Followers

Showing posts with label bukit bendera. Show all posts
Showing posts with label bukit bendera. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

BAHAGIAN 6 : MENJEJAKI BUKIT BENDERA (PENANG HILL)

Masa berlalu kejap sangat..sekarang dah bulan 10..lagi dua bulan Hujung Tahun dan 2012 pula akan menjelma..Moga moga hidup kita akan sentiasa dalam Rahmat Allah..Hakikatnya, semua kita memang tidak layak masuk ke syurga Allah kecuali dengan rahmat Nya. Kita tak akan mampu ke syurga kerana amalan baik yang kita lakukan. Sebanyak manapun amalan baik kita, itu bukan sebab untuk kita layak masuk kedalam syurga.Rasulullah SAW sendiri di dalam sebuah hadith, mengakui bahawa baginda sendiri tidak akan dapat masuk ke syurga kecuali dengan rahmat Allah SWT.Maka renung renungkan lah..Segala amalan dan kepatuhan kita pada perintah Allah di dunia ini belum dapat membalas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, walau pun nikmat ‘sebiji mata’ yang Allah berikan kepada kita.Bersyukurlah!!!

Ok cukup dulu tazkirah ringkas di hari Khamis yang berbahagia ini..aku nak sambung kembali kisah Trip Penang last month..tak habis lagi..sambungan dari entri sebelum ini..Kisah menjejaki Bukit Bendera dengan tren baru.Jom kita layan.Zassss...

17 SEPTEMBER 2011


Alang-alang dah sampai Penang rugi lah kalau tak naik Penang Hill..aka bukit Bendera..dari puncak atas sana dapat tengok hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang..tambahan pula sekarang Tren dah baru..laju dari biasa dan siap ber aircond..


Gambar menerangkan segalanya..Harga Tiket Return RM8..kena tunjuk Mykad dulu baru dapat diskaun.masa kami sampai ni punya lah payah nak cari parking..so kena parking kat bahagian bukit atas dekat kawasan perumahan..jauh jugak nak menapak..yang wanita tolong  beratur terlebih dahulu..so by the time kami sampai depan kaunter diorang dah siap beli tiket..takyah nak menunggu lama lama.Jimat masa..


tunggu tren pun tak lama..walaupun orang ramai tapi this tren mampu memuatkan semua orang yang sedang menunggu..depa naik first time dengan tren baru..aku pernah datang dah dulu dengan Syajaie dan Zaiben..syok jugak naik This tren..laju serta beraircond..as we go higher cuaca sejuk mula terasa..


Indah sungguh alam ciptaan Tuhan ni..Subhanallah!!


Gambar ni wajib lah ambik sebagai bukti sahih memang kami mai Bukit Bendera..at this time cuaca mendung so kabus tebal menyebabkan tak nampak sangat Penang dari puncak atas..maybe kena tunggu lama sikit baru kabus ni hilang..


Jalan jalan ronda ronda apa yang menarik atas ni..


Tadi kami mai sini lepas zohor..by the time kami sampai di area Masjid Waktu asar masuk..so kami sembahyang dulu kat sini..ingatkan ada tok imam dan Bilal..tapi tunggu punya tunggu punya tunggu tok imam dan Bilal tak muncul muncul pun..so berjemaah sendirik je lah..janji boleh sembahyang di awal waktu kira ok la tu..Alhamdulillah..


kek kakak Ipar Zahrah buat..yang kami pi makan lontong pagi tadik..sedap!!kek Butter.


Penang Hill Mosque since 1956 lagik..


ada satu booth tu tempat nak bergambar dengan ular..sekali bergambar dikenakan RM10..aku dah lama teringin tapi kali ni Ular sawa kaler Kuning dah takder..ganti ngan ular sawa biasa corak batik ni..kalau kaler kuning baru aku nak ambik gambar..so kensel lah tak jadik..tengok depa duk cium ulaq ni tak geli kaa..aku setakat pegang boleh la..bab nak cium mintak mahap lerr..tak reti.


kabus dah mula hilang..view yang indah!!



aku pulak yang over ambik gambar..padahal depa yang mai jalan ke sini..



bangunan Putih tu KOMTAR..nampak tak??


Penang Bridge dari pandangan atas..yang ada cerobong kecik tu stesen tempat kerja aku.


dah puas jalan jalan kami pi masuk tempat makan makan nak cari jagung dalam cawan..takder pulak dijual..kawasan tempat makan tu pun still under renovation lagik..so tak beli apa pun..souvenir baik cari kat Night Market Batu Feringghi dari cari kat sini..Mahal lerr..biasalah kan ni tempat tumpuan pelancong..Then terus turun lah..masa turun pun kami tak que panjang..Alhamdulillah..


Sampai kat bawah aku mohon diri untuk ke tandas.nak ke tandas pun mau cerita kaa??bukan.bukan aku mau cerita pasal aku ke tandas.tapi aku nak bagitau pasal insiden yang berlaku di tandas..masa nak buang air tetiba blackberry aku jatuh dalam baldi dan terendam sepenuhnya pulak tu..aku gelabah terus ambik my phone dan lap sambil on kan balik..nampak duk menyala lagi so lega lah sikit..keluar dari tandas try on lagi skali dah kaput..sah mesti Fon aku dah layak dibuang jer..nak buat macam mana..benda dah nak jadik.patutnya masa kena air tu terus off then keringkan dulu..tapi aku mana nak taw..Dalam kesedihan sebab Handphone dah tak function kami bergerak ke Padang Kota pulak sebab nak makan pasembur di sana..

*Dunia ni hanya pinjaman sahaja.apa yang ada pada kita semuanya milik Allah..dia nak ambil balik atau nak beri pada kita-ikut suka Dia Lah..semua tu kan hak dia..jangan lah kita meratapi terlalu lama apabila sesuatu milik kita ditarik balik..cuba muhasabah diri dan ingatlah bahawa Ujian tuhan itu berbagai untuk menguji keimanan Hamba-Nya..Sabar je lah Telefon masuk air..Tuhan nak tarik balik bila bila masa sahaja..Astaghfirullahalazim..

Sunday, May 1, 2011

ONE DAY TRIP IN PENANG : PENANG HILL & DINNER @ PADANG BROWN

Sambungan dari entri sebelum ni.  
.
Dari Gurney Plaza kitorang bergerak ke Bukit Bendera.Teringin nak naik Tren Baru.Singgah Di masjid Negeri dulu untuk solat Zohor..dah on the way jalan yang sama tu yang singgah masjid Negeri.Teringat dulu kawan baik aku di nikahkan di masjid ni lah..2009 yang lalu.masa berlalu sangat cepat.
.

Orang sangat ramai yer masa ni.ada kursus kahwin rupanya..
.

Mari lah kita ke Bukit Bendera
.


Masa sampai ramai nya orang duk beratur..cuma kalau korang bawak kereta memang agak susah nak parking..kami pun parking jauh gilerr..but still boleh jer jalan kaki..penat tu perkara biasa lah.kalau tanak penat duk kat rumah jer.hehee..Beli tiket kat Kaunter then kena beratur tunggu giliran.Matahari plak memancar terik..aduss..
.

Tiket harga RM10 Charity Ride
.

Beratur dalam setengah jam jugak..
.

Akhirnya Tren sampai..Tren baru ni kaler Biru dan Fully aircond kat dalam..Tren dulu kaler merah dan Open air..dulu last aku datang ngan Sam dan Angah masa wedding Famoque di Penang..2 years ago..jom naik Penang Hill!!
.

Penang Hill is a hill resort comprising a group of peaks in Penang, Malaysia. It is 6 kilometres (3.7 mi) from the city centre of George Town, and stands out prominently from the lowlands as a hilly and forested area. Penang Hill is also known by the Malay name Bukit Bendera, which refers to Flagstaff Hill, the most developed peak.
.

Sampai di puncak Bukit Bendera suasana Nyaman mula terasa..an elevation of 833 m (2,723 ft) above sea level, so what do u expect..memang sejuk dan best.sesuai kalau nak menghirup udara segar..kalau Hiking pun best.
.

beli aiskrim..lime with vanilla.
.

Ni rumah apa aku tak sure..cantik lah kalau ambik gambar.nak kata rumah orang macam bukan rumah orang..siap ada sign dilarang masuk ( No Entry)
.

singgah solat asar di masjid bukit bendera
.

Indahnya Pulau Pinang dari atas..Subhanallah.
.

Di atas Penang Hill ni ada Hotel jugak..Taman Burung pun ada.tapi kami tak masuk pun.Just jalan jalan sekitar Hotel.sightseeing sahaja.
.

Masa nak balik pun beratur sangat panjang..dekat pukul 7 pm jugak baru dapat naik Tren turun..spot masa turun baik punya..aku duk depan sekali so boleh nampak dengan jelas masa thus tren turun..great experience jugak.:)Terima kasih dan Datang lagik..
.

Babai Penang Hill.Nanti kita jumpa lagik.
.

Singgah Solat Maghrib di Masjid Negeri lagik
.

Ada ceramah agama.Kuliyah Maghrib..
.

Kami decide untuk makan malam di PADANG BROWN..ni kali kedua aku datang.dulu datang makan kat sini with famoque ngan Bini dia serta Nikli Nodin..teringat ingat sup ayam di Al-Bismi Restaurant.Orang sangat ramaiii..nak park kereta pun payah.bayar parking 80 sen.
.

Satay ayam dan satay Perut
.

Lai Chee Kang dan Ais Batu Campur
.

Sup Ayam + perut dan Sup Urat + ayam
.

Pasembur yang lagi best dari Pasembur Padang Kota
.

Overall aku rasa makanan kat Padang Brown ni best.banyak Pilihan..lain kali kalau datang lagi nak try makan di Restoran Celur celup pulak.Steamboat macam sedap..Sup Al-Bismi tu memang sangat sedap..Yang penting tempat ni happening..Dari Padang Brown masing masing pulang ke sarang..terima kasih kepada Zai dan Syajaie!!nanti kita pi jalan-jalan ke Taiping pulak okeh!!liburan part 2..
.
sekian.  
 .
Bai.

*bestnya esok cuti lagik!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails