Followers

Showing posts with label AIDILADHA. Show all posts
Showing posts with label AIDILADHA. Show all posts

Saturday, October 4, 2014

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA


How i wish i could be one of those walking to mina, to echo the labbaik with the crowd, to take my Peebles and pelt the hated-one. And lay my head on the blessed ground of muzdalifa. 

To let my tears fall on the plains of arafat, and see the kaabah and perform the tawaf. 

Oh Allah, with this ache to be amongst those who you have called this year, let our names will be amongst those called next year. 

Ameen!

Sunday, November 6, 2011

SAMBUTAN AIDILADHA 2011 DI KAMPUNG HALAMAN

Sambutan Aidiladha di Kampung sederhana,tapi ok lah.meriah dengan cara tersendiri..Lately tetiba aku rasa Penang ngan Kemaman macam jauh jer..memang lah jauh but before this aku tak rasa jauh pun..apa apa pun meh aku nak story sikit pasal sambutan aidiladha di kampung halaman.


Pagi Raya pi solat sunat Aidiladha di masjid jamek Kemasek..


My brothers and i..aku sorang jer sakan pakai baju melayu.diorang pakai jubah.aku terlupa nak bawak balik jubah dari Penang.


Jarak masjid dari Rumah tak jauh pun.kalau jalan kaki pun ok.tapi takder lah kitorang jalan kaki.kemudahan ada..kang kalau jalan kaki tak sempat pulak nak solat sunat.Aidiladha aku suka sebab tak perlu nak [re[are macam macam seperti raya Aidilfitri.so chances untuk ke masjid awal adalah tinggi.tak mengantuk pulak tu masa dengar khutbah sebab cukup tidor.kalau raya aidilfitri lepas mengibas satay terus pi solat sunat.memang biasanya alamat tidor lah waktu khutbah..(alamak pecah rahsiaa..hahaaa)


Balik dari solat sunat aidiladha baru kitorang makan.sunat tak makan dulu sebelum solat sunat..berbeza dengan aidilfiitri yang mana kita kena makan dulu..menu pagi ni macam biasalah ada ketupat ada lemang ada nasi lemak..makan beramai ramai itu indah..


Nasi Lemak,ketupat,lemang dan satay


Berjalan raya ke rumah tok wan sebelah rumah.raya aidiladha jalan rumah sedara mara sahaja..sedar tak sedar sembang sembang rumah tok wan sampai pukul 12 pm lebih..kebetulan mok wok dan pok pin pun ada sekali,so memang bersembang pasal majlis kenduri kahwin ain 11 November ni..Ain sepupu aku,akan kahwin dengan Russian Guy,teman sam asama belajar..jumpa jugak lah dengan that Russian Guy,Yunus Tagarev.khamis ni balik kampung lagi lah nampak gayanya.


Lepas Solat Zohor kitorang pakat pakat ke pusat penyembelihan di Kampung Mak Chili Kemaman..ada seekor kerbau akan ditumbangkan..semua ahli keluarga yang buat korban + aqiqah..abang jalee ambik dua bahagian aqiqah,abang shuk ambik satu bahagaian,ayah ada ambik satu bahagian Korban dan yang selebihnya tu mak sedara dan pak sedara.


Tukang sembelih dah sampai..so kena baca niat dulu sebelum nak sembelih.


Terkorbannya Seekor Lembu


Yang jadi mudahnya sebab diorang uruskan semua..lepas sembelih diorang siat kulit dari kerbau dan terus lapah sekali..dua orang buat tak sampai setengah jam..memang dah kerja diorang..tajam pulak tu pisau yang depa guna..memang seronok tengok tapi kalau aku buat sendiri alamat setengah hari pun belum tentu siap.hahaa..kena ada skill jugak nak elek perut dari terburai..


Penonoton memerhatikan dari belakang


sementara tunggu kerbau siap dilapah sakat Nurul Nadiah..seronok sakat budak kecik ni.heheee


Berbagi kepada Tujuh Bahagian..satu bahagian kat area kemaman = RM345..a bit murah lah compare area Penang dan Kuala Lumpur.yang penting niat nak korban tu kena ikhlas..


Alang alang dah ada kat sini semua tulang tulang yanag ada aku tolong kerat.senang sebab parang yang ada sangat mantap..kat rumah takder lah parang dan equipment yang sesuai nak kerat tulang..sudahnya nanti bakal beku berbulan bulan lamanya dalam peti..so kalau dah siap kerat nanti ambik,basuh dan terus masak sahaja..


Ada perbezaanya daging lembu dan Kerbau..daging kerbau teksturnya lebih kasar..dari segi sedap aku tak tahu lah nak beza..aku bukannya pencinta daging..kalau daging kecik kecik aku makan.yang potong besar macam di kenduri kahwin tu aku tak minat..Gulai Kawah is not my faveret..tapi ahli keluarga aku yang lain suka makan daging..yang dalam plastik kecik kecik macam kat atas tu siap siap nak beri kat orang.


Lepas solat maghrib berjemaah malam ni akan jadi sibuk sebab esok akan diadakan kenduri aqiqah anak sedara baru..main main dengan Nurul Qiadah,anak abang jaleee yang sulung.Qiadah ni sangat lah baik..tak menangis apa pun bila kacau dia..ikut jer apa orang suruh..heheee..


Muhammad Abdul Qayyum..anak kedua abang jalee..First time aku tengok lepas dia lahir..dah 2 bulan..tapi gemuk yang amat..6 KG..suka sangat abang kalee dan kak La sebab dapat anak lelaki..maknanya anak diorang dah sepasang dah la..alhamdulillah sihat walafiat.makin bertambahlah ahli keluarga kami..syukur padamu ya Allah.


Lepas Isyak keluarga menerima kunjungan dari pacik sedara dan makcik sedara terdekat..Dato'Ahmad Shabery Cheek pun ada..diorang datang ziarah ayah.dapat juga kad jemputan kenduri kahwin ain nanti bertempat di Awana Kijal.mesti meriah majlis tu..Congratulations in Advance Ain!


Bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan..


Lepas semua tetamu dah balik kitorang berkampung di dapur lah untuk persiapan Majlsi Kenduri Aqiqah yang akan diadakan esok hari (7 November 2011).ada masa aku update pasal majlis kenduri tu nanti.Insya Allah.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan)
 
 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” 
 
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1432 H

Saturday, December 25, 2010

KERBAU KORBAN & MALAM TRAGEDI

Hari raya Aidiladha kedua..

18 NOVEMBER 2010

Kitorang adik beradik,pak sedara dan mak saudara ada pakat pakat ambik sorang satu bahagian untuk buat Korban..dan jugak aqiqah..dapat lah dua ekor kerbau untuk kitorang punya family.Hari ni kami ke kemaman untuk tengok kerbau yang akan di sembelih di tempat penyembelihan.

1
Sebelum nak sembelih kena cek dulu nama nama yang terlibat..aku ambik jugak satu bahagian RM350 untuk kerbau..Shuk dan abang jalee pun ambik untuk aqiqah..

2
ni ustaz yang akan sembelih..

3
Sebelum sembelih semua bertakbir raya dulu tiga kali..then perlahan lahan Ustaz tu sembelih..tajam gila pisau tu aku tengok..ngeri.tapi sunat kena pakai pisau tajam supaya tak seksa kerbau tu.

4
Dah siap sembelih kerbau tu still bergerak gerak..diorang bersihakn tempat darah banyak keluar dan bersiap siap untuk melapah..senang je nampak diorang lapah.dah tu memang kerja diorang so memang lah cepat..

5
Pisau yang diorang pakai memang mantap lah..senanggg giler aku tengok diorang lapah buang kulit..ok lah tu tak la lama kami kena tunggu nak ambik daging..

6
7
ishhh apa benda macam tiub tu??aku pun konpius kejap..

8
Kepala kerbau pun habis kena lapah..

9
Dua ekor kerbau semuanya..ni kerbau kedua yang disembelih

10
11
my brother and i

12
13
my mother and i

14
Ini ialah otak kerbau..aku pernah tengok orang buat masak lemak..sedap ker??aku tak pernah try tapi depa kata kolesterol sangat lah tinggi otak ni.untuk jaga kesihatan takyah la korang makan ya,.banyak benda lain lagi boleh kita makan..

15
Selesai urusan ambik daging kat kemaman tu kami balik rumah..shuk dengan gigihnya buat daging goreng kicap..sedap daging goreng ni tapi macam biasa lah.aku tak minat daging..makan tu makan lah jugak tapi sikit.

16
Nasi beriani Kambing pun ada dia bawak balik dari Temerloh..ceritanya macam ni-Shuk dan Kak feeza baru sampai dari Temerloh sebab hari raya haji pertama mak mentua shuk buat majlis kenduri Aqiqah untuk adam,cucu depa..so hari raya haji kedua shuk balik ke kemasek sebab esok kami nak buat aqiqah belah sini pulak..

17
Daging yang kami bawak balik tadi kena pek pek kan dalam plastik kecik untuk berbagi bagi lagi kat orang..aku ngan kak tie bekerjasama kat luar rumah potong daging dan timbang..

18
Adam Syahmi Al-Wafiy..dah makin besar dia..esok akan ada majlis akikah adam skali dengan anak adik da,Nurul Syifa' Salsabiela.malam ni memang malam yang sibuk sebab semua orang busy membuat persiapan untuk majlis aqiqah tu..

19
Masa tengah siap siap kan makan malam ni lah insiden yang kami sangat sangat takut terjadi..This is the time bila ayah masuk bilik air dan buang air keluar darah..bermula malam ni lah cerita macam mana ayah masuk ICU sampai ke HKL sana..aku akan ceritakan dalam entri seterusnya ya..

to be continued..

SAMBUTAN AIDILADHA 2010 DI KAMPUNG

Masa hari raya haji baru ni,tarikh yang sama merupakan Hari Ulangtahun kelahiran Kak Tie..kakak sulung yang ku sayang..selamat ulangtahun kelahiran kak tie..semoga berbahagia,panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki..ameen.

17 NOVEMBER 2010

Raya haji yang buat julung kalinya aku tak sempat sembahyang sunat hari raya di Kampung..bertolak malam dari Penang dengan penatnya so tak sempat nak sampai on time..sampai kampung ngan kak tie jam 9 pagi..so orang dah habis solat sunat hari raya,balik rumah untuk bersarapan pagi bersama-sama..

17
Menu di pagi raya yang macam macam ada..ada ketupat ada satay ayam..mak buat laksa terengganu kuah putih..Tok wan rumah depan hantar nasi Minyak..kira macam macam juga lah yang ada..kami makan makan dulu,sebelum ayah suh aku ngan Kak Tie pi tengok seekor lembu yang dibuat korban wakil Pok Shabery..dia buat seekor lembu.

18
Tiap tiap tahun mesti ada punya bahagian kitorang..so ramai jugak yang buat korban kat surau Feri Kemasek..

19
Aku tolong tengok jer mula mula..ingat nak ambik ambik gambar jer.tapi i just realize diorang macam tak cukup kaki tangan so better aku tolong diorang..at least bila bergaul dengan penduduk kampung baru betul..tapi seriously aku tak kenal sangat penduduk kat kampung aku,maybe because asyik takder kat kampung so bond tu susah nak ada..

20
ishhhh beratnya kateh niii!!

10
Masa berbagi bagi daging pun sama jugak..dont expect they will delegate your portion,instead we have to do it on our own..lagi pun sendiri punya so sendiri lah ambik..

11
bagi kepada tujuh bahagian..tapi tak berkira sangat pun..bagi sekadar rasa adil lah..yang lain kira halal..lagi pun Korban itu satu Ibadah.kalau nak berkira sangat nanti pahala tak dapat apa pun tak dapat.

13
Kak Tie ngan Nurul datang sekali tengok..elok lah sebab at least dia boleh ambik gambar aku kat sini..heheee..balik rumah aku terus pengsan tidur mati tak sedarkan diri sebab sangat penat..tadi tak sempat nak rehat terus pi tempat sembelihan..kadang travel jauh jauh macam tu lah..penat jer lebih.

14
Bangun dari tidur duk tengok Abang Haa tengah berkolaborasi dengan Kak Tie mensiang daging daging yang ada..pakai parang kapak semua senjata yang ada..

15
kak tie main main dengan Gigi lembu

16
Petang tu aku,ayah dan Mak pergi ke kawasan kampung kampung sampai ke Kemaman sana berbagi daging pada yang memerlukan..tapi tak ramai sangat dah orang susah..Alhamdulilah..syukur kita kalau nak makan daging hari hari pun boleh..tapi golongan yang tak mampu memang mengharap hari raya korban macam ni lah nak makan daging.maka,bersyukurlah dengan apa yang ada..

Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails