Followers

Showing posts with label arabic cuisine. Show all posts
Showing posts with label arabic cuisine. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

FOOD REVIEW : SABA RESTAURANT CYBERJAYA

24 Jun 2012.Selepas berlari Full Marathon 42 KM.

I think i really deserve to get some good food into my digestion system. Plus i really need a great carb to replenish my energy back yang dah hilang masa habiskan 42 KM before..at this time, all i can think of ialah makanan arab. Nasi arab would be nice to ease my hunger..With my running mate, Faiez and i went to the Restoran Saba located at Cyberjaya. Lama dah nak try makan kat Restoran ni. Cuma kali ni baru impian menjadi realiti. FYI, ni kali pertama aku datang ke cyberjaya. Tu pun sebab nak makan. Kalau tak, tak ada sebab lah aku nak datang sini.


It was confusing to search for this Restaurant. None of us have been here before, so with some help from Samsung S2 GPS,  we managed to find this Restaurant..and it looks so meriah dari luar. Banyak kereta and in my mind : Mesti sedap Restaurant ni kalau tak kereta takdelah penuh macam ni. That was my first impression. We'll see how later.


Luas juga Restaurant ni. Nak duduk kat dalam ataupun kat luar pun boleh..aku lebih suka duduk kat dalam.sebab bimbang kat luar nanti akan ada smoker smoker menghembuskan asap naga..I dont hate anybody, but i do hate smoke from cigarette. it makes me sick. so i decided to go inside..and lucky us to get the table. It seems like full house with all the table taken, because this is the peak hour, i presumed.padahal dah pukul 3pm yer.memang semua jenis makan tengahari lewat kot.


we take a look at the menu. semuanya nampak tempting dan menarik, considering our stomach is empty from pagi..Rasa macam nak order a lot of menu inside. Tapi kena beringat..sat lagi bila makan silap silap tak habis. You know lah kan when we talked about makanan arab portion nya adalah like portion untuk orang arab.. Boleh makan dua tiga orang satu plate tu..so apa yang kami order??tengok kat bawah:


A plate of Chicken Shawarma - served with Kentang Goreng dan salad serta yogurt


Chicken shawarma tadi kena makan with this bread. our appetizer


Saba Salad


Masa mula mula nak order nasik tadi, aku mintak Roasted Chicken served with rice. Sekali dah habis pulak..so we decided to order satu large set Hanith Chicken served with Rice..nasib  baik just order satu jer nasik.sebab portion last ni memang untuk makan 2-3 orang..dua orang yang kelaparan just nice rasanya untuk habiskan nasik ni.

 
Ayam diletak dalam foil tu bersama beberapa herbs dan spice..rasanya sungguh mengagumkan.!i like the marinated flavor and the chicken adalah sangat lembut. Enjoy je nak makan ngan sudu..isinya tak overcooked dan it almost perfect!i love this meal. 


Style makan di Restoran arab, satu dulang ni makan dua orang..baru feel.tak syok makan asing asing satu pinggan..Pekena pulak dengan Saba Salad tu tadi. Lagi menarik. Sebab aku perasan kalau makanan arab mesti kurang sayur..Cuma nasik dan ayam. Macam a bit boring. Tambah salad as ulaman boooommmm!Perfect!!


Teh Turki dan malt drink Pineapple.


Alhamdulillah, dapat habiskan nasik tu dengan cemerlang. Aku suka nasik arab sebab berasnya panjang panjang.. nasi nya pula kalau makan saja pun dah sedap. Apatah lagi makan ngan ayam.. Cuma kami dah tak mampu nak habiskan A plate of Chicken Shawarma..Minta waiter kat situ bungkuskan.Sayang jer kalau nak tinggal. At lest mana tahu taruh cadang boleh makan malam karang ker..Overall the food was great!!seriously. Bukan sebab kami lapar. Tapi memang sebab sedap. No wonder orang adalah ramai.


Aku pakai Finisher Tee of 42.195 KM standard Chartered KL Marathon. Kalau ikutkan hati nak pakai T- Shirt ni 42 hari 42 malam taknak tanggal bila membayangkan keperitan aku habiskan 10 KM last.. Tapi aku tahu, kesakitan hanyalah sementara..nanti bila dah recover aku akan tersenyum dan pasti nak ulangi lagi this sweet moment. Moment bila sampai di Finishing line knowing you are able to finish 42 KM on your own.Wallah!!


Dah kenyang apa lagi. Jom balik. Sebelum balik kena bayar dahulu ya. Kang tak saja saja kena hambat ngan tokey kedai..ke kaunter bayaran dan harga untuk our meal tadi tu dalam RM 50++..sorry i cant remember the exact figure. Dalam 25 hengget lah seorang. I think its quite affordable compared than nasi arab Al-Rawsha kampung Pandan. Well, Depend pada individu lah.ada cakap mahal ada cakap harga ok. But for us, dengan kualiti makanan dan servis kat sini yang boleh kata sedap jugak, i think it does worth it.


Operation Hours. Ini yang penting kalau korang nak datang makan kat sini


Kesimpulannya, aku pasti akan datang lagi nanti. Banyak cawangan sebenarnya saba restoran ni..Cuma aku datang di area Cyberjaya sebab sebelum mai sini Checked out dari Residen Hotel Bangi ( a few days before aku ada muktamar Pakatan TNB kat situ)..Theres a few pantang larang kalau korang nak makan kat sini.rujuk link ni ya.in case korang nak datang this Restaurant, ni alamatnya:

4800 Suite 0-2, Ground Floor,
Block A1,Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya,
63000 Selangor.
Tel: 03 8320 2544 (for reservation)

Selamat mencuba!!

Friday, November 4, 2011

FOOD REVIEW : AL-RAWSHA RESTAURANT KG.PANDAN

Ini Sebenarnya merupakan kisah 16 Oktober 2011 yang lalu..A day after Putrajaya Night Marathon 2011.

As usual lah kan blog aku ni memang akan jump here and there..story sangat lah banyak tak berupdate sampai aku sendiri pun dah lost track dah mana yang tak story lagi.tengok album baru boleh track mana yang tak sempat nak tulis di laman ni.seriuosly busy sesangat sekarang..Maaf lah sebab bagi pembaca dah konpius.kejap citer latest kejap citer lama..kejap citer dua tahun lepas pun ada aku selit.kiranya ikut sesedap rasa je lah.Blog sendiri so ikut suka lah kan..heheee..

Ni nak story pasal aku ke IKEA pada pertengahan Oktober yang lalu(sebelum ke Restoran Al-Rawsha Kg.Pandan)..sebab ke IKEA? nak cari Karpet untuk letak kat ruang tamu rumah.(macam kat Penang takder karpet kan..).actually reason nya sebab karpet yang aku nak tu tengah ada sale.so gamble je lah ni kot kot ada lagik..


Alang alang dah sampai IKEA jumpa lah sekejap dengan Saiful dan Nita sebab aku nak pass kan Ikan Terubuk Masin dan souvenir dari Kuching (a week before aku pergi ke Kuching,sarawak,pun belum aku story lagi detail pasal trip tersebut di blog ini)..lama jugak lah tak jumpa sepul..dia pun busy memanjang outstation..kejap kat sarawak kejap kat Vietnam kejap kat terengganu kejap kat Penang..merata pergi.jeless.


Umar Shadiq pun dah makin besar..Buat Nita,selamat makan Ikan terubuk masin yang di idam idam kan..(by now aku rasa konpem dah habis dah ikan tu diorang makan)..lain kali kita jumpa lagi ya..rumah diorang memang di area Mutiara Damansara.Dekat sangat dengan The Curve dan IKEA..lepas dah sembang lebih lebih kurang terus aku ngan Kak Tie ke IKEA.


Masuk dalam IKEA as usual lah kan orang penuh..tak tengok sangat dah mender lain sebab tujuan sebenar nak beli carpet yang aku dah aim dua minggu sebelumnya..Alhamdulillah sangat aku dapat the last piece of karpet tu..berbaloi datang balik ke IKEA sebab dapat apa yang dicari..Thank you Allah sebab beri aku kesempatan untuk beli barang tersebut.Harga tengah sale,kalau di IKEA kadang kadang tu harga memang runtuh betul betul..so jangan lepaskan peluang anda kalau IKEA ada buat sale sila lah datang menjengah!


Dari IKEA kitorang kelaparan..so nak cari tempat untuk dinner..teringat KETAM VILLAGE di IKANO..aku ngan kak tie pun ke IKANO sekali hampa sebab pukul 9.30pm kitchen dah closed..tak ada rejeki untuk makan di KETAM VILLAGE yang digembar gemburkan sedap oleh sesetengah pihak..so nak alas perut sementara dapat idea untuk dinner di mana beli lah karipap IKEA setengah Dozen..sedap karipap IKEA ni.aku memang suka.


Bab bab nak cari tempat makan ni memang lah agak memeningkan..bukan pening sebab tak ada idea,tapi sebab banyak sangat tempat makan yang menarik muncul dalam fikiran sampai rambang mata tak taw nak pilih restoran apa.last last aku teringat pada RESTORAN AL-RAWSHA dekat dengan bulatan Kampung Pandan.terus kol kak Leez untuk tanya direction ke sana..Dan Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke destinasi yang di ingini.Thanks Kak Leez for direction!


Selalu lalu jer tepi Restoran yang dibina ala ala Istana arab..memang nice sangat..then bila masuk the interiornya pun very lah comfortable dan sedap mata memandang.Luas..ada berbagai bagai tempat nak makan.Pilih jer kkorang nak duduk kat mana.


This is our table number.duduk tengah tengah restoran dekat dengan booth air.


Teringat air Barbican kalau datang restoran arab.so aku ngan Kak Tie order lah Barbican..(isu pasal barbican dah disahkan halal).sekali bila sampai bukan barbican yang tiba,air Hillsburg apa ntah..non alcoholic malt drink.lebih kurang barbican lah jugak.sedap!ingatkan tak sedap..Order perasa lemon.


Masa nak order makanan,mula mula ingat nak order Mandi Chicken dan Shawarma..sekali tengok portionnya macam besar so aku just order Mandi Chicken dulu.nak tengok keadaan macam mana,kalau tak cukup baru order makanan lain.sekali bila sampai memang portionnya besar..ayam setengah ekor dan nasik tu boleh makan 3-4 orang(in moderate portion lah).so makan berdua memang just nice!harga MANDI CHICKEN = RM20


Mandi Chicken dalam berbagai posisi.kalau ikut kak tie mesti dia nak Lamb.tapi aku tak makan lamb.


so apa lagi masa untuk bersantap..overall rasa Mandi Chicken ni aku suka..tak muak.makan pulak dengan kuah Yogurt dan sos tomato apa ntah.memang just nice.makan berdua pun sampai kenyang betul lah senang cerita.nasib baik tak order lebih lebih tadi.


finally..semuanya licin..Brrrpp..Kenyang lagi buat kesekian kalinya..


Al Rawsha Restaurant

No 8, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9200 6600
Fax: 03-9281 4585
Email: rawsha.restaurant@gmail.com


Visit their website
www.alrawshakl.com for more information, menu and price list.


Overall aku suka rasa Mandi Chicken di sini.i bet makanan lain pun pasti menambat hati..dulu pernah makan Al Rawsha jalan Ampang..Tahun lepas dengan family..kali ni makan di Restoran yang ala ala istana ni pulak.siap ada kaunter take away 24 jam..boleh Celen ngan Mekdi lah lepas ni..Dari Restoran kak Tie hantar aku ke Puduraya nak ambik bas balik ke Penang,kerja satu hari di hari isnin sebelum aku akan turun ke KL lagi pada 18-20 Oktober 2011 sebab ada konvensyen di Subang jaya..(cerita lama ni,nanti aku nak story jugak.tak kira lah korang nak baca ker tidak)

Ok sekian dulu dari saya.Terima kasih.

Assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails