kawan lama kot..nice to meet all of them though!!

*ok bai.kembali busy ngan banyak hal nak kena setelkan.Until my finger meet the keyboard again.

Wednesday, June 1, 2011

JOURNEY FROM PENANG TO SHAH ALAM

Bismillahirrohmanirrohim..

31 MEI 2011

Perjalanan dari Penang dimulakan pada jam 1 pagi tadi..Aku sempat tidor sejam sebelum memulakan perjalanan..Drive sorang sorang dari Penang.


Sampai KL jam 5 pagi..aku ke LCCT dulu sebab dia akan ke Vietnam selama 4 hari 3 malam..jumpa family dia jugak.sampai LCCT kami pergi makan di Old Town.aku makan Mee Kari.lama siot tak makan mee kari kat Old Town..Flight dia pukul 8 pagi.so masuk jam 7..Sayonara awak.semoga selamat pergi dan balik.dari LCCT aku terus ke Shah Alam.ada urusan yang perlu diselesaikan.


Here i am.back in Shah Alam again.


Ni lah antara jalan jalan yang aku biasa lalu zaman belajar dulu.stay di rumah sewa seksyen 4,so memang dekat jer lah dengan Uitm..seksyen 2 dan seksyen 3 adalah tempat bermain.yang paling best sebab rumah sewa dekat dengan taman tasik shah alam,dekat dengan Uitm dan dekat juga dengan masjid.


singgah di taman tasik shah alam.


Entah camana aku decide untuk berjoging pagi ni kat Taman Tasik Shah alam.Dulu zaman belajar takder lah selalu sangat jogging.aku tak minat sangat jogging jogging zaman belajar dulu.kalau bab makan minat lah walaupun duit masa tu tak berapa nak ada.kebetulan dah datang shah alam ni so saja nak try test track di taman tasik ni.


ada beberapa kawasan dah rosak.tunggu masa untuk baiki.


Sekarang bila berlari aku memang suka pakai ENDOMONDO TRACKER..Live GPS,boleh track kita punya run circuit..sempat lah aku berlari dua round satu taman tasik ni dalam masa 30 minit..satu round dalam 2.5 KM..actually ni jugak merupakan preparation sebelum Standard Chartered KL marathon bermula pada 26 Jun nati.aku just sign up untuk Fun Run 5 KM.tu yang beria sangat duk berlari lately.


Lepas dah penat berlari,kelaparan lah pulak..teringat kat This Restaurant belakang McD seksyen 3 -restoran Gembira..dulu zaman belajar selalu menyinggah sini sebab suka makan Roti Canai dengan kuah sambal bilis pedas..signboard Restaurant ni dah buruk.patutnya diorang tukar lah kan.


Jemput sarapan pagi..makan Roti canai kosong sekeping ngan sambal bilis.


Lepas dah siap sarapan aku singgah di masjid shah alam dulu,mandi mandi dan bersihkan badan sebelum masuk ke Uitm.ada urusan sikit di Uitm berkaitan dengan Pinjaman PTPTN masa belajar dulu.nak buat pengecualian bayaran tapi borang isi tak lengkap so nak dapatkan pengesahan dari bahagian Rekod dan Konvo..that's why i'm back again in Shah Alam.i know.orang lain dah lama setel bab ni tapi aku baru nak setelkan..


Thanks Nuar sebab tolong aku.Nuar dah jadi Lecturer dah sekarang di Fakulti yang sama,iaitu Fakulti sains Gunaan.dulu sama sama belajar sama sam aGrad sekarang dia dah jadi Lecturer kat sini.senang sikit kerja aku..Alhamdulillah kerja di Uitm shah Alam setel..next bila tengahari perut berkeroncong..

*To be continued.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails