Followers

Saturday, April 30, 2011

ROAD TRIP TO PHUKET & KRABI DAY 3 PART 2 - JOURNEY TO KRABI : THA PHOM KHLONG SONG NAM

Sambungan dari entri ni.

12 MAC 2011

Perjalanan kami ke KRABI di teruskan..dari Phuket ke Krabi mengambil masa lebih kurang 3 jam..Best jugak bila buat road trip macam ni sebab boleh tengok keadaan di thailand,i mean kampung kampung dan kawasan keliling Thailand ni sepanjang perjalanan.
a

Berhenti kat salah satu RNR yang ada.
a

Singgah minum minum makan kacang di salah satu Restoran Muslim Halal Food kat sini.di Thailand Insya Allah senang nak cari makanan Halal sebab Komuniti Islam kat sini quite besar jugak..cuma cara masakan makanannya lah yang lain.Thailand style lah.
a

Bersama encik Rashid,Our tourist Guide
.

Perjalanan ke KRABI diteruskan..
.

Dah sampai area KRABI,ni lah persinggahan pertama kami iaitu THA PHOM KHLONG SONG NAM..kat sini ialah kawasan Hutan Paya Bakau yang sungguh cantik!!jap lagi korang tengok gambar gambar kat bawah.
.

Tha Pom Khlong Song Nam is an amazing place to observe nature at it’s finest due to it’s diverse environment. The park is located on the edge of the Andaman sea tide line and waters rotate from brackish to fresh and transform from slightly murky to emerald-green clarity. As the water miraculously turns crystal clear, tree roots, mangroves, neon green plants, and a host of never before seen vegetation are revealed.
.


airnya sangat jernih!nampak ikan berenang renang..
.

sejuk pulak tu..rasa cam nak terjun mandi..
.

this place is another attraction in Krabi
.

ehhh ada jugak orang mandi manda.patutnya tak boleh but who cares.
.

In order to conveniently discover the serene landscapes, the park has built an elevated wooden walkway. I think the tourism authority did a remarkable job of building the walkway so as to not take away from the natural scenery.
.



nice tempat ni..must visit kalau korang ke Krabi..


spend masa kat sini lebih kurang sejam lebih..kat sini takder apa sangat.memang semata mata nak observe alam sekitar ni jer..but still,mender macam ni bagi peluang untuk menghargaio Ciptaan Tuhan nun jauh didalam Hutan Sana.Subhanallah..
.

Ok jom balik...
.

Dari tempat ni kami terus ke Tempat makan..masa ni dah pukul 5pm lebih..so our tourist guide akan bawak kami makan malam terus ke tempat steamboat yang terkenal di Thailand.nantikan entri seterusnya.
..
*to be continued.

Friday, April 29, 2011

WORDLESS FRIDAY : TOMYAM UDANG JELUTONG

Hujan lebat
Lawannya Makan..
Selamat Solat Jumaat!!









Dan selamat berhujung Minggu!!

ROAD TRIP TO PHUKET & KRABI DAY 3 PART 1 - JAMES BOND ISLAND & PANJI ISLAND

Hari ketiga di Phuket.

12 MAC 2011

Pagi-pagi lagi aku dah bangun..lepas solat subuh aku decide untuk jalan jalan di sepanjang pesisir pantai Patong..takder apa yang menarik sangat..just sama macam pantai kita jugak..cuma udara yang segar membangkitkan semangat untuk terus berjalan mengikut kaki melangkah..
a

Masa tengah jalan sorang sorang ada mamat France duk mai sembang ngan aku.aku syak dia ni mesti mabuk semalam sebab bila bercakap bau mulutnya busuk ya rabbi..tapi nice jugak sembang sembang..dia duk bagitau dia mai tour asia sebulan..lepas ni dia nak ke Malaysia pulak..hangpa banyak duit boleh la woii nak jenjalan jauh jauh macam ni..by the way,Nice to meet you matt!!
a

Here i am @ Patong Beach
a

Dari Patong Beach aku terus balik ke Hotel (aku menginap di Bangkok Residence Hotel)..Balik ke Hotel untuk sarapan pagi.mengikut tentatif perjalanan kami hari ini pukul 10 akan bertolak ke Island Tour.nak melawat James Bond Island dan juga Pulau Panji.
a

Macam biasa lah untuk mengelakkan makan yang tak halal kena lah makan roti dan buah buahan saja.tapi kalau tengok variety memang mengancam habis lah pilihan makanan di sini..
a

Lepas dapat pengesahan dari tourist guide kami encik rashid dia kata makanan kat sini halal..boleh la kalau nak makan bubur or telur sebab dia goreng pakai minyak sawit.so bedal lah telur Goreng dan Bubur air pulak.memang penuh la perut terisi.
a

Alhamdulillah dah kenyang..
a

Dari Hotel ni kami dah Check Out siap siap.sebab lepas Island Tour bas akan terus ke Krabi..tak balik ke Phuket ni dah..babai Phuket.nanti aku datang lagi.Overall Phuket ni takder lah apa yang best sangat pun.Cuma kehidupan malamnya sangat lah happening.kalau korang kaki clubbing ni lah tempat maksiat yang paling dashyat sekali.no wonder lah dulu kena Tsunami..* Mode insaf seketika.
.

Dari Bangkok Residence kami dibawa ke tepi jeti mana aku pun dah tak ingat.yang pasti dah ada Bot menanti untuk This Tour.
.





Gua Tembus,siap ada orang berkayak
.


James Bond Island, known originally and locally as Ko Tapu or Nail Island, found fame through the 1974 Bond film "The Man with the Golden Gun". The film starred Roger Moore and Christopher Lee (as the three nippled arch-villain Scaramanga) but it was the scenic topography that helped make the film into a firm Bond favourite. It also turned the previously unknown Phang Nga Bay into a major tourist attraction.
.

Ko Panyi (also known as Koh Panyee) (Thai: เกาะปันหยี) is a fishing village in Phang Nga Province, Thailand notable for being built on stilts by Indonesian fishermen. The population consists of roughly 200 families or between 1500 and 2000 people descended from 2 seafaring Muslim families from Java.
.

Dah penat tour dalam air, kami di bawa melawat ke Pulau Panji,kawasan perkampungan air Orang Islam Thailand..kat sini encik Rashid terangkan selok belok tempat ni.kawasan ni banyak jual souvenir so demi kemaslahatan umat islam kitorang nak cari jugak lah beberapa souvenir yang ada untuk dibawa pulang.
.

Berbagai Cenderamata ada di jual dengan harga berpatutan
.





Berkenan pula dengan gajus masak pedas ,Sotong Udang Bilis sambal macam ni..beli sepeket sepeket sepeket untuk bawak balik.sekadar nak rasa.memang sedap jugak..harga souvenir di perkampungan air ni tak lah mahal sangat..boleh la..Mutiara nya murah murah,Just in case korang nak beli Mutiara.
.

It's a lunch Time!!
.

Time lunch lauk pauk sudah sedia menanti.makan tempat tinggal transportation semua dah disediakan sebab kali ni aku pergi dengan agen bersama rakan sekerja.bayar kat depa then depa uruskan semua lah..rasa masakan nya sedap..Orang Thailand masak what do you expect kan.mesti lah sedap..:)
.

Desert pencuci mulut - Nenas.Comel jer.
.

Di hujung Jeti ada sorang Bisu duk bela sekor Burung Helang yang sangat Jinak..nak pegang burung ni kena bayar 50 baht..aku bayar je lah then pegang burung Helang ni.memang sangat jinak okeh.memang tak lari lah even siap buh atas kepala lagik..
.

Pakcik kamil pun tanak kalah.
.

Bergambar ramai ramai sebelum pulang
.


Dan begitulah Island Tour kami berakhir.kat area James Bond Island tak landed dekat pun sebab Bot takut langgar tunggul batu..Overall Trip to Pulau Panji interesting lah sebab boleh tengok kehidupan penduduk islam atas air tu meneruskan kelansungan Hidup..Next Destination kami akan ke Krabi pula..Stay Tune with AXIMUD!!
.
*to be continued..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails