Followers

Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

MELAWAT MY AUNTIE DI INSTITUT JANTUNG NEGARA

Sambungan dari Entri sebelum ni.

Lepas dah siap sarapan pagi, Kami balik ke Bilik Hotel semula.Nak siap siap nak Check Out dah.Hari ni Plannya just nak melawat My auntie yang masih berada di IJN then baru balik..waktu melawat di IJN ialah pada jam 12.30 pm hingga jam 1.30pm sahaja.
a

Plan asal nak hantar Faiz ke Bangi sebab nak uruskan pendaftaran dia untuk ke UPU..tapi since boleh buat Online jer so better lah buat online..Faiz baru habis SPM.adik aku yang paling bongsu ni.result aritu dia dapat 5A 5B 1C..Tahniah adikku!!dia minat jadi doktor so ayah suggestkan dia belajar medic kat Mesir..Dah siap apply pun.Harap application dietrima..Insya Allah.
a

Budak kecik ni dah bangun..
a

Qiadah ni budak baik..jaranbg nak dengar dia menangis..makin comel pulak dia..muka sebijik muka mak dia.hehehe..main main ngan budak ni kejap sementara mak duk kemas barang kat bilik
a

sibuk nak online jugak..
a

Nenek dan Pak sedara Qiadah..
a

Nak di jadikan cerita..Bilik 904 tu Pak Din ngan Mak Timah stay..bilik ayah 905,Bilik abang Jalee ngan Wife dia 906..Kebetulan sungguh dapat bilik sebelah sebalah..Pak din ngan Mak Timah datang KL sebab nak mai kenduri adik Zie kat Ampang..by now diorang dah balik Penang..diorang dah Check out semalam kitorang jer Check Out hari ni.
a

my mum and i..
a

Ayah uruskan hal Check out dulu.Then sementara abang jalee pi ambik kereta,aku mak ka tie ngan kak la just jalan kaki ke IJN..dekat jer pun.naik jejantas sampai.Overall aku rasa Hotel Putra ni quite mahal dengan rate semalam dan servisnya..harga mahal sebab lokasinya yang strategik..tu jer.
a

us @ IJN
a

My auntie still di Wad ICU..intensive care unit..so far keadaan dia hari ni nampak macam dah ok.Doktor dah buang segala mesin yang ada..dia dah start boleh makan..maybe dua tiga hari lagi dah boleh masuk wad biasa..insta Allah.doakan yang terbaik.Sekuriti kat ICU wad ni sangat lah ketat..tapi untuk kebaikan pesakit jugak kan.
a

Masa kami datang melawat pak sedara aku,Pok li dan keluarga nya ada juga datang melawat..habis waktu melawat pukul 1.30 pm..Then kitorang just sembang sembang dulu sebelum masing masing balik..apa apa pun aku doakan agar mak teh cepat sembuh..
a

time to go home..i hate this part
a
Abang Jalee yang drive kereta balik.sepatutnya dia kerja tapi ambik lah cuti sehari sebab nak lawat makcik.kami berpisah di IJN..Aku dan kak tie kena tinggal.haha..Insya Allah hujung minggu ni aku balik kampung lagi.Insya Allah.dari IJN aku ngan kak tie tak balik lagi.kami ke area bukit bintang.Untuk apa?stay tune with the more episode in AXIMUD.:)

Tuesday, March 29, 2011

ANTARA HUJAN, MC & ANNUAL REPORT

Minggu ni minggu yang agak basah bagi kawasan Pulau Pinang dan kawasan yang sama waktu dengannya..boleh kata hari hari Hujan..nak nampak matahari pun payah.Alhamdulillah jugak tak la panas sangat cuaca..time malam pun layan jer nak tidor sebab Hujan lebat bersilih ganti..macam irama yang mendodoikan aku ketika tidur..:)
a

Time pagi pun still hujan.Rahmat Tuhan..
a

Pagi tadi ada appointment ngan doktor kat KPJ Specialist untuk rawatan susulan ibu jari kiri aku yang patah..Sebelum pi appointment doktor aku sempat menyinggah sarapan pagi di Mekdi Tesco..Masya Allah orang punya lah ramai..sebab nak kejar kupon bekpes percuma yang valid sampai 31 Mac ini..aku suka Hot Cakes kat sini!!kalau makan Hot Cakes hari hari pun aku ok!heheee
a

Lepas dah siap satapan terus aku ke seberang menuju ke KPJ specialist..sekali ramai lah pulak orang yang duk buat appointment arini.tapi tak lah lama sangat aku tunggu.dalam 20 minit jer.Doktor Se ni pakar Ortopedik.dia lah yang in charge atas ibu jari aku since last week.
a

Sekali masuk jumpa Doktor dia just check tengok then dia bagi MC dari 30 Mac sampai lah 14 April.woww weee lama bangat tuh..kalau aku ni tak bertanggungjawab dan memang tak mengambil berat tugas kat opis memang aku dah ada kat kampung halaman lah sekarang.baik aku balik kampung.tapi mengenangkan kerja kat opis duk banyak ada aku batalkan hasrat.sebab still aku boleh buat clerical work.paperwork banyak lagi nak setelkan.
a
Masa mula mula kena last week memang aku tak boleh nak drive selama 3 hari..then after that aku gagahkan diri jugak lah drive sebab aku tak nak susahkan orang..boleh la drive sikit sikit dalam kepayahan..nak turun kan Hand Brake pun kena guna tangan kanan..nak masuk gera boleh la sikit sikit..tu lah sapa suh pakai kereta manual kan.haha..tapi aku memang prefer manual dari auto.entah.tak taw pasaipa.more challenging kot kalau bawak manual.lebih pickup.
a

So petang tadi aku masuk lah Opis semula..ada Annual Report yang aku kena siapkan dateline 31 Mac ni..banyak lagi tak siap..baru 40 persen jer siap.mati lahh kalau tak siap.mesti kena bambu ngan Boss aku n GM nanti..so thats why lah aku tak pakai MC tu.tak per lah.ada ubi ada batas..ada hari boleh ku balasa..apa yang nak disesalkan sudah nasib badan..:)
a
*wish me a speed recovery ya!!thanks in advance! gamba kat atas ni taken by Torch BB saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails