Followers

Showing posts with label ayat quran. Show all posts
Showing posts with label ayat quran. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

KISAH HARI KHAMIS MALAM JUMAAT

Cerita hari khamis. Nak share ringkas sahaja.


Sarapan pagi makan Buah buahan ni dengan soya + whole grain + kismis


Kat tempat kerja. Ada supplier datang untuk install barang. Buat site visit. 


Petang. Bersiap untuk ke kelas tajwid di Institut Quran Padang Midin


Minggu ni minggu last kelas tajwid.. by next week dah exam.. sepanjang tahun ni memang every khamis malam jumaat aku ke KT untuk this class. Belajar tajwid quran. now dah exam. kalau lulus dapat lah naik ulum 4. sekarang ulum 3. Buat makan makan ni untuk raikan Ustaz Najmi. terima kasih ustaz! jumpa lagi tahun depan insya Allah.


Habis majlis makan makan ke rumah adik dah. dia buat pulak bihun sup. sedapnya!


Sekarang duk glemer ngan benda ni. rendam dalam air panas dan makan. Thanks adik da atas bihun sup yang sedap!! ni last kita jumpa ni sebelum dia akan mengerjakan umrah pada 7 Disember nanti.. Selamat lah semuanya moga perjalanan dipermudahkan Allah. Doakan lah agar abang dapat ke sana juga suatu masa nanti. Teringat kembali umrah sama-sama dengan arwah ayah tahun 2011.. Indahnya saat itu.. Moga Allah sampaikan lagi aku ke bumi suci itu.. Ameen!

*Selesai makan, aku bertolak pulang.. sebab esok nak ke Singapore pula..

Thursday, February 27, 2014

KAU TAHU SEBAB APA?

Kau tahu sebab apa ada doa yang kau pohon Allah tak kabul?

Sebab Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam isi hati kita. Walau sebesar zarah sekalipun niat sebenar yang ada dalam hati kita Allah tetap tahu.

Kau mintak nak kurus Allah tak beri sebab Allah tahu kalau kau Kurus mula lah kau akan pakai ketat sana sini sibuk nak tayang body, padahal masa kau gemuk bukan main pakai labuh mengalahkan ...
jubah berselirat.

Kau mintak nak jadi pandai Allah tak perkenankan sebab Allah tahu bila dah jadi pandai kau sibuk tipu orang sana sini membohong tak berhenti.

Kau mintak nak jadi baik Allah tak restu sebab Allah tahu bila kau dah jadi baik kau mula nak riak dan berbangga dengan kebaikan yang kau lakukan sedangkan semua tu dari Allah, bukan dari usaha kau sendiri.

Kau mintak nak jadi kaya Allah tak mudahkan rezeki kau sebab Allah tahu bila kau kaya nanti mula kau akan sombong dan lupa daratan serta kedekut dengan harta yang Allah telah anugerahkan.

Kau mintak nak dapat anak Allah tak izinkan sebab Allah tahu bila ada anak nanti kau tak bimbing anak kau tu ke jalan yang diredhai Allah dan tak beri hak yang sepatutya pada mereka.

Kau mintak nak dapat isteri cantik dan seksi Allah tak bagi sebab Allah tahu kalau kau dapat isteri seksi mender tu akan jadi bahan fitnah dan suami juga akan menanggung dosa isteri.

Sekadar beberapa contoh.

Bersangka baik lah dengan Allah. Kadang bila Allah tak makbulkan doa kita sebab Allah suka mendengar rayuan dan rintihan Hamba-Nya. Allah Maha Mengetahu atas tiap tiap sesuatu yang kita tidak ketahui. Yakin dan percaya lah - Perancangan Allah itu adalah yang paling indah dan paling baik buat kita. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
- Surah al-Baqarah ayat 216

Sunday, January 26, 2014

HIDUP INI PENTAS LAKONAN

Tanpa pengalaman yang pahit, macam mana kita akan bisa untuk hargai setiap pengalaman manis?

Pena sudah terangkat. Dakwat sudah kering. Semua telah siap tertulis dalam rahsia Allah.

Dan peranan kita hanya sebagai pelakon yang melakonkan watak yang telah ditetapkan oleh sang Pencipta.

"Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hu...
jan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya."

(Surah Luqman : 34)

Saturday, January 4, 2014

TANDA-TANDA HATI MATI

Kuliyyah subuh di Masjid Jamek Kemasek: (punca hati mati)

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yan...
g nyata.”

(Surah al-Zumar ayat 22)


Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.


Thursday, July 5, 2012

YASSIN VS MAJLIS ILMU : SAMA-SAMA KITA SALING INGAT MEMPERINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN

Malam ni malam Jumaat.

Tadi petang lepas ambik Kak Ija di Binjai terus balik rumah bukka Pose sama sam angan Mak dan ahli keluarga yang ada..Makan nasik ngan Ikan singgang + Budu Durian dan ulaman. Memang makan nasik bertambah la lauk macam ni.. Mak pun tak teriman jugak ambik jugak lah Budu depan mata..Then solat maghrib dan menunggu isyak..


Sementara menunggu isyak kitorang baca Yassin sama sama sedekahkan buat arwah ayah..Semoga arwah ayah akan sentiasa tenang di sana berkat doa mak dan doa anak anak..selesai bacaan yassin dan berzikir, solat isyak berjemaah dan bersiap untuk ke kuliyyah agama di Kijal. Che Ngoh ada mengajar malam ni.

 
Che Ngoh dan Cikgu Mie sebagai tenaga Pengajar di sini


Yaya pun ikut skali. Abang Jalee bawak satu family datang


Ramai yang datang belajar Kitab Hikam


Kitab hikam topik 87: hakikat perjalanan ekspress yang terpuji. Topik ini membincangkan perjalanan hidup manusia menuju ke akhirat..manusia yang hatinya terpaut rapat dgn dunia akn merasakan perjalanan menuju akhirat adalah sangat jauh sedangkan manusia yang hatinya dekat pada Allah akan merasakan dunia akhirat itu tersangatlah hampir dan semakin akan mendekatkan diri dengan Allah..kita di golongan yang mana??renungkan lah..semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa cuba untuk mendekatkn diri dgn Allah


Selesai Kelas ada jamuan Ringan..ada ketupat Palas Cicah sambal, Karipap Goreng dan air kopi. Alhamdulillah rezeki. Aku berasa tenang. sungguh aku berasa tenang dan seronok bila berada di dalam majlis ilmu macam ni. sebab aku akan berdampingan dengan Golongan yang berkehendakkan ilmu dan cuba mendekatkan diri dengan Allah. Banyak Khilaf yang aku lakukan selama ini ya Allah. semoga Allah akan ampunkan dosa dosaku..Dan semoga Allah beri pertolongan untuk aku menjauhi perbuatan mungkar..Seseungguhnya aku amat lemah dan dhaif, dan sentiasa perlu harap pada pertolongan mu ya Allah..Kuatkan lah imanku..Ameen ya rabbal alamin..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)

Wednesday, August 17, 2011

KEWAJIPAN BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA


Gambar di atas ialah gambar aku bersama Ayah di Masjid Nabawi Kota madinah..Sepanjang berada di Kota madinah dan Kota Mekah kami adik beradik lah yang bergilir menolak ayah dengan kerusi rodanya..Kaki ayah sekarang lansung dah tak boleh nak berjalan sebab Arthritis yang dihidapinya di tahap yang teruk..Sebagai anak aku Redha dengan takdir Allah..Bukan kah Allah tidak menurunkan Ujian kepada Hamba Nya selagimana Hamba Nya itu mampu menanggung..Saat ini aku terasa rindu pula untuk menolak ayah seperti mana di Kota Madinah..pernah kami terlewat untuk solat maghrib di masjid Nabawi - macam lipas kudung aku tolak ayah sebab nak kejar solat berjemaah.Lucu pula bila dikenang kembali.tapi itu lah antara kenangan yang aku tak boleh lupa sepanjang kami melaksanakan ibadah umrah di tanah suci.

Sepanjang berada di Kota Mekah pun sama..Aku,abang jalee dan abang Shuk saling berganti tugas untuk menolak ayah ke masjidil haram tiap kali masuknya waktu solat..dalam keadaan ayah seperti ini kami sebagai anak lah yang seharusnya memainkan peranan penting..aku tak rasa terbeban malahan aku rasa sangat terharu sebab kami berada di Tanah suci dan berkesempatan untuk berbakti pada ayah..Mak dalam keadaan yang penat juga untuk berjalan tapi masih mampu melakukan tawaf bersama sama di depan Kaabah..untuk ayah kami tawaf di tingkat satu masjidil haram di laluan kerusi roda..laluan nya menjadi lebih jauh tapi yang penting kami boleh bertawaf bersama sama,itu yang paling utama..Alhamdulillah..

Sebetulnya aku kagum dengan ayah kerana dalam keadaan dia sakit sebegini tapi masih punya semangat yang kuat untuk ke tanah suci melaksanakan ibadah umrah.Pengalaman paling berharga dalam hidup yang aku takkan pernah dapatkan di mana mana pun - ke tanah suci bersama kedua ibu bapa ku..Di samping beribadah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang antara kami semua semakin bertambah..sekurangnya itu yang aku rasakan..syukur sangat sangat pada Allah atas nikmat ini.
.
Sahabat sekelian,Ibu bapa kita lah yang melahirkan kita semua. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini. Maka telah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berbakti kepada kedua-duanya..Kewajipan kepada kedua ibu bapa ini telah ditulis dalam Al-Quran, seperti firman Allah SWT:

"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
Surah An-Nisa, ayat 36
.
Juga dalam Surah Al-Isra', ayat 23 yang bermaksud. Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Sedangkan mengucapkan 'ah' tidak dibenarkan, apatah lagi mengucapkan perkataan yang lebih teruk atau meninggikan suara. Alangkah bertuahnya mereka yang masih tinggal di bawah satu bumbung dengan kedua ibu bapa mereka, kerana dengan melihat wajah kedua ibu bapa, beroleh pahala dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."
Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.

Daripada mafhum hadis dan ayat Quran di atas jelas sekali bahawa kita sebagai orang islam wajib untuk mentaati ibu bapa dan berbakti kepada mereka serta memandang kedua ibu bapa kita dengan penuh perasaan kasih sayang..Semakin meningkatnya umur kita,semakin tua lah ibu bapa kita..aku tak putus berdoa setiap hari agar Allah mengampunkan dosa mereka dan mengasihani kedua ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihani ku semenjak aku masih kecil dahulu..Buat mak dan ayah, aku sayangkan kalian berdua..Semoga Allah akan terus melimpakan rahmat dan kasih sayangnya kepada keluarga kita..Insya Allah.

*Hujung minggu ni nak balik kampung untuk berbuka puasa bersama mak dan ayah..Bulan Ramadhan kian menuju ke penghujung..marilah kita mempertingkatkan amal ibadah kita dalam usaha untuk memburu malam al-Qadr,iaitu satu Malam yang Allah taala sebut dalam quran satu malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Tuesday, August 16, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA + ISYAK/TARAWEH + TAZKIRAH RAMADHAN

Petang tadi
Majlis berbuka Puasa Anjuran Persatuan Kebajikan Pekerja Islam
Semua pekerja dijemput hadir untuk memeriahkan Majlis


Sebelum berbuka puasa ada majlis bacaan Yassin beramai ramai.Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Bacaan dipimpin oleh Ustaz dari maahad Tahfiz


Selesai Bacaan Yassin menunggu waktu berbuka puasa
Di Penang waktu Berbuka Puasa ialah 7.33pm


Berbuka mengalas perut dulu
Makan Kurma dan Kuih muih


Seronok makan ramai ramai macam ni
Berjemaah itu yang paling indah
selesai mengalas perut terus bersolat maghrib berjemaah


Selesai solat maghrib baru makan berat
ada nasi lauk ayam lauk kubis 
Alhamdulillah rezeki dari Allah..


Selepas solat Isyak dan Taraweh tadi ada Tazkirah Ramadhan.Di sampaikan oleh Ustaz Abdul Razif..Tazkirah malam ini membincangkan Konsep Takwa..Selalu sangat kita dengar perkataan Takwa tapi adakah kita memahami dan mendalami pengertian di sebalik maksud TAKWA itu sendiri??Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah ada menyebut bahawa seharusnya TAKWA itu perlu mengandungi tiga perkara iaitu:

1)Khoufu ilallah (Takutkan Allah) - Khauf bererti takut akan Allah s.w.t. , iaitu rasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

2)Beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah - Beramal dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah..Allah Taala telah memberikan Nabi Muhammad Mukjizat terbesarnya iaitu Al-Quran dan Al-Quran itu diwarisi pula oleh kita sebagai Umat Nabi Muhammad..maka seharusnya kita beramal dengan Isi Kandungan Al-Quran dan juga dengan Sunnah Rasulullah..Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku.."

3)Sentiasa mengingati mati - Kata Rasulullah, orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati.Umat Islam sekarang suka berseronok dan bersuka ria. Apabila berbicara tentang mati, mereka hanya mengakui bahawa mati itu pasti datang. Sedikit sahaja yang mengambil langkah persediaan bagi menghadapi mati. Ramai yang membeli polisi insuran nyawa atau kemalangan berbanding membuat persediaan menghadapi hari mati.Menurut Abdullah Bin Umar, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.” Beliau lalu ditanya, “Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda, “Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..Insya Allah.

Wallahualam.
 

Saturday, August 13, 2011

DEMI MASA LALU & DEMI MASA DEPAN

Hari ini aku kembali.

Kembali ke dunia asal.kembali ke rutin asal.Tapi kali ini keadaanya tidak seperti dulu.kali ini aku lihat dunia dengan pandangan berbeza.perspektif yang sungguh berbeda dari kebiasaannya.Entah.sukar untuk aku ungkapkan dengan kata kata tapi itulah hakikat.Sebuah hakikat yang bakal jadi titik tolak untuk sebuah permulaan yang baru.

Kotak hitam gergasi itu penuh mukjizat.

Di depan kotak hitam itu aku terdiam kaku.kaget dan bungkam.terasa begitu kerdil dihadapan sang Pencipta yang Maha Agung..terasa seperti aku lansung tak punya apa-apa.terasa seperti dunia ini tidak ada ertinya lagi..hanya akhirat sana tempat yang kekal abadi.terasa begitu malu bila berdiri di depan kotak suci itu..Dosaku menggunung tinggi dan seperti tidak layak untuk aku berdiri di sini,mencari sisa pengampunan dari Yang Maha Kuasa..tanpa sedar ada manik basah laju mengalir di pipi.

Ya Allah..ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta dosa seluruh umat islam..berilah aku petunjuk dan hidayah Mu..dan jangan lah kau bolak balik kan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk Mu..Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..ameen.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (QS. Al Baqarah[2] : 286)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails