Followers

Showing posts with label pattaya. Show all posts
Showing posts with label pattaya. Show all posts

Friday, October 22, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 4 - NIGHT LIFE IN BANGKOK

Salam hari Jumaat rakan-rakanku yang dikasih sekelian!

Bila kita dilanda kesibukan seakan cepat sangat masa berlalu..sedar sedar dah jumaat dah..dah nak masuk bulan November pulak..then tak lama lagi masuk tahun baru..hmmm tua macam ni jer lah kita..ok tak mau merepek banyak banyak jom nak sambung lagi cerita pasal trip ke Bangkok yang lalu,malam terakhir di Bumi bangkok..

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 4 - MALAM TERAKHIR DI BUMI BANGKOK

Petang tu daripada Chatuchak market memang kami terus balik berehat kat Hotel..masing masing memang oenat so semua tertidur keletihan..terjaga dah dekat maghrib.lepas dah solat maghrib mandi semua segala baru keluar semula.malam ni kami akan berjalan ke pusat bandar Bangkok..


1
Ambil tren ke pusat bandar..Dalam tren ada lah jumpa sorang mamat dari kelantan rasanya..tapi cakap macam pelat siam..dia duk bagitau kami kat mana makanan Halal di Pusat bandar ni..tapi aku tak berapa faham sangat dia cakap apa,Nikli yang rajin duk layan..tapi apa apa pun thanks for the info!Sampai kat pit stop ni teruja betul tengok ada Night market atas jejantas!

2
Ramai betul peniaga peniaga yang duk gigih menjual atas jejantas ni..dah macam pasar malam dah.tapi kebanyakan yang di jual semuanya T-shirt..yang bestnya t-shirt ni sangat murah!!10 ringgit jer selai,kain pun ok design pun cantik..design memang sangat sempoi nak nak tang kartun kartun dalam tv..masing masing terus jadi rambang mata..

3
Peniaga yang mencari sesuap rezeki di pusat bandaraya Bangkok

4
Tokyu tu aku tak pasti lah pulak bangunan apa..

5
Haaaa korang tengok,korang tengok..belum apa apa lagi mamat ni dah rembat dua lima nam lai dah t-shirt kat sini..dia nak balik meniaga katanya kat Miri sana..jual selai RM15 pun dah berapa untung tu..cuba korang kira kalau beli 20 helai dalam 200ringgit,then jual dalam RM15 dapat untung 100 ringgit tuh!tak ke best??

6
aikk..yang ni pun taknak kalah ok..pulun angkut t-shirt..

7
Aku jer yang maintain cool..tak terpengaruh dengan semua anaisr anasir t-shirt..dunia jer semua tu..dah banyak dah t-shirt yang aku ada buat apa nak beli lagik..tak baik membazir..(padahal masa ni duit dah tak berapa nak lebat tu yang senyum jer lah yang aku mampu..heheheheee..)

8
Ada baca review kata dalam MBK ni ada kedai makanan Halal

9
Jalan atas jejantas ni sampai dah lewat..tapi sempat lah jugak menyinggah masuk dalam MBK ni..besar shopping complex nya.masuk pun beli eskem mekdi sebab dah lapar sangat..cari kedai makanan arab tak jumpa jumpa..

10
Berkenan jugak aku tengok sarung kusyen ni..satu 5 ringgit..murah tak?aku rasa sangat murah dah tu..kat sini kurang kurang 8 ringgit jugak satu sarung kusyen macam ni.tengok lah hanti hanti belakang aku tu duk membeli sarung kusyen..:p 

12
dah dah la wei..jom kita pi cari makan pulak..aku lapar ni..

13 
design kartun macam ni sangat banyak..rambang mata ehh nak pilih..

14 
Dari night market jejantas tu kami berjalan kaki ke MBK shopping compleks..kot kot lah sempat cari restoran makanan Halal dalam tu..tengah perjalanan duk ambil gambar suasana malam di sini..

16
Besarnya kepala harimau ni..dah la warna warni..

17
Cantik lah pulak gigi dia..tersusun rapi jer..

18 
Masa kami ke MBK, tak sempat dah nak tengok restoran kat atas tu..semua dah nak tutup sebab dah lewat..kami sempat beli eskem mekdi jer..duk pusing pusing jugak cri restoran makanan arab but somehow we kinda lost malam ni..semua macam blur so apa lagi, Yana telefon jer lah orang dari Restoran Cili Padi order makanan..kami pun ambil teksi jer menuju ke Cili padi restoran.ni jer tempat makan yang kami tahu.kahkahkah

20
Restoran ni memang tunggu kitorang jer as a last customer..apa lagi,sampai sampai terus order dan makan makan..tapi tak berapa selera jugak..sebab dah masuk angin kot perut..actually masakan di restoran ni tak lah sedap sangat..just average sahaja..tapi di sebabkan status Halal nya tu yang kami berulang alik ke sini jer.dekat pun dekat dengan Hostel tempat kami menginap.

21
Laksa Penang di Bangkok..ok jugak rasanya

22
Nasi Goreng hatyai..NN suka sangat lah dengan nasi goreng ni

23
Aku ngan Ziana kongsi Kueytiow Goreng ni..

24
Habis makan tengok jam rasanya macam sempat lagi kalau nak jalan jalan kat Night bazaar ..masa ni jam dah pukul 12 lebih..kitorang ambik teksi minta dia bawa kami ke Suan Lum Night Bazaar..khabarnya bazaar ni juga sangat meriah..pada hemat saya,Thailand memang terkenal dengan night marketnya yang menyediakan baranagn yang variety dan murah.kalau korang minat pi tempat macam Uptown damansara KL tu mesti suka lah datang Thailand ni.

25
Sanpai sampai sini terus nampak kedai jam kreatif..tapi harga mahal lah jam ni.maybe sebab unik dan fungsinya yang boleh di jadikan hiasa sekali gus..lagi murah boleh dapat dekat patpong night market..so tak beli lah kat sini.

26
Bila dah pusing punys pusing baru aku taw kat sini harganya lagi mahal dari night market yang lain.kat sini macam standard sikit tempatnya..bersih dan ramai pelancong asing yang datang.tu yang depa buh harga tinggi tuh.aku duk tawar nak beli fridge magnet pun sikit punya susah nak bagi harga murah..tapi last last aku malas pikir beli jer lah fridge magnet kat sini.kang tak beli terus pulak.

27 
Ziana pulak duk cari beg mengkuang untuk mama dan kakak..dapat lah dia beli walaupun macam tensen jugak sebab tawar harga tak dapat.tapi sebab dah berkenan beli jugak lah..lagi pun ni jer lah night market terakhir yang kami singgah.esok pagi pagi lagi dah siap siap nak ke airport..

29

Dari suan Lum night bazaar ni kami ambik teksi balik ke Hotel take a nap..Bagus lah teksi kat sini hangkut 5 orang sekali jalan pun diorang tak kisah.janji kami bayar..hehehe..sampai Hotel tak boleh nak tidur lagi sebab nak kemas barang apa semua sebab esok pagi pagi lagi pukul 7 nak kena ke Airport dah.Flight balik pukul 10 pagi..Overall malam last ni kami baru rasa macam teruja lain macam tapi baru je nak teruja esok dah nak kena balik..Maybe kena datang lagi lah kalau macam ni kan..:)

*ada satu lagi entri untuk trip ni..part last sewaktu di airport Suvarabumi,Bangkok Thailand..Nantikan ya hanya di AXIMUD..:)

Wednesday, October 20, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 4 - CHATUCHAK WEEKEND MARKET

Mari-mari-mari kita sambung lagi cerita pasal trip ke Bangkok dan Pattaya..Maaflah kekangan masa sangat mencengkam tu yang aku update satu satu..Untuk percutian yang setrusnya nanti aku rasa dah tak boleh cerita secara detail..kena cerita secara general dan maybe just melibatkan dua tiga entri sahaja..Tengok lah macam mana nanti.

Apa-apa pun,enjoice!!

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 4

Lepas dah selesai makan di Beirut Restaurant(sila rujuk entri sebelum ini), kami ambil tren menuju ke Chatuchak weekend market..Next pit stop will be at Kamphaeng Phet yang akan membawa kami terus ke Chatuchak weekend market,means to say weekend jer lah pasar ni di buka.Teruja jugak nak pergi sebab ni pasar yang sangat terkenal di Bangkok,Thailand.

1
Dalam tren just rehat rehat jer duduk bersila atas lantai..ngantuk pun yer jugak sebab baru sudah makan tengahari..Tren kat sini sama jer macam kat KL tu..takder yang istimewa.

3
mempamerkan skill mengambil gambar di dalam tren..likes!

4
sampai di Stesen KAMPAHENG PHET..nak sebut macamana tak reti.macam kambing jer..

5
Ikut lah arah anak panah ni kalau nak ke Chatuchak weekend Market

7
Lost in transistion..:p

9
Akhirnya sampailah kami di Chatucak weekend market ni..memang sangat besar rupanya market nih..boleh tersesat sesat lah senang cerita..nasib baik kami datang juga.kalau percaya dengan pakcik tuk tuk penipu yang kata market ni tutup entah dah sampai ke mana kena bawak lari dengan tuk tuk yang tak best tu..

10
Seperti biasa lah kan,market macam ni what do u expect..memang akan banyak dengan souvenor dan barang barang perhiasan..speaking of which,kat sini memang boleh kata semua ada lah.dari pinggan mangkuk sampai lah ke kain baju luar dan dalam semua ada..makanan pun ada jual mahupun yang halal ataupun yang haram.

11
Household item..warna cokelat yang nice

12
Haaaaa korang tengok sendiri lah macam mana besarnya market ni..konpem sesat sesat lah jawabnya..ada satu insiden di mana kami semua berpecah,aku ngan Nikli,Aida sorang sorang,Ziana ngan Yana..mau meraban duk cari last last kol jer bagitau kat mana lokasi dan nombor kedai so masing masing bergerak ke arah yang sama..last last jumpa balik..

14
mari mari mari membeli barang barang perhiasan..

15 Adakah ini di namakan anting anting?

16
Gajah sangat terkenal di Thailand.pasai apa tak taw.malas nak baca sejarah.heheee

18
Masa tengah membeli belah kami pass by satu kedai menjual air kopi blended dan air air lain..terus lah menyinggah beli kopi cappucino blended dan kopi apa ntah lagi yang diorang order..ala aal starbucks dah rasanya tapi harga way to much lower lah kan..Starbuck tu jual brand jer lebih..

20
Tombol pintu

22
menarik jugak signage signage yang ada tu

24
Actually bila sampai sini baru perasan ada kedai makanan muslim..menyesal makan kat Restoran arab yang mahal sebelum datang sini..KAH JAK yer nama kedai Halal di atas..Bukan Kak Jah.Kak Jah tu biasa nama pelakon pembantu yang jadi orang gaji dalam drama melayu..Sign kalau kedai muslim mesti ada tanda bulan dan bintang.

25
Ini pun salah satu kedai makan muslim yang halal..di No.16 

26
Macam macam makanan ada rupanya..dari nasik campur sampai lah makanan lain(apa dia ekk..ntah tak taw jugak.takder idea dah).so pesan saya kawan kawan sekelian kalau tak taw nak makan apa kat Bangkok mai lah makan kat area Chatuchak market ni..ada makanan halal di samping boleh bershopping sakan..

29
ini gajah jugak yer..mak gajah dan baby gajah..

30
Actualy kat sini kami banyak shopping baju.tapi entah tak ambik la pulak gambar kedai baju dan seluar..last last masa semua dah penat terjumpa kedai cenderamata ni..Nice sangat frame frame gambar kat sini sebab dia buat dengan bahan bahan asli..ada dipakai Cili padi buh dalam frame,ada kulit kayu manis,ada rumpt,ada biji saga,ada kelopak mawar hidup..semua nice..Then Aida minta sorang pilih satu dia nak bagi as a gift..Thanks Aida!!

31
Yang aku punya yang kulit kayu manis tu..Nice kan!Thanks Aida!

32
Masa on the way nak keluar dari Chatucak Market ni baru kami sampai kat kawasan yang lagi best..tapi mood dah mendatar so tak berapa nak excited sangat dah..tapi tak excited pun rembat lah jugak dua tiga helai t-Shirt lagi sebab Murah dan Nice!!

33
senyum jer lah walaupun kaki sangat penat..Letih tapi puas..:)34

Dari Chatuchak Market ni kami bergerak dalam lebih kurang pukul 5 petang..beransur pulang ke Take A nap dan memang tidur lah jawabnya sebab seharian berjalan dari Pattaya ke Bangkok then singgah Chatuchak market pulak.mana tak flat kan..Tapi aku rasa macam tak puas hati dapat singgah at this market sekejap sangat.memang nak kena datang lagi..nak naik tren pulak ok.jom jom jom!

Entri seterusnya akan aku cerita pasal Malam terakhir di Bangkok yang mengujakan!

*Orang lain bila pukul 5 petang dah siap siap nak balik.aku bila 5 Petang baru nak mula kerja.macam mana tu?heheeee..
**hari ni 20.10/2010..tarikh yang sangat cantik!kalau weekend mesti ramai yang buat kenduri kahwin..apa apa pun,utamakan lah tarikh dalam bulan islam..jangan terikut ikut sangat dengan tarikh masihi..

Monday, October 18, 2010

TRIP PATTAYA/BANGKOK DAY 4 - FROM PATTAYA KE BANGKOK,LUNCH @ BEIRUT RESTAURANT

Salam hari Isnin semua!!

Hidup kita ni is all about making choices..macam mana kita jalani hidup semuanya depend on our choice..sama ada nak happy ker sedih ker moody or macam macam lagi,kita yang pilih.Our life is our choice,but somehow i wonder why so many people chose to live in the negative side.Aku pun kadang kadang selalu pikir kan yang negatif tapi it's time now.to move on dan cuba jadi a positif person..Insya Allah banyak benda positif akan berlaku bila kita jadi orang yang positif..

Cerita terbaru takder.Cerita lama berlambak lah.mai sambung cerita pasal trip pi Pattaya/Bangkok bulan Julai yang lalu..basi basi pun tapi kalau diberi sentuhan baru tetap menarik juga kan..hehee..Enjoice!

TRIP PATTAYA/BANGKOK DAY 4

Pagi di Pattaya..bangun pagi terus bersiap siap nak check out dari Hard Rock Hotel sebab nak kembali ke Bangkok..Memang kami duk dua hari satu malam jer di Pattaya ni.memang takder apa yang menarik sangat kat sini.Cuma terkilan sebab tak sempat nak pergi mini siam.Di lain waktu mungkin.

2
Hard Rock Hotel Pattaya ALL IS ONE..

2a 3 
Perjalanan dari Pattaya ke Bangkok memakan masa selama dua jam..kami sewa satu Van untuk kami berlima..Van ni canggih okeh.ada kipas kat dalam.haha..sepanjang perjalanan ingat nak tidur tapi tak dapat lelapkan mata so kami just berborak jer lah..sedar sedar dah sampai di area Bangkok pada jam 11 pagi.

4 
Sampai di Bangkok singgah di Take A Nap Hostel untuk simpan bag then baru keluar untuk ke Destinasi seterusnya.kami akan ke CHATUCHAK WEEKEND MARKET..Tapi sebelum tu singgah di Bank dulu untuk tukar duit.duit dah banyak habis di Pattaya..bukan beli apa pun tapi somehow entah habis ke mana.

5

Masa diorang duk tukar duit kat dalam bank aku duk kat luar sambil duk snap apa yang patut.then ada seorang pakcik pemandu tut tut ni menghampiri aku dan tanya aku nak ke mana..aku cakap lah nak ke Chatucak weekend market.terus dia kata market tutup..dia kata baik pi river trip,dia boleh bawa kan.aku hampir terpedaya tapi lepas dah discuss ngan semua terus kami beredar.Tips:Jangan lah percaya pada pemandu Tut tut yang menawarkan River trip..diorang ni kaki kencing.berhai hati lah.naik MRT lagi selamat. 

6 
Ambik gambar sendiri lah dah takder sapa nak snap gambar aku

7

Berjalan berjalan juga..perut pun nak kena isi.dari pattaya memang kitorang tak makan apa..so time tengahari macam ni memang lah perut sangat lapar..ingat nak makan di Pasar Chatucak jer tapi takut pulak takder makanan halal so singgah lah di Restoran Arab Beirut ni 

8 
pilih kak pilih bang nak makan apa..

9

erkkksss makan ulam ulam jer ker?? 

10 
Roti Naan yang sedap!time lapar semua sedap kan.

11 
Nasi Beriani Ayam.Boleh la.sedap jugak!

12 
shawarma dan French fries.

13 
kerabu ker ni?salad?ntah.tak ingat dahh..

14 
ayam seekor bahagi 5 orang..gulp...lazatttt

15 
korang rasa tergoda tak dengan gambar ni??

16

Kitorang jer yang memeriahkan kedai makan ni..takder orang lain pun.maybe tekak orang sini tak berapa suka makanan Arab..kami pun terpaksa makan kat sini sebab status kehalalannya di jamin..siap pasang ayat Quran lagi sambil makan..

18 
Alhamdulillah licin sudah..

19

Overall ok lah makanan kat Kedai arab tu.a bit pricey tapi tak terasa sangat sebab kongsi makan ramai ramai..Dari restoran Beirut Arab tu kami ambik MRT naik ke pit stop Kampaeng Pet yang directly akan bawa kami ke CHATUCHAK WEEKEND MARKET.nantikan entri akan datang yang aku pun tak boleh jamin bila nak keluar.hehehehee..

Adios!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails