Followers

Showing posts with label ustaz. Show all posts
Showing posts with label ustaz. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

SEKITAR PROGRAM JOM KE KUARTERS ZON UTARA TNB 2012

Alhamdulillah..

Program yang telah dirancang sejak dua bulan yang lalu akhirnya telah berjalan lancar..Proram Jom ke Kuarters anjuran PKPI dan PAKATAN TNB.. Program bermula pada 29-30 Jun 2012..

29 JUN 2012


Antara Urusetia yang terlibat


Perasmian oleh Pengurus Besar Stesen Jaanelektrik Gelugor


forum perdana : kearah pemantapan institusi kekeluargaan, Kejiranana dan Masayarakat


Panel jemputan : Ustaz Mutalib Maarof, Ustazah Nazrah, Imam Muda Azhar


Ramai tetamu yang hadir..Orang luar dijemput sama


Forum berakhir kira kira jam 11.45 pm


Imam Muda Azim & Imam Muda Azhar

30 JUN 2012


Qiyammulail jam 4.30am & Kuliyyah selepas solat subuh berjemaah


Sarapan pagi bersama sama para jemaah


Aktiviti sukaneka di Padang Kilat


Pelbagai acara dipertandingkan


Kategori wanita dan kanak kanak


Pertandingan mewarna dan kuiz sejarah islam untuk anak staff


Penyampaian hadiah untuk para pemenang sukan, kuiz dan mewarna


Makan tengahari dan solat zohor berjemaah


Mempengerusikan majlis penutup program


Ucapan aluan YDP PKPI & Ucapan perasmian penutup Timbalan Presiden PAKATAN TNB


Penyampaian hadiah acara sukan dan sumbangan kepada fakir miskin


Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Majlis berakhir pada jam 3.30 pm..bagi aku program ni sangat bagus terutamanya dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim antara warga kerja yang tinggal di dalam Kuarters..Pengisian Rohani juga penting dalam mencari keberkatan dalam hidup..Terima kasih pada semua yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung..Semoga kita semua bertemu lagi dalam program Jom ke Kuarters akan datang..Insya Allah!

*Habis program aku pening kepala sangat sangat..balik rumah terus tidur..maybe sebab cuaca panas sangat.

Saturday, January 28, 2012

KULIYYAH ILMU VS NAAN TANDOORI RESTORAN KAPITAN

Hari yang agak busy jugak..

Adat bekerja..mesti banyak perkara nak di selesaikan..Jangan lupa bekerja juga satu Ibadah..Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:


“Katanakanlah(Wahai Muhammad):”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan  kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

Balik dari kerja tadi sempat berlari 5KM..training dan terus training..tahun ni aku ada misi nak buat Full Marathon dalam Bulan Jun nanti..so setakat 5 km dan 10KM aku kena biasakan diri berlatih..memang letih tambahan pula bila balik dari kerja agak exhausted tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Insya Allah.


Lepas Maghrib tadi ada kuliyyah agama oleh Ustaz yang dijemput..Bicara pasal kepentingan ilmu..

Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-rabii')


Lepas isyak jumpa seseorang di Restoran Kapitan Queensbay Mall..Carrot sus dan Carrot o.


Roti Naan dan Ayam Tandoori Restoran Kapitan memang yang terbaik lah..sedap tak taw nak habaq.korang patut cuba rasa ayam ni..Kalau mai penang bagitau nanti saya boleh belanja..hehe..Hari ni sebenarnya hari yang memenatkan sebab saya baru balik dari KL semalam..Terima kasih lah awak sudi temankan saya dinner..Kalau tak memang saya tak dinner lah jawabnya malam ni.

Ehhhhh entri ni sepatutnya bertarikh 25 January 2012.Tapi saya post pada 28 January 2012.Tak mengapa lah.Blog saya kan.jadi saya punya suka lah nak post bila bila pun.:p

Ok dah mengantuk.dan nak Tidor.

Assalamualaikum.

Thursday, October 6, 2011

BAHAGIAN 7 : MAKAN-MAKAN DI PADANG KOTA & CERAMAH PERDANA USTAZ KAZIM ELYAS DI BUKIT JAMBUL

Dari Penang Hill kami bergerak pula ke Padang Kota..nak santai santai sambil makan Petang..

17 SEPTEMBER 2011

Masih lagi bersedih pasal Henpon masuk air.tapi macam yang aku cakap dalam entri sebelum ni,tu semua hak Allah.bila bila masa sahaja dia nak tarik balik tu semua hak dia.kita hanya meminjam sahaja semua nikmat yang Allah beri pada kita di Dunia ni.Hakikatnya kita tak miliki apa apa pun..kena beri'tikad dengan bersungguh sungguh bahawa segala yang ada di bumi dan di langit adalah kepunyaan Allah..
.

Dah lama jugak aku tak menyinggah di tempat makan Padang Kota..biasa kalau datang pun bila ada tetamu jauh datang..macam minggu sebelumnya dah datang jugak padang Kota ni sebab bawak family makan pasembur dan kerang bakar..so kali ni bawak diorang pulak untuk lepak santai di sini.


seperti biasa bila masuk jer kawasan tempat makan semua peniaga akan berusaha sedaya upaya supaya kita singgah tempat depa..jangan dilayan sangat..duduk jer lah tempat mana yang korang rasa suka dan selesa..then nanti ramailah yang datang mintak kita order nak makan apa..


aku suggest kat diorang untuk makan di Gani Pasembur..sebab antara 3 kedai pasembur yang terdapat di Padang Kota,ni yang paling best..tak pedas sangat dan tak over manis..Just Nice.Tekak aku lah.kalau tekak korang aku tak taw camana..


Kerang Bakar pun ada tapi depa tak mau..


Sotong kangkung wajib juga diorder atas permintaan azuan azmil kamaludin


sotong kangkung yang sedap!not a big fan but the taste is Good..!


pasembur harga RM30.memang mahal.ambik sotong dua keping kena caj sampai taraaaa tu.hampesss.


Mahal ker murah ker lain cerita..bukan selalu datang pun kan..so senyum dan nikmatilah hidangan anda dengan sebaik mungkin.tengok makanan yang menyelerakan ni hilang ingatan kejap pasal BB ku yang masuk air..takpaa lah.hopefully boleh diselamatkan..kalau ada rejeki insya Allah ok lah tu nanti..


air kelapa muda tidak dilupakan yer kawan kawan..


Char Kuey Tiow special.apa yang speselnya?sebab campur kerang dan udangnya bapak besar gabak.sepinggan macam ni RM9.mahal lah sebab saiz udang macam tu..main order jer tadi tak tanya harga..makan jer lah..sedap jugak Char Koteau sebelah Gani Pasembur ni.


khusyuk wanita wanita itu sedang makan..


Setel makan ambik peluang untuk berjalan tepi pesisir pantai..


Dari Padang Kota ni dah dekat pukul 7 pm..kitorang bergegas ke area Bukit Jambul sebab malam tadi masa makan di Restoran Kapitan abang zahrah,Mad Noor ada bagitau kami yang Ustaz Kazim Elyas akan datang ke Bukit Jambul untuk ceramah Perdana.Bukan senang nak bertemu mata ngan Ustaz Kazim..so dari Padang Kota kami terus ke Taman Bukit Jambul untuk solat maghrib seterusnya menghadiri ceramah perdana tersebut.Berjalan berjalan jugak..Urusan dengan Allah tetap kena utamakan baru Allah akan permudahkan urusan kita..Insya Allah.


Nama surau sikit punya cantik..surau Raudhotul ulum..nak cari this surau sampai sesat jugak lah sebab GPS tak berapa nak berfungsi..hahaha..so what to do,just call mad noor dan mintak dia bagi direction untuk ke surau ni.sampai sampai baru sudah azan maghrib.yang jadi a bit kelam kabut sebab lepas azan terus diorang iqamat nak solat..tak sempat aku nak kejar sebab nak mandi dan tukar baju..seharian tak tukaq baju jadi rasa tak selesa..sempat lah masbuk rakaat ketiga..diorang nak cepat solat sebab Ustaz Kazim nak mai sini..


pukul 8 pm Ustaz Kazim Elyas sampai..tajuk yang dia cuba kupas ialah pasal hukum memaki orang..banyak lah perkara yang dia kupas..antaranya pasal 3 golongan yang mula mula masuk neraka nanti iaitu dikalangan ahli ibadah,ahli qiraat dan golongan yang mati syahid..kenapa masuk neraka?kerana dalam diam mereka tidak ikhlas dalam berbakti kepada Allah.kalau nak hurai panjang pulak so aku ringkaskan pointnya kat sini..Ustaz kazim jugak menyeru kita semua untuk menjadi pemula kebaikan..setiap kebaikan yang akan berlaku berkat hasil tunjuk ajar kita Insya Allah akan mendapat ganjaran dari Allah..dan begitu jua lah sebaliknya..


ramai tetamu yang hadir..Alhamdulillah..


Ustaz Kazim ni humble sahaja..teruskan perjuanganmu Ustaz!!


Biasanya aku akan dengar CD pasal Ustaz Kazim dan banyak tengok dia dalam You Tube saja..malam ni berpeluang untuk bergambar bersama sama ustaz kazim elyas al hafiz!!teruja..rasa seronok bila berdamping dengan orang orang berilmu macam beliau..semoga Allah akan merahmati perjalanan dakwah beliau dan semoga beliau dikurniakan kesihatan yang memberansangkan setelah melalui frasa sakit masuk wad dan sebagainya.Jujur aku pun tak tahu apa penyakit sebenar yang dia hadapi..tapi cukup lah dengan melihat kesanggupan dia untuk datang dan memberi sedikit panduan buat kita semua..Alhamdulillah moga diberkati Allah..

*Dari Bukit Jambul kitorang terus ke Batu Feringghi sebab akan bermalam di sana satu malam..dah tempah..hopefully sempat merasa Night market di sana.

Hadis riwayat Abu Musa ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang soleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap 

-sumber hadis dalam kitab Sahih Muslim

Tuesday, September 20, 2011

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."Hadis ini jelas memberi gambaran pada kita tentang konsep amar ma'ruf nahi mungkar.Maka siapa yang menganjurkan kebaikan bererti memperkuat orang mukmin dan siapa mencegah mungkar bererti menghina orang munafiq.
 *Lamanya saya tak update Blog..Busy kebelakangan ni..Since aidilfitri yang baru sahaja berlalu awal september,Then Pindah Rumah baru,Then mendapat kunjungan mak dan ayah dari kampung mai melawat saya di Penang,then hujung minggu lalu kawan dari Kuala Lumpur datang..memang tak sempat nak update blog..Hari sabtu lalu sempat dengar ceramah Ustaz Kazim di Surau Raudhotul Ulum Taman Bukit Jambul..Pertama kali bersua muka dengan Ustaz Kazim..selama ni dengar ceramah dan tengok di You Tube sahaja..Nanti ada kelapangan masa saya cerita lah mana yang sempat.
Salam bertemu lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails