Followers

Showing posts with label klcc. Show all posts
Showing posts with label klcc. Show all posts

Monday, January 23, 2012

ADA APA DENGAN GARRET POP CORN KLCC?

Kuala Lumpur agak lengang nampaknya.

Jalan raya pun tak berapa sibuk.ramai orang dah balik ke kampung halaman masing masing sempena cuti tahun baru cina.Cuti panjang pulak tu sampai hari selasa..aku hari ni macam biasa lah, just spend masa di Hospital Kuala Lumpur lah. Kak Tie dan anak anaknya serta ami ada skali.Shuk dan kak feeza dah balik temerloh.


Diyana datang tengahari tadi untuk lawat ayah..Terima kasih sebab lawat kami..


Hari ni ayah buat hemodialisis..sementara ayah berhemodialisis kak tie nak bawak anak anak nya pi main rollercoaster kat Berjaya Times Square..bila lagi dia nak bawak anak anak nya berjalan..Sakan lah diorang main theme park di Times Square tingkat 5..hopefully seronok lah diorang tu dapat main ngan Ummi nya..Along demam tapi dah beransur pulih..Alhamdulillah.plan asalnya aku nak ikut skali tapi aku nak ke Maxis Center sebab nak bayar bill telefon..dah kena barred..mula mula ke Maxis Center Wangsa Maju.tapi tutup sebab cuti Chinese New Year..so aku hantar kak tie dan anak anaknya serta ami sekali ke Times Square dekat Bukit Bintang then aku terus ke KLCC.


Masa aku sampai di KLCC aku ingatkan mesti tak berapa nak ramai orang..sekali sangattt lah ramai umat warga asing kat sini..macam macam orang asing ada..ye lah.ni lah kesempatan diorang nak konker KLCC kejap sementara semua orang balik bercuti..


Tahun Naga air


Aku datang KLCC ni sebenarnya nak setelkan bil maxis jer.lepas dah siap bayar terus nak balik semula ke HKL.sekali tersangkut di Kedai Pop Corn ni..First time aku makan Pop Corn ni lepas berlari Mizuno Run hari tu,yana ada belanja belikan this pop corn untuk aku dan LJ..Thanks Yana!!biasa datang KLCC memang selalu tengok orang ramai duk beratur semata mata nak beli this pop Corn..so kali ni aku pun gatal lah beratur sekali.nak try beli.


in KL,If you want to sell something,just sell.kalau sedap konpem orang akan beli lagik.


Tapi bab harganya yang tak leh tahan..kalau di kedai muthu korang leh dapat satu peket singgit.tapi yang kat sini satu peket kecik RM16..yang saiz Medium RM21, Saiz Large RM26..kalau Jumbo saiz RM39..Pehhhh sangat lah mahal..sekali setahun ok kot kalau nak beli..dah la tak bagi value untuk kesihatan sangat sebab kandungan gulanya tinggi (yang caramel crisp)..tapi untuk merasa boleh lah..jangan makan macam makan nasik sudah..


aku beli dua peket..satu small dan packaging yang cantik tu beli yang Large untuk seseorang..dia pesan suh beli..lawa pulak packaging tu harap harap kedap udara lah..jenuh jugak beratur nak sampai giliran membeli..akhirnya dapat apa yang di nanti..lepas beli aku tak singgah mana mana outlet dah.terus balik ke Hospital sahaja.


Elok aku sampai kat Hospital, ayah pun siap dari buat Hemodialisis..aku tak sempat nak sorokkan pop corn ni..ayah nampak dan dia mintak sikit..ayah ambik pop corn, bukak Tv dan terus makan pop corn ni macam tak ada apa apa berlaku..banyak pulak dia makan..Bila nurse datang cek gula dalam darah terus naik bacaan gula dalam darah 19!!sangat tinggi ok!cepat sangat gula masuk dalam darah.ayah memang ada diabetes..lepas ni kalau ada makanan yang tak boleh orang sakit makan memang kena sorok..kalau tak sorok alamat merajuk lah dia..


Actually this pop corn memang sangat sedap.at least sedap lah dari semua pop corn yang aku pernah makan.padan lah dengan harganya..tapi takleh makan banyak banyak sebab kandungan gulanya adalah sangat tinggi..sekali sekala boleh lah..but it does worth a try!now aku faham kenapa orang ramai sanggup beratur demi nak makan pop corn ni..:)

*Thanks kak leez datang lawat ayah aku tadi di HKL..appreciate it so much!!jangan lupa aktiviti xtreme kita minggu depan ya!heheheee..

Tuesday, November 29, 2011

FOOD REVIEW : TONG PAK FU AISKRIM @ KLCC

Mood untuk bekerja hari ni adalah kurang.

Mungkin sebab dah seminggu outstation,tambah lagi semalam pun cuti maal hijrah..rasa lemau jer nak membuat kerja kerja opis.tapi have to lah.dah tinggal seminggu memang melambak lambak lah report nak kena siapkan.tak ada mood aku nak bercerita pasal kerja di opis.better kita cerita bab makan makam lagi.kisah hari ahad yang lalu(27 November 2011),petang selepas berlari di Desa Park City.


Lepas berlari di Desa Park City,aku diserang satu penyakit angin rasanya.aku muntah balik semua yang aku makan di Kluang Station..maybe sebab pagi tu dah termakan nasi lemak basi.what to do.nasib lah kan.dalam perjalanan pulang ke rumah Kak Tie kami berhenti di 3 stesen Minyak.kat tiga tiga stesen minyak tu punya tandas semua ada muntah aku.haha.kosong perut bila sampai ke rumah kak tie.sampai rumah terus terbongkang kepenatan dan bila bangun dari tidur rasa lapar yang amat.dan kelakarnya dalam minda aku ketika bangun tidur ialah aku nak makan : AISKRIM.aku bukan peminat aiskrim sangat pun.so atas sebab tersebut terus kitorang bersiap menuju ke KLCC untuk menikmati aiskrim yang sedap.


Tu dia tak sabar sabar nak makan aiskrim.sampai KLCC terus cari kedai TONG PAK FU desert yang mana kat kedai tu memang specialist mender mender pencuci mulut dan main yang palin special ialah aiskrim.masa nak order rasa semuanya sedap tapi kami order dua jer aiskrim bila melihat portionnya yang menggunung tinggi.


tersengih semua orang sebab nak makan aiskrim!!


ini ialah aiskrim Cokelat yang di shaved.nampak yummy tak?


satu lagi aiskrim yang diminta ialah aiskrim Durian.rasa duriannya menusuk kalbu


Tak cukup dengan asikrim kitorang tambah pulak makan Waffle strawberry ni..memang sedap yang amat okeh this waffle.satu pinggan makan 4 orang memang lah cepat jer licin.tapi berkongsi macam ni lah baru seronok.at least tak la banyak sangat kalori yang dimakan.hehehe.Bijak bijak.


Kesimpulannya misi nak makan aiskrim adalah sangat tercapai dengan jayanya.ohh Azuan pun join sekali.ye lah,rumah dia dekat ngan rumah kak tie.kang kalau aku tak ajak dia sekali macam tak best pulak.lagipun KLCC ni tenpat kerja dia.selok belok dalam ni semua dia tahu.konpem kitorang tak sesat punya.bukan besar mana sangat pun KLCC ni kalau nak compare ngan Midvalley.


tak tumbuh tak melata.tak sungguh hamba tak kata.memang sedap hokeh!custard cream nya sangat lah menyelerakan..yang aiskrim tadi pun lazat.Lokasi this restaurant dalam KLCC korang cari sendiri lah yek.kalau aku bagitau tak thrill pulak nanti.hehe.alamatnya dalam suria KLCC : Suria KLCC (Lot C15F, Concourse Floor), Kuala Lumpur,


Lepas dah habis makan eskem kitorang just jenjalan dalam KLCC ni..lama tak shopping so sempat singgah di butik Uniqlo beli sweater sehelai..ada promosi la pulak time hujung tahun macam ni.tapi sabar banyak banyak kalau tak habis lah duit.dah la baru gaji.hishhhhhh..Then tak lama kemudian sampai lah waktu maghrib,then solat maghrib di surau KLCC sebelum keluar untuk Dinner pula..Next entry aku cerita pasal Dinner di Sebuah restoran China Muslim di Ampang bersama seorang blogger pemes.

Monday, July 26, 2010

DINNER & MOVIE @ KLCC

A quick recap on Weekend activities:

-Pagi Sabtu masuk Opis kejap..setelkan kerja apa yang patut sebab nak Outstation seminggu..(26-30 Julai aku outstation di Port Dickson dan Pasir Gudang,JB)

-Hari ahad ke Baling Kedah sebab nak menyertai Kembara Amal Bermotosikal ,kebajikan untuk warga kampung di Baling sana..bersih masjid dan Kubur..Petangnya bergegas balik ke Penang dan terus ke KL sebab isnin ada Kursus di Port Dickson..

What a Hectic schedule..but i'm ok with it!!dan cerita makan makan di KLCC dan Dinner di Chili's ni adalah kisah malam tadi..Enjoice!

25 JULAI 2010

1

Sampai KL tadi dalam pukul 7 pm..sepanjang perjalanan Hujan lebat..super uncomfortable untuk memandu..Alhamdulillah selamat sampai..Sampai di KL ke Ampang then fetch Zie untuk ke KLCC..ada temujanji dengan seorang rakan Facebooker yang tak pernah bertentang mata..

2

i think POLO Ralph Lauren ada buat Promotion new fragrance..ada 1-4 pilihan..dan hati aku sangat tertambat dengan bau No.4..the smell was so goodd!!nak beli tapi tak jadi mengenangkan ada lagi 5-6 botol perfume yang masih belum habis..

3

Dalam duk belek Perfume Amalia sampai..Amalia ni memang kenalan di FB sahaja..bekerja di Miri dan kenal lah jugak dengan si Nikli..so kenal kawan atas kawan akhirnya kami berjumpa jua..tak salah kan nak meluaskan Network..Amal ada di KL dari isnin hingga Rabu atas urusan Rasmi.so alang alang aku dah ada di KL so sempat lah singgah jumpa kejap.

4

5

we decide to having our Dinner @ Chili's.

6

Nice to Meet you Amal!!eventhough baru first time jumpa but we managed to talk about so many things,and basically seronok dengar cerita dia duk Travel sana sini..Jauh berjalan luas pandangan kan..:)

7

Air mango Jus tu aku belasah refill sampai 5 gelas!!pastu sibuk lah cari Toilet nak buang air kecik pulak..tapi air tu macam sikit..sekali sedut dah habes..atau aku yang terlebih dahaga?haha..so apa yang kami makan??

8

Starter Wajib di CHILI'S : TRIPLE PLAY

9

For myself,i've ordered GRILLED SALMON WITH HERB RICE

10

Lama gila aku tak makan Salmon..Salmon kat sini macam kurang ke'salmon'an nya..tak taw nak cakap macam mana..but still sedap.aku suka nasik Herb tuh.Very Nice!!tapi sikit sangat..huhu..nak suh aku diet lah tu.Actually memang kitorang order dua meal ni jer.takut tak habis ebab portion nya banyak.Membazir amalan syaitan..

11

Pasukan Yang Khusyuk makan tanpa menghiraukan alam keliling

12

Ini ialah Desert yang di tunggu tunggu..MOLTEN CHOCOLATE CAKE..memang sedap sangat !!aku pun suka..ambik satu jer boleh kongsi 3-4 orang.Korang jangan nak mengada order banyak banyak nanti tak abes..sebab quite big portion nya..lain lah kalau korang pencinta Tegar Coklat.tu lain cerita.

13

Kerakusan kami menyebabkan Desert ni dah hilang rupa.Ada apa pada Rupa.janji sedap!

14

Aku pun tak nak terlepas peluang menjadi Rakus

15

Thanks Amal for the Treat!!ada Umur kita jumpa lagi nanti..Really nice to meet you..Biasa duk komen komen kat FB jer.kali ni dapat bertemu muka pulak..Teknologi menyatukan Umat Manusia..:p

16

Tapi pertemuan kami tak terhenti di situ sahaja..abes Dinner kami layan Muvee dulu citer 'The Sorcerer Apprentice..'..Jangan tanya aku sedap ker tak cerita tuh sebab aku tidur..haha..tengok gitu gitu jer last last terus tak faham..tidur berselimut lagi..hehe..Penat Drive kot.

17

sambung bergambar lagik..After Movie terus pi hantar Amal ke Hotel Crown Plaza..

18

Anyway,Thanks Amal for this Cute tiny little shoes from Holland..Love it!!ada masa nanti kami ke Miri kita boleh berjumpa..ada tempat lagi kat Miri tu kami tak sampai..Buat baik di balas baik budi yang indah di kenang jua.

Sekian.

*26 Julai 2010 -akan berada di Port Dickson

**27 Julai - 30 Julai 2010 -akan berada di Pasir Gudang Johor Bharu.

Friday, June 18, 2010

HIKAYAT JEJAKA & GADIS @ LITTLE PENANG KAFE

Pada suatu Hari,tersebut lah al-kisah jalan jalan cari makan di KLCC..

Cuaca Hujan lite lite kat luar.Mendung jer..Perut mencucuk cucuk minta di isi..Maka bergegas lah dua insan yang kelaparan mencari makanan..Tapi tu lah.tiap kali nak makan mesti pening pening lalat sebab tak tahu nak makan apa..Jadi satu masalah pulak..tak tahu nak makan apa satu cerita,nak makan di mana cerita lain pulak.adoi lah..

Tetiba jejaka tersebut ternampak Signboard LITTLE PENANG KAFE,maka di ajaknya lah si Gadis masuk makan di situ walaupun jejaka tu memang dah kerja kat Penang..sampai Ke KL kafe makanan penang jugak di carinya..Orang dalam Restoran tu boleh tahan ramai jugak..siap kena wait to be seated by waiter..tapi tunggu tak sampai lima minit pun.Tak sempat nak ubah fikiran lah jadinya nak makan kat Chili's.so let's lah makan di sini.

1

THE BEST OF PENANG UNDER ONE ROOF-kata mereka..Boleh percaya ker?

2

Pekerja pekerja di sini kelihatan sungguh busy..mereka berlegar legar ke sana ke mari dengan Kostum kafe..jejaka dan gadis hanya mendapat meja yang sungguh kecil,tapi cukup lah.sebab mereka hanya berdua..kalau meja besar nanti kena kongsi dengan orang lain pula.

3

Sepakat membawa berkat.

Atas motto itu lah jejaka dan si gadis memilih air yang sama jenis dan sama warna..Nama air ni ialah SOYA CINCAU..tak lama lagi dalam Bulan Ramadhan saya gerenti air ni akan hangat di Pasaran sama ada di Param atau di kedai makan..Tak percaya??Tunggu dan lihat lah bulan lapan nanti.

4

ASSAM LAKSA PENANG.. milik si gadis..Rasa asam laksa ni mengancam jugak..ke-Penang-an laksa penang ni terserlah pada nenas-nenas yang bertaburan dalam kuah..Recommended la pada pencinta Laksa.

5

SIAMESE LEMAK LAKSA- Laksa yang berlemak tinggi ni milik si jejaka..Kuah santan yang pekat bersama Isi ikan memang mantap!teringat Laksa Kuah Putih terengganu punya..kuah santan tapi tak lah merah macam ni..jangan amalkan selalu yer makan Santan..tidak sesuai untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan..(meal ni Recommended jugak!)

6

Setelah selesai menghirup titisan terakhir kuah laksa,PAI TEE ini pula di order memandangkan masih ada ruang dalam perut..ni kira sebagai pencuci mulut lah..(ehhh bukan Pai Tee orang biasa buat appertizer kaa??sudah tukar kaa?belasah je lah..:p)

7

Kalau makan saja tak sedap..tawaq hebiaq(ni bahasa penang ker??)..kena tambah sos cili kat atas baru mengancam..cara makan: kena suap sebijik tu terus masuk mulut,kalau makan sikit sikit nanti terburai isi dalam pai tee..sapa yang rugi??mereka dan keluarga mereka juga yang rugi..Pai tee ni lagi sedap dari yang Chicken Rice Shop punya.Tak percaya??Percayalahhhhh..

8

ehhhh..Kenapa ada 3 gelas??bukan order dua gelas jer ke tadi??oh,itu air tambahan si Gadis..haus sangat sampai dia order dua gelas.gelas pertama dah habis sedut sementara meal sampai..Moral of the story : lepas ni kalau order jangan order air dulu,order makanan dulu the bila makanan sampai baru order air.kalau tak anda akan kerugian di antara rm2-5 ringgit(harga air di kafe kafe macam ni).Tips yang sungguh menarik bukan??

9

Setelah selesai makan,si jejaka dan si gadis pun keluar dari kafe ni dan berpimpin tangan dengan erat menuju ke tempat shopping untuk bershopping apa yang patut,lambang kasih sayang si jejaka terhadap sang gadis..(ok part last ni tokok tambah yang tidak berlaku di realiti sebenar.sekadar imaginasi penulis.harap maklum)

THE END

*Hujung minggu menjelma..cuti sekolah dah nak habis..Minggu depan jalan akan start jem balik lah..nak ke mana ya weekend ni??

Tuesday, December 8, 2009

BIRTHDAY CELEBRATION @ CHILI'S KLCC

Hujung minggu yang lalu aku pulang ke Terengganu lagi.Untuk meraikan majlis sambut menantu Adik,keluarga belah suaminya.Majlis berjalan lancar,penuh kesederhanaan tapi meriah.Selesai majlis aku terus ke Tanah Merah Kelantan untuk hantar Faiz pulang ke asramanya.Setahu aku sekarang cuti sekolah tapi mungkin sekolahnya punya latihan intensif atau yang sewaktu dengannya.Wallahualam.Pulang kembali ke kemasek hari yang sama dan tiba pada jam 12 malam.Penat.

Keesokan pagi nya selepas sarapan pagi,aku dan kak tie ke ke Temerloh bersama kakak ipar ku yang kebetulan memang mahu pulang ke sana.Di temerloh sempat singgah makan tengahari-makan makanan terkenal di Temerloh-Patin masak Tempoyak..Very Nice!!Thanks Kak Feeza for the treat.i owe yo one.Lepas dah Lunch aku dan Kak Tie terus ke Kuala Lumpur menaiki metrobus dengan tiket RM11.20-Tiba di KL pada jam 6 petang.

6 DISEMBER 2009

Dari stesen bas Pekeliling Sam dan Angah datang menjemput.Punya lah lama aku menunggu(1 jam setengah-to be exact)..Jalan dari Bangi ke KL jam teruk katanya.Takpa lah,sabar menunggu walau dalam hati Tuhan saja yang tahu.Betul kata orang penantian itu satu penyeksaan..hehe..but Thanks anyway sebab datang ambik aku.:)

1

Dari stesen bas pekeliling tu kitorang terus ke KLCC,sebab nak pi dinner kat sini dan juga nak celebrate birthday seseorang.Punya lah ramai umat manusia dalam KLCC ni meraikan Year End Sale gamaknya.Masing masing duk bershopping tak hengat.Kalau ada duit banyak harus aku pun turut join sama.

2

Plan untuk Dinner di Chili's.Kat Restoran ni pun ramai orang tengah que,nama duk ada dalam waiting list.aku pun taruk la nama skali,seat for four..dalam setengah jam diorang suh tunggu.Hantam sajalah.Kena menunggu lagi..huhuhu(tak leh blah ok ada satu couple arab ni main menonong jer masuk sesuka hati last last kena kuar balik..haha..u know i know)

3

Lama siot aku tak jumpa dua orang besfren aku neh.Masing masing sibuk ngan komitmen memasing tu yang tak bertegur sapa tuh.kena lah faham kan.bila dah ada life sendirik,tambah tambah lagik diorang dah berumah tangga.saling faham memahami,yang penting KERJASAMA.

4

WE DO NOT SEAT INCOMPLETE PARTIES-aku cuak gak tengok amaran nih kat didnding depan counter tuh sebab kitorang cuma bertiga tapi aku reserve kan untuk 4..kami cuma bertiga,Mujurlah chaotic moment berlaku and bila dah ada tempat diorang tak check pun.Main redah kasi masuk dalam jer.Baru aku kol yang sorang lagi suh mai Chili's.

5

Ni lah another one yang kitorang ajak makan sekali,Ziana..Nak sambut besday dia yang jatuh pada 5 disember.di sebabkan kekangan masa tak dapat nak celebrate on time so anjak sehari lewat pun takper kan.Janji dapat jumpa.Dia ada kasi Biskut Mark& Spencer kat aku masa ni.Thanks to you!i like the dark Chocolate one!

6

Korum dah cukup ni so apa tunggu lagi jom kita order makanan..Tak taw nak makan apa,dah la nak tengok menu pun lampu tak berapa nak terang..padahal mentol dah ada sebijik atas kepala tuh..haha..Jom jom tengok apa yang kitorang order:

7

starter-Triple Play\

8

ayam ni masa masam sikit..sodap!!

9

Angah order Big Mouth Burger dan Fries ni

10

Sam-Peminat Spaghetti dulu kini dan selamanya

11

Mushroom Fajitas(if i'm not mistaken)

12

Salad untuk Mushroom Fajitas ni

13

Ada tiga keping roti pita yang ada,so kena bungkus sendiri..Ziana tolong bungkus aku tukang ngap..haha..yang Mushroom tu campur ayam dan daging(Combo)..Tapi memang nak kena mengelak ngelak la amik ayam daging tuh sebab sangat berselaput Cheese yang kental..erkkkkkkk..aku tak makan Cheese neither do kak non.

14

Tengok lah Cheese yang Tebal itu..Phewwiiittt..

15

mari mari kita mentekedarah!!

16

ngap ngap ngap ngap..

17

Tengah tengah duk makan tetiba Saidatul Nazla muncul..actually tadi memang aku dah terjumpa dengan dia depan Chili's..Tak sangka dia pun makan kat sini..Terus pose mesra ngan Ziana.peace!!

18

Sempat la Naz kasi hadiah Besday Untuk Zie-dari Famous amous..Thanks Naz!!(ni cakap thanks bagi Pihak Ziana..hehehehhe..)

19

nak refill lagi ker sam??

20

Oleh kerana air kat sini memang boleh refill sesuka hati maka sedap jer lah aku menyedut air sampai habis then panggil waitress yang bertugas suh isi balik..sampai lima gelas air mango ni aku sedut apa kes??boyot macam tu jer jawabnya..hahahaha..

21

Sedang kami rancak berbual dan bersembang,datanglah krew Chili's and da gang menyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY' untuk besday girl..hehe..dah plan awal awal ngan depa suh wat suprise tu untuk Ziana..Happy Belated Birthday to you Zie!!May all of your dream come true,and your worries stay smaller..:)

22

mari meniup kek..Fuhhhhhhhh...!

23

Terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari kami

24

tu bukan Hadiah dari Naz kaa??hehee..eksen jer tuh

25

Dengan Miss Ang ni lah aku berkolaborasi suh kasi Dessert Compliment untuk besday Girl..Peramah sungguh orangnya..Bila nak amik gambar dia dan dan tu jugak duk betulkan rambut lap lap mula sikit..hehe..Thanks Miss Ang!!Hope to see you again next time.

26

Sambung bersembang siap suh refill air lagi..Gelas ke lima ni aku dah surrender..dah tak tahan nak terkencing dah pun asyik minum banyak sangat..It's time to go back bebeh..aku macam tak kerja esok kan..kat Penang pulak tuh.Masa ni dah dekat pukul 11 malam.macam lah Penang tu belakang KLCC ni jer.

27

4 of us..(miss ang tolong amik gambar)

29

Chili's kat KLCC ni bukak sampai jam 1 pagi..so masa ni pun orang ramai lagi kat dalam tuh..kat luar sumer dah takder la sebab operasi sampai 10.30 pm sahaja.next time kita datang lagi sini ya!

30

kekenyangan yang amat masa ni

31

Jalan-jalan sekitar KLCC sekejap then Zie hantar aku ke Puduraya,amik bas pukul 11.30 malam ke Penang..For the first time bas konsortium tu tepati waktu,11.30 pm lebih macam tu jer bas dah jalan..kalau kebiasaannya sejam lebih gak nak kena tunggu..Anyway,Thanks Sam dan Angah jadi teman dinner malam ni..Happy Belated besday Zie,and thanks pada semua!!

*jatuhnya sepanjang perjalanan ke Penang aku duk asyik nak terkencing jer sebab minum air banyak sangat!!hehehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails